Sebelum Lebih Ramai Diumpan Seperti Shahidan Umno Mesti Keluar Kerajaan Serta Merta


 
Hanya beberapa hari selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis merangkap Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mengumumkan tindakannya menolak keputusan MT UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, sebaliknya akan terus bekerjasama dengan parti tersebut dalam PRU15 akan datang, habuan sebagai Pengerusi Prima pun jatuh ke ribaannya.
Hakikat ini dengan sendirinya menunjukkan Bersatu memang memerlukan watak-watak dalam UMNO yang sedia jadi pemecah-belah, lalu kemudian akan diberikan habuan yang lumayan sebagai ganjaran.
Sekaligus juga ini memperlihatkan Bersatu kini beralih arah kepada usaha melemah dan memecah-belahkan UMNO setelah cubaan mendapatkan sokongan parti itu melalui rundingan dan hubungan baik telah menemui kegagalan.
Sehingga ini, berdasarkan keputusan MT UMNO, usul yang diluluskan majoriti bahagian-bahagian dan surat Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin Yassin, UMNO memang kekal dengan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang.
Pendirian UMNO itu tidak dinafikan adalah suatu tamparan dan merupakan halangan terbesar dalam usaha Muhyiddin mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Tanpa kerjasama UMNO dan tanpa kesediaan UMNO berkongsi kerusi, walaupun andai kata terus disokong oleh Pas, Bersatu tidak cukup kekuatan untuk memastikan Muhyiddin berupaya mengekalkan lagi kedudukannya.
Pilihan terbaik untuk Muhyiddin kekal ialah hanya dengan adanya kerjasama daripada UMNO, tetapi langkah tersebut jika dipersetujui bermakna UMNO seperti meminum racun membunuh diri dan masa depannya sendiri.
Memandangkan usaha tersebut sudah dikira gagal, Bersatu kini nampaknya beralih kepada pendekatan melemah dan menghuru-harakan UMNO pula.
Setakat ini, selain Shahidan, seorang lagi pemimpin yang berwatak duri dalam daging atau di luar berbaju UMNO tetapi berhati Bersatu ialah Annuar Musa.
Semenjak dua menjak ini, dalam usahanya melawan arus semua keputusan UMNO dan ingin memastikan parti itu akhirnya sedia mengalah untuk terus mengekal dan mempertahankan Muhyiddin, beliau seolah-olah sudah menjadi muncung meriam yang sedia melepaskan tembakan kepada kepimpinan partinya sendiri pada bila-bila masa.
Dengan Shahidan sudah diberikan ganjaran lumayan secara serta-merta susulan keberaniannya menolak keputusan MT UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, malah mengumumkan UMNO Perlis terus akan bekerjasama bersama Bersatu dan Pas, ini sebenarnya adalah bahaya yang mula mengancam kedudukan UMNO.
Tidak mustahil selepas ini akan muncul lagi beberapa pemimpin UMNO bersuara senada dengan Shahidan, lalu kemudiannya mereka turut diberikan habuan serta ganjaran lumayan sepertinya juga.
Dalam dunia sekarang di mana nilai perjuangan bergantung kepada tebalnya poket, tidak mengejutkan kiranya apa yang dilakukan kepada Shahidan itu adalah umpan untuk Bersatu dan Muhyiddin memperolehi lebih banyak sokongan daripada pemimpin UMNO melalui pintu belakang.
Kiranya ia berterusan berlaku dan sampai ke tahap tidak dapat dibendung lagi, bukan saja keputusan MT UMNO akhirnya boleh diterbalikkan, malah kedudukan Ahmad Zahid sendiri bakal dipelantingkan.
Apa yang nyata di sini, sementara UMNO menetapkan pendirian enggan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi membiarkan dirinya terus kekal dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar, ia adalah suatu keputusan yang salah dan merbahaya.
Ia memberi ruang terbuka kepada Bersatu untuk mengumpan dan menawarkan habuan kepada pemimpin UMNO yang barangkali ramai tengah lapar dan dahaga atau mahu kekal bergaya seperti sebelum ini.
Maka, untuk menyelamatkan diri dan bagi mengelakkan lebih ramai watak seperti Shahidan terus muncul, menikam dan menghuru-harakan parti, UMNO sebaiknya harus keluar segera daripada kerajaan PN ini dengan serta-merta.
Selain duit tidak pernah tidur, mereka dalam Bersatu yang takut kehilangan kuasa juga tidak pernah tidur daripada berusaha dan mencari jalan bagi menyelamatkan diri masing-masing daripada tenggelam begitu saja.


 (Shahbudindotcom 09/03/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/sebelum-lebih-ramai-diumpan-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Nasihat Ku Li Segera Keluar Kerajaan Pilihan Yang Belum Terlambat Buat Umno

Ikut Nasihat Ku Li Segera Keluar Kerajaan Pilihan Yang Belum Terlambat Buat Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 242 hits
Di sebalik UMNO sudah menetapkan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU15 akan datang keputusan kekal berada dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan bukanlah suatu tindakan yang betul dan tepat sebenarny...
Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

Kalau Ada Dalam Umno Asabiyah Seperti Pemimpin Pas Lihatlah Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 314 hits
February 25 2021 ITU SEBAB MASA AKU TULIS PASAL MAT HASSAN AKU KUTUK ASYRAF WAJDI Kalau ada dalam UMNO Ashabiyah dan Kebodohan seperti pemimpin PAS Lihatlah Asyraf Wajdi masa aku menulis pasal Mat Hassan aku dah sebut Apakah orang berlatar ...
Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui ...
Kerjasama Umno Lebih Berkenan Dengan Ph Berbanding Pn

Kerjasama Umno Lebih Berkenan Dengan Ph Berbanding Pn

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 294 hits
NASUHA RAHMANBekas Speaker DUN Kelantan Wan Rahim Wan Abdullah tidak menolak sejarah PRU14 akan berulang jika sekiranya berlaku pertanding tiga penjuru iaitu Pakatan Harapan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada PRU15 nanti Menurut b...
Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 300 hits
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN sela...
Pembela Bidas Pas Umno Tak Berfungsi Duduk Dalam Kerajaan

Pembela Bidas Pas Umno Tak Berfungsi Duduk Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 376 hits
March 12 2021 Sepatutnya Umno dan PAS tidak perlu membuat rayuan atau gesaan kepada kerajaan agar penghakiman penggunaan kalimah Allah ke Mahkamah Rayuan kata Pertubuhan Pembela Islam Hal itu kerana kata Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya b...
Pengerusi Pr1ma Ramai Profesional Berbakat Lebih Layak Banding Shahidan Kata Pemuda Pkr

Pengerusi Pr1ma Ramai Profesional Berbakat Lebih Layak Banding Shahidan Kata Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 200 hits
March 10 2021 Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata Scheme of Things yang menjadi amalan kerajaan Perikatan Nasional dengan menawarkan jawatan kepada Ahli Parlimen dilihat terus aktif dengan lantikan Shahidan Kassim PETALING JAYA Pemuda PKR ...
Kerajaan Pn Perlu Belajar Dari Kesilapan Pentadbiran Ph Exco Pemuda Umno

Kerajaan Pn Perlu Belajar Dari Kesilapan Pentadbiran Ph Exco Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 372 hits
Kerajaan Perikatan Nasional perlu mengelak daripada terus mengundang kemarahan rakyat meskipun telah genap setahun mentadbir negara Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mustafa Shah Abdul Hamid berpendapat kerajaan PN perlu belajar daripada...
Mandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh Taska Anak Lebih Semangat Riang

Mandikan Anak Sebelum Hantar Ke Pengasuh Taska Anak Lebih Semangat Riang

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 383 hits
Seharusnya ibu ayah tidak malas dan jadikan ia perkara wajib untuk mandikan anak sebelum hantar anak ke taska Perkongsian ini mengejutkan apabila mempersoalkan sikap ibu ayah yang tidak mahu memandikan anak sebelum di hantar taska Malah sik...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Big Stage Alpha 2025

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf