Kabinet Tampilkan Muka Lama Dan Baharu Pas T Presiden S U Ap Pasir Mas



Gambar fail, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu merangkap Menteri Dalam Negeri hadir ke persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Oktober tahun lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Senarai Kabinet di peringkat akhir?


KUALA LUMPUR: Senarai nama ahli jemaah Kabinet kini dalam peringkat akhir sebelum dimuktamadkan bagi membolehkan majlis angkat sumpah diadakan minggu hadapan.Sumber dalaman parti memberitahu semua ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan cadangan nama mewakili parti masing-masing dan difahamkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sedang menelitinya.Katanya, Perdana Menteri sudah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Presiden parti dalam PN bagi membincangkan senarai berkenaan.“Saya difahamkan kini Perdana Menteri sedang menimbangkan senarai berkenaan sebelum mempersembahkan untuk diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya kepada BH, hari ini.Ditanya lanjut mengenai nama dalam senarai berkenaan, sumber itu menjelaskan barisan Kabinet itu dijangka menampilkan muka lama dan baharu, yang berpengalaman dan pertama kali dalam kerajaan membabitkan wakil setiap parti dalam komponen berkenaan.Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khaled berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak membincangkan senarai nama yang dicadangkan untuk barisan Kabinet.Katanya, perkara itu adalah kebijaksanaan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau percaya calon yang ditampilkan mereka yang berwibawa dan berpengalaman serta mempunyai latar belakang yang luas dalam bidang masing-masing.“Saya difahamkan sudah ada pertemuan ketua parti dalam PN dengan Perdana Menteri. Kita tunggu saja, beri sedikit masa kepada ketua parti dan Perdana Menteri,” katanya.Ditanya sama ada nama beliau turut tersenarai, katanya beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana tidak terbabit dalam menyediakan senarai dan perkara itu terpulang kepada Presiden yang memilih.Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, perkara berkaitan barisan Kabinet itu sudah pun dibincangkan barisan kepemimpinan dalam PN.“Perbincangan sedang dibuat dan kini semuanya terserah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu.“Perbincangan sedang dibuat oleh kepimpinan tertinggi dan semua diserahkan kepada kebijaksanaan PM berdasarkan beberapa spekulasi sebelum ini, iaitu beberapa bekas menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dinamakan semula dalam barisan Kabinet itu.Antara nama yang disebut ialah Mahdzir; Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad.Ahli Parlimen PAS pula yang disebut-sebut dalam senarai Kabinet adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari.Turut disebut-sebut, wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. (BH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/kabinet-tampilkan-muka-lama-dan-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

Kabinet Baru Apa Komen Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 379 hits
Pembentukan kabinet permulaan yang baikSESUNGGUHNYA sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi dipercayai PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumum...
Pas Sambut Baik Pengumuman Menteri Kabinet Baharu

Pas Sambut Baik Pengumuman Menteri Kabinet Baharu

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 346 hits
Kuala Terengganu PAS menyifatkan pembentukan kabinet seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira aspek integriti kelayakan serta keseimbangan di antara wilayah Meneru...
Kenyataan Presiden Pas Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik

Kenyataan Presiden Pas Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 251 hits
Sesungguhnya sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi dipercayai 1 PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini demi membawa kebaika...
8 Mp Pas Dalam Kabinet

8 Mp Pas Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 376 hits
PUTRAJAYA Lapan Ahli Parlimen PAS tersenarai dalam pembentukan kabinet Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi Antara Ahli ahli Parlimen yang tersenarai adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian Dato Tuan ...
Terkini Senarai Menteri Kabinet Yang Baharu Dibawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 8

Terkini Senarai Menteri Kabinet Yang Baharu Dibawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 496 hits
Kini secara rasmi kerajaan melalui Perdana Menteri ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai menteri kabinet yg baharu bg mengurus tadbiran negara Malaysia Segala
Beberapa Muka Lama Dilantik Semula

Beberapa Muka Lama Dilantik Semula

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 223 hits
BEBERAPA muka lama yang sebelum ini pernah menjadi menteri dilantik semula ke jawatan itu dalam pembentukan Kabinet baharu di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selain itu beberapa bekas Ahli Parlimen PKR yang sebel...
Maza Kagum Sikap Presiden Pas

Maza Kagum Sikap Presiden Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 204 hits
Kelmarin semasa saya dijemput oleh YAB TS PM beliau menceritakan pada saya tentang perkembangan akhir sebelum kabinet diumumkan Antara yang saya kagum beliau memberitahu sikap terbuka YB Presiden PAS DS TG Abdul Hadi Awang yang tidak mewaji...
Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 318 hits
Enam pemimpin dari Sabah dilantik bagi menyandang dua jawatan Menteri dan empat lagi Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Jabatan Perdana Ment...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 497 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Jam 5 00 petang tadi Tan Sri M...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu