Apakah Hukum Dalam Islam Main Kutu Nak Kumpul Wang Segera



Apakah Hukum Dalam Islam Main Kutu Nak Kumpul Wang Segera??
PASTI ramai di antara kita yang pernah main kutu sebagai salah satu cara mudah dan singkat mengumpul wang tunai.
Secara umumnya, main kutu adalah satu skim menyimpan dan mengumpul wang dalam tempoh singkat dan kebiasaannya disertai oleh beberapa orang pemain dengan jumlah bayaran bulan tertentu yang dipersetujui oleh semua ahli.

Cabutan nombor akan dibuat bagi menentukan giliran peserta mendapat wang mereka dan kebiasaannya salah seorang akan dilantik sebagai ibu kutu untuk mengumpulkan wang dan diserahkan kepada penerima setiap bulan.
Proses dan kaedah main kutu itu dilihat ringkas dan cepat tetapi bagaimana pandangan Islam mengenai main kutu?
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bermain kutu dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram.
Pada asasnya kata Zulkifli, duit yang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah duitnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang. Apabila tiba gilirannya, maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya dengan segera disebabkan bayaran komitmen daripada semua ahli kumpulan.

Setiap hutang yang dikenakan syarat tambahan bayaran, maka ia haram tanpa khilaf.
“Pada pandangan syarak, ia dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah daripada semua ahli yang menyertainya. Maka, setiap bulan semua ahli yang menyertainya akan membayar pinjaman yang mana duit pinjamannya itu akan kembali kepadanya apabila gilirannya tiba untuk mendapatkan jumlah yang disepakati tersebut.
“Sekiranya permainan kutu ini melibatkan pertambahan faedah dan keuntungan seperti dikenakan yuran untuk menyertai permainan ini, maka ia diharamkan,” katanya.
Terang Zulkifli lagi, Ibn Qudamah menyatakan di dalam al-Mughni: “Setiap hutang yang dikenakan syarat tambahan bayaran, maka ia haram tanpa khilaf.”
Ibn Munzir pula menyatakan: “Telah disepakati sekiranya pemberi hutang memberikan syarat kepada peminjam dengan tambahan duit ataupun hadiah, maka ia dikategorikan sebagai riba.”
Hal ini sebagaimana yang telah diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab, Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud bahawa mereka melarang pinjaman yang meminta manfaat dan faedah.
Berdasarkan hal ini kata Zulkifli, manfaat daripada hutang yang diharamkan ialah manfaat dikhususkan kepada pemberi pinjaman.

Undang-undang di Malaysia melarang permainan kutu.
“Adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan. Namun demi memastikannya ia terjamin dan bebas daripada kezaliman, maka perlu dipastikan semua ahli yang menyertai ini adalah orang yang beramanah dan boleh dipercayai, dikenali dan membuat akad bertulis untuk kemaslahatan semua,” ujarnya.
Tanpanya kata Zulkifli, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar. Akad bertulis mengenai hutang ini dinyatakan secara jelas berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu…[4]
Imam al-Baghawi menyatakan di dalam tafsirnya: Ulama berselisih pendapat tentang kewajipan menulis atau mencatat hutang melalui ayat di atas. Ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa mencatat atau menulis hutang itu adalah wajib. Namun, pendapat oleh majoriti ulama adalah sunat hukumnya dan sekiranya tidak dilakukan tidak mengapa. [5]
Sementara itu kata Zulkifli, sebelum bersetuju bermain kutu, peserta perlu membuat perjanjian dan akad bertulis selain penganjur tidak boleh meletakkan sebarang yuran atau apa-apa keuntungan daripada hasil permainan kutu kerana ia boleh menjerumus ke kancah riba.
Selain itu katanya, ia tidak dilakukan secara terbuka dan hanya melibatkan kumpulan yang kecil apatah lagi undang-undang di Malaysia melarang permainan kutu dan ia salah di sisi undang-undang.
Perbuatan permainan kutu ini telah diperuntukkan di dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang kutu 1971.
Apakah Hukum Dalam Islam Main Kutu Nak Kumpul Wang Segera??
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
SOP Tahun Baru Cina 2022 dikeluarkan Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video) Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia Lelaki trauma digoda empat pondan Awas keladi kayangan beracun Adegan ranjang Jasmine Suraya, itu bukan saya tapi Angel Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO] Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah Shuk risau isteri semakin cantik selepas tinggal berasingan Salji turun di Gurun Sahara Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

The post Apakah Hukum Dalam Islam Main Kutu Nak Kumpul Wang Segera?? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/19/apakah-hukum-dalam-islam-main-kutu-nak-kumpul-wang-segera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Hukum Bagi Waris Untuk Mengerjakan Badal Haji Bagi Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Apakah Hukum Bagi Waris Untuk Mengerjakan Badal Haji Bagi Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 223 hits
Apakah Hukum Bagi Waris Untuk Mengerjakan Badal Haji Bagi Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Bila sebut Badal Haji teringat mama pada arwah ayah mama yang tak kesampaian nak menunaikan Haji dan Umrah di tanah Mekah Dia memang sungguh sungg...
Nak Masuk Islam Yang Disusahkan

Nak Masuk Islam Yang Disusahkan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 246 hits
Cerita 1Ada seorang kawan sedang duduk menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan pegawai di masjid Datang seorang perempuan berselendang menutup kepalanya berpakaian labuh sopan Kawan saya tu perhatikan wanita itu sedang mengisi satu borang...
Kita Mengantuk Dia Ajak Main Akal Bijak Baby Tak Nak Tidur

Kita Mengantuk Dia Ajak Main Akal Bijak Baby Tak Nak Tidur

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 191 hits
Aduhai nak mama papa ni dah mengantuk Yang dia bukan ain bulat mata tak ada tanda tanda nak tidur pun Kalau mama papa nak biar awak main sendiri bahaya pula terpaksalah dilayan Sampai dah hitam bawah mata ni macam panda Sumber foto www free...
Betul Betul Cucu Tan Sri Gara Gara Terdengar Yusuf Nak Main Pasir Tan Sri Vicent Tan Sanggup Hentikan Yatch

Betul Betul Cucu Tan Sri Gara Gara Terdengar Yusuf Nak Main Pasir Tan Sri Vicent Tan Sanggup Hentikan Yatch

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 195 hits
Sebelum ini pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sangat bertuah apabila mereka sekeluarga dijemput menaiki kapal layar mewah milik jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan pada tahun lalu Terbaru Hairul dan Hanis sekali lagi menja...
Nak Bagi Anak Lupa Gajet Buat Busy Board Sambil Main Boleh Belajar

Nak Bagi Anak Lupa Gajet Buat Busy Board Sambil Main Boleh Belajar

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 191 hits
Zaman sekarang aktiviti anak anak untuk bermain sangat terhad Biasanya bila duduk dalam rumah televisyen dan gajet yang akan jadi peneman anak untuk hilangkan rasa bosan Kalau dilihat kesan jangka panjang ini akan membantutkan perkembangan ...
Biar Betul Jagan Main Silap Mata Pengangguran Dah Cacah 600k Pun Kau Nak Sembang Lagi

Biar Betul Jagan Main Silap Mata Pengangguran Dah Cacah 600k Pun Kau Nak Sembang Lagi

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 140 hits
KDNK hingga 6 5 tahun ini mampu dicapai kata Zafrul January 19 2022 Lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan serta mengembalikan sentimen positif negara terutamanya selepas pandemik Covid 19 menurut Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz KU...
Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal Banting

Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal Banting

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 319 hits
Salam to all readers Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal Banting Aku dah lama tak makan roti canai dekat kedai Tawaqal Banting Kedai ini cukup mengamit memori dari aku bangku sekolah kebangsaan lagi dimana arwah atuk aku dulu selalu bawa ...
Fatima Dah Siap Dah Ni Nak Belanja Mommy And Daddy Ice Cream

Fatima Dah Siap Dah Ni Nak Belanja Mommy And Daddy Ice Cream

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 222 hits
Kebiasaanya bila kanak2 dided4hkan dengan persekitaran ibu bapa yang selebriti kecenderungan kanak2 untuk menjadi selebriti dalam kalangan kanak2 juga agak besar Kanak2 suka meniru ibu bapa mereka kerana ibu bapa adalah cerminan kepada anak...
Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 194 hits
Terkini Menteri minta rakyat bersedia dengan kenaikan harga ayam awal bulan depanJanuary 8 2022 Rakyat negara ini perlu bersedia dengan kenaikan harga siling ayam yang dijangka berlaku awal bulan depan selepas tamat Skim Harga Maksimum Kelu...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco