Apakah Hukum Menggugurkan Kandungan Janin Dalam Islam



Jika anak dalam kandungan berusia empat bulan mengalami kecacatan seperti tempurung kepala tidak sempurna, adakah dibolehkan menggugurkan kandungan itu ? 

Apakah Hukum Menggugurkan Kandungan Janin Dalam Islam
Credit Pic : SUMBER

Pengguguran bayi dalam kalangan wanita Islam satu fenomena yang menjadi permasalahan bersifat domestik dan antarabangsa. Ia bukan perkara baru dan sudah dibincangkan ulama dalam kitab fiqh klasik dan moden.

Apakah Hukum Menggugurkan Kandungan Janin Dalam Islam
Hukum menggugurkan bayi dalam kandungan boleh dibahagikan kepada dua iaitu menggugurkan kandungan sebelum berusia empat bulan dan menggugurkannya selepas berusia empat bulan.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Ibn Mas'ud yang bermaksud : Sesungguhnya setiap daripada kamu dihimpunkan penciptaannya di dalam rahim perut ibunya selama 40 hari, kemudian jadilah (nutfah) itu segumpal darah selama tempoh itu juga, kemudian jadilah ('alaqah) itu segumpal daging selama tempoh itu juga, kemudian diutuskan malaikat dan ditiupkan ke dalam roh. (Riwayat al-Bukhari - 3208 & Muslim - 2643)

Menggugurkan kandungan berusia empat bulan atau kurang daripadanya termasuk dalam perkara yang menjadi perseelisihan dalam kalangan ulama kerana tempoh itu roh belum lagi ditiupkan.

Majoriti ulama mengatakan, hukumnya adalah haram. Sebahagian lagi mengatakan hukumnya makruh. 

Sebahagian lagi pula berpendapat, hukumnya harus dengan syarat tertentu. (Rujuk Mausu;ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah - 2/58-59, Nihayah al-Muhtaj - 8/416)

Adapun menggugurkan kandungan selepas berusia empat bulan, ulama bersepakat hukumnya haram kerana pada usia itu, roh sudah ditiupkan ke dalam kandungan ibu.

Namun, diharuskan menggugurkan bayi di dalam kandungan walaupun sudah ditiupkan roh kepadanya (selepas berusia empat bulan) jika ia boleh mengancam nyawa ibunya. (Rujuk Mausu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah - 2/57)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 26 yang diputuskan pada 7 Mac 1990 menyatakan :

1. Menurut Ijmak Fuqaha, haram menggugurkan janin yang sudah berusia lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang sudah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.

2. Makruh menggugurkan janin berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranyaa tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan daripada suami dan isteri.

3. Ijmak Fuqaha berpendapat bahawa hukum pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Muzakarah mengambil keputusan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Berdasarkan nas, perbincangan dan fatwa berkenaan, bayi di dalam kandungan berusia empat bulan dan ke atas tidak boleh digugurkan kecuali pengguguran itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan teruk selain selepas mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang bertauliah.


SUMBER


Baca juga : Benarkah Iblis Berasal Dari Malaikat?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dakcaii.blogspot.com/2019/05/apakah-hukum-menggugurkan-kandungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menikahi Janda Dalam Islam Benarkah Datangkan Banyak Rezeki

Hukum Menikahi Janda Dalam Islam Benarkah Datangkan Banyak Rezeki

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1624 hits
Menikah merupakan bagian untuk melangkah dan proses mencapai tujuan hidup yang lebih utama Islam menganjurkan umatnya untuk menikah dan juga berkeluarga Hal ini bertujuan agar manusia lebih memiliki ketentraman kebahagiaan dan juga memperku...
Apakah Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang

Apakah Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 557 hits
Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang JAWAPAN Untuk menjawab soalan ini sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi melalui kitabnya Fatawa Muasirah Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat i...
Cakap Melayu Rasis Cakap Islam Pelampau Agama

Cakap Melayu Rasis Cakap Islam Pelampau Agama

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 383 hits
SUBKY LATIF 19 MAY 2019APA yang orang Melayu boleh cakap dan boleh buat bagi menyatakan ia ada dan masa depannya terbela Apa yang Islam boleh cakap bagi menyatakan ia ada dan masa depannya lebih baik dari masa ini Orang Melayu itu sejak men...
Syahadah Pun Tak Boleh Ucap Taktik Popular Warga Asing Thailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam

Syahadah Pun Tak Boleh Ucap Taktik Popular Warga Asing Thailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 899 hits
Syahadah pun tak boleh ucap Taktik Popular Warga Asing tThailand Gemar Menyamar Sebagai Orang Islam Penampilan berkopiah memegang tasbih sambil mengusung tin tertera tabung masjid namun mereka ini tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah I...
Foto Pengkhianat Islam Pengintip Kota Mekah Dilelong Rm1 1 Juta

Foto Pengkhianat Islam Pengintip Kota Mekah Dilelong Rm1 1 Juta

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 819 hits
GAMBAR pemandangan Mekah yang dirakam oleh Christiaan Snouck Hurgonje pada 1885 AGENSI LONDON 18 Mei Foto pertama pemandangan Mekah yang dirakamkan oleh seorang cendekiawan Belanda yang mengintip penduduk tempatan Arab Saudi dengan mengguna...
What Is Compassionate Islam

What Is Compassionate Islam

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 271 hits
The point of modern propaganda isn t only to misinform or push an agenda It is to exhaust your critical thinking to annihilate truth Garry KasparovI am not trying to be snarky when it comes to Mujahid Yusof Rawa because I think he is desper...
Ini Pengganas Tukang Bakar Al Quran Ancam 300 000 Umat Islam Denmark

Ini Pengganas Tukang Bakar Al Quran Ancam 300 000 Umat Islam Denmark

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 395 hits
PEMIMPIN anti Islam Rasmus Paludan bakal bertanding dalam pilihan raya umum bulan depan Tukang bakar al Quran tanding pilihan raya Ancam 300 000 umat Islam di Denmark276COPENHAGEN 17 Mei Umat Islam di Denmark berdepan situasi membimbangkan ...
Alquran Kuno Kampung Bugis Jejak Sejarah Islam Di Pulau Dewata

Alquran Kuno Kampung Bugis Jejak Sejarah Islam Di Pulau Dewata

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 442 hits
Muhammad Syukur adalah generasi ke 5 yang mewarisi Alquran kuno tersebut dari kakeknya bernama Datuk Marjui dan diperkirakan Alquran kuno dibuat pada abad 17
Mizz Nina Noh Salleh Terbang Ke Syria Untuk Bantu Umat Islam

Mizz Nina Noh Salleh Terbang Ke Syria Untuk Bantu Umat Islam

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 597 hits
Pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina memang terkenal dengan misi misi amal yang sering dilakukan bersama Terbaru pasangan itu terbang ke Turki pula The post appeared first on
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Drama Bad Cop

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Rahsia Di Sebalik Reka Bentuk Kotak Yang Buat Pelanggan Tertarik Untuk Beli

Mihun Goreng

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman

Pilihan Raya Sabah Paling Gila