Muhyiddin Memang Perlu Pastikan Ada Kesetiaan Elak Tumbang




Memang penting untuk Muhyiddin Yassin memastikan kesetiaan parti komponen Perikatan Nasional (PN) berpihak kepadanya sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15, kata penganalisis politik, Dr Jeniri Amir.
Diminta mengulas surat presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada perdana menteri yang meminta pertimbangan jawatan buat empat pemimpin Umno Sabah, kata Jeniri, biarpun keputusan terpulang pada Muhyiddin, beliau masih perlu memikirkan soal sokongan terhadap dirinya.
“Satu perkara penting untuk perdana menteri sekarang adalah untuk memastikan kesetiaan orang terhadap beliau, di tengah-tengah kedudukannya yang tidak begitu terjamin (dalam PN).
“Jadi dengan apa-apa cara dan strategi, beliau nak memberi imbalan kepada mereka (komponen PN), untuk memastikan sokongan itu sekurang-kurangnya dapat diberi dan kemudiannya, PN itu tidak tumbang sebelum PRU-15.
“Jadi itu satu strategi untuk memastikan kemantapan kedudukan beliau sebagai PM dan juga (untuk) PN,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Kata Jeniri, adalah sesuatu yang “normal” buat mana-mana presiden parti dalam sesusatu pakatan politik mengemukakan calon bagi menerajui jawatan tertentu.
“Beliau (Zahid) bukan mendesak, hanya memohon. Pertimbangan terakhir itu terpulang kepada perdana menteri, sama ada akur pada cadangan itu atau tidak,” katanya lagi.
Nama Bung Moktar jadi sebutan
Bagi seorang lagi penganalisis politik, Dr Arnold Puyok, permohonan Ahmad Zahid itu mungkin dibuat atas merit bahawa Umno masih mempunyai sokongan yang kuat di Sabah, menjadikan parti itu layak diberikan representasi yang kuat bagi mewakili negeri di peringkat persekutuan.
“Di beberapa kawasan di Sabah, jentera Umno juga masih berfungsi. Jika kita lihat pada PRK (pilihan raya kecil) Kimanis lepas, jentera Umno amat membantu. .
“Muhyiddin akan menggunakan pengaruh beliau sebagai perdana menteri untuk menarik atau mengukuhkan sokongan dari pelbagai pihak. Persoalannya, sejauh manakah beliau akan memberikan konsesi kepada Umno dan PAS?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pada 17 April lalu, sepucuk surat tersebar memaparkan tuntutan Ahmad Zahid untuk empat pemimpin Umno Sabah agar dilantik menjawat beberapa jawatan.
Antaranya Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, dicadangkan untuk jawatan pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah.
Ahli parlimen Kinabatangan itu sedang dibicarakan bersama isterinya, Zizie Izette Samad, atas tuduhan rasuah semasa menjadi pengerusi bukan eksekutif Felcra.
Meskipun mengakui status Bung Moktar sedang dibicarakan mungkin menjadi pertikaian sesetengah pihak, kata Jeniri, pemilihan tokoh itu mungkin atas faktor kesetiaannya terhadap Umno, setelah ramai pemimpin meningalkan parti akibat kekalahan teruk BN dalam PRU ke-14 lalu.
Selain Bung, Anggota Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin, dicadang dilantik sebagai timbalan menteri; bekas menteri Abdul Rahman Dahlan, dicadang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sabah; manakala Timbalan Ketua Umno Sabah, Yakubah Khan, dicadang dilantik menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.
Mesti ada perbincangan
Untuk rekod, Sabah kini ditadbir oleh Warisan yang menyokong Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, disoal apakah surat Ahmad Zahid itu menunjukkan Umno sedang menggunakan faktor sokongan untuk “merebut peluang” jawatan sebelum berpatah arang dengan Bersatu dan PN menjelang PRU-15 nanti, Jeniri tidak menolak perkara tersebut.
“Tak ada alasan untuk Umno (bersama PN pada PRU-15).
“Mereka takkan bertanding sebagai PN kerana ini akan merugikan Umno yang ternyata mendapat sokongan padu di kawasan Melayu,” katanya yang turut meningatkan bahawa majoriti kerusi di semenanjung adalah majoriti Melayu.
“Jadi kenapa dia (Umno) harus korbankan?” soal Jeniri.
Lebih-lebih lagi, katanya, Umno yang memiliki banyak kerusi itu dilihat dipinggirkan dalam kabinet PN, dan diberikan jawatan yang tidak begitu penting.
Jeniri yakin untuk PRU ke-15 nanti, Umno akan meninggalkan PN serta Bersatu, bertanding bersama PAS dalam entiti lain – Muafakat Nasional – bagi memastikan parti itu dapat menjadi parti tulang belakang dalam pembentukan kerajaan.
Pada Mac lalu, Ahmad Zahid dan mantan perdana menteri Najib Razak, kedua-duanya membuat kenyataan senada – Umno hanya akan menyokong kepemimpinan Muhyiddin serta mempertahankan PN sehingga PRU ke-15 sahaja.
Bagaimanapun, berbeza daripada Jeniri, bagi Arnold pula, kenyataan Zahid dan Najib itu tidaklah harus diambil secara bulat-bulat.
“Saya pasti ada perbincangan antara Muhyiddin dan Umno bagi memastikan kelangsungan Bersatu dan Umno di tampuk kuasa.
“Setakat ini, parti-parti komponen dalam PN akan terus bekerjasama. Keadaan masih agak fluid (boleh berubah menurut pelbagai kemungkinan).
“Kita tunggu apa yang akan berlaku kepada Bersatu dan juga langkah seterusnya yang akan diambil PKR,” katanya lagi.
Dewan Rakyat akan bersidang sehari pada 18 Mei ini bagi membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan tanpa melibatkan sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas.
Keputusan itu mendapat kritikan wakil rakyat pembangkang, dengan ada yang menyifatkan Muhyiddin takut berdepan anggota parlimen PH yang mungkin mengerakkan usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai PM.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/21/muhyiddin-memang-perlu-pastikan-ada-kesetiaan-elak-tumbang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muhyiddin-memang-perlu-pastikan-ada-kesetiaan-elak-tumbang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Tumbang Muhyiddin Perlukan Kesetiaan Dengan Memberi Imbalan

Takut Tumbang Muhyiddin Perlukan Kesetiaan Dengan Memberi Imbalan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 181 hits
M Fakhrull Halim Memang penting untuk Muhyiddin Yassin memastikan kesetiaan parti komponen Perikatan Nasional berpihak kepadanya sehingga pilihan raya umum ke 15 kata penganalisis politik Dr Jeniri Amir Diminta mengulas surat presiden Umno ...
Apakah Muhyiddin Akan Pecat Mahathir Atau Mahathir Memang Mahu Dirinya Dipecat

Apakah Muhyiddin Akan Pecat Mahathir Atau Mahathir Memang Mahu Dirinya Dipecat

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 280 hits
Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di barisan pembangkang dalam sidang Parlimen yang bermula 18 Mei depan Tun Mahathir menjelaskan Bersatu kini sudah terpecah dua dan beliau yang tidak menyokong kerajaan ti...
Perdaya Polis Semasa Pkp Dua Manusia Ni Memang Mintak Dimaki

Perdaya Polis Semasa Pkp Dua Manusia Ni Memang Mintak Dimaki

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 761 hits
Manusia ni dengan bangganya menyalahgunakan label khas Frontliner milik isterinya Foto FacebookIni sorang lagi ingkar PKP dengan bangganya bawa isteri dan anak kecil keluar siap bagi tips lagi kepada orang ramai Aku pun tak tahu adakah ingk...
Must Eat Food In Penang Where To Find Them 5 Menu Sedap Penang Dapat Makan Memang Best Ni

Must Eat Food In Penang Where To Find Them 5 Menu Sedap Penang Dapat Makan Memang Best Ni

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 593 hits
Hai korang hari ni qaseh nak kongsikan makanan yang korang wajib cuba bila bercuti di Penang 1 PasemburPasembur ini sudah menjadi makanan yang sudah menjadi satu kebiasaan dan biasa didengari setiap kali berada di Pulau Pinang Secara lazimn...
Membalas Curhatmu Dibandingkan Sama Orang Lain Memang Nggak Enak Tetap Sabar Dan Buktikan Diri Aja

Membalas Curhatmu Dibandingkan Sama Orang Lain Memang Nggak Enak Tetap Sabar Dan Buktikan Diri Aja

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 211 hits
Siapa di sini yang sering dibanding bandingin sama saudara tetangga atau orang lainnya Yuk sini peluk dulu
Kaki Lelaki Ini Memang Kuat Giler

Kaki Lelaki Ini Memang Kuat Giler

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 296 hits
Lelaki berasal dari China bernama Huang Baoquan ini mempunyai rahsia agar tubuhnya tetap kuat di usianya yang sudah mencapai 55 tahun Rupanya setiap hari Huang bersenam dengan menggunakan kasut khas iaitu kasut yang diperbuat daripada batu ...
Otak Primat Memang Takut Ular

Otak Primat Memang Takut Ular

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 383 hits
Monyet dan manusia telah diciptakan untuk pantas mengesan ular Satu kajian yang dijalankan oleh para pengkaji University of California melibatkan kajian ke atas otak dua ekor anak monyet macaques Kedua duanya ditunjukkan jujukan gambar gamb...
5 Ciri Ciri Sedeng Pada Orang Yang Sedang Jatuh Cinta Memang Nggak Ada Yang Normal Aneh Banget

5 Ciri Ciri Sedeng Pada Orang Yang Sedang Jatuh Cinta Memang Nggak Ada Yang Normal Aneh Banget

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 270 hits
Ternyata memang benar ya Kalau kamu masih berada di tahap waras itu artinya belum benar benar jatuh cinta
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri