Apabila Lelaki Dijadikan Mesin Sejarah Gelap Stock Men Dan Maruah Yang Diragut


Apabila Lelaki Dijadikan Mesin: Sejarah Gelap ‘Stock Men’ dan Maruah Yang Diragut Oleh: Sir Syahmi
Bayangkan kau seorang lelaki, dikurung dalam bilik bersama wanita asing, dipaksa “bersama” bukan kerana cinta, bukan kerana nafsu, tetapi kerana ada tuan tanah berdiri di luar pintu memegang cemeti.
Bunyi macam cerita seram. Hakikatnya, ini sejarah sebenar.
Dalam sejarah perhambaan, wujud satu kategori hamba lelaki yang dikenali sebagai “Stock Men” atau “Escravo Reprodutor” — lelaki yang dijadikan mesin pembiakan manusia.
Kisah paling terkenal ialah tentang seorang lelaki bernama Roque José Florêncio, atau digelar “Pata Seca” di Brazil.
Tinggi lebih 2.18 meter, tubuhnya besar, berotot dan luar biasa kuat. Namun kelebihan fizikal itulah yang menjeratnya ke dalam neraka yang sunyi.
Bagi tuannya, Visconde da Cunha Bueno, Pata Seca bukan manusia. Dia hanyalah aset modal.
Apabila perdagangan hamba dari Afrika diharamkan sekitar abad ke-19, harga hamba melonjak tinggi. Dan di situlah lahirnya idea paling kejam manusia:
“Kalau susah beli, kita ternak.”
Hamba diperlakukan seperti lembu dan kuda. Dikacukkan baka “terbaik” untuk menghasilkan generasi baharu yang kuat dan mudah dijual.
Pata Seca dikecualikan daripada kerja ladang berat, diberi makan lebih baik, bukan kerana belas kasihan— tetapi kerana tugas utamanya hanyalah satu:
Mengandungkan wanita-wanita hamba yang dipilih.
Sepanjang hayatnya, dia dianggarkan mempunyai lebih daripada 200 orang anak.
Namun hampir tiada seorang pun yang benar-benar boleh dipanggil keluarga.
Anak-anak ini dianggap pelaburan. Ada yang dipisahkan sebaik sahaja dilahirkan, dijual ke ladang lain, tanpa sempat merasa pelukan ibu atau bapa.
Ini bukan kisah “lelaki bertuah”. Ini adalah rogol sistematik dan dehumanisasi.
Di Amerika Syarikat, terdapat rekod tuan tanah yang memaksa hamba lelaki dan perempuan berbogel di hadapan mereka, dipaksa “bersama” di bawah ugutan cemeti.
Malu bukan pilihan. Maruah tidak wujud. Penolakan dibayar dengan luka.
Lebih kejam, ada juga isteri-isteri tuan tanah yang mengatur perkahwinan paksa demi “baka yang baik”, tanpa peduli perasaan atau hubungan sedia ada hamba tersebut.
Dalam sistem ini, lelaki hamba bukan sahaja mangsa seksual, tetapi dipaksa menjadi alat kepada kezaliman.
Jika enggan, mereka boleh dipukul, dijual, atau dipisahkan daripada komuniti dan keluarga.
Ia keganasan fizikal, dan lebih parah— keganasan psikologi.
Selepas perhambaan dimansuhkan, Pata Seca akhirnya bebas dan memiliki tanah sendiri. Namun sejarah hitam itu tidak pernah boleh dipadam.
Lebih menyedihkan, banyak dokumen perhambaan di Brazil dibakar sekitar tahun 1890 untuk “membersihkan” sejarah negara.
Namun keturunan Pata Seca masih wujud hari ini— menjadi saksi hidup betapa kejamnya manusia apabila hilang sifat kemanusiaan.
Refleksi Jiwa Sejarah ini bukan untuk diraikan, tetapi untuk diingati.
Kerana apabila manusia mula dihitung dengan angka, dinilai dengan tubuh, dan dipaksa hidup tanpa pilihan, di situlah kemanusiaan mati perlahan-lahan.
Manusia bukan aset. Bukan mesin. Bukan komoditi bisnes.
Dan keturunan bukan produk— ia amanah.
Jangan biarkan sejarah ini berulang dalam bentuk yang lebih moden, lebih senyap, dan lebih “berlesen”.
Manusia tetap manusia.
Kredit:
Syahmi Azizi
https://www.facebook.com/share/16vW8Aq1bz/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/12/apabila-lelaki-dijadikan-mesin-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Usul Spanar Sejarah Ringkas

Asal Usul Spanar Sejarah Ringkas

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 141 hits
Asal Usul Spanar Sejarah Ringkas Origin of the Wrench Asal Usul Spanar Sejarah Ringkas Ringkasan sejarah spanar dan spanner wrench Garis Masa Ringkas Brief Timeline Fakta penting Sebelum Abad ke 19 Tukang logam Eropah sudah menggunakan alat...
Sejarah Dan Kepentingan Stesen Baker Street London

Sejarah Dan Kepentingan Stesen Baker Street London

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 137 hits
Stesen Baker Street di London terletak di persimpangan Baker Street dan Marylebone Road di City of Westminster merupakan salah satu stesen asal bagi Railway Metropolitan yang diiktiraf sebagai laluan kereta api bawah tanah pertama di dunia ...
Kumpulan Beruang Berarak Keajaiban Sejarah Dan Budaya Masyarakat Awal

Kumpulan Beruang Berarak Keajaiban Sejarah Dan Budaya Masyarakat Awal

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 118 hits
Kumpulan Marching Bear yang terdiri daripada 10 bentuk mound menyerupai beruang dibina oleh penduduk asli Amerika sekitar 1250 hingga 900 tahun lalu Kumpulan ini yang pertama kali dipetakan pada tahun 1910 terletak di Effigy Mounds National...
Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 140 hits
Majlis Sejarawan Negara kini sedang merangka beberapa inisiatif strategik dan pendekatan baharu bagi memperkasakan sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang berteraskan fakta pemikiran kritis dan wacana ilmiah selari dengan keperluan masyarak...
Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 367 hits
Indonesia baru sahaja menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Rusia yang menandakan adanya mekanisme rasmi bagi dua negara untuk saling menyerahkan penjenayah yang melarikan diri merentasi sempadan Dalam konteks dunia masa kini yang dip...
Kelantan Authorities Question Woman Accused Of Marrying 2 Men

Kelantan Authorities Question Woman Accused Of Marrying 2 Men

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 105 hits
The woman s sister in law had accused her of taking on a second husband through a marriage in Thailand in November last year Kelantan executive councillor Asri Mat Daud said a statement was taken from the woman today at the Tanah Merah reli...
Poomsae Campuran Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri

Poomsae Campuran Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 145 hits
Poomsae Campuran Harapan Pingat Malaysia Diragut Keputusan Juri BANGKOK 10 Dis Sandaran utama skuad taekwondo negara Jason Loo Jun Wei Nur Humaira Abdul Karim bagi menjelmakan kilauan pingat emas dalam acara poomsae berpasangan campuran Suk...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis