Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal Banting


 Salam to all readers,


| Rindunya Nak Makan Roti Canai Tawaqal, Banting! |  Aku dah lama tak makan roti canai dekat kedai Tawaqal, Banting. Kedai ini cukup mengamit memori dari aku bangku sekolah kebangsaan lagi, dimana arwah atuk aku dulu selalu bawa aku ke mari pekena roti canai setiap kali datang ke Banting. Dari jalan depan rumah takde divider (palang tengah-tengah) sampai dah ada divider. Kalau dulu, pergi Banting ambil masak 15 minit, tapi sekarang rasa jauh sangat nak sampai ke pekan Banting.


So, haritu sahaja ajak mak aku ke mari, konon nak makan roti canai. Alih-alih tutup. Serius nak cakap korang, roti canai dekat sini sedap tambah cicah dengan kuah dall dia yang pekat tu. Dulu roti canai boleh dapat harga sekeping RM0.60 sekarang, sekeping ada yang cecah RM1.40 tu pun tak tebal mana, sedap tak sedap belakang kira. Punya dasyat inflasi harga barangan sekarang, tapi masih lagi orang pertikaikan kenapa tak cukup gaji RM1,200.


Memandangkan aku lama balik Kuala Langat tempoh hari, aku ajak mak aku sekali lagi singgah kedai Tawaqal untuk bungkus roti canai. Alhamdulillah, kedai operasi sedia kala, now kedai dia pun dah advanced, tak ada dah, pintu kayu, tingkap kayu dalamnya, semua upgrade jadi batu. Tapi sedihnya, kuah roti canai cicah dal tu tak sama macam dulu. Kurang ummm...roti canainya masih sama, kuah cair auto jadi tak sedap.


Kedai Tawaqal ini betul-betul dekat pekan Banting deret Pizza Hut, seberang jalan ada cendol Banting yang famous tu kalau tak silap. Banyak kali masuk televisyen, tapi sekali pun aku tak pernah jejak. hehehe..


Aku ni, kalau pergi kedai mamak, tak sah kalau tak order lebih 2 keping roti canai. Mamak lovers sungguh naaa.. Yang ianya, kalau bab makin memang terlebih-lebih aku tambah lagi benda tu aku suka makan. Mak aku kurang sikit makan roti canai, tapi kalau dah ramai balik rumah, bertambah juga dia makan.



Lihat, sekarang kedai dia makin cantik dah. Dulu ada penghadang pintu kayu kalau nak duduk belah belakang, sekarang boleh nampak orang duduk di depan dan juga belakang. Dapur pun mereka dah siap upgrade sekarang. Dulu ada loteng dekat atas belakang kedai ini, sekarang tengok dah tak ada dah. Hebat mamak Tawaqal ini. Sekarang deret depan kedai ini agak sibuk orang betulkan parit. So, kena parking jauh sikit kalau nak menapak ke mari. Sebaik boleh parking belakang kedai, taklah jauh mana kalau nak berjalan

Ini belakang kedai Tawaqal, Banting sekarang, 100% berubah mujur nama tak berubah masih maintain. Tapi mamak yang kerja situ pun mostly ramai orang baru. Yalah umur aku dah 20 lebih, aku pergi makan situ waktu aku kecik umur, 6 ke 11 tahun macam tu. Tak ke lama. Kita boleh mencipta sejah dan memori, tapi nak kembalikan orang dah pergi tak boleh. Begitulah kehidupan.
Selagi hayat masih ada, tingkatkanlah pahala banyak-banyak. So, siapa kat sini kalau pergi mamak order roti canai lebih 2 keping? Kita geng!


Okaylah, happy weekend guys and thank you for reading!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2022/01/rindunya-nak-makan-roti-canai-tawaqal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lahir Australia Tapi Nak Makan Kuah Lemak Gelagat Anak Zahirah Tarik Perhatian Warganet

Lahir Australia Tapi Nak Makan Kuah Lemak Gelagat Anak Zahirah Tarik Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 385 hits
Anak kesayangan pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sentiasa menjadi tumpuan ramai Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya dua hari lepas ternyata gelagat comel Isaac amat menghiburkan malah sentiasa me...
Roti Canai Nasi Kandar Naik Harga

Roti Canai Nasi Kandar Naik Harga

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 255 hits
Pengusaha restoran restoran India Muslim atau mamak yang bero pe rasi di Lembah Klang terpaksa menaik kan harga makanan dan minuman pada kadar 20 sen hingga 50 sen sejak awal bulan ini bagi menampung kos bahan mentah yang naik mendadak Pres...
Peneman Sarapan Pagi Menyibuk Je Orang Nak Makan

Peneman Sarapan Pagi Menyibuk Je Orang Nak Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 336 hits
Kadang kadang ada antara kita ni kan mesti ada haiwan peliharaan yang kita sayang dan rapat dengan kita bukan sahaja rapat tetapi boleh dikatakan tidur dan makan pun dengan kita Memang ramai dalam kalangan kita yang suka membela haiwan sepe...
Bukan Asbab Kubur Masih Merah Shuib Dikecam Nak Kahwin Lagi Pesan Superdaddy Cukup Makan Dalam

Bukan Asbab Kubur Masih Merah Shuib Dikecam Nak Kahwin Lagi Pesan Superdaddy Cukup Makan Dalam

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 238 hits
Oleh Perihal selebriti popular Shuib yang tidak menolak untuk berkahwin lagi andai ada jodoh turut memberi tempias kepada bapa tunggal kepada tiga hero Khairul Abdullah Menurut Khairul yang popular dengan gelaran SuperDaddy apa sahaja keput...
Adeh Pengsan Saya Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

Adeh Pengsan Saya Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 325 hits
Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang 8216 hantu petai 8217 lagi lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam Walau bagaimanapun bagi ibu ibu yang sedang hamil mereka disarankan untuk mengawal pe...
Jangan Makan Petai Kalau Dah Nak Bersalin

Jangan Makan Petai Kalau Dah Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 236 hits
Jangan makan petai kalau dah nak bersalin Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang hantu petai lagi lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam Walau bagaimanapun bagi ibu ibu yang sedang hamil mer...
Roti Jala Sedap Mudah Nak Buat

Roti Jala Sedap Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 274 hits
Roti Jala Sedap Mudah Nak Buat Sarapan pagi ni adalah roti jala Cicah dengan kuah kari ayam Korang pulak sarapan apa Lontong basah ke Atau epok epok Dah lama tak buat epok epok kuih legend tu adik adik Memang kena ada skill nak buat epok ep...
Roti Canai Sarang Burung Sedap

Roti Canai Sarang Burung Sedap

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 307 hits
assalamualaikum salam sejahtera sarapan pagi penting kan waktu lain tak makan takpe sarapan memang wajib utk saya lelebih lagi saya dan anak anak kena follow waktu makan malan mr asben before maghrib da mesti mesti nak makan hmmmm bila maka...
Pakaian Pengantin Traditional Minang

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Jom Cari Kerja How To Find Jobs In Malaysia With Google

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Number Of Sarawak Flood Victims Almost Doubles To 5 385

Thursday Jokes 249