Planet Lapar Lokasi Baru Untuk Penggemar Cafe Di Kota Bharu
Planet Lapar, Lokasi Baru untuk penggemar Cafe di Kota Bharu! | Hai pembaca blog Luqman Zakaria! Dah lama rasanya aku tak kongsikan pasal tempat makan dengan korang kan. Jadi, untuk entry kali ini, aku nak bawa korang ke satu "Planet" yang menyediakan makanan yang lumayan sedap dan berbaloi.
Lokasi Cafe Planet Lapar Planet LaparAlamat : No. 167/52, Jalan Bayam 15200 Kota Bharu, Kelantan, MalaysiaTel : 016-2929235
Ini adalah keadaan luar Cafe Planet Lapar! Sejujurnya, kalau tengok dari luar memang tak nampak menarik sangat tapi korang kena masuk dulu barulah korang akan rasa vibe cafe tuh. Bak kata orang, luar setinggan dalam kondo haha. Korang akan faham maksud aku bila tengok gambar dalam cafe nanti
Inilah yang aku maksudkan tuh korang! Keadaan dalam cafe memang berbeza dengan keadaan di luar. Aku suka konsep yang digunakan oleh dorang. Macam yang kita boleh nampak keluasan cafe planet lapar tidaklah terlalu besar tetapi mereka menggunakan space yang ada dengan sangat baik dimana ianya nampak selesa dan tidak "crowded"
Dari segi dekorasi pulak memang simple dan modern. Menggunakan cermin besar di ruang macam nih memang sangat sesuai sebab cahaya dapat masuk dengan baik dan ruang nampak lebih besar. Tempat duduk dekat area cermin tuh menjadi tumpuan ramai orang sebab dapat ambil gambar makanan dan selfie yang cantik! hehe
Now, kita nak fokus pada menu. Di Planet Lapar, mereka menyediakan beberapa jenis makanan berasaskan lamb dan chicken. Untuk lamb, korang boleh cuba grilled lamb atau lamb fried rice dan untuk chicken pulak ada pilihan grilled chicken, chicken chop atau Lapar fried rice yang didatangkan dengan bite sized chicken dan telur mata.
Bagi korang yang suka makan pasta, Planet Lapar menyediakan empat jenis pilihan masakan seperti buttermilk chicken, Alfredo, Aglio e Alio dan Beef Bolognese. Tak nak makan pasta? No worries sebab korang boleh makan burger! Ada tiga pilihan burger dekat sini iaitu Double Beef Cheese Burger, Lapar Burger dan Chicken Cheese Burger.
Nak kudap kudap sahaja? Boleh order Homemade Onion Rings atau Homemade Fries. Selain tuh, korang juga boleh hang out minum minum sambil makan dessert yang ada dekat sini. On the day aku makan ada Kek Pandan Gula Melaka, Berry Pavlova, Basque Burnt Cheese Cake
As for the drinks, ada few choices jugak tapi aku lupa nak ambil gambar menu. sorry guys! Seingat aku selain coffee, korang boleh order blue lagoon, lemonade, Citrus sunset, Honey Lemon dan lain lain
Review Apa Yang Aku Makan di Planet Lapar Kota BharuBila aku tengok menu sejujurnya aku agak contemplating samada nak makan grilled items atau nak makan pasta sebab aku punya favorite adalah Aglio Olio tapi as usual aglio olio akan datang dengan seafood which is udang.
It was a lil bit hard untuk cari cafe yang serve aglio olio dengan chicken haha. Jadi, aku order grilled lamb sebab selalunya orang yang datang dekat Planet Lapar akan order grilled lamb. Kiranya macam best seller la
Waktu aku order grilled lamb, aku tak tahu portion dia macam mana. jadi, aku pun orderlah dessert untuk buat tambah tambah tapi sekali datang, satu pinggan besar nih ya. Untuk RM26 tuh memang sangat sangat worth it. Nasib baik tak order onion rings. kalau tak meletop perut aku lol
Grilled lamb tuh kalau orang kelantan cakap "setambun"! Aku makan sampai berhenti kejap pastu sambung balik. Fries dia tuh pulak, bahagian luar dia crunchy. Even dibiarkan lama pun masih crunchy. For sure sedap dan banyak!
As for someone yang tak makan sayur, aku boleh je telan sayur yang dia bagi tapi aku cicah dengan sos dia la. Personally, aku suka sos dia sampai licin aku makan. Kalau ikutkan memang tak cukup haha
Untuk dessert aku makan Kek Pandan Gula Melaka. Kek dia ok, sedap jer tapi waktu aku makan tuh dia macam dry sikit. Maybe sebab ter exposed dengan aircond/duduk dekat luar lama sangat. Ya la, nak habis makan grilled lamb pun berejam kan. Air pulak aku order Americano sebab i know kek tuh manis so aku order americano.
Jadi, itu adalah informasi dan review aku tentang Planet Lapar. I would definitely pergi lagi untuk cuba menu yang lain pulak. Teringin nak rasa semua haha sebab bila tengok gambar gambar yang dorang share dekat social media memang tempting gila.
Kalau korang nak usha usha dulu sebelum pergi boleh check out instagram/facebook seperti yang aku kongsikan dekat bawah nih
Planet Lapar Kota Bharu, KelantanInstagram : Based in Kelantan (@planetlapar) • Instagram photos and videosFacebook : (8) Planet Lapar | Facebook
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2021/10/planet-lapar-cafe-baru.html