Apa Sebenarnya Yang Dilakukan Semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong




Assalamualaikum dan salam sejahtera


APA SEBENARNYA YANG DILAKUKAN SEMASA PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG ?  Mesti korang semua tengah seronok sebab hari ni cuti umum kan sempena Hari Pertabalan Agong ? Tapi pernah tak terlintas dalam fikiran, apa sebenarnya yang dilakukan semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong? Hari ini kita akan kupas secara mendalam bagaimana proses Pertabalan Yang Dipertuan Agong itu berlaku.

YDPA - Yang Dipertuan Agong
DPML - Datuk Paduka Maharaja Lela
DPI - Datuk Penghulu Istiadat



Istiadat Pertabalan YDPA selalunya akan diadakan beberapa bulan selepas pemilihan YDPA yang baharu oleh Majlis Raja-Raja. Pertabalan ini hanya bersifat “ceremonial” sahaja kerana YDPA yang baru dipilih itu akan terus berkhidmat sebaik sahaja Baginda mengangkat sumpah jawatan



Istiadat pertabalan ini merupakan gabungan “hybrid” daripada upacara2 yang terdapat di negeri-negeri diraja Malaysia. Semua dari upacara negeri-negeri ini (Kecuali negeri Johor) mempunyai satu persamaan: Mereka tidak menggunakan mahkota, tetapi menggunakan Tengkolok Diraja.



Tepat 10 pagi pada hari Pertabalan, Baginda YDPA bersama Raja Permaisuri akan memasuki Balairong Seri, Istana Negara, diumumkan oleh Pengerusi UpacaraSebaik sahaja Baginda berada di pintu masuk utama Balairong Seri, Nobat akan dimainkan. Nobat merupakan orkestra Diraja bagi Majlis adat istiadat istana. Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam Nobat Diraja terdiri daripada enam jenis iaitu Serunai, Nafiri, Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong





Baginda YDPA serta Raja Permaisuri Agong akan berjalan masuk ke Balairong Seri, diikuti dengan pemegang Regalia Diraja seperti Cokmar, Cogan Alam, Cogan Agama dan lain lagi .Setelah mendapat perkenan Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela (DPML) akan mengundur dan mengumumkan secara rasminya bermula Upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Selepas pengumuman tersebut, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengadap dan memohon izin Yang di-Pertuan Agong untuk membawa Alat Kebesaran lain bagi Istiadat Pertabalan ke Balairong Seri.

Antara Alat Kebesaran yang digunakan semasa upacara pertabalan adalah:


1) Al-Quran
2) Keris Kerajaan (Keris Panjang Diraja)
3) Watikah Pengisytiharan
4) Watikah Ikrar (Perlantikan)

DPML kemudian akan meminta kebenaran Baginda YDPA untuk membawa “Regalia” Diraja yang lain untuk pemasangan.


Setelah diperkenankan, DPI akan mengetuai rombongan kedua yang kali ini membawa Quran, Keris Kerajaan, Watikah Pengisytiharan & Watikah Perlantikan.
Pada ketika ini kumpulan Nobat akan memainkan lagu “Menjunjung Duli” dah Al-Quran akan diberikan kepada Baginda YDPA.

Baginda akan seterusnya mencukup Al-Quran tersebut. Ini simbolik melambangkan peranan YDPA sebagai Ketua Agama Islam Malaysia .Datuk Paduka Maharaja Lela seterusnya akan menjemput YAB Perdana Menteri untuk membacakan Watikah Pengisytiharan.



Upacara seterusnya adalah penyerahan Keris Kerajaan kepada Baginda YDPA. Penyerahan ini juga akan dilakukan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, dimana beliau akan menerima dulang daripada Datuk Penghulu Istiadat, melutut dan mempersembahkan Keris.Baginda YDPA akan menerima Keris itu, kemudian mencabutnya dari sarung dan mengucupnya. Selepas mencium Keris tersebut, Yang Dipertuan Agong akan diberi Watikah Perlantikan oleh Datuk Paduka Maharaja Lela melalui Datuk Penghulu Istiadat (DPI), dan kemudian akan membacanya dengan kuat. Para hadirin di Istana akan berdiri tegak sebagai tanda hormat.

Setelah YDPA selesai membacanya, watikah tersebut akan diberikan kepada Datuk Paduka Maharaja Lela & seterusnya kepada Datuk Istiadat, untuk diletakkan kembali atas Dulang Emas



Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian akan mengetuai Hadirin Istana dalam melaungkan “Daulat Tuanku!” x3
Ini akan kemudian diikuti dengan Lagu Negaraku yang akan dimainkan oleh orkestra Angkatan Tentera Malaysia yang diiringi dengan salut pistol 21 das untuk menghormati pertabalan YDPA yang baharu. Selepas Lagu Kebangsaan berkumandang di Istana, ucapan tahniah akan dibacakan oleh YAB Perdana Menteri.

Ucapan PM ini selalunya mengandungi janji kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Institusi Diraja bagi pihak Rakyat Malaysia .Selepas ucapan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong pula akan memberikan Titah Ucapan pertamanya dari Takhta kepada seluruh negara di Ruang Takhta, yang menggariskan prospek dan impiannya dalam masa pemerintahanya sebagai ketua negara Malaysia.Selepas Titah Ucapan Baginda, Pegawai Agama Istana Negara akan membaca Doa Selamat, untuk meminta Allah SWT merahmati pemerintahan YDPA baharu serta negara

Bagi menutup majlis, Datuk Paduka Maharaja Lela akan memohon perkenan YDPA untuk mengemukakan bahawa upacara Istiadat Pertabalan telah selamat disempurnakan. Selepas Baginda memperkenan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan mengumumkannya.Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan menuruni singgahsana dan meninggalkan Balairong Seri. Nobat pada waktu ini akan memainkan lagu “Raja Berangkat”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2019/07/apa-sebenarnya-yang-dilakukan-semasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aksi Sweet Yang Di Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan Ydpa

Aksi Sweet Yang Di Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan Ydpa

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1467 hits
Hari pertabalan Agong antara sejarah yang tak kan dilupakan Dari hari Isnin MF tengok Majalah 3 Khas tentang hari pertabalan Dan sambung ke hari yang sebenar kejadian Tak lepaskan peluang untuk lihat moment ni Sejarah negara kita Yang bukan...
Istiadat Pertabalan Kdymm Ydp Agong Ke 16

Istiadat Pertabalan Kdymm Ydp Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 815 hits
Merafak sembah dan setinggi tinggi tahniah sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Admi...
Lokman Adam Dakwa Tempat Duduk Najib Dialih Saat Akhir Pada Hari Pertabalan Agong

Lokman Adam Dakwa Tempat Duduk Najib Dialih Saat Akhir Pada Hari Pertabalan Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 596 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan sebab ketidakhadira bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika Majlis Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong hari ini mendakwa tempat duduk Ahli Parlimen Pekan i...
Istiadat Pertabalan Agong Hari Ini

Istiadat Pertabalan Agong Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 554 hits
KUALA LUMPUR Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya istiadat pertabalan Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 hari ini Istiadat...
Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

Pertabalan Tengku Abdullah Sultan Pahang Sebagai Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 2398 hits
PERTABALAN AGONG KE 16 DAN HARI ULANG TAHUN BAGINDA KE 60Merafak Sembah dan Setinggi Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al...
Alasan Najib Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam

Alasan Najib Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 408 hits
Semalam seluruh negara diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Tembakan meriam sebanyak 21 das diiringi laungan Daulat Tuanku menandakan peny...
Najib Tidak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Kerana Tempat Duduk

Najib Tidak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Kerana Tempat Duduk

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 931 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak menghadiri istiadat pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara kerana perubahan tempat duduk ke barisan belakang Seorang pengguna Facebook mendakwa Najib...
Menteri Nafi Tempat Duduk Najib Di Pertabalan Agong Telah Ditukar Saat Akhir

Menteri Nafi Tempat Duduk Najib Di Pertabalan Agong Telah Ditukar Saat Akhir

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 490 hits
Tempat duduk bekas perdana menteri Najib Razak pada Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 16 pada Selasa lepas telah ditetapkan dan tidak dialihkan pada saat akhir seperti didakwa kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yu...
Koleksi Khas Pos Malaysia Sempena Hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Koleksi Khas Pos Malaysia Sempena Hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 1048 hits
Ada peminat setem kat sini Kalau ada kita geng Walaupun saya dah tak aktif mengumpul setem tapi hati ni tetap teruja bila nampak setem keluaran khas Pos Malaysia Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XVI pada...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa