Apakah Keistimewaan Shahidan Dilantik Pengerusi Pr1ma



Pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan rakyat.
Tidak kurang yang sangsi di atas kapasiti apakah Shahidan dilantik, bukannya profesional berpengalaman dari sektor hartanah yang diyakini mampu menyelesaikan masalah projek ‘sakit’ PR1MA.
Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, pelantikan Shahidan tidak lebih sebagai Scheme of Things yang menjadi amalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menjamin pentadbiran PM Muhyiddin kekal kukuh.
“Pelantikan Shahidan langsung tidak mengejutkan dan bukanlah sesuatu baru kerana semakan di laman sesawang PR1MA mendapati nama beliau telah dikemaskini sebagai pengerusi agensi itu sejak bulan lepas lagi.
“Namun yang menimbulkan pertanyaan ialah di atas kapasiti apa beliau dilantik tatkala begitu ramai profesional yang berbakat, berpengalaman luas dan diyakini mampu mengeluarkan PR1MA daripada belenggu permasalahan yang begitu merunsingkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Malaysia itu lagi, masalah PR1MA agak gawat dan sehingga kini tidak dapat diselesaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin selepas 3 tahun memegang tampuk kementerian itu.
Oleh itu, katanya, bagaimanakah Shahidan yang tidak mempunyai latar belakang dalam industri perumahan mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut Akmal lagi, sebelum ini pun terdapat beberapa kekeliruan jika dilihat kepada jawapan menteri KPKT di Parlimen. Misalnya pada 17 Oktober 2019, menteri menyatakan 56 fasa projek pembangunan bernilai RM9.98 bilion di bawah PR1MA telah dibatalkan. Namun pada 7 Disember 2020, menteri yang sama pula menyebutkan jumlah projek PR1MA yang telah dibatalkan adalah 32 projek.
“Hingga kini, sejumlah RM 172 juta wang telah dibelanjakan bagi membayar pampasan berikutan pembatalan projek PR1MA di beberapa kawasan.
“Terdapat juga beberapa projek terbengkalai atau lewat yang masih tidak diketahui statusnya seperti di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa tempat lagi.
“Di Johor sendiri, terdapat kes di Rumah PR1MA (Residensi) Tebrau yang sepatutnya diadakan penyerahan kunci pada 2018 lagi tetapi hingga kini tiada kesudahan walaupun tarikh siap projek telah beberapa kali dipinda,” dakwanya.
Sehubungan itu, Akmal mahu Zuraida segera mendedahkan projek-projek yang telah dibayar pampasan kerana ia melibatkan wang rakyat yang amat tinggi jumlahnya.
“Saya menggesa Menteri dapat segera mendedahkan senarai pemaju serta kos pampasan yang perlu dibayar kepada mereka bagi 32 projek yang telah dibatalkan, senarai projek yang dipinda tarikh siap serta senarai projek lewat dan terbengkalai.
“Saya juga mendesak agar rakyat yang terpaksa menanggung kerugian akibat kelewatan rumah PR1MA perlu diberikan bayaran penuh Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD), bukan hanya pemaju sahaja yang dijaga,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31710

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengerusi Pr1ma Ramai Profesional Berbakat Lebih Layak Banding Shahidan Kata Pemuda Pkr

Pengerusi Pr1ma Ramai Profesional Berbakat Lebih Layak Banding Shahidan Kata Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 187 hits
March 10 2021 Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata Scheme of Things yang menjadi amalan kerajaan Perikatan Nasional dengan menawarkan jawatan kepada Ahli Parlimen dilihat terus aktif dengan lantikan Shahidan Kassim PETALING JAYA Pemuda PKR ...
Shahidan Kassim Di Lantik Sebagai Pengerusi Pr1ma Berkuatkuasa Pada 23 Oktober 2020

Shahidan Kassim Di Lantik Sebagai Pengerusi Pr1ma Berkuatkuasa Pada 23 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Perbadanan PR1MA Malaysia menjelaskan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi perbadanan itu berkuat kuasa pada 23 Okt 2020 PR1MA dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Arau itu telah d...
Maklumat Mesyuarat Bocor Azmin Dilantik Sebagai Tpm Hamzah Nafikan

Maklumat Mesyuarat Bocor Azmin Dilantik Sebagai Tpm Hamzah Nafikan

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 299 hits
PETALING JAYA PPBM menafikan penyebaran maklumat berhubung intipati mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu yang tersebar melalui WhatsApp dan Facebook Antara dakwaan itu adalah ahli MPT Mohamed Azmin Ali memohon dilantik sebagai timb...
Malaysia Dilantik Terajui Kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik

Malaysia Dilantik Terajui Kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 185 hits
Malaysia dilantik terajui kumpulan metrologi perundangan Asia Pasifik Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 Mar 202
Sebelum Lebih Ramai Diumpan Seperti Shahidan Umno Mesti Keluar Kerajaan Serta Merta

Sebelum Lebih Ramai Diumpan Seperti Shahidan Umno Mesti Keluar Kerajaan Serta Merta

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 267 hits
Hanya beberapa hari selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis merangkap Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mengumumkan tindakannya menolak keputusan MT UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu sebaliknya akan terus bekerjasama ...
19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga

19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 442 hits
19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga Assalammualaikum wbt Alhamdulillah sesungguhnya kita wanita adalah golongan yang istimewa dan 19 Keistimewaan Wanita Yang Wanita Harus Bangga ada antaranya keistimewaan yang mungkin kita tahu ...
Pru 15 Pada Ogos Ismail Sabri Dilantik Tpm Mungkin Kata Sumber Ppbm

Pru 15 Pada Ogos Ismail Sabri Dilantik Tpm Mungkin Kata Sumber Ppbm

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 213 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM telah mengusulkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos dan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri jika Umno nekad kel...
Hadir Sebagai Kota Mandiri Di Era New Normal Apa Keistimewaan Grand Wisata Bekasi

Hadir Sebagai Kota Mandiri Di Era New Normal Apa Keistimewaan Grand Wisata Bekasi

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 202 hits
Inovasi yang dihadirkan oleh Grand Wisata Bekasi ini misalnya menjadi salah satu yang mendapatkan sambutan luar biasa dari masyarakat di tengah era New Normal
Struktur Semula Pemuda Ph Akmal Nasir Paling Sesuai Dilantik Ketua Baharu

Struktur Semula Pemuda Ph Akmal Nasir Paling Sesuai Dilantik Ketua Baharu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 225 hits
POSTED BY AMIR WRLRPemuda Pakatan Harapan yang lesu sejak Langkah Sheraton Februari 2020 dan kehilangan mantan ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu distruktur semula untuk kembali mengungguli arus perubahan anak muda Bagi Ketua Angk...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues