Raja Turun Takhta Raja Atas Takhta



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Agong turun takhta jadi beri antarabangsaSEMALAM, 6 Januari 2019 semua saluran utama media massa Malaysia melaporkan yang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kelima) meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV (kelima belas).
Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita Yang di-Pertuan Agong mengosongkan jawatan dan turun takhta.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Bernama memetik Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, sebagai berkata dalam satu kenyataan media bahawa Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

“Bagi menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Jan, 2019 bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Saya perhatikan boleh kata semua laporan media massa tempatan menggunakan istilah “letak jawatan” atau dalam bahasa Inggeris “resign”.
Izinkan saya menggunakan istilah “turun takhta” atau dalam bahasa Inggeris “abdicate” seperti yang digunakan oleh kebanyakan akhbar Inggeris dari United Kingdom (UK) dan merata dunia.
Ikut kelaziman, dalam bahasa Inggeris apabila seorang raja melepaskan jawatan dia dikatakan “abdicates” iaitu turun atau kosongkan takhta.
Ini adalah tanda memuliakan institusi raja dan membezakan kedudukan raja dengan orang biasa.
Berkenaan Sultan Muhammad V, pembaca bahasa Inggeris tentu sudah maklum yang baginda menjadi tajuk sensasi dalam media antarabangsa, khususnya di UK apabila dilaporkan menikahi bekas ratu cantik Mosow 2015, Okana Voevodina.
Majlis perkahwinan di Rusia yang disiarkan oleh media antarabangsaMedia massa Malaysia pula hanya sekadar melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan tidak tahu secara rasmi peristiwa tersebut.
Yang menyiarkan berita sensasi itu hanyalah beberapa buah blog dan media sosial.
Berita Sultan Muhammad V menikahi ratu cantik Moscow tahun 2015 itu menjadi berita panas media antarabangsa apabila pasangan itu mengadakan majlis sambutan (reception) gilang-gemilang di Moscow.
Akhbar Daily Mail dari UK yang memetik saluran “Islam News” berkata majlis itu diadakan pada 22 November lalu di Dewan Konsert Barvikha di pinggir Moscow.
Ia memetik pengarah ratu cantik Tatiana Andreeva sebagai berkata pasangan itu bertemu di Eropah ketika Voevodina bertugas mempromosikan jam tangan mahal.
Raja Atas Takhta
Izinkan saya terus menggunakan istilah turun takhta kerana kepada saya, seorang raja mahkota apatah lagi Yang di-Pertuan Agong, bukan sekadar memegang jawatan tetapi memegang jawatan dengan bersemayam di atas takhta.
Itulah yang membezakan seorang raja dengan rakyat biasa. Rakyat biasa memegang jawatan atau membuat kerja untuk cari makan dan kekayaan.
Raja kita naik takhta dan memerintah negara dengan bersumpah atas nama Allah dan bersaksikan al-Quran.
Sebab itulah saya tidak putus-putus menekankan bahawa tempat raja adalah di atas takhta.
“Rahmat bahagiaTuhan KurniakanRaja kitaSelamat bertakhta.”
Dan dalam nada yang sama saya telah berulang kali berkata bahawa tempat raja bukan dalam bilik lembaga merancang IPO atau memohon konsesi IPP, dalam hutan belantara dan lautan samudera raya mencari hasil bumi untuk diri sendiri atau mengambil alih tanah negeri.
Sultan negeri mana pun yang akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam belas wajib berpegang kepada ikrar:
“Dengan ini, beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam, dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.”
Tanggungjawab raja:
1. Berlaku adil.2.Mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.3.Memelihara agama Islam.4.Berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.
Akhir kalam, apa yang baik yang Sultan Muhammad V lakukan untuk negara ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong, kita menjunjung kasih.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/01/raja-turun-takhta-raja-atas-takhta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Malaysia Tangkap Tiga Orang Diduga Hina Raja Yang Baru Turun Takhta

Polisi Malaysia Tangkap Tiga Orang Diduga Hina Raja Yang Baru Turun Takhta

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 361 hits
Meski tak gaduh Negeri Jiran sedang menghadapi situasi yang luar biasa Sehari sebelumnya sang Kepala Negara Sultan Muhammad V memutuskan turun takhta Itu adalah kali pertama terjadi sepanjang sejarah Malaysia sejak kemerdekaan dari Inggris ...
Raja Naik Takhta Turun Takhta

Raja Naik Takhta Turun Takhta

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 354 hits
ULASAN Semalam 6 Januari 2019 semua saluran utama media massa Malaysia melaporkan yang Sultan Kelantan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong XV Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita Yang di Pertuan Agong...
B Agug Turun Takhta Demi Mantan Miss Moscow Ini Benarkah

B Agug Turun Takhta Demi Mantan Miss Moscow Ini Benarkah

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 832 hits
jpnn com Prediksi itu akhirnya menjadi kenyataan Sultan Muhammad V meletakkan jabatan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia secara resmi Minggu Tidak ada alasan yang menyertai pengumuman pengunduran dirinya Namun diperkirakan itu berkaitan ...
Rezeki Turun Mencurah Curah Dari Langit Laut Dan Bumi Amalkan 20 Perkara Ini Rileks Media

Rezeki Turun Mencurah Curah Dari Langit Laut Dan Bumi Amalkan 20 Perkara Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 366 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
Guna Huawei P20 Atau P20 Pro Muat Turun Kemaskini Emui 9 0 Hari Ini

Guna Huawei P20 Atau P20 Pro Muat Turun Kemaskini Emui 9 0 Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 325 hits
Huawei telah pun sedia menjanjikan penawaran kemaskini EMUI 9 0 berasaskan kepada Android 9 0 Pie untuk sejumlah pengguna peranti mereka Kini selari dengannya kemaskini berkenaan telah mula diperkenalkan untuk pengguna Huawei P20 dan juga H...
Minyak Petrol Tidak Jadi Turun Masih Harga Kekal Rm2 20 Untuk Ron95 Hancing

Minyak Petrol Tidak Jadi Turun Masih Harga Kekal Rm2 20 Untuk Ron95 Hancing

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR 31 Dis Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2 20 seliter untuk tempoh beberapa hari Beliau berkata penetapan itu turut melibatkan petrol RON97 pada harga RM2 ...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey