Zamihan Saran Solat Jumaat Minimum 4 Orang Di Masjid




Kerajaan melalui pihak berkuasa agama dicadang membenarkan pelaksanaan solat Jumaat minimum empat orang jemaah di masjid ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa ketiga.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin, berkata umat Islam sudah lima kali tidak menikmati keistimewaan solat Jumaat.
Beliau berkata, solat Jumaat boleh diadakan secara minimum dengan empat orang termasuk imam dengan mematuhi segala peraturan bagi menghindari jangkitan Covid-19 termasuk menjaga penjarakan sosial, penggunaan topeng muka selain memastikan masjid bebas ancaman virus.
“Solat Jumaat minimum empat orang termasuk Imam dibenarkan berdasarkan kepada qaul qadim Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, al-Laitsi, al-Tsauri, Ibn Munzir, al-Auzaie, Abu Tsur, al-Azra’ei dan merupakan pendapat pilihan Imam Suyuthi.
“Dari segi kaedah fekah, sesuatu yang tidak mampu dibuat kesemuanya tidak ditinggalkan kesemuanya.
“Maksudnya, jika kita tidak mampu menunaikan solat jumaat seluruh negara atau negeri maka kawasan yang bebas wabak perlu diberi kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat di masjid secara minimum,” katanya dalam satu tulisan yang dihantar kepada Malaysiakini, hari ini.
Jelas Zamihan kehadiran empat orang jemaah termasuk imam boleh ditambah dengan kehadiran Sultan selaku ketua agama bagi negeri, menteri besar, anggota Parlimen ataupun Adun dengan kawalan keselamatan.
“Yakni dgn kehadiran empat orang jemaah termasuk imam.
“Atau boleh ditambah dengan kehadiran Tuanku Sultan, menteri besar, anggota parlimen atau Adun dengan kawalan istimewa,” katanya.
Malaysia kini dalam fasa ketiga PKP bagi memutuskan penularan rantaian Covid-19 di negara ini.
PKP pada awalnya bermula 18 Mac dan dijadualkan berakhir pada 31 Mac lalu.
Bagaimanapun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan pelaksanaan PKP sehingga 28 April ini.
Selaras sengan pelaksanaan PKP, sebarang aktiviti keagamaan termasuk perhimpunan, solat berjemaah, pernikahan ataupun kuliah agama tidak dibenarkan.
Malah, umat Islam yang akan menyambut ketibaan Ramadan esok juga tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah.
Solat Jumaat boleh dilakukan di rumah
Zamihan turut menyarankan agar pihak berkuasa membenarkan umat Islam yang mempunyai keluarga besar dengan empat orang lelaki mukallaf iaitu, baligh, berakal dan telah sampai dakwah kepadanya untuk menunaikan solat Jumaat di rumah masing-masing.
Majlis agama Islam negeri hendaklah menyediakan teks khutbah yang santai dan memberi fokus kepada penyelesaian wabak menurut perspektif Islam.
“Jika masjid seluruh negara tidak dibenarkan menunaikan solat jumaat akibat ancaman wabak maka kerajaan perlu membenarkan rakyat menunaikan solat Jumaat di rumah dengan bilangan minima empat orang lelaki termasuk imam.
“Jika kita dibenarkan bergerak ke pejabat, pasar raya, kedai runcit dan ke premis makanan segera dalam keadaan ‘darurat terkawal’ maka pergerakan kita ke masjid dan surau lebih utama dari segi fizikal dan spiritual,” katanya.
Jelasnya lagi, ancaman wabak semakin menurun dengan kadar pesakit yang sembuh sudah mencapai 3,452 orang, iaitu kadar 62 peratus daripada keseluruhan kes.
“Jadi idea mendirikan Jumaat ini sesuai dengan kaedah fekah, kemudaratan itu ditentukan dengan tahap ancamannya. Yakni apabila kita dalam keadaan bahaya maka hukum ‘azimah (asal) bertukar menjadi rukhsah (keringanan),” jelasnya lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/23/zamihan-saran-solat-jumaat-minimum-4-orang-di-masjid/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zamihan-saran-solat-jumaat-minimum-4-orang-di-masjid

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Degilnya Ya Ampun Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempuh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat

Degilnya Ya Ampun Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempuh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 335 hits
Sebanyak 30 kes baharu jangkitan wabak COVID 19 dicatatkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan angka keseluruhan sebanyak 3 842 kes Manakala jumlah korban dicatatkan pula ada sebanyak 327 kematian Ini menurut laporan yang diamb...
Arab Saudi Menangguhkan Solat Berjamaah Di Dua Masjid Suci Pada Bulan Ramadhan

Arab Saudi Menangguhkan Solat Berjamaah Di Dua Masjid Suci Pada Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 498 hits
RIYADH Presiden Majlis Umum Urusan Dua Masjid Suci memaklumkan pada hari Isnin bahawa kerajaan Arab Saudi akan memperpanjang penangguhan solat berjamaah pada bulan suci umat Islam di bulan Ramadhan sebagai sebahagian dari usaha memerangi wa...
Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih Di Malam Pertama Ramadan

Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih Di Malam Pertama Ramadan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 446 hits
Dalam keadaan negara sedang berjuang untuk melawan wabak pandemik Covid 19 Imam jemputan Masjid Negara Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani mengimamkan solat terawih bersama beberapa tenaga kerja masjid tersebut Walaubagaimanapun jelas menunjukk...
Saya Rindu Solat Tarawih Di Masjid Bintang Ragbi New Zealand

Saya Rindu Solat Tarawih Di Masjid Bintang Ragbi New Zealand

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 413 hits
BINTANG Ragbi New Zealand Sonny Bill Williams mengakui merindui momen solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan yang tidak dapat dilakukan pada kali ini susulan pandemik Covid 19 Saya amat merindui detik sembahyang tarawih di masjid bersam...
Hanya Tiga Orang Dibenar Tunai Solat Fardu Berjemaah Di Masjid

Hanya Tiga Orang Dibenar Tunai Solat Fardu Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 300 hits
ALOR SETAR 17 April Semua masjid di Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat fardu berjemaah dengan bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang iaitu terdiri daripada imam bersama dua ahli jawatankuasa kariah masjid dalam tempoh Perintah Kaw...
Sop Termasuk Kebenaran Solat Jumaat Jemaah Terawih Dibincang Esok Ismail Sabri

Sop Termasuk Kebenaran Solat Jumaat Jemaah Terawih Dibincang Esok Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 352 hits
Putrajaya 29 April Kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika Perintah Kawalan Pergerakan bakal dibincangkan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi Menurutnya semua kementerian bakal menyertai p...
Sukarnya Nak Patuh Masih Ada Yang Degil Tunai Solat Jemaah Di Masjid

Sukarnya Nak Patuh Masih Ada Yang Degil Tunai Solat Jemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 361 hits
KOTA BHARU Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah memasuki Fasa Ketiga terdapat segelintir penduduk di Kelantan yang masih ingkar terhadap arahan dikuatkuasakan kerajaan dengan menunaikan solat jemaah di masjid dan surau Sikap degil ter...
Kemungkinan Tiada Solat Tarawih Di Masjid Surau Tahun Ini Mufti Kedah

Kemungkinan Tiada Solat Tarawih Di Masjid Surau Tahun Ini Mufti Kedah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 492 hits
ALOR SETAR Solat tarawih di seluruh negeri Kedah kemungkinan besar dibatalkan pada tahun ini namun tertakluk kepada ketetapan atau keputusan akhir daripada Kementerian Kesihatan susulan penularan pandemik koronavirus yang masih belum reda s...
Tiada Aktiviti Masjid Hingga 31 Mei Di Selangor Solat Sunat Aidilfitri Mungkin Di Rumah Sahaja

Tiada Aktiviti Masjid Hingga 31 Mei Di Selangor Solat Sunat Aidilfitri Mungkin Di Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 513 hits
Tahun ini suasama Ramadan dan Syawal kita mungkin berbeza berbanding tahun yang terdahulu selepas wabak Covid 19 menyerang dunia Dalam satu kenyataan media Sultan Selangor titah supaya penangguhan solat Jumaat solat berjemaah dan aktiviti c...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons