Apabila Proses Kontekstualisasi Dan Normalisasi Berada Dalam Masyarakat Kita


Bukan saja kalimah Allah…UMAT Islam dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Jill Ireland melawan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini yang memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri melarang orang bukan Islam menggunakan antara lain kalimah Allah bagi merujuk agama mereka adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Penghakiman tersebut turut membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah-kalimah lain iaitu Baitullah Kaabah dan Solat untuk tujuan yang sama.

Jelas penghakiman tersebut tidak selari dengan penghakiman terdahulu yang diputuskan di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur melawan Kementerian Dalam Negeri yang memutuskan kalimah Allah bukanlah bahagian yang penting di dalam agama Kristian yang menyebabkan larangan boleh dilakukan.

Ruangan kali ini bukanlah ingin mengulas kedua-dua penghakiman tersebut tetapi hanya ingin menukilkan berkaitan aspek kontektualisasi dan normalisasi di dalam masyarakat kita sejak dahulu lagi.

Kontekstualisasi memberi gambaran tentang suatu proses di mana berita tentang kepercayaan sesuatu agama dibuat menjadi relevan dan sebati dengan budaya orang yang menerima seruan agama tersebut. Manakala normalisasi memberi erti tindakan menjadikan sesuatu itu biasa atau normal dan mudah diterima oleh sesebuah masyarakat.

Tindakan-tindakan sebegini mungkin di bawah sedar kita sudahpun mengambil tempat dalam masyarakat kita sejak lama dahulu. Sebagai contoh, kalua dahulu kita sangat jelas kuil adalah tempat melaksanakan amalan orang Hindu, gereja bagi orang Kristian, tokong bagi penganut Budha dan gurdwara bagi orang Sikh. Istilah-istilah yang dipakai tersebut sudah mula dikesampingkan kerana istilah yang lebih menyeluruh digunakan iaitu rumah ibadat. Kini apabila istilah rumah ibadat digunakan kita mungkin tidak dapat membezakan samada ia masjid, kuil, gereja, tokong ataupun gurdwara. Sudah tiada perbezaan lagi antara tempat tempat tersebut.

Begitu juga dahulu kita selalu katakan umpamanya orang Budha menyembah tokong, orang Hindu menyembah berhala dan lain lain lagi. Tapi kini istilah sembah tidak lagi digunakan sebaliknya istilah sembahyang digunakan. Jadi ramailah yang mengatakan seperti ‘ Ah Keong bersembahyang di rumah ibadat mereka’. Tiada perbezaan antara bersembahyang bagi orang Islam dengan yang bukan Islam.

Yang lebih menggusarkan orang Islam lagi apabila perkataan sembahyang itu juga tidak mahu digunakan oleh sebahagian orang bukan Islam sebaliknya mereka mendambakan menggunakan perkataan solat. Walaupun hakikatnya perkataan solat tersebut bukanlah perkataan di dalam Bahasa Melayu tetapi mungkin bagi tujuan normalisasi ia digunakan juga.

Saya mendedahkan perkara ini bagi memberi cetusan minda betapa proses kontekstualisasi dan normalisasi ini telahpun berlaku di dalam masyarakat kita. Bukanlah tujuan saya untuk membezakan antara agama bagi maksud diskriminasi tetapi pada pandangan saya adalah lebih baik setiap agama itu diidentitikan dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan mereka sehingga tidak membawa kekaburan kepada sesiapapun. Perbezaan bukan suatu yang merugikan kerana perbezaan itu sendiri merupakan kekuatan di dalam kepelbagaian penduduk di Malaysia selagi hormat-menghormati dan bertoleransi menjadi prinsip yang diamalkan.

Saya khuatir jika proses kontekstualisasi dan normalisasi ini terus dilakukan, pasti suatu hari nanti kita sudah tidak dapat membezakan satu agama dengan agama yang lain dan menganggap semua agama adalah sama. Jika ini berlaku, pluralisme agama akan berakar umbi di dalam masyarakat kita. Pluralisme agama bermakna mengakui semua agama adalah benar, ia sangat bertentangan dengan akidah Islam yang mempertegaskan satu-satunya agama yang diterima Allah swt adalah agama Islam. Oleh yang demikian memegang tekad semua agama adalah benar menyimpang dari akidah Islam itu sendiri bagi orang Islam. Sekiranya semua agama adalah benar, bertukar-tukar agama pula akan merupakan suatu yang normal.

