Apakah Ini Amaran Kepada Golongan Raja Raja


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada peruntukan yang mengecualikan sesiapapun daripada kedaulatan undang-undang.

Perdana menteri berkata kedaulatan undang-undang terpakai kepada semua orang, daripada Raja-raja sehinggalah kepada perdana menteri dan menteri-menteri, kepada penjawat awam serta rakyat biasa.

“Bagi Raja-raja terdapat mahkamah khas tetapi undang-undangnya adalah sama seperti undang-undang yang terpakai bagi rakyat biasa. Raja-raja juga mesti menghormati undang-undang.

“Kita telah bersetuju bahawa Malaysia menerima demokrasi, iaitu pemerintahan oleh rakyat dan untuk rakyat. Ini dicapai melalui persetujuan bersama, dalam bentuk demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan di peringkat negeri dan persekutuan.

“Ke arah ini, perlembagaan dan undang-undang di peringkat yang berlainan telah disebarluaskan. Malangnya beberapa perlanggaran undang-undang telah dilakukan tanpa tindakan diambil oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

"Dalam kata lain, kedaulatan undang-undang telah tidak diendahkan,” katanya dalam catatan terkini blog chedet.cc malam ini.


Tak adil, rakyat merana

Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya apabila melihat pelanggaran undang-undang dilakukan secara terang-terangan atas kepercayaan salah bahawa kekebalan telah diberikan.

"Hasilnya boleh diramalkan dan rakyat merana akibat ketidakadilan. Perniagaan tidak boleh dijalankan dengan baik. Harta benda dirampas. Tindakan luar biasa dan salah telah dilakukan," katanya.

Dr Mahathir berkata aduan awam terhadap mereka yang mencabuli kedaulatan undang-undang adalah sah dan tidak melanggar mana-mana perundangan, malah tidak boleh dianggap sebagai hasutan.

"Mereka akan dianggap sebagai kebebasan berucap. Rakyat boleh membuat laporan terhadap perkara ini atau secara terang-terangan bercakap mengenainya," katanya.

Dr Mahathir juga menegaskan bahawa undang-undang asas Malaysia ialah perlembagaan dan ia merupakan badan undang-undang menyeluruh yang menentukan struktur undang-undang Malaysia daripada Yang di-Pertuan Agong hingga kepada Raja-raja Negeri, kepada kerajaan persekutuan dan negeri serta badan-badan yang diberi kuasa untuk memerintah dan menguatkuasakan.


Najib tak endah undang-undang

Beliau berkata semua undang-undang lain diperoleh daripada perlembagaan dan tiada undang-undang yang dalam apa jua cara sekali pun menafikan perlembagaan mungkin diisytiharkan.

Perdana menteri berkata antara matlamat paling penting Pakatan Harapan ketika dalam perjuangaannya untuk menggulingkan kerajaan kleptokratik Najib Razak adalah memulihkan semula kedaulatan undang-undang.

“Najib tidak mengendahkan undang-undang apabila ia sesuai dengan dirinya. Malah undang-undang telah disalahgunakan untuk menindas rakyat.


"Daripada melindung rakyat, undang-undang telah mendedahkan rakyat kepada ketakutan yang tidak diketahui tetapi nyata,” katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan kerajaan Pakatan Harapan akan menjunjung undang-undang dan hak rakyat serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/apakah-ini-amaran-kepada-golongan-raja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Thailand Di Penjara 35 Tahun Hina Raja Di Malaysia Berapa Cina India Dah Kena Tahan

Lelaki Thailand Di Penjara 35 Tahun Hina Raja Di Malaysia Berapa Cina India Dah Kena Tahan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 731 hits
Memandangkan semakin ramai yang biadap dan kurang sopan mungkin kita boleh kenalkan undang undang seperti di Thailand untuk mereka yang menghina Sultan Raja Apa pendapat sahabat semua Setuju firdauswongFirdaus Wong Wai HungSelama ini Hanya ...
Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

Majlis Raja Raja Akan Tetapkan Tarikh Mesyuarat Khas Pilih Ydpa Ke 16

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 963 hits
KUALA LUMPUR Enam Sultan dan Raja menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja raja di Istana Negara hari ini Agenda mesyuarat khas hampir sejam Majlis Raja raja itu difahamkan adalah untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis m...
Malaysia Akan Tentukan Raja Baru 24 Januari

Malaysia Akan Tentukan Raja Baru 24 Januari

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 314 hits
Raja Malaysia Sultan Muhammad V pada 6 Januari memutuskan turun tahta atau mengundurkan diri Padahal diketahui Yang di Pertuan Agong ini baru menjabat selama dua tahun atau sejak 2016 lalu Raja baru pengganti Raja Kelantan ini akan dipilih ...
Trend Hina Raja Semakin Berleluasa Kerajaan Harus Lebih Tegas Menanganinya

Trend Hina Raja Semakin Berleluasa Kerajaan Harus Lebih Tegas Menanganinya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 433 hits
Terlihatnya kebelakangan ini semakin ramai rakyat negara kita tidak kira Melayu Cina atau India seolah olah semakin ghairah dan seronok menghina Raja Raja Melayu Komen komen yang terpapar di media sosial akhir akhir ini dan bagaimana ayat s...
Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

Pm Tidak Campur Majlis Raja Raja Pilih Agong Baharu

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 419 hits
KUALA TERENGGANU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yang di Pertuan Agong yang baharu dapat diputuskan secepat mungkin Dr Mahathir berkata ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di Pert...
Raja Turun Takhta Raja Atas Takhta

Raja Turun Takhta Raja Atas Takhta

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 575 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Agong turun takhta jadi ...
Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 556 hits
Raja raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja raja ...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Sarapan Di Warong Sate Pagi Kota Tinggi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sentuhan Kasihmu Ibu

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Dolla Mwa Chord