Apakah Makan Direstoran Lebih Penting Dari Solat Di Masjid




Pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa beberapa sektor ekonomi akan dibenar beroperasi mulai 4 Mei ini telah mengundang reaksi tidak setuju yang lebih besar daripada orangramai.Antara sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi mulai Isnin ini ialah kedai makan, restoran serta difahamkan juga kedai menjual nombor ekor dengan SOP tertentu seperti penjarakan sosial dan penggunaan hand sanitizer adalah diwajibkan.Aktiviti bersukan seperti berjoging dan bermain badminton serta golf juga turut dibenarkan.Lebih ramai tidak setuju dengan keputusan itu kerana PKP fasa keempat ini sepatutnya berakhir pada 12 Mei depan, tetapi Muhyiddin telah melonggarkannya seminggu lebih awal.Bukankah lebih baik sehingga 12 Mei ini dikuatkuasakan saja PKP sepenuhnya seperti sekarang dan tunggu sehingga PKP fasa keempat ini berakhir barulah jika kebenaran beberapa sektor ekonomi beroperasi mahu dilaksanakan?Lagi pun, setelah tujuh minggu PKP dilaksanakan, apa bezanya menunggu hanya seminggu saja lagi sehingga tarikh 12 Mei?Apakah Muhyiddin tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Hokkaido Jepun di mana kes Covid-19 meningkat semula setelah perintah berkurung ditamatkan lebih awal?Mengapa kerajaan melonggarkannya dengan memperkenalkan pula PKP bersyarat mulai 4 Mei, sedangkan dalam masa yang sama pengumuman orangramai tidak boleh balik berhari raya di kampung yang jatuh pada 23 Mei turut dilakukan dalam pengumuman Muhyiddin semalam?Ini bermakna kalau kerajaan bimbang orangramai balik berhari raya ke kampung akan meningkatkan semula wabak Covid-19, apakah dengan pembukaan kedai makan atau restoran yang dilanjutkan sehingga jam 10 malam bermula 4 Mei ini tidak membawa risiko yang sama?Lebih-lebih lagi kerana sekarang adalah bulan puasa, sudah pasti kedai makan, terutamanya kedai mamak akan penuh pada waktu dengan orang ramai makan minum atau melepak bersama kawan-kawan bermula Isnin nanti.Lebih buruk, oleh kerana surau dan masjid masih ditutup, maka kunjungan orangramai ke kedai makan dan restoran mamak sudah pasti akan meningkat sehingga akan memaksa meja-meja diletakkan memenuhi ruang-ruang jalan.Dengan itu, tidak mustahil akan wujud jangkitan Covid-19 yang lebih besar yang berpunca daripada kluster kedai mamak di seluruh negara selepas ini.Kebenaran aktiviti bersukan juga dibimbangi meningkatkan wabak Covid-19 seperti contohnya jika ramai yang berjoging secara serentak di waktu pagi dan petang.Yang paling mendukacitakan, terutama bagi umat Islam ialah sementara kerajaan membenarkan restoran, kedai makan dan kedai nombor ekor beroperasi, tetapi masjid dan surau untuk solat berjemaah masih lagi ditutup.Sehingga ini sudah tujuh minggu umat Islam tidak menunaikan solat Jumaat serta tidak boleh berterawih di surau dan masjid seperti tahun-tahun sebelumnya.Dalam hal ini, jika SOP tertentu seperti penjarakan sosial dan penggunaan hand sanitizer boleh dikuatkuasakan kepada pengunjung restoran dan kedai mamak, mengapa hal yang sama tidak boleh dilakukan dengan membenarkan solat berjemaah di surau atau masjid?Terutama di negeri atau kawasan yang sudah dikenalpasti sebagai zon hijau, apa masalahnya lagi bagi kerajaan masih tidak membenarkan masjid dan surau dibuka seperti biasa?Tambahan pula, meskipun tidak berdaftar dan melalui tebuk atap, bukankah kerajaan PN ini digembar-gemburkan sebagai kerajaan Melayu/Islam yang kononnya lebih baik dalam menjaga kemuliaan agama Islam berbanding PH dahulu yang didalamnya ada DAP?Apakah Pas yang sudah berada dalam kerajaan sekarang tidak berperanan mencadangkan sesuatu yang boleh memperlihatkan kedudukan agama Islam di era PN ini lebih tinggi kedudukannya berbanding restoran mamak dan kedai nombor ekor?Kalau sebelum menjadi kerajaan, Pas sering mengaitkan sesuatu isu dengan ancaman terhadap Islam dan tergugatnya kedudukan Melayu, mengapa dalam keadaan kedai nombor ekor dan restoran mamak lebih diutamakan sekarang ini berbanding masjid dan surau, parti Islam itu masih tidak berkata apa-apa?Benarkah PN ini sebuah kerajaan yang betul-betul menjaga kedudukan Melayu/Islam atau kerajaan yang ditubuhkan semata-mata mahu mengejar jawatan? (ShahbudinHusin 02/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/apakah-makan-direstoran-lebih-penting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Dan Bantu Kami Tak Minta Lebih Asalkan Anak Anak Dapat Makan

Viral Dan Bantu Kami Tak Minta Lebih Asalkan Anak Anak Dapat Makan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 283 hits
Busrah bersama suaminya Rosli serta anak anaknya yang hidup serba kekurangan di sebuah rumah sewa di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru Johor JOHOR BAHRU Gara gara terputus bekalan makanan sepanjang arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaks...
Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih Di Malam Pertama Ramadan

Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih Di Malam Pertama Ramadan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 426 hits
Dalam keadaan negara sedang berjuang untuk melawan wabak pandemik Covid 19 Imam jemputan Masjid Negara Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani mengimamkan solat terawih bersama beberapa tenaga kerja masjid tersebut Walaubagaimanapun jelas menunjukk...
Mdn Gesa Kerajaan Pn Benar Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid

Mdn Gesa Kerajaan Pn Benar Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 306 hits
Wabak Covid 19 yang semakin terkawal dan pembukaan sektor ekonomi mewajarkan solat Jumaat dan Aidilfitri pada tahun ini diadakan di masjid masjid seluruh negara Sehubungan itu Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis Dakwah Negara menggesa keraj...
Zamihan Saran Solat Jumaat Minimum 4 Orang Di Masjid

Zamihan Saran Solat Jumaat Minimum 4 Orang Di Masjid

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 356 hits
Kerajaan melalui pihak berkuasa agama dicadang membenarkan pelaksanaan solat Jumaat minimum empat orang jemaah di masjid ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang kini memasuki fasa ketiga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaa...
Kebenaran Solat Tarawih Dan Solat Jumaat Di Masjid Masih Dalam Perbincangan Datuk Dr Zulkifli Al Bakri

Kebenaran Solat Tarawih Dan Solat Jumaat Di Masjid Masih Dalam Perbincangan Datuk Dr Zulkifli Al Bakri

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 425 hits
Kerajaan semalam telah mengumumkan pembukaan semula aktiviti ekonomi di seluruh negara yang dinyatakan akan dilakukan secara terkawal dan berhati hati Melihat kepada respon orang ramai di media sosial ia jelas mengejutkan banyak pihak Walau...
Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup Tak Melekit Makan Pun Laju Je

Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup Tak Melekit Makan Pun Laju Je

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 369 hits
Sudah hampir dua minggu kita berpuasa Kebanyakan para ibu berpusu pusu mencari resipi kuih raya yang boleh dibuat Kalau boleh biarlah yang tidak menggunakan terlalu banyak bahan dan mudah untuk dibuat Antara kuih raya yang menjadi kegemaran...
Esok Boleh Mulai Solat Tarawih Di Masjid Melaka Tapi

Esok Boleh Mulai Solat Tarawih Di Masjid Melaka Tapi

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 449 hits
KERAJAAN Negeri Melaka bersetuju memberi kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah namun hanya kepada pegawai masjid di seluruh masjid di negeri ini bermula esok Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata Pejabat Mufti dan...
Antara Agih Bantuan Dan Jawatan Mana Lebih Penting

Antara Agih Bantuan Dan Jawatan Mana Lebih Penting

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 181 hits
Pada 23 April 2020Oleh Camelia KKetika semua rakyat Malaysia fokus dan memberikan kerjasama dalam usaha memerangi wabak Covid 19 ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab sibuk bermain politik untuk menjaga poket mereka sendiri dan sekalig...
Solat Jumaat Berhimpun Di Masjid Atau Rumah Ibadat Tidak Dibenarkan Pm

Solat Jumaat Berhimpun Di Masjid Atau Rumah Ibadat Tidak Dibenarkan Pm

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 549 hits
Walaupun kebanyakan aktiviti termasuk kedai makan di buka mulai 4 Mei ini kerajaan memutuskan solat berjamaah di masjid dan surau masih tidak dibenarkan Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot