Apakah Hukum Jemaah Haji Wanita Ambil Pil Pencegah Haid


HUKUM JEMAAH HAJI WANITA AMBIL PIL PENCEGAH HAID | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Walaupun saya belum berpeluang untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Masjidil Haram, tapi saya serba sedikit tahu tentang persoalan dan kemusykilan yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan jemaah haji wanita. What is it? Salah satu nya... berkaitan dengan pil pencegah haid. Boleh ke tak boleh makan pil tahan haid sebelum menunaikan haji atau umrah? Apakah hukum jemaah haji mengambil pil hormon perancang haid untuk elak haid ketika haji? Apakah hukum jemaah haji wanita ambil pil pencegah haid dengan niat melewatkan haid ketika haji?

Let's find out the answer!


APAKAH HUKUM JEMAAH HAJI WANITA AMBIL PIL PENCEGAH HAID?
Oleh: Mufti Wilayah PersekutuanAPAKAH HUKUM JEMAAH HAJI WANITA AMBIL PIL PENCEGAH HAID?Soalan:
Apakah hukum mengambil pil pencegah haid bagi jemaah haji wanita?
Jawapan:
Pada asasnya, wanita yang sedang berada dalam keadaan haid dibolehkan untuk melaksanakan perbuatan-perbuatan haji selain dari melakukan tawaf di Baitullah. Hal ini adalah berdasarkan sabda Nabi S.A.W kepada Ummul Mu’minin A’isyah R.A:
افْعَلِي كَمَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِي 
Maksudnya: Kamu lakukanlah sebagaimana yang dilaksanakan oleh orang-orang yang mengerjakan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu suci.
Riwayat Al-Bukhari (1650)
Imam al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini berkata: Sesungguhnya haid itu tidak menghalang sedikit pun manasik (perbuatan-perbuatan) haji melainkan tawaf di baitullah dan solat sesudahnya. Adapun selain daripada itu seperti zikir, berdoa, maka ianya tidak dihalang kepada orang yang dalam keadaan haid untuk melakukannya. Maka termasuk dalam perkara itu adalah wukuf di ‘Arafah, dan Muzdalifah, melontar jamrah, serta berdoa kepada-Nya di tempat-tempat ini. Dan semuanya ini adalah disepakati akan keharusan mengerjakannya. Lihat Fath al-Bari, Ibn Rajab al-Hanbali (2/42).
Hukum Jemaah Haji Wanita Mengambil Pil Pencegah HaidAPAKAH HUKUM JEMAAH HAJI WANITA AMBIL PIL PENCEGAH HAID?Berikut kami nyatakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu ini:
Kata al-Imam al-Bahuuti al-Hanbali Rahimahullah: Dibolehkan untuk meminum ubat-ubatan yang harus hukumnya untuk memotong haid selama mana ia selamat dari sebarang kemudharatan. Rujuk Kasyyaf al-Qina’, al-Bahuti (1/2180).
Imam Malik pula memakruhkan perbuatan ini. Kata al-Imam Ibn Rushd al-Maliki Rahimahullah; Imam Malik ditanyakan berkenaan seorang perempuan yang takut haidnya berlaku lebih awal, lalu dia ingin meminum ubat yang dapat melambatkan kitaran haidnya. Maka kata Imam Malik: Yang demikian itu bukanlah suatu perkara yang tepat.
Mengulas kenyataan ini, Imam Ibn Rushd berkata; Sesungguhnya Imam Malik memakruhkan hal tersebut hanyalah kerana takutkan wanita itu memasukkan sesuatu yang dapat memberikan mudharat ke dalam tubuh badannya sendiri. Lihat Mawahib al-Jalil, al-Ru’aini al-Maliki (1/538).
Melihat isu ini secara keseluruhan, penggunaan pil pencegah haid bagi jemaah wanita yang mengerjakan haji adalah termasuk di dalam perkara-perkara keduniaan. Asal bagi hal-hal seumpama ini adalah harus selagi mana tidak ada dalil yang melarangnya. Ini berdasarkan sebuah kaedah feqh yang masyhur:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَة
Maksudnya: Asal bagi setiap perkara (selain urusan ibadah) adalah harus.
Namun sekiranya terbukti dari sudut perubatan bahawa penggunaan pil-pil seumpama ini akan memudaratkan penggunanya baik dari sudut jangka masa pendek atau panjang, maka hukumnya berubah daripada harus kepada haram. Ini adalah berdasarkan keumuman sabda Nabi S.A.W:
 لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya: Tidak boleh memberikan mudharat atau saling berbalas memberi mudharat.
Riwayat Ibn Majah (2341)
Sekiranya penggunaan pil tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan buruk atau mudharat, maka ia kembali kepada hukum asal iaitu keharusannya. Juga turut dianggap sebagai perkara yang memberikan kemudahan kepada jemaah-jemaah haji wanita. Firman Allah S.W.T:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Maksudnya: Allah mahukan kemudahan untuk kalian dan Dia tidak mengkehendaki kesusahan terhadap kalian.
Surah al-Baqarah (185)
Pendapat Badan Berautoriti Agama
Kami sebutkan di sini beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh badan berautoriti agama ketika mengulas berkenaan isu ini. Di antaranya:
1- General Authority Of Islamic Affairs & Endowsments (United Arab Emirates)
Badan ini mengeluarkan pendapat seperti berikut: Dibolehkan untuk seorang wanita yang melakukan haji itu untuk menggunakan pil bagi melewatkan kitaran haid (menstrual cycle) setelah dirinya berbincang dan mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan. Rujuk pautan berikut https://goo.gl/Xj2E4A
2- Dar al Ifta’ Jordan
Menurut badan ini, mereka berpendapat bahawa: Dibolehkan untuk seorang wanita itu meminum ubat-ubatan yang dapat melewatkan kitaran haidnya. Khususnya apabila terdapatnya keperluan dari sudut syarak untuk mengambilnya. Seperti takut penemannya semasa proses haji dan umrah tidak dapat menunggu dirinya apabila dia terlewat disebabkan kedatangan haid. Lihat selanjutnya di pautan berikut https://goo.gl/BwYvvz
Kesimpulan
Setelah meneliti beberapa pendapat para fuqaha di atas, kami membuat kesimpulan bahawa hukum jemaah haji wanita menggunakan pil pencegah haid adalah harus. Kami juga menyatakan beberapa perkara yang perlu diteliti seperti berikut:-
Mendapat nasihat kepada pakar perubatan terlebih dahulu. Sekiranya penggunaan pil pencegahan haid mendatangkan kemudharatan kepada penggunanya, maka ia perlu dielakkan.
Sekiranya seorang wanita tidak menggunakan pil pencegah haid, lalu dia menunggu tempoh bersuci dalam keadaan negaranya jauh dan mahram atau suaminya tidak dapat menunggu bersamanya, maka dibolehkan untuk dirinya menggunakan pil tersebut.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita semua dalam beragama.

Ameen.

Semoga jelas dengan penjelasan dan penerangan berserta 'bukti' & sabda Nabi Muhammad S.A.W. di atas.

Semoga bermanfaat~!

Daa~ wassalam! :)

Tag: Hukum lewatkan haid ketika haji, Apakah Hukum Makan Pill Tahan Haid Ketika Umrah?, Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid, Kemusykilan wanita haid di Tanah Suci, PERMASALAHAN haid bagi jemaah haji wanita Malaysia yang sering dikemukakan sama,, mengenai pengambilan pil menahan haid, Perihal Haji and 'the PILL', Hukum jemaah haji mengambil pil hormon elak haid, Rawatan hormon jemaah haji wanita, Cara pertama ialah dengan mengambil pil hormon perancang setiap hari, hukum mengambil pil hormon bagi tujuan menahan haid adalah dibenarkan, hukum makan ubat tahan haid, pil melambatkan haid, hukum makan pil tahan haid untuk puasa, ubat tahan period untuk kahwin, ubat tahan period di farmasi, pil tahan period, ubat stop period sementara, hukum pil hentikan haid di farmasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2018/11/apakah-hukum-jemaah-haji-wanita-ambil-pil-pencegah-haid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memotong Kuku Saat Haid

Hukum Memotong Kuku Saat Haid

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 271 hits
Pertanyaan yang sering muncul di kalangan masyarakat diantaranya adalah apakah boleh wanita memotong kuku atau rambut ketika dalam keadaan junub haid atau nifas Orang dalam keadaan junub maka disunnahkan untuk tidak memotong rambut mencabut...
Pelancaran Kempen Galakan Imunisasi Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

Pelancaran Kempen Galakan Imunisasi Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 311 hits
PELANCARAN KEMPEN GALAKAN IMUNISASI UNTUK JEMAAH HAJI DAN UMRAH 7 NOVEMBER 2018 Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 7 November 2018 bagi menggalakkan peng...
Dr Zubaidi Jelaskan Tiada Masalah Makan Asid Folik Ketika Haid Bukan Untuk Kesuburan Wanita Sahaja

Dr Zubaidi Jelaskan Tiada Masalah Makan Asid Folik Ketika Haid Bukan Untuk Kesuburan Wanita Sahaja

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 375 hits
Doktor adakah asid folik boleh diambil ketika haid Pil asid folik sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya tetapi asid folik juga disarankan kepada wanita yang...
Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin Ini Jawapan

Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin Ini Jawapan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 499 hits
Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin Ini Jawapan Daripada sudut bahasa mahar bermaksud Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab akad nikah Menurut istilah syarak pula mazhab Syafie telah me...
Wudhu Bagi Wanita Haid

Wudhu Bagi Wanita Haid

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 260 hits
Pertanyaan Ustadz apakah ada larangan bagi wanita haid untuk berwudhu Wanita haid sedang berhadas apakah dengan wudhu status berhadasnya bisa menjadi suci karena fungsi wudhu kan untuk bersuci Jawaban Ulama berbeda pendapat apakah wanita ha...
Akhirnya Wanita Yang Dikata Ugly Oleh Aliff Syukri Tampil Berdepan Dengan Aliff Syukri

Akhirnya Wanita Yang Dikata Ugly Oleh Aliff Syukri Tampil Berdepan Dengan Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 659 hits
Akhirnya Wanita Yang Dikata Ugly Oleh Aliff Syukri Tampil Berdepan Dengan Aliff SyukriAkhirnya Wanita Yang Dikata Ugly Oleh Aliff Syukri Tampil Berdepan Dengan Aliff Syukri
Hairkunst Hijabis Salun Ekslusif Patuh Syariah Khusus Untuk Muslimah Dan Wanita Berhijab

Hairkunst Hijabis Salun Ekslusif Patuh Syariah Khusus Untuk Muslimah Dan Wanita Berhijab

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 590 hits
Tahniah kepada pengasas Hairkunst Bambang Soteto dan Datin Yuskiahniza Md Yusof diatas pelancaran salun Hairkunst Hijabis yang dikhaskan buat Muslimah yang patuh syariah dari segi perkhidmatan dan produk Salun yang terletak di Tingkat 2 Mel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025