Antara Agih Bantuan Dan Jawatan Mana Lebih Penting



Pada 23 April 2020oleh Camelia K
Oleh Camelia K
Ketika semua rakyat Malaysia fokus dan memberikan kerjasama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab sibuk bermain politik untuk menjaga poket mereka sendiri dan sekaligus membelakangi kepentingan rakyat.
Bila digelar kerajaan pintu belakang, mereka marah. Tetapi tanpa mereka sedar, tindak tanduk mereka sedang diperhatikan rakyat dan rakyat juga tidak buta untuk menilainya.
“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”: peribahasa yang tepat untuk menggambarkan situasi semasa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tertubuh hasil daripada makan malam di Sheraton.
Malaysia hasil pimpinan PN kini sudah terkenal di seluruh dunia. Bukan sahaja kerana negara kita dipuji kecekapannya dalam menangani wabak Covid-19 — itu pun hasil kerja keras Pengarah Kesihatan kita, Datuk Dr Noor Hisham bersama petugas barisan hadapan — tetapi juga kerana “kepandaian” dan “kecerdikan” sesetengah menteri dalam mengeluarkan kenyataan sehingga dijadikan bahan jenaka di seluruh dunia. Bermula dengan Menteri Air Suam, diikuti dengan Menteri Doraemon, kini muncul kluster lawak baru iaitu Menteri Tik Tok.
Bukan itu sahaja, ketika ada rakyat yang terputus bekalan makanan di rumah kerana terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, kerajaan PN pula dilihat mengambil kesempatan dari fokus sebenar apabila sibuk mengagihkan jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada Ahli Parlimen mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata bahawa semua Ahli Parlimen kerajaan akan diberi tanggungjawab untuk mengendali GLC. Katanya, mereka yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan GLC.
Bukankah sepatutnya perihal kebajikan rakyat didahulukan dalam tempoh genting melawan penularan wabak ini? Banyak lagi perkara lain yang patut dititikberatkan seperti bagaimana mahu memastikan Malaysia bebas daripada Covid-19, bagaimana mahu bantu rakyat yang terkesan daripada pandemik ini, apakah cara untuk pastikan ekonomi negara kembali pulih seperti sedia kala. Bukannya berbahagi jawatan untuk kepentingan periuk nasi sendiri.
Malah ada dalam kalangan mereka sendiri pernah menentang sekeras-kerasnya perlantikan politik dalam jawatan-jawatan tertinggi GLC. Katanya hanya golongan profesional dan teknokrat yang layak memegang jawatan tersebut.Tetapi, selepas menjadi kerajaan, golongan ini pula yang terhegeh-hegeh mahukan jawatan tersebut. Tugas utama Ahli Parlimen adalah berkhidmat untuk rakyat. Menang kerusi Parlimen tidak menjadi merit yang melayakkan lantikan jawatan tertinggi dalam GLC.
Bukan calang-calang orang yang layak dilantik untuk mengemudi sesebuah GLC yang bertaraf antarabangsa. Seseorang itu haruslah terdiri daripada sosok yang berpengalaman, berintegriti dan berkredibiliti berpandukan kelayakan dalam bidang profesional masing-masing.
Ini juga yang ditegaskan Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menggesa kerajaan PN mengambil iktibar kegagalan tadbir urus GLC yang dikemudi oleh orang politik.
Gabungan NGO itu menolak Takiyuddin Hassan dengan menegaskan jawatan utama GLC tidak seharusnya dijadikan habuan politik dan GLC harus dipimpin oleh kumpulan teknokrat.
“Jawatan utama di GLC tidak boleh dijadikan habuan politik dan kerja pengerusi bukanlah menjadi pemantau tetapi pemangkin prestasi GLC tersebut.“Sejarah telah membuktikan apabila politik dan perniagaan dicampur-adukkan, perniagaan meluru ke arah kehancuran.
“Semasa pemerintahan terdahulu, ramai anggota Parlimen dilantik menjadi pengerusi GLC seperti FGV, Tabung Haji, Felcra, Mara dan lain-lain. Hasilnya GLC-GLC ini mengalami kerugian besar dan terpaksa diselamatkan (bail out) oleh kerajaan,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Pemilihan calon yang tepat bagi mengemudi GLC yang juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara adalah sangat penting khususnya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat.
Perlantikan jawatan GLC dalam tempoh negara sedang berdepan dengan krisis Covid-19 membuktikan bahawa kebajikan rakyat bukanlah fokus utama kerajaan PN. Bukankah perkara ini boleh dilaksanakan setelah krisis ini selesai?
Ada juga pihak yang berpendapat tindakan kerajaan PN ini sebagai satu ‘jenayah’ sedangkan rakyat sedang bergelut dengan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19. Ketika ada rakyat yang terputus bekalan makanan kerana kehilangan pekerjaan dan hilang mata pencarian, kerajaan pula sibuk melantik ahli parlimen dengan jawatan bergaji lima angka.
Waktu seperti ini sepatutnya dihargai oleh pihak kerajaan untuk membuktikan komitmen mereka kepada rakyat, tetapi nampaknya mereka lebih memilih untuk mengagihkan jawatan daripada mengagihkan bantuan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/antara-agih-bantuan-dan-jawatan-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

Bantuan Rohingya Wan Azizah Jawab Mana Pergi As 50 Juta

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 629 hits
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan wang sumbangan AS 50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya di Malaysia disalurkan terus kepada badan badan bukan kerajaan terlibat Me...
Tamatkan Pkp Ini Antara Faktor Penting Yang Kkm Perlu Lihat

Tamatkan Pkp Ini Antara Faktor Penting Yang Kkm Perlu Lihat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 186 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneliti terlebih dahulu beberapa faktor penting sebelum membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan selari dengan syarat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia Menurut Ketua Pengarah Kesiha...
Kesalahan Anak Uncle Lebih Besar Pun Tak Letak Jawatan

Kesalahan Anak Uncle Lebih Besar Pun Tak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 303 hits
Dr Faiz Najmil Mohamed ArisKUALA LUMPUR Lim Kit Siang ditempelak kerana tidak henti henti menghentam Datuk Dr Adham Baba termasuk meminta Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya Exco Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed A...
Lebih Ramai Mp Persoal Nilai Bantuan Makanan

Lebih Ramai Mp Persoal Nilai Bantuan Makanan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 304 hits
MALAYSIAKINI Ahli Parlimen Pakatan Harapan terus mempersoalkan nilai bantuan makanan yang diagihkan kepada golongan miskin yang terjejas dari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan Meskipun Jabatan Kebajikan Masyarakat mendakwa hampir 10 p...
Umno Sabah Tuntut Muhyiddin Lantik Pemimpin Mereka Ke Jawatan Penting

Umno Sabah Tuntut Muhyiddin Lantik Pemimpin Mereka Ke Jawatan Penting

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 414 hits
INI SURAT TUNTUTAN Umno Sabah terhadap Muhyiddin Yassin yang sedang VIRAL di media sosial ketika ini Elok Muhyiddin ikut cakap mereka ini walaupun pun Bung Mokhtar Radin ada kes mahkamah Tan Sri jangan peduli Kalau Tan Sri buat tak peduli n...
Mana Yang Lebih Pantas Dolar Dan Euro Menurun Ke Arah Bawah

Mana Yang Lebih Pantas Dolar Dan Euro Menurun Ke Arah Bawah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 210 hits
Penganalisis percaya bahawa mata wang AS dan Eropah mungkin mula bersaing pada kejatuhan minggu ini Sekiranya lebih awal aliran menurun terutamanya kelebihan euro sekarang dolar tidak selamat dari ini Pakar percaya bahawa kemerosotan pasang...
Iphone Se 2020 Vs Iphone Xr Mana Lebih Berbaloi Untuk Anda Miliki

Iphone Se 2020 Vs Iphone Xr Mana Lebih Berbaloi Untuk Anda Miliki

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 485 hits
Semua sedia maklum minggu lepas Apple telah melancarkan model baru untuk lineup SE iPhone SE Secara keseluruhan spesifikasi yang ditampilkan tidak banyak beza dengan iPhone XR yang dilancarkan tahun lepas Mungkin ada diantara anda semua yan...
Pga Rampas Lebih 1 8 Tan Ketum Bernilai Rm52 000

Pga Rampas Lebih 1 8 Tan Ketum Bernilai Rm52 000

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 361 hits
Pasukan Gerak Am Batalion 3 Bidor Perak dan Batalion 18 Pengkalan Hulu Kroh Perak berjaya merampas lebih 1 8 tan daun ketum bernilai RM52 140 dalam lima siri rampasan Ops Wawasan Kedah Perlis sejak Ahad hingga semalam Komander Briged Utara ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya