Apa Sekali Pun Mahathir Harus Berjuangan Dari Luar Dan Tidak Terikat Bersama Ph


Isu Bersatu, Mahathir: Usah sekat alternatif atau pilih jalan matiOleh AHMAD LUTFI OTHMANMay 3, 2020 
Soal pembabitan dan penyertaan Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan selepas runtuhnya kerajaan hujung Februari lalu sentiasa menimbulkan polemik berpanjangan.Malah usaha untuk menarik semula Bersatu ke dalam gabungan tiga parti itu — PKR, DAP dan AMANAH — turut mendapat kritikan serta halangan. Bersatu keluar PH tanpa dijangka dalam mesyuarat parti yang dipengerusikan Mahathir itu pada 23 Feb, yang mengakibatkan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri keesokannya.Faktor Mahathir sentiasa menjadi kontroversi, bukan hanya bermula sekitar perdebatan mengenai proses peralihan jawatan perdana menteri, tetapi sejak awal penubuhan PH lagi. Permusuhan lamanya dengan Anwar Ibrahim sukar dirawat sepenuhnya meskipun persefahaman telah dimetrai. Ia diburukkan lagi dengan gelagat penyokong tegar masing-masing. Tumbangnya kerajaan PH baru-baru ini turut disumbangkan oleh faktor tersebut, selain konflik dalaman yang serius dalam kepemimpinan tertinggi PKR dan masalah tersendiri Bersatu.Apabila Mahathir gagal dilantik semula sebagai perdana menteri awal Mac lalu, tidak sedikit yang cuba mendakwanya sebagai arkitek utama bagi menggagalkan proses penyerahan kuasa kepada Anwar, seperti dijanji sebelum PRU14. Saya sukar menerima tuduhan itu walaupun mengakui hubungan Mahathir-Anwar tidak mudah dijernihkan kembali. Namun, saya percaya upaya PH untuk memerintah sekali lagi jangan diganggu oleh persengketaan dua negarawan ini.Saya mengakui ramai kenalan rapat saya masih curiga — malah semakin menebal — terhadap Mahathir. Selain meyakini Mahathir tetap tidak mahu melihat Anwar menerajui kerajaan, mereka turut percaya bekas perdana menteri itu tidak pernah menjiwai roh reformasi. Justeru, bukan sahaja sia-sia menaruh harapan buat Mahathir, malah sebenarnya “memperbodohkan” diri sendiri jika masih percaya kepadanya.Saya tidak menyalahkan rakan-rakan saya itu. Mereka mungkin mempunyai maklumat dalaman yang saya tidak ada. Sikap dan pendirian politik Mahathir sendiri — termasuk selepas kerajaan PH runtuh — khususnya pandangan beliau terhadap personaliti Anwar “banyak yang negatif dan melukakan”. Justeru hujah mereka, adalah lebih selamat dan strategik PH memperkukuh kedudukan dan pengaruh tanpa bersandar kepada Mahathir lagi.Rasanya semua pihak boleh bersetuju bahawa PH mesti mempersiapkan segala sudut kekuatan untuk menghadapi PRU15, dengan andaian Bersatu terus berada di luar gabungan itu. Namun begitu, sebagai parti politik, ia seharusnya terbuka dengan lain-lain pilihan. Apa jua senario yang bertukar, sewajarnya dengan tangkas dimanfaatkan. Apatah lagi masa depan dan halatuju Bersatu masih belum jelas, malah mungkin berpecah-dua di antara kumpulan Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Keputusan pemilihan Bersatu mempunyai impak besar terhadap lanskap politik tanahair. Ditambah dengan bibit kecelaruan dan bunga-bunga krisis dalam Perikatan Nasional, di antara Umno dan Bersatu.Sementalahan pula, kita sebenarnya bukan hanya berbincang tentang PRU15. Susulan penubuhan kerajaan pintu belakang melalui Langkah Sheraton yang khianat itu, keabsahan pentadbiran Muhyiddin-Azmin ini belum teruji lagi. Apakah ia benar-benar mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi? Kemungkinan kerajaan yang didirikan di atas pakatan rapuh dan saling syak-wasangka ini, tumbang masih terbuka luas. PH pastinya tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan yang berlaku. Dinamika politik di Johor juga mencetuskan lebih banyak pilihan.Justeru, sikap menutup pintu buat PH memperkukuh atau memperkembang “grand coalition” dilihat tidak bijaksana. Politik tidak mengenal jalan mati. Lebih-lebih lagi dalam situasi politik yang cepat berubah. Benar, kehadiran Bersatu dalam PH dahulu mungkin membawa masalah tertentu. Begitu juga dengan kehadiran parti-parti lain, DAP, PKR dan AMANAH. Masing-masing mengendong masalah tersendiri terhadap parti-parti komponen, lebih-lebih mereka baru sahaja belajar untuk berkongsi kuasa. Malah hubungan dengan Bersatu merupakan pengalaman paling singkat. Ketiga-tiga parti mungkin sudah mengenali sejak 1999 lagi, melalui Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat; mengambil kira pimpinan utama AMANAH adalah tonggak penggerak Pas waktu itu.Justeru, saya menyokong saranan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, yang membuka pintu PH kepada Bersatu, terutama dalam konteks percaturan politik semasa di Johor. Jika negeri paling selatan itu dilihat membuka jalan kepada tumbangnya regim BN dalam PRU14 lalu, mungkin ia juga boleh merintis jalan agar mandat rakyat kembali dipulihkan. Bersatu yang terpaksa menyerahkan kerusi MB Johor sedang berdepan kerakusan kuasa Umno dan proses agihan sumber yang tidak seimbang. Jika tiada kompromi disepakati, kemungkinan berlaku perpecahan besar dalam pakatan Umno-Bersatu di negeri itu. Bersatu mungkin dilanyak dan dilenyek di negeri presidennya sendiri!Serentak masa sama, pengukuhan PH dalam bentuk gabungan tiga parti sedia ini, harus terus berjalan. Sesungguhnya kita mesti mengakui, PH masih belum “cukup bilangan” untuk kembali berkuasa. Prinsip mudahnya, harus sentiasa menambah rakan dan sekutu, serta meminimumkan seteru. Wajar memanfaatkan semua potensi san bukan meremehnya, jauh sekali memusuhinya. PH juga mempunyai “kelompongan” agak ketara di Sabah dan Sarawak. Sekutunya di Sabah juga bukan lagi “deposit tetap”.Secara peribadi, sebagai penyokong AMANAH, saya mungkin lebih selesa Bersatu berada di luar PH. Dalam PRU14, AMANAH diperuntukkan kerusi paljng sedikit bukan sahaja di peringkat Parlimen, juga Dun terrentu. Sebahagiannya kerana terpaksa mengalah kepada tuntutan Bersatu. Jika Bersatu bukan lagi komponen PH, mungkin AMANAH sebagai satu-satunya parti berasaskan Melayu-Muslim dalam gabungan, diberi lebih kepercayaan dalam PRU15.Namun, saya pastinya lebih memikirkan kepentingan negara, pemulihan tanahair dan proses pembaharuan yang terhenti, dengan berusaha mengembalikan PH ke tampuk kuasa. Mahathir sendiri tentu mempunyai sisi negatif tertentu dan kadang-kadang saya turut rimas dengan tingkah-lakunya. Bagaimanapun, pertimbangan menyeluruh berdasarkan neraca baik-buruk secara holistik, selalunya menuntut pengorbanan perasaan. Khususnya dalam konteks perebutan kuasa sebelum PRU15, saya rasa faktor Mahathir harus terus dimanfaatkan PH.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/apa-sekali-punmahathir-harus-berjuangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulyadi Soal Warga Agam Tolak Beras Bantuan Untuk Warga Sumbar Harus Tepat Sasaran

Mulyadi Soal Warga Agam Tolak Beras Bantuan Untuk Warga Sumbar Harus Tepat Sasaran

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 211 hits
Anggota DPR RI Mulyadi mengatakan pemberian bantuan kepada masyarakat Sumatera Barat harus tepat sasaran sesuai dengan kebutuhan Hal ini juga menunjukkan lemahnya data yang dimiliki oleh pemerintah
Baleg Dpr Soal Omnibus Law Pekerja Informal Harus Diperjuangkan

Baleg Dpr Soal Omnibus Law Pekerja Informal Harus Diperjuangkan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 155 hits
Politikus Partai Golkar ini mengungkapkan ada sekitar 70 persen jumlah pekerja informal dan yang menganggur Sementara yang formal atau sudah bekerja hanya 30 persen
Mentan Tegaskan Kementan Harus Kerja Extra Di Tengah Covid 19

Mentan Tegaskan Kementan Harus Kerja Extra Di Tengah Covid 19

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 250 hits
Mentan menegaskan di tengah Pandemi Covid 19 ini petani dan penyuluh harus tetap melakukan pekerjaan sehari harinya dalam menyediakan kebutuhan pangan sehingga tidak terjadi krisis pangan
Jangan Sia Siakan Pengorbanan Rakyat Psbb Harus Berhasil

Jangan Sia Siakan Pengorbanan Rakyat Psbb Harus Berhasil

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 231 hits
Dara mengingatkan pemerintah untuk melaksanakan dua hal penting supaya PSBB berhasil secara maksimal mengurangi wabah sehingga pengorbanan rakyat yang menderita karena kehilangan penghasilan selama PSBB tidak sia sia
Corona Tak Kunjung Selesai Pembatasan Sosial Harus Diterapkan Hingga 2022

Corona Tak Kunjung Selesai Pembatasan Sosial Harus Diterapkan Hingga 2022

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 200 hits
Apa jalan keluar dari pandemi ini Para ahli dari berbagai disiplin ilmu mengevaluasi berbagai strategi Inlah salah satu langkah Evaluasi ini sulit karena belum diketahui apakah SARS Cov 2 yang menyebabkan COVID 19 sama dengan virus Corona p...
Loko Harus Kau Pergi Chord

Loko Harus Kau Pergi Chord

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 463 hits
D C C BmDm F E GD C C BDm F Em GDmMengapa kau pergi di saat ku DmmemerlukanmuASaat kau permainkanku A aku juga punya perasaanD C C BmMana janjimuDm F Em GMana janjimuDm Haruskah aku Dmmemulakan percintaanAAku juga punya perasaan A untuk kau...
Filep Wamafma Menkumham Harus Bebaskan Tahanan Papua

Filep Wamafma Menkumham Harus Bebaskan Tahanan Papua

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 152 hits
Dalam satu bulan terakhir ini semesta sedang diuji oleh Covid 19 tak terkecuali Indonesia Hari demi hari jumlah pasien yang dinyatakan positif virus ini semakin bertambah tak sebanding dengan jumlah yang dinyatakan sembuh Tentu kita tetap o...
Sekjen Pbb Tegaskan Vaksin Covid 19 Harus Tersedia Untuk Semua Orang

Sekjen Pbb Tegaskan Vaksin Covid 19 Harus Tersedia Untuk Semua Orang

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 234 hits
NEW YORK Sekretaris Jenderal PBB Antonio Guterres mengatakan setelah dibuat vaksin Covid 19 harus diperlakukan sebagai barang publik global Ini berarti vaksin itu dapat diakses oleh semua orang Kami membutuhkan koalisi global untuk mengemba...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport