Apa Yang Perlu Kita Tahu Mengenainya Darurat




Assalamu’alaikum wrt wbt
Masih belum tenang suasana politik negara. Kita doakan moga yang dikatakan “gencatan politik” tiba jua dan sekali gus menjadi penamat kepada bahang panas keadaan semasa.
Kita doakan yang baik-baik untuk semua.
Pada paparan kali ini saya mahu berkongsi beberapa fakta perundangan berkenaan DARURAT. Saya mengambil tajuk ini kerana DARURAT mula menjadi bualan dan cakap-cakap dalam media dan saya juga sering ditanya tentangnya oleh media.
Di bawah adalah 15 soalan dan jawapan saya berkaitan DARURAT. Mungkin akan ada soalan lain selepas ini, dan saya akan cuba berkongsi pandangan kemudian nanti.
Selamat membaca, moga bermanfaat.
Soalan 1
Apakah maksud darurat
Jawapan:
Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
Soalan 2
Apakah kesan pengisytiharan darurat
Jawapan:
Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharkan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara. Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).
Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.
Soalan 3
Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan
Jawapan:
Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat.
Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.
Soalan 4
Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.
Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.
Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas
i. Keselamatan negara; atau
ii. Kehidupan ekonomi; atau
iii. Ketenteraman awam
Soalan 5
Bilakah dan di manakah darurat boleh diisytiharkan
Jawapan:
Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa Parlimen bubar. Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku.
Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).

Soalan 6
Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri
Jawapan:
Pegisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia). Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Bagaiamana pun, persoalan timbul ialah, adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri?
Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.
Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam Bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.
Beberapa keputusan kes telah membuat pernyataan tentang perkara ini.
Kes Stephen kalong Ningkan (No.2) (tahun 1968) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati. Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge…”
Walaubagaimana pun, keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Jemaah Menteri. Ini adalah kedudukan undang-undang yang disepakati. Lord Diplock menyatakan:
“Although this, like other powers under the Constitution, is conferred nominally upon the Yang di-Pertuan Agong by virtue of his office as the Supreme Head of the Federation and is expressed to exercisable if he is satisfied of a particular matter, his functions are those of a constitutional monarch and except on certain matters that do not concern the instant appeal, he does not exercise any of his functions under the Constitution on his own initiative but is required by Article 40(1) to act in accordance with the advice of the Cabinet. So when one finds in the Constitution itself or in a Federal law powers conferred upon the Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be exercisable if he is of opinion or is satisfied that a particular state of affair exists or that particular action is necessary, the reference to his opinion or satisfaction is in reality a reference to the collective opinion or satisfaction of the members of the Cabinet, or the opinion or satisfaction of a particular Minister to whom the Cabinet have delegated their authority to give advice upon the matter in question”.
Justeru, menerusi keputusan kes Teh Cheng Poh ini, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong perlu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, atau Jemaah Menteri, atau seorang Menteri yang diberikan kuasa oleh Jemaah Menteri.
Soalan 7
Adakah Keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat dan membuat Ordinan semasa darurat boleh dipersoalkan (justiciable)
Jawapan:
Keputusan kes Stephen kalong Ningkan (No.2) secara nyata Barakbah Lord President, dalam keputusan majoriti menyatakan “….In my opinion the Yang di-Pertuan Agong is the sole judge and once His Majesty is satisfied that a state of emergency exists, it is not for the court to inquire as to whether of not he should have been satisfied”. Maksudnya, menurut Ketua Hakim Barakbah, mahkamah tidak boleh mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong.
Pandangan majoriti ini disanggah oleh Ong Hock Thye, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman sama. Hakim Ong Hock Thye menyatakan pandangan minoriti. Beliau menyatakan,
“His Majesty is not an autocratic ruler since Article 40(1) of the Federal Constitution provides that “in the exercise of his function under this Constitution or federal law the Yang di-Pertuan Agong shall act in accordance with the advice of the Cabinet…Article 150 specifically provide that the emergency must be one ‘whereby the security or economic life of the Federation or any part thereof is threatened.. If those words of limitation are not meaningless verbiage….Article 150 does not confer on the Cabinet an untrammeled discretion to cause an emergency to be declared at their mere whim and fancy”
Maksudnya, Yang di-Pertuan Agong bukan memerintah secara autokratik kerana baginda bertindak atas nasihat. Dalam pelaksanaan kuasa baginda, mahkamah boleh memeriksa keputusan yang dibuat oleh baginda dan juga Jemaah Menteri ketika membuat proklamasi darurat supaya ia terhad kepada keadaan yang disebut, iaitu keselamatan negara dan kehidupan ekonomi. Perkara 150 tidak memberikan kuasa budi bicara yang tidak teratur.
Keputusan Teh Cheng Poh, seperti yang dipetik di atas adalah juga menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 boleh disemak oleh mahkamah. Selepas keputusan kes Teh Cheng Poh seperti yang dipetik di atas, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan memasukkan peruntukan yang secara jelas TIDAK membenarkan mahkamah menyemak keputusan Yang di-Pertuan Agong, atau apa-apa tindakan yang dibuat oleh baginda berkenaan kuasa, fungsi dan peranan di bawah Perkara 150. Hal ini terdapat pada Perkara 150(8) yang menyatakan:
Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan ini –
(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan
(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan
(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1):
(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;
(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau
(iv) penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan itu.
Walaupun begitu, Fasal 8 ini belum diuji di mahkamah.
Soalan 8
Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat
Jawapan:
Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan.
Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan. Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).
Soalan 9
Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.
Soalan 10
Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Jawapan:
Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B).
Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.
Sekiranya Parlimen telah mula bersidang secara serentak, kuasa Yang di-Pertuan Agong terhenti dan kuasa perundangan dipulangkan kepada Parlimen. Sekiranya Parlimen telah kembali bersidang secara serentak, semua kuasa membuat undang-undang kembali kepada Parlimen walaupun keadaan darurat masih berlangsung.
Walaubagaimana pun, Parlimen boleh membuat Ordinan untuk memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat undang-undang (keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh).

Soalan 11
Adakah Parlimen boleh membuat undang-undang semasa darurat
Jawapan:
Semasa keadaan darurat ini Parlimen boleh membuat Ordinan jika didapati oleh Parlimen dikehendaki bagi tujuan darurat dan prosedur perundangan boleh diketepikan. Undang-undang ini adalah sah walaupun ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes En Keok Cheng, Wylie C.J menyatakan, “The true effect of Article 150 is that, subject to certain exceptions set out therein, Parliament has, during an emergency, power to legislate on any subject and to any effect, even if inconsistencies with articles of the Constitution (including the provisions on fundamental liberties) are involved”.
Fasal (2C) Perkara 150 menyatakan “…Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh dalam mana-mana satu Majlis Parlimen”. Lihat juga Perkara 150(5), yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang tanpa persetujuan atau keizinan, atau tanpa perundingan bersama mana-mana pihak sebagaimana disyaratkan oleh undang-undang.
Parlimen tidak boleh membuat Ordinan darurat dalam beberapa perkara tertentu sahaja, iaitu Hukum Syarak (Undang-Undang Islam), adat Melayu atau undang-undang atau adat anak Negeri di Sabah dan Sarawak. Parlimen juga tidak boleh membuat Ordinan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan dalam perkara berhubungan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. (Lihat 150(6A)).
Proklamasi darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen apabila keduanya bersidang serentak.
Soalan 12
Apakah kesan Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat
Jawapan:
Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia adalah Akta Parlimen. Ia boleh berkesan sehingga dibatalkan. Setelah Parlimen bersidang, Ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ordinan tersebut boleh diteruskan sekiranya diluluskan dan hendaklah dihentikan sekiranya tidak diluluskan oleh Parlimen.
Sekiranya Ordinan tersebut tidak diluluskan oleh Parlimen, ia tidak memberi kesan ke atas apa jua yang berlaku sebelum itu menurut kuat kuasa Proklamasi darurat atau Ordinan.
Bahkan, ketidaklulusan oleh Parlimen juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat proklamasi darurat yang lain atau Ordinan yang lain bagi tujuan darurat lain tersebut. (Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi pada masa sama atau pada masa berbeza, atas sebab yang sama atau atas sebab yang berbeza).
Soalan 13
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong membuat Ordinan Perbekalan (Bajet)
Jawapan:
Melihat kepada kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, yang mana baginda boleh, sekiranya perlu dan baginda berpuas hati, memasyhurkan apa-apa ordinan semasa dua Majlis (Dewan) Parlimen tiada atau tidak bersidang serentak, maka sekiranya baginda berpuas hati dan perlu bagi memasyhurkan apa-apa perbelanjaan negara, baginda boleh berbuat demikian.
Namun setiap Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dibentangkan kepada kedua Majlis Parlimen setelah keduanya bersidang serentak. Ordinan tersebut boleh dirungkaikan oleh resolusi yang dibuat oleh Parlimen. (Lihat Perkara 150(2) dan (3))
Soalan 14
Bilakah Darurat akan berakhir dan siapa yang mengumumkan darurat telah berakhir
Jawapan:
Perkara 150 tidak menyebut secara nyata tentang isu pengungkaian (annulling) proklamasi darurat – bila dan siapa.
Perkara 150(3) menyebut secara tidak langsung, “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) … hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi…” Frasa yang bergaris ini menunjukkan pengungkaian (annulment) suatu proklamasi dan undang-undang darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong itu boleh dibuat melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.
Kes The Cheng Poh menyatakan,
The power to revoke, however, like the power to issue a proclamation of emergency, vests in the Yang di-Pertuan Agong, and the Constitution does not require it to be exercised by any formal instrument. In their Lordships’ view, a proclamation of a new emergency declared to be threatening the security of the Federation as a whole must by necessary implication be intended to operate as a revocation of a previous Proclamation, if one is still in force.
Soalan 15
Apakah akan berlaku kepada Ordinan yang dibuat semasa darurat apabila darurat berakhir
Jawapan:
Ordinan yang dibuat bagi tujuan darurat hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah tamat tempoh enam bulan dikira dari tarikh Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa. Maksudnya Ordinan tersebut boleh berkuat kuasa lagi sehingga habis tempoh enam bulan dari tarikh darurat berakhir. (Lihat Perkara 150(7)).

Prof Madya Dr Shamrahayu A.Aziz
#Sumber : Astro 

MR :   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/apa-yang-perlu-kita-tahu-mengenainya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Untuk Pertahankan Karier Politik Muhyiddin

Darurat Untuk Pertahankan Karier Politik Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 360 hits
Darurat merupakan langkah khusus dalam menangani isu keselamatan negara bukannya tindakan undang undang untuk memastikan kerajaan Perikatan Nasional tidak tumbang secara demokrasi Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd A...
Parlimen Tidak Tergantung Hanya Dengan Proklamasi Darurat

Parlimen Tidak Tergantung Hanya Dengan Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 243 hits
PARLIMEN tidak boleh digantung dengan hanya proklamasi darurat Ini kerana Perkara 150 membenarkan Parlimen bersidang dalam tempoh darurat Contoh yang lebih mudah ialah pengalaman semasa proklamasi darurat 1969 Dalam tahun itu Parlimen dibub...
Darurat Covid 19 Untuk Elak Pru Mengejut

Darurat Covid 19 Untuk Elak Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Sekiranya proklamasi atau pengisytiharan darurat bagi membendung wabak pandemik Covid 19 dikuatkuasakan ia mampu menjadi mekanisme bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum diadakan secara mengejut Menurut Felo Penyelidik Universiti T...
Jangan Guna Darurat Elak Undi Di Parlimen Hassan Karim

Jangan Guna Darurat Elak Undi Di Parlimen Hassan Karim

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 246 hits
Cadangan Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengisytihar darurat dan menggantung Parlimen dalam keadaan aman merupakan langkah yang tidak bertanggungjawab serta merosakkan sistem demokrasi Malaysia Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Kar...
Mujur Kuasa Darurat Masih Di Tangan Agong

Mujur Kuasa Darurat Masih Di Tangan Agong

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 272 hits
FB Kuasa untuk isytihar darurat terletak pada YDPA dan ini yang cuba di pinda oleh Najib dengan kenalkan Akta MKN yang mana Perdana Menteri boleh isytihar darurat tanpa kebenaran YDPA PH telah betulkan balik kerosakan yang BN buat dengan ta...
Israel Buat Darurat Selamatkan Pm Rasuah

Israel Buat Darurat Selamatkan Pm Rasuah

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 403 hits
Darurat diisytiharkan di Israel sejak bulan Mac kemudian dilanjutkan sampai sekarang semata mata untuk kekalkan kuasa Benjamin Netanyahu PM Israel Kita kerajaan Melayu Islam takkan nak ikut perangai Yahudi Atau kamu sendiri dah sedar kamu l...
Darurat Pn Dah Tak Mampu Masa Serah Kepada Anwar

Darurat Pn Dah Tak Mampu Masa Serah Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 282 hits
Ipohmali Berita yang tersebar sejak tengahhari tadi tentang Pengisytiharan Dharurat tidaklah mengejutkan aku Dah dijangka Aku dah tulis secara jelas pada 15 Oktober lepas UMNO dan PN akan ikut jejak Tun Razak Andai betul Muhyidin nak Isytih...
Ph Bantah Darurat

Ph Bantah Darurat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 287 hits
Wakil rakyat Pakatan Harapan membantah perisytiharan darurat di seluruh negara dengan menyifatkannya sebagai tidak perlu memandangkan undang undang sedia ada sudah cukup untuk menangani wabak Covid 19 Tidak lama selepas perkara itu didedahk...
3 Keadaan Darurat Politik Boleh Berlaku

3 Keadaan Darurat Politik Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 387 hits
Kuala Lumpur Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk meneruskan jentera pentadbiran kerajaan Baginda akan mendapatkan nasihat daripad...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Unveiling The Convenience Of Online Bookstore In Malaysia

Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun