Apabila Presiden Pas Bercakap



AbdulMalek Hussein

Apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, undi tak percaya Perdana Menteri bermakna tak percaya pada Yang di-Pertuan Agong, aku berpendapat beliau tak begitu menggarapi Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi berparlimen.‬

‪Pertamanya, fungsi Agong hanya sekadar melantik Perdana Menteri menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪Keduanya, perlantikan Perdana Menteri itu boleh tertakluk kepada undi kepercayaan dalam Dewan Rakyat sebagaimana Perkara 43(4).‬

‪Agong boleh melantik Perdana Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang “pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti” Dewan Rakyat. Perlembagaan menyebut “mungkin mendapat kepercayaan majoriti” atau “in his judgment is likely to command the confidence of the majority”.‬

‪Perlembagaan Persekutuan tak sebut Agong hendaklah melantik Perdana Menteri itu seorang ahli Dewan yang “mesti mendapat kepercayaan majoriti” atau “command the confidence of the majority”.‬

‪Demokrasi berparlimen di Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya pelbagai parti untuk tujuan menubuhkan Kerajaan. Menjadi kelaziman dalam sistem demokrasi, Kerajaan itu dibentuk oleh parti atau gabungan parti yang mempunyai majoriti setelah pilihanraya. Kerana itu, selama lebih 60 tahun Barisan Nasional boleh berkuasa dan diganti oleh Pakatan Harapan setelah BN kalah dalam pilihanraya umum 2018.‬

‪Namun, pilihanraya belum tentu menjamin kemenangan majoriti secara mutlak kepada mana-mana parti atau gabungan parti. Dalam keadaan demikian, peluang pertama membentuk kerajaan akan diberikan kepada parti atau gabungan parti yang memiliki ahli Parlimen yang lebih banyak atau mengatasi bilangan parti-parti yang lain. Ini menjadi kebiasaan dalam sistem demokrasi berparlimen. Dengan lain perkataan, akan terbentuk Kerajaan minoriti.‬

‪Kerajaan minoriti boleh dibentuk kerana tiada halangan menurut Perlembagaan negara. Tetapi ia boleh tertakluk kepada undi kepercayaan dalam Dewan. Jika kerajaan itu gagal mendapat kepercayaan Dewan, Perdana Menteri bersama Jemaah Menterinya hendaklah meletakkan jawatan.‬

‪Apabila Perdana Menteri letak jawatan, Agong boleh mengikut budibicaranya melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang lain sebagai pengganti yang baru, mengikut kembali Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Agong boleh melantik ahli Dewan Rakyat baru dan boleh melantik semula yang letak jawatan secara sementara (interim).‬

‪Walau bagaimanapun, Perdana Menteri yang letak jawatan boleh meminta Agong membubarkan Parlimen. Jika Agong mempersetujui permintaan itu, maka Parlimen terbubar dan pilihanraya umum diadakan.‬

‪Agong boleh menolak permintaan Perdana Menteri membubarkan Parlimen, seperti menurut Perkara 40(2)(b). Ikut budibicara Agong samada menerima atau menolak permintaan Perdana Menteri dalam soal membubarkan Parlimen.‬

‪Bijak sungguh para penggubal Perlembagaan Persekutuan yang terdahulu memaktubkan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2) berkaitan kuasa Agong melantik Perdana Menteri, dan Perkara 43(4) untuk membolehkan Perdana Menteri dikenakan undi kepercayaan.‬

‪Kesimpulannya, tak berbangkit samasekali bahawa undi tak percaya kepada Perdana Menteri bererti tak percaya kepada Yang di-Pertuan Agong. Berpandangan sedemikian bererti buta Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi berparlimen.‬




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/apabila-presiden-pas-bercakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohamad Hassan Timbalan Presiden Umno Dedah Strategi Pas Jatuhkan Ph

Mohamad Hassan Timbalan Presiden Umno Dedah Strategi Pas Jatuhkan Ph

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 355 hits
Selepas Ramai Pimpinan PAS keluar Tubuh AMANAH orang kata PAS tak bijak berpolitik dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyeb...
Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 382 hits
Pembentukan kabinet permulaan yang baikSESUNGGUHNYA sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi dipercayai PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumum...
Maza Kagum Sikap Presiden Pas

Maza Kagum Sikap Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 207 hits
Kelmarin semasa saya dijemput oleh YAB TS PM beliau menceritakan pada saya tentang perkembangan akhir sebelum kabinet diumumkan Antara yang saya kagum beliau memberitahu sikap terbuka YB Presiden PAS DS TG Abdul Hadi Awang yang tidak mewaji...
Kenyataan Presiden Pas Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik

Kenyataan Presiden Pas Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 251 hits
Sesungguhnya sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi dipercayai 1 PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini demi membawa kebaika...
Kabinet Tampilkan Muka Lama Dan Baharu Pas T Presiden S U Ap Pasir Mas

Kabinet Tampilkan Muka Lama Dan Baharu Pas T Presiden S U Ap Pasir Mas

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 329 hits
Gambar fail Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu merangkap Menteri Dalam Negeri hadir ke persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke 14 di Bangunan Parlimen pada Oktober tahun lalu Foto Mohd Yusni AriffinSenarai Kabine...
Undi Tak Percaya Pm Umpama Tak Percaya Agong Presiden Pas

Undi Tak Percaya Pm Umpama Tak Percaya Agong Presiden Pas

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 209 hits
Semua pihak perlu hormat keputusan menilai tindakan berkenaanMARANG PAS menyifatkan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama seperti tidak percaya kepada Yang di Pertuan Agong Astro AWANI melaporkan Presiden ...
Sidang Media Presiden Pas Hari Ini

Sidang Media Presiden Pas Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 440 hits
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Kita pernah cadang bawa usul kepercayaan dalam dewan rakyat Kita dah cadang usul dibahas di dewan rakyat tetapi oleh kerana respon daripada banyaknya tak bersetuju undi kepercayaan itu maka pada pan...
Sidang Media Malaysia2020 Sidang Media Khas Presiden Pas

Sidang Media Malaysia2020 Sidang Media Khas Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 413 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendukung penuh kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ke 8 Jelasnya pas menyeru agar seluruh rakyat menumpukan perhatian kepada pembangunan negara serta menjaga keharmonian dan p...
Presiden Pas Paling Layak Dilantik Timbalan Pm Cadangan Bersatu T Ganu Armada K Tan

Presiden Pas Paling Layak Dilantik Timbalan Pm Cadangan Bersatu T Ganu Armada K Tan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 405 hits
Bersatu Terengganu Armada Kelantan cadang Hadi sebagai TPMKUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia Terengganu menganggap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang calon paling layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Ketuanya Senat...
Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Adik Masak Ayam Gepuk

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Surprises At Dap Polls But Has Anything Really Changed

Pakcik Ken The Ultimate Hainanese Chicken Rice Experience For Food Wanderers

Speed Read A Royal Enfield Himalayan 450 Rally Bike And More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marrybrown Berkongsi Rezeki Ramadan Dengan Mengedarkan 25 000 Bubur Lambuk Ke Seluruh Negara

Terokai Keunikan Dan Keindahan Sungai Terengganu Dengan Payang Water Taxi

Birthday Gift

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Qalbi Fil Madinah Lyrics Maher Zain Harris J

Soal Jawab Qada