Apa Kena Masyarakat Kita


KALAU ikut perancangan seperti yang disusun pada 1998, tahun lepas, 2020 Malaysia sudah mencapai taraf negara maju. Walaupun daripada segi fizikal wawasan itu tidak mampu dicapai sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya minda rakyat Malaysia sekarang ini sudah bertaraf negara maju.Sebabnya, sejak daripada awal Wawasan 2020 dilancarkan, pelbagai persediaan dibuat untuk memastikan apabila tahun 2020 sampai, Malaysia bukan sahaja maju daripada segi fizikal tetapi juga mental.
Maka sepatutnya, jika yang fizikal itu tidak terdaya untuk dicapai, mentaliti kita sepatutnya sudah jauh ke depan, bertaraf tamadun tinggi, mampu bertindak secara wajar dan mampu berfikir untuk maju ke depan menampilkan masyarakat yang dihormati yang mampu keluar daripada persekitaran dunia ketiga

Apabila bersetuju untuk memastikan negara kita maju semestinya ia perlu disertai keinginan untuk melaksanakan perubahan. Walaupun kita gagal memperoleh kejayaan dalam bentuk fizikal, tetapi sekurangnya kita mencapainya melalui sikap, amalan dan tabiat dalam kehidupan seharian

Untuk menjadikan sesebuah pekan, bandar, daerah, negeri malah negara itu lebih baik tidak semestinya perlu hadir bersama dengan fizikal yang hebat

Sebaliknya, sikap masyarakat itu lebih penting dalam mengukur kemajuan sesebuah negara. Ini kerana perubahan minda itu merupakan prasyarat utama jika mahu merubah sesebuah wilayah atau negara

Mentaliti dunia ketiga jelas dalam masyarakat kita ketika semua pihak bertungkus lumus untuk memerangi wabak Covid-19 yang sudah memasuki tahun kedua. Sikap tidak kisah, tidak ambil peduli dan suka ambil mudah menyebabkan pandemik itu yang sudah pun berada pada para 1,000 pada Februari lalu, kini kembali hampir mencecah 4,000 kes sehari

Ketika sebelum Ramadan, kerajaan tidak bercadang untuk membuka bazar Ramadan dan Aidilfitri, namun, semua orang merayu supaya ia kembali diadakan selepas tahun lepas langsung tidak dibenarkan. Pelbagai alasan diberikan termasuk untuk mencari rezeki dan sebagainya. Malah semua pihak berjanji akan mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pada hari pertama Ramadan bazar-bazar di seluruh negara diserbu seperti mahu lepas geram, SOP semua ke laut, hanya segelintir yang mematuhi. Pembeli mahupun peniaga, dua-dua sama naik, adakalanya mengabaikan SOP terutama penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka

Walaupun amaran, saman dan denda telah dikenakan, keadaan tetap tidak berubah hingga berlaku jangkitan kes Covid-19 ini di tapak-tapak bazar yang menjejaskan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya

Akibatnya, 22 bazar Ramadan termasuk yang terbesar, Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur terpaksa ditutup. Kemungkinan hampir 5,000 peniaga terjejas ekoran dengan penutupan itu. Tetapi apa lagi yang boleh dibuat? Daripada membiarkan bazar-bazar Ramadan ini muncul sebagai kluster maut adalah lebih baik ia ditutup sementara atau ditutup terus bagi mengelakkan kemudaratan

Dengan kes Covid-19 yang terus menunjukkan paten peningkatan sudah tentu ia turut menjejaskan sambutan Hari Raya tahun ini. Maknanya, ini tahun kedua berturut-turut masyarakat Islam di negara ini terpaksa beraya hanya di rumah. Tidak boleh rentas negeri untuk balik kampung, malah di sesetengah tempat mahu rentas daerah pun tidak boleh

Itu faedah yang perlu dibayar apabila masyarakat kita bersikap terlalu ambil mudah dan tidak peduli dengan peraturan dan SOP yang ditetapkan. Ini semua berlaku kerana mentaliti kita masih tidak maju dan masih dibelenggu dengan mentaliti dunia ketiga. - Mingguan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/apa-kena-masyarakat-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balai Internet Tingkatkan Ilmu Ict Masyarakat Orang Asli

Balai Internet Tingkatkan Ilmu Ict Masyarakat Orang Asli

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 294 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA ZAHIDI Zainul Abidin meninjau kemudahan Balai Internet selepas merasmikan Program Jelajah Pembudayaan Literasi dan Khidmat Komuniti Masyarakat Orang Asli Dalam Norma Baharu di Perkampungan Orang Asli Kampung Jera...
Menag Yaqut Ajak Masyarakat Langitkan Doa Untuk Kru Kri Nanggala 402

Menag Yaqut Ajak Masyarakat Langitkan Doa Untuk Kru Kri Nanggala 402

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 339 hits
Bagi Menag tenggelamnya KRI Nanggala 402 menjadi kabar duka bukan hanya bagi keluarga awak kapal dan TNI tetapi duka bagi seluruh rakyat Indonesia
Apabila Proses Kontekstualisasi Dan Normalisasi Berada Dalam Masyarakat Kita

Apabila Proses Kontekstualisasi Dan Normalisasi Berada Dalam Masyarakat Kita

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 254 hits
Bukan saja kalimah Allah UMAT Islam dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Jill Ireland melawan Kementerian Dalam Negeri baru baru ini yang memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri melarang orang bukan Islam me...
Pemkot Yogyakarta Imbau Masyarakat Bijak Kelola Sampah Masker

Pemkot Yogyakarta Imbau Masyarakat Bijak Kelola Sampah Masker

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 250 hits
Menurutnya masyarakat dapat melakukan upaya sederhana sebelum membuang sampah masker yaitu merusak atau memotong masker yang sudah tidak digunakan kemudian dimasukkan dalam wadah khusus dan dibuang di tempat tersendiri
Masyarakat Sering Temukan Perunggu Hingga Emas Di Dasar Sungai Musi

Masyarakat Sering Temukan Perunggu Hingga Emas Di Dasar Sungai Musi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 266 hits
Dasar Sungai Musi di Sumatera Selatan menyimpan banyak benda benda bersejarah Kepala Museum Negeri Balaputra Dewa Palembang Chandra Amprayadi menuturkan masyarakat sering menemukan berbagai bentuk benda berharga terbuat dari perunggu perak ...
Youtuber Joseph Paul Zhang Ngaku Jadi Nabi Ke 26 Masyarakat Diminta Tak Terprovokasi

Youtuber Joseph Paul Zhang Ngaku Jadi Nabi Ke 26 Masyarakat Diminta Tak Terprovokasi

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 235 hits
Berawal dari kanal YouTube miliknya yang mengaku sebagai nabi ke 26 ia bahkan memberi sayembara bagi siapa pun yang bisa melaporkan ke polisi akan diberi imbalan
1 Kes Masyarakat Dan 1 Penghuni Dormitori Antara 24 Jangkitan Baru Covid 19 Di Singapura

1 Kes Masyarakat Dan 1 Penghuni Dormitori Antara 24 Jangkitan Baru Covid 19 Di Singapura

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 300 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura melaporkan 24 kes baru COVID 19 pada Khamis dua daripadanya melibatkan jangkitan tempatan Satu kes adalah jangkitan dalam masyarakat manakala seorang lagi tinggal di dormitori Baki 22 lagi ada
Budak Lelaki 11 Tahun Kes Tunggal Covid 19 Dalam Masyarakat Berkait Kelompok Melibatkan Ibu Bapanya

Budak Lelaki 11 Tahun Kes Tunggal Covid 19 Dalam Masyarakat Berkait Kelompok Melibatkan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 272 hits
SINGAPURA Dua kes jangkitan tempatan adalah antara 24 kes baru COVID 19 yang dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari Khamis menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya Satu kes melibatkan jangkitan dalam masyarakat manakala
Resahkan Masyarakat 14 Pemuda Bersajam Di Bogor Diringkus Polisi

Resahkan Masyarakat 14 Pemuda Bersajam Di Bogor Diringkus Polisi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 237 hits
Tim Kujang Polresta Bogor Kota menangkap 14 pemuda dari sejumlah lokasi di Kota Bogor Mereka diketahui kerap membawa senjata tajam dan meresahkan masyarakat
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63