Oleh yang demikian proses kontekstualisasi dan normalisasi ini perlu diperhalusi semula agar masyarakat Islam tidak akan terperangkap di dalam kekeliruan yang dinyatakan di atas. Mungkin masih belum terlambat bagi kita kembali kepada istilah asal yang jelas dan tidak mengelirukan tersebut.

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/apabila-proses-kontekstualisasi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemendikbudristek Ingatkan Masyarakat Tidak Tergiur Pts Abal Abal

Kemendikbudristek Ingatkan Masyarakat Tidak Tergiur Pts Abal Abal

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 211 hits
Kementerian Pendidikan Kebudayaan Riset dan Teknologi mengingatkan masyarakat tidak tergiur dengan perguruan tinggi swasta yang tidak bertanggung jawab atau abal abal
Jururawat Ttsh Pegawai Ica Antara Kes Covid 19 Dalam Masyarakat

Jururawat Ttsh Pegawai Ica Antara Kes Covid 19 Dalam Masyarakat

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 260 hits
SINGAPURA Sebanyak 23 kes baru COVID 19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 00 tengah hari tadi menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan Sebanyak 16 kes tidak bergejala dan dikesan menerusi pemantauan dan pemeriksaan secar
Dishub Dki Kepadatan Lalin Saat Ramadan Akibat Masyarakat Bergerak Di Satu Waktu

Dishub Dki Kepadatan Lalin Saat Ramadan Akibat Masyarakat Bergerak Di Satu Waktu

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 248 hits
Bergerak serentak tersebut kata Syafrin seperti ketika jam berangkat kantor para pekerja berada di dalam jangka waktu yang sama Sehingga lonjakan volume arus di periode tertentu yaitu pukul 07 00 WIB 08 00 WIB
Resahkan Masyarakat 14 Pemuda Bersajam Di Bogor Diringkus Polisi

Resahkan Masyarakat 14 Pemuda Bersajam Di Bogor Diringkus Polisi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 197 hits
Tim Kujang Polresta Bogor Kota menangkap 14 pemuda dari sejumlah lokasi di Kota Bogor Mereka diketahui kerap membawa senjata tajam dan meresahkan masyarakat
Popularitas Santan Kemasan Meroket Tetra Pak Ungkap Alasan Masyarakat Beralih Konsumsi

Popularitas Santan Kemasan Meroket Tetra Pak Ungkap Alasan Masyarakat Beralih Konsumsi

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 274 hits
Santan kemasan memenuhi aspek penting dari perubahan pola konsumsi masyarakat yang mengutamakan higienitas sebuah produk
S 039 Pura Lapor 34 Kes Baru Covid 19 7 Jangkitan Dalam Masyarakat 2 Penghuni Dormitori

S 039 Pura Lapor 34 Kes Baru Covid 19 7 Jangkitan Dalam Masyarakat 2 Penghuni Dormitori

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 295 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Sebanyak 34 kes baru jangkitan COVID 19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari tadi Menurut kemas kini awal Kementerian Kesihatan sembilan daripada kes itu adalah jangkitan tempatan Daripada jum
Menu Terbaru Buka Puasa Indoasli Seperti Berada Di Indonesia

Menu Terbaru Buka Puasa Indoasli Seperti Berada Di Indonesia

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 625 hits
Hampir setahun negara kita kena wabak pandemik Covid 19 dan selama setahun la juga tak dapat nak melancong ke luar negara Sebelum ni mama pernah planning teringin sangat nak pergi Bali Indonesia Tapi tu lah kita hanya merancang kan dan Alla...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar Kekal Berada Di Bawah Tekanan Dan Euro Akan Menikmati Kejayaan Selagi Pasaran Mematuhi

Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar Kekal Berada Di Bawah Tekanan Dan Euro Akan Menikmati Kejayaan Selagi Pasaran Mematuhi

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 273 hits
Bulan lalu ditandakan dengan kenaikan ketara dalam mata wang AS yang menguat berbanding pesaing utamanya hampir 3 Kenaikan hasil pada perbendaharaan 10 tahun yang mencapai tahap tertinggi sejak bulan Januari tahun lalu pada sekitar 1 77 pad...
Apa Kena Masyarakat Kita

Apa Kena Masyarakat Kita

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 289 hits
KALAU ikut perancangan seperti yang disusun pada 1998 tahun lepas 2020 Malaysia sudah mencapai taraf negara maju Walaupun daripada segi fizikal wawasan itu tidak mampu dicapai sepenuhnya tetapi sekurang kurangnya minda rakyat Malaysia sekar...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian