Menu Terbaru Buka Puasa Indoasli Seperti Berada Di Indonesia


Hampir setahun negara kita kena wabak pandemik Covid-19 dan selama setahun la juga tak dapat nak melancong ke luar negara. Sebelum ni mama pernah planning teringin sangat nak pergi Bali, Indonesia. Tapi tu lah kita hanya merancang kan dan Allah yang tentukan semuanya. Sangat kecewa tak dapat pergi sana coz mama paling suka makanan Indonesia yang sedap. Biasalah kalau pergi melancong bukan setakat pergi melihat tempat mereka tapi mencuba sendiri makanan mereka tu yang paling best


Memandangkan kita tak dapat makan di Indonesia, uhukk jangan risau coz kita boleh jer makan makanan Authentic Indonesian Homestyle Cuisine di IndoAsli. Fuhhh korang boleh jer feeling makan di Indonesia. Untuk pengetahuan korang, IndoAsli merupakan restaurant makanan dan minuman traditional Indonesia yang terdapat di 2 cawangan iaitu di : 
● LG-58 IndoAsli Central i-City, Shah Alam● LG-36 IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya 
Sebenarnya mama biasa jer makan makanan Indonesia ni macam Bakso, Sambal Tempe dan lain-lain lagi tapi banyak lagi mama tak pernah makan lauk pauk dari sana. So, ini kalilah mama nak cuba rasa dan mama akan share dengan korang rasa makanan dari sana. By the way, kebanyakan makanan Indonesia di sini banyak inspirasi dari daerah yang lain seperti Bali, Padang, Bandung, Jimbaran, dan lain-lain lagi. Dah-dah jom kita tengok menu terbaru mana la tahu boleh juga korang tukar selera sempena berbuka puasa yang akan tiba ni. 

Kisahnya IndoAsli ini diwujudkan adalah 20 tahun yang lalu seorang pengembara yang suka sangat pergi ke Indonesia untuk mencari makanan asli di sana. Dan beliau banyak singgah di pelbagai tempat dan daerah untuk mencuba makanan Indonesia. Tapi semenjak beliau balik ke rumah dan mendapati rempah dan ramuan untuk makanan Indonesia susah nak jumpa. Jadi beliau pergi balik ke sana dan belajar kesemua masakan asli dan pulang ke Malaysia terus buka restaurant IndoAsli

Pertama kali kalau korang ke IndoAsli ni korang wajib mencuba air minuman paling laris iaitu Es Alpukat (RM13.90), Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli (RM12.90) dan Soda Serai (RM6.90). Alpukat atau buah Avocado sangat popular di sana dan antara buah yang paling banyak khasiatnya. Untuk Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli dan Es Alpukat tu rasanya sangat lemak-lemak buah dan tak der rasa manis dari sebarang gula. Memang sedap sangat. Kalau minum tu jer boleh terus kenyang. 

Sebelum nak menjamu makanan berat, apa kata cuba dulu appetizers iaitu Tempe Sira (RM4.90). Kalau nampak rupa Tempe Sira ni macam sambal tempe yang selalu kita buat. Tapi kan kalau rasa lain sikit dari yang kita buat di rumah. Maybe Tempe Sira di IndoAsli ni manis kuahnya dan sangat sedap untuk makan dengan nasi panas memang terangkatlah. 
Antara menu baru yang buatkan rasa nak makan adalah Tahu Telur. Oh ya di dalam adunan Tahu Telur ni terdapat tahu digoreng garing bersama telur yang disajikan tinggi tower dengan sos kicap yang super sedap. Rasa pedas sos kicap digabung dengan Tahu Telur tu membangkit selera untuk menjamu selera. Satu gabungan yang cukup menarik untuk menu Tahu Telur ini. Harga not bad tak mahal hanya RM11.90


Ok jom kita tengok menu main course di restaurant IndoAsli pula. Kalau menu-menu ni of coz la makan dengan nasi panas baru lah sedap. Memandangkan IndoAsli menyediakan pelbagai menu makanan dari pelbagai daerah Indonesia, antara makanan yang disajikan seperti Ayam, Kambing, Sapi, Cumi, Ikan dan lain-lain lagi

Antara menu ayam di IndoAsli iaitu Ayam Bakar Sate (RM19.90) dan Gulai Ayam Padang (RM16.90). Untuk kedua-dua menu ayam ni memang sesuai bagi yang suka sangat makan ayam boleh mencuba dan rasa kesedapan Ayam Bakar Sate sangat rasa perapan rempah ratus dekat ayam ni dan sangat juicy isinya. Tambah ayam pula dibakar nampak smoky sangat mengena yer. Manakala Gulai Ayam Padang seperti ayam masak lemak di Malaysia cuma gulai ni tak pedas dan rasa macam gulai kuning pun ada. 


Bagi yang penggemar daging pula mama nak suggestkan menu Rendang Sapi (RM22.90) dan Rendang Kambing (RM27.90). Jangan terkejut pula dengar Sapi tu apa yer. Sapi tu adalah lembu yang dipanggil di Indonesia. Pertama kali mama cuba rendang Indonesia ni agak berbeza dengan rendang di Malaysia. Rasa rendang ni manis sedikit tapi sangat sedap! 


Selain itu, makanan laut pun turut terdapat di restaurant IndoAsli. So tak perlu risau khas kaki makanan laut boleh jer pilih menu ni. Menu ini diilhamkan oleh menu popular dari Bali iaitu Cumi Bakar Jimbaran (RM35.80). Menu ni memang sangat popular di Pantai Jimbaran, Bali. Kalau mama perasan siapa pergi sana mesti makan menu ni di tepi pantai sambil tengok matahari terbenam. Fuh romantik habis kalau dapat makan dekat sana kan. Tapi nak buat macam mana kita feeling-feeling jer lah sambil makan sotong segar yang dibakar dengan sos Cumi Bakar khas


Ada yang tanya menu ikan takder ke? Yer ada yer.. Ni hahh tengok la Ikan Talapia tergolek cantik atas pinggan. Ehh bukan untuk hiasan tapi untuk kita makan yer. Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara (RM39.90) dihidangkan bersama Sambal Berlado, Sambal Ijo dan Madura Sauce. Wah wah nama pun renyah kan terus rasa renyah nak bikin menu ni. Siapa yang hantu makan ikan macam mama, menu ni confirm bikin korang akan meratah

Isi ikan yang cukup manis dimakan dengan sambal yang tersedia membuatkan menu ini sangat enak yer. Oh ya sambal berlado, sambal ijo dan madura sauce tu betul-betul berapi pedas. Tapi makan dengan ikan lagilah sedap yakmat. Hahaha ini bukan puji main-main yer sebab mama is hantu makan ikan so memang ni citarasa mama. Suka sangat sambal-sambal dia sebab pedas, manis, masin serba-serbi cukup perfect!. 


Ok menu main course yang terakhir adalah Terung Raos Khas Bandung (RM11.90). Ini pun menu best walau nampak simple tapi rasanya sumpah sedap. Terung digoreng dengan celup tepung ditambah bambu-bambu cili padi, bawang dan sos pedas membangkit selera yer. Bak kata mama walau simple tapi cenggini sedap hahh. Mama tak sempat makan dengan nasi tapi mama makan saja gini pun sedap dah. 

Korang kalau yang dah biasa pergi Indonesia mesti pernah dengar Nasi Tumpeng kan. Yer disana sangat popular Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali (RM25.90). Untuk set ni sangat berbaloi dengan harga coz setiap hidangan dengan nasi, ayam bakar percik bali, acar timun, tempe goreng, kerepek melinjo dan sambal balado serta sambal ijo. Satu gabungan yang menarik dengan semua hidangan dalam satu pinggan. 

Selepas makan di IndoAsli ni jangan lupa makan dessert pula. Uhuuuu memang recommended la dessert Jeli Dalam Telur (RM8.90) dan Popia Pisang (RM12.90). Lepas kenyang makan pekena pula dessert sejuk-sejuk lalu dekat tekak memang nyaman dan asyik sekali yer. Jeli tu makan dengan ais krim vanilla sangat sesuai yer gabungan jeli dan aiskrim. Dan lagi satu dessert korang wajib cuba Popia Pisang ni dengan taburan parutan cheese dan sos coklat memang waduhhh enak banget sih. Tibeh terkeluar cakap Indonesia pula. Hahaha. 



Ok mama dah rasa menu-menu terbaru di IndoAsli, so korang bila lagi nak datang boleh jer datang ke 2 cawangan yang mama nyatakan di atas yer. Mana lah tahu korang nak bawa family berbuka puasa dengan makanan Indonesia yang sedap-sedap ni. Tak dapat bercuti di Indonesia tapi dapat makan makanan dari sana pun jadi lah. Heheheh so mama recommended sangat datang makan di IndoAsli yer.  
*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam 
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
IndoAsliAuthentic Indonesian Homestyle Cuisine
IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya : Lot No : LG-36IndoAsli Central i-City, Shah Alam : Lot No : LG-58
Instagram : @indoasli_official | Facebook : IndoAsli_Official
Love,

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2021/04/menu-terbaru-buka-puasa-indoasli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbuka Puasa Dengan Menu Baru Di Indoasli

Berbuka Puasa Dengan Menu Baru Di Indoasli

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 355 hits
Berbuka Puasa Dengan Menu Baru Di IndoAsli Salam Ramadhan telah pun tiba Hihi selamat berpuasa koranggg Harap harap ramadhan tahun ni dipermudahkan So Alhamdulillah uzu dan suami ambik masa dari kesibukan kerja semata mata nak menghabiskan ...
Menu Buka Puasa Yang Tepat Sesuai Urutan Jangan Sampai Keliru Kalau Tak Mau Sakit Perut

Menu Buka Puasa Yang Tepat Sesuai Urutan Jangan Sampai Keliru Kalau Tak Mau Sakit Perut

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 374 hits
Siapa yang habis adzan langsung santap nasi saking laparnya Hindari ya bisa bisa perutmu kaget hingga menggangu pencernaan
Resepi Mee Kuah Atau Mee Rebus Menu Buka Puasa

Resepi Mee Kuah Atau Mee Rebus Menu Buka Puasa

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 567 hits
Selain laksa zaza memang penggemar masakan mee macam mee goreng basah mee hailam mee kari atau mee rebus Kalau keluar kemana mana dan singgah makan zaza selalu pilih laksa penang makanan utama tapi jika tak ada barulah zaza akan pilih masak...
Masakan Asli Indonesia Hanya Di Indoasli Mesti Cuba Tau

Masakan Asli Indonesia Hanya Di Indoasli Mesti Cuba Tau

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 422 hits
hai assalammualaikum Masakan Asli Indonesia Hanya Di Indoasli Mesti Cuba Tau Ada yang rindu nakmelancong ke Indonesia Melancong bukan sahaja melihat budaya tempat mereka malahmenikmati makanan di sana Namun apakan daya dengan keadaan pandem...
Indoasli Authentic Indonesia Homestyle Cuisine

Indoasli Authentic Indonesia Homestyle Cuisine

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 444 hits
Assalamualikum hai korang sekali lagi i munculkan diri dengan perkongsian topik makan makan yang tak sudah Jangan tanya kenapa i jadi makin kembang al maklum lah dengan keberkatan hidup yang mana rezeki mencurah curah bagai air yang tak put...
Indoasli Restoran Masakan Gaya Indonesia Yang Asli

Indoasli Restoran Masakan Gaya Indonesia Yang Asli

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 482 hits
Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi Sekarang ni kita masih lagi tidak boleh ke luar negara untuk urusan berlibur kerana perintah penutupan pintu utama negara agar ...
Buka Puasa Ala Kenduri Kahwin Di Restoran Bahtera Impian Straits Quay Tanjung Tokong Penang

Buka Puasa Ala Kenduri Kahwin Di Restoran Bahtera Impian Straits Quay Tanjung Tokong Penang

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 939 hits
Alhamdulilah kita sekali lagi dapat menyambut Ramadan Al Karim bagi tahun 2021 Walaupun pandemik nampaknya lama lagi nak berakhir tetapi mesti semua umat Islam excited untuk buat persiapan nak sambut Ramadan kan Tentunya ada diantara korang...
Restoran Indoasli Hanya Makanan Yang Benar Benar Asli Dari Indonesia Di Sajikan

Restoran Indoasli Hanya Makanan Yang Benar Benar Asli Dari Indonesia Di Sajikan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 441 hits
Hi Korang Bila kita bercakap mengenai makanan dari Indonesia sudah tentu kita terbayang ayam penyet sambal sambalnya yang pedas ermm bestnya kalau dapat makan kat sana kan Tapi di musim covid yang tak boleh merentas negara malahan negeri pu...
Semi Buffet Buka Puasa 50 Shades Bistro

Semi Buffet Buka Puasa 50 Shades Bistro

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 613 hits
Assalamualaikum fellas It is that time of the year again where we observe the holy month of Ramadhan with our dear family and friends As we break our fast and give thanks for the many blessings and privileges in our life 50 Shades Bistro is...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand