Jangan Guna Darurat Elak Undi Di Parlimen Hassan Karim



Cadangan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengisytihar darurat dan menggantung Parlimen dalam keadaan aman merupakan langkah yang tidak bertanggungjawab serta merosakkan sistem demokrasi Malaysia.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, cadangan perisytiharan darurat dengan alasan membendung pandemik Covid 19 adalah tidak masuk akal sama sekali.
Katanya, terdapat kemungkinan alasan lain yang disembunyikan iaitu pemimpin PN khuatir dimalukan dalam sesi pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
“Saya melihat cadangan untuk melaksanakan darurat bagi menangani penularan Covid-19 adalah dangkal dan tidak meyakinkan rakyat. Alasan sebenar darurat dilaksanakan ialah supaya Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin dapat mengelak membentangkan Belanjawan Negara pada 6 November 2020 dan meghadapi ahli-ahli Dewan Rakyat pada 17 November depan, sama ada akan melulus atau menolak Belanjawan 2021 tersebut.
“Sekiranya Belanjawan itu ditolak maka bererti Tan Sri Muhyiddin dan kerajaannya hilang majoriti kepercayaan dari Ahli-ahli Parlimen. Natijahnya Muhyiddin secara konvensyen demokrasi berparlimen perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hassan lagi, darurat bukanlah jalan keluar mudah kepada masalah yang membabitkan Perlembagaan atau krisis di Dewan Rakyat.
Seharusnya, kerajaan PN meneroka cara lain yang tidak memusnahkan keyakinan pelabur dan pasaran kewangan dalam senario politik yang dihadapi mereka.
“PM Muhyiddin tidak wajar secara melulu mendapatkan perkenan Yang diPertuan Agong untuk Baginda mengeluarkan Proklamasi Darurat di Malaysia. Dalam keadaan genting ini perlu dirujuk apa yang disebut dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 150 (1), Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
“Darurat besar yang dimaksudkan itu disebut 3 perkara. Pertama keselamatan; kedua kehidupan ekonomi dan ketiga ketenteraman awam.
“Penularan Covid-19 tidak termasuk dalam kategori tersebut. Begitu juga, pergolakan politik kepartian bukan sejenis darurat keselamatan.
“Begitu juga undi tidak percaya yang menunggu Muhyiddin di Dewan Rakyat yang akan bersidang bermula 2 November depan bukan sejenis darurat keselamatan atau ketenteraman awam.
“Malah risiko Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan jika tidak diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen bukanlah satu ancaman kehidupan ekonomi yang memerlukan satu proklamsi darurat diisytiharkan,” katanya.
Justeru, Hassan menyeru PM Muhyiddin lebih waras dan matang berfikir dalam kemelut politik semasa serta bersikap sebagai demokrat tulen yang mempertahankan sistem demokrasi berparlimen
“Saya berharap PM Muhyiddin yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan juga PM yang berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan institusi Parlimen supaya tidak tersilap langkah membawa negara ke ambang kediktatoran dengan mematikan suara Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke-14 lalu.
“Jika Muhyiddin sudah kehilangan sokongan Ahli-ahli Parlimen dan majoriti di Dewan Rakyat, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dengan segera, bukannya mengisytiharkan darurat untuk terus berkuasa,” katanya lagi.
Darurat meluas dispekulasikan apabila Muhyiddin bergegas mengadap Yang di-Pertuan Agong petang semalam selepas selesai mesyuarat khas kabinet.
Bagaimanapun, pertemuan selama dua jam di istana Pahang itu tidak membuahkan sebarang keputusan sebagaimana dijangkakan dan Muhyiddin tidak membuat pengumuman penting pada malam tadi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30277

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 344 hits
SHAH ALAM 23 OKT Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan persekutuan menggunakan alasan penularan Covid 19 untuk menyekat sidang parlimen berikutan ada ura ura darurat mahu diisytihar Ketua pembangkang kesal kerana perintah sedemikian...
Muhyiddin Tidak Pernah Buktikan Dapat Sokongan Majoriti Di Parlimen Hassan Karim

Muhyiddin Tidak Pernah Buktikan Dapat Sokongan Majoriti Di Parlimen Hassan Karim

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 214 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah melepasi ujian Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya di Parlimen sebagaimana amalan demokrasi di negara negara lain dalam melantik ketua kerajaan tanpa melalui Pilihan Raya Umum Bagi Ahli...
Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 291 hits
Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan AgensiOktober 23 2020Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet fotoBERNAMAKUALA LUMPU...
Undi Tidak Percaya Dan Ahli Parlimen Hilang Kelayakan Sebab

Undi Tidak Percaya Dan Ahli Parlimen Hilang Kelayakan Sebab

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 797 hits
Sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 November 2020 hingga 15 Disember 2020 Jika kita rujuk Takwim Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 ada 3 urusan besar sepanjang mesyuarat tersebut 1 Rang undang undang dan urusan Kerajaan yang l...
Keputusan Agong Bermakna Jangan Salah Guna Perlembagaan

Keputusan Agong Bermakna Jangan Salah Guna Perlembagaan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 323 hits
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berharap keputusan Yang di Pertuan Agong dan raja raja Melayu menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengisytiharkan darurat menjadi pengajaran yang mematangkan semua pihak Katanya keputusan Ag...
Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 256 hits
Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Datuk Sofi Wahab menyarankan agar Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen lebih awal bagi menentukan sekiranya beliau masih mempunyai majoriti sokongan di dalam Dewan Adun Durian Tunggal itu berkata i...
Empat Lagi Ahli Parlimen Hantar Surat Mohon Usul Undi Tak Percaya

Empat Lagi Ahli Parlimen Hantar Surat Mohon Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 350 hits
SHAH ALAM Empat lagi ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen ak...
Agong Harapan Terakhir Rakyat Untuk Elak Pengumuman Darurat Pm

Agong Harapan Terakhir Rakyat Untuk Elak Pengumuman Darurat Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 441 hits
Pada 24 Oktober 2020Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 24 10 2020Yang Di Pertuan Agong Adalah Harapan Terakhir Rakyat Untuk Mengelakkan Pengumuman Darurat Yang Tidak Wajar Ol...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine