Apa Yang Menarik Di Hotel Grand Riverview Kota Bharu Kelantan
Apa yang menarik di Hotel Grand Riverview Kota Bharu Kelantan? | Ada tak di antara korang semua tengah planning untuk datang bercuti di kelantan tapi masih tak tahu nak menginap dekat mana? Kalau ada, mungkin artikel kali ini dapat membantu sebab saya nak kongsikan tentang Hotel Grand Riverview yang berada di Kota Bharu.
Lokasi Grand Riverview Hotel Grand Riverview HotelAlamat : Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel : +6097439988 Email :
[email protected]Saya menginap di Grand Riverview Hotel selama dua hari satu malam sahaja tapi sempat explore beberapa tempat yang ada untuk dikongsikan dengan korang. First sekali kita tengok kawasan lobby hotel dulu.
Besar dan Selesa. Kalau datang menginap waktu sekarang ini yang memerlukan kita menjaga penjarakan sosial memang tak perlu risaulah sebab luas kan hehe. Kalau korang perasan dekat reception counter tuh pun disediakan hand sanitizer. *safety first
Antara Kemudahan yang ada di Grand Riverview Hotel Kota BharuSelain lobi yang "grand", hotel ini juga menyediakan beberapa kemudahan lain yang boleh digunakan oleh pengunjung/guest. Pilihan bilik yang cantik dan selesa.GR Club LoungeGymnasiumRestoren Swimming Pool/Kolam RenangMeeting RoomsParking Area
1. Jenis Jenis bilik di Grand Riverview Hotel Kota BharuSewaktu menginap di hotel ini saya sempat explore beberapa bilik yang ada (tidak semua). Jadi, saya nak kongsikan gambar gambar yang saya ambil untuk rujukan pembaca blog luqman zakaria
Premier Room Bilik yang pertama adalah Premier Room dimana kita boleh pilih samada nak booking 1 Double Bed atau pun 2 Single Beds.
Premier Room ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap. Antaranya adalah bathroom amenities, tea & coffee making facilities, towels dan lain lain
Bercakap pasal bathroom amenities nih kan, korang mesti tak sabar nak tengok keadaan bilik air dia macam mana kan? Jom saya kongsikan gambar bilik air Premier Room
Kalau korang mencari tempat penginapan yang ada bathtub dekat area kota bharu. Boleh book Grand Riverview Hotel nih ok. Macam saya sendiri bathtub ini bukan keperluan tapi bila dah ada tuh confirm lah nak guna hehe.
Premier SuitePada pendapat saya, Premier Room sudah cukup besar dan selesa sebenarnya tapi kalau korang lebih sukakan bilik yang lebih luas dan ada living area sendiri untuk hang out dengan kawan kawan atau family, korang boleh book Premier Suite nih.
Gambar gambar yang saya kongsikan dekat atas nih adalah living area. Besar kan! Ada TV, Sofa, meja makan dan juga pantry area yang agak besar untuk letakkan makanan atau barang barang lain. Jom kita tengok bilik tidur dan bilik air pulak.
Tadi dekat living room ada TV kan, dalam bilik pun ada TV jugak dan kawasan bilik pun lebih besar dari Premier Room. Bilik air jangan citerlah memang luas betul! Memang berbaloi kalau stay dekat bilik ini satu family
Grand Riverview Club LoungeSelain bilik, Grand Riverview Kota Bharu juga mempunyai satu ruang yang dipanggil GRV Club Lounge. Ruang ini agak besar dan sesuai untuk diadakan event/majlis
Restoren di Grand Riverview Hotel Kota BharuUntuk restoren pula, kalau ikut website official ada tiga restoren iaitu D'Brassarie, Chao Yuan Restaurant dan The View tapi saya hanya sempat explore dua restoren sahaja.
D'Brassariekalau korang booking bilik dengan breakfast, dekat sinilah korang akan makan. Waktu sarapan pagi dekat sini saya diberikan pilihan makanan dan dorang akan hantarkan ke meja. D'Brassarie memang sangat besar for sure korang akan rasa selesa makan dekat sini
Restoren Chao Yuan Apa yang best dengan Restoren Chao Yuan? Kalau korang nak tahu dekat sini ada Dim Sum! Korang yang suka makan dimsum boleh la datang makan dekat sini. Jangan Risau sebab Dim Sum dekat sini Halal.
Sekarang ini saya bagi snippet jer ok! Untuk artikel yang seterusnya nanti saya akan kongsikan pasal Dimsum dengan lebih details.
Gymnasium Grand Riverview Kota Bharu Hotel ini juga menyediakan Gymnasium untuk mereka yang suka bersenam. Jadi, kalau menginap dekat sini korang masih boleh melakukan aktiviti yang sihat sambil bercuti.
Swimming Pool Grand Riverview Hotel Kota BharuSalah satu kemudahan yang sentiasa menjadi "priority" mereka yang menginap di hotel adalah swimming Pool. Yang menarik tentang swimming Pool dekat hotel ini adalah korang boleh mandi sambil menikmati pemandangan yang cantik. Kalau nak bergambar waktu petang pun nice
Grand Riverview juga menyediakan kawasan parking underground yang korang boleh gunakan untuk parking kereta dengan selamat. Lupa nak ambil gambar parking area untuk korang tengok hehe. So far, berikut adalah antara kemudahan yang korang boleh dapat kalau check in dekat sini
Seperti yang saya maklumkan di awal artikel, saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang sedikit sebanyak dalam membuat pilihan tempat penginapan sewaktu berkunjung ke negerti kelantan. Yang penting pastikan korang lengkap 2 dos vaksinasi dan berada dalam keadaan yang sihat sebelum bercuti ke mana mana.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2021/10/grand-riverview-hotel-kota-bharu-kelantan.html