Apa Persediaan Perlu Ada Jika Australia Menjadi Destinasi Pelancongan Anda




Pernah tak anda terfikir untuk melancong ke Australia? Australia merupakan salah satu negara yang terletak di bahagian selatan hemisfera. Ia juga terdiri daripada tanah besar yang merupakan benua terkecil di dunia. Walaupun demikian, negara ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang membuatkan pelancong datang saban tahun ke negaranya.
Apabila sebut sahaja mengenai Australia, pasti bayangan yang keluar di kepala kita adalah kangaroo dan bentuk bangunan yang megah di Sydney itu. Jadi hari ini saya nak kongsikan sedikit tips atau panduan jika anda memilih Australia sebagai salah satu destinasi pelancongan anda.

Disebabkan Australia merupakan negara yang mempunyai 4 musim, anda perlu merancang terlebih dahulu tarikh anda hendak ke sana kerana ianya sangat penting untuk anda menempah tiket penerbangan dengan lebih awal. Saranan saya, tiket tu anda boleh book setahun awal untuk rebutkan harga yang lebih murah. Anda juga boleh bandingkan tiket di web traveloka dan lihat penerbangan murah yang disediakan di situ salah satunya adalah  scoot airline. Scoot airline ni merupakan penerbangan kos rendah dibawah Singapore airline. Walaupun ianya berkos rendah, tidak bermaksud ianya tak selamat tau. Kat web tu juga anda boleh lihat route penerbangan yang lain jika anda berminat. Salah satunya penerbangan ke Eropah menaiki Qatar Airways airline. Yang ni pun anda boleh buat perbandingan di situ.
Jadi amatlah penting tarikh untuk tempah tiket penerbangan ni. Kalau boleh, cari yang murah sikit so anda boleh habiskan duit untuk shopping di Australia nanti. Kalau boleh ambil la penerbangan pagi, bila sampai nanti terus boleh jalan-jalan sekejap. Tak ada bazir masa.

Wajib ada VISA



Untuk ke Australia, anda sangat diwajib untuk membuat VISA ye tuan-tuan dan puan-puan. Ha. Sebab bukan apa, Australia ni sangat ketat undang-undangnya. Mungkin sebab banyak kes yang masuk dan tak keluar kerana bekerja secara haram di negara mereka. Jadi mereka sangat menitik beratkan VISA ni.
Nak apply VISA ni ada dua cara. First, anda boleh apply VISA direct dengan mereka secara online. Just masukkan info yang mereka mahukan dan anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM60+ atau anda boleh memohon dengan agensi pelancongan yang berdekatan dengan anda dimana harganya lebih murah. Bergantung kepada anda untuk percaya dan pilih yang mana satu. Yang penting, VISA lepas.

List down makanan dan ubatan

Mungkin kerana Australia ini merupakan negara yang bebas dari wabak-wabak penyakit, maka mereka sangat tegas dengan makanan dan ubatan yang dibawa dari luar negara. Jadi anda wajib untuk declare bersama arrival card dengan menyenaraikan terlebih dahulu setiap makanan dan ubatan yang anda ingin bawa dari Malaysia.
Ini amat penting kerana ia merupakan salah satu undang-undang mereka. Saya nasihatkan anda bahagikan barangan tersebut mengikut jenis dan label. Ini memudahkan lagi kerja-kerja pihak imigresen di sana. Saya pasti anda taknak sebarang masalah timbul dan tersadai lama di airport gara-gara mereka curiga dengan barang yang anda bawa.

Sediakan pakaian mengikut musim percutian

Seperti yang saya katakan tadi, Australia merupakan negara yang mempunyai 4 musim, jadi amat penting untuk anda tahu musim apa tarikh yang anda pilih itu. Jika musim sejuk, anda wajib untuk membawa pakaian sejuk yang sesuai seperti baju thermal, jaket tebal, sarung tangan dan penutup kepala. Dan jika musim panas, anda boleh bawa baju seperti anda pakai di Malaysia sahaja. Anda boleh rujuk bulan mengikut musim di bawah
Musim panas: Disember – Februari
Musim luruh: Mac – Mei
Musim sejuk: Jun – Ogos
Musim bunga: September – November 

Penginapan


Pemilihan penginapan adalah satu perkara yang paling penting sepanjang percutian. Bagi penginapan di Australia, anda boleh memilih sama ada menginap di hotel atau pun apartment. Tapi saranan saya, lebih baik ambil apartment kerana jika anda menginap apartment, ada ruang tamu dan tempat memasak. Saya yakin anda tidak akan makan di luar sepanjang percutian di sana. Memasak juga dapat mengurangkan kos selain itu dapat juga tekak merasa hidangan seperti di Malaysia. Tambahan lagi kebanyakkan apartment, mereka ada sediakan microwave, dapur elektrik, toaster dan banyak lagi peralatan memasak. Mudah je kan?
Jika anda pergi bercuti dengan family yang besar, menginap di apartment lebih selesa dengan bilik dan ruang tamu yang lebih luas untuk semua ahli keluarga berkumpul. Terdapat banyak juga apartment yang disediakan di sekitar bandar. Anda boleh survey sahaja melalui apps seperti traveloka, booking.com atau agoda.

Pengangkutan


Ada dua cara untuk anda pusing-pusing di sekitar bandar di sana iaitu sama ada menyewa kereta ataupun menaiki pengangkutan awam. Jika anda berjalan dalam kumpulan yang besar, adalah lebih baik anda menyewa kereta sahaja. Ia lebih memudahkan untuk pergerakan secara berkumpulan. Tetapi tak salah untuk sama-sama merasa menaiki pengangkutan awam di negara orang. Lebih menarik dan baru la melancong nama nya.
Untuk naik pengangkutan awam ni, anda perlu membeli Myki dimana fungsinya sama sahaja seperti TnG jika di negara kita. Kad ini digunakan sebagai pas untuk anda naik tram, skybus, teksi dan ianya boleh ditambah nilai. Tetapi jika anda bersama keluarga, anda boleh beli sahaja pakej tiket seperti family rider pass. Ianya sangat berbaloi dan ianya sah sepanjang hari.

Internet dan Simkad


Jika anda tidak mahu menggunakan data roaming, anda boleh sahaja dapatkan simkad sebaik sahaja anda landing di airport atau dimana-mana cawangan 7E di sana. Anda boleh minta staf mereka untuk aktifkan simkad tersebut. Pemilihan data terpulang kepada anda. Jika beli satu dan hotspot sahaja atau seorang satu pun tak ada masalah. Yang penting masing-masing dapat internet untuk akses google dan social media.

Info Tambahan

●        Sila bawa siap-siap adapter untuk plug ya. Sebab kat sana soket dia lain dari yang ada di negara kita.
●        Untuk pertukaran wang, dinasihatkan untuk anda menukar terlebih dahulu di Malaysia. Ia akan memudahkan lagi kerja anda kalau perlu beli apa-apa barang sebelum check-in.
●        Kalau anda menyewa kereta, sila ikut peraturan jalan raya di sana, lebih-lebih lagi mengenai had laju dan lampu isyarat. Sangat ketat!
●        Untuk pembelian apa-apa tiket masuk ke tempat menarik di sana, sila beli online untuk dapatkan discount. Kalau beli kat kaunter lagi mahal.

Habis sudah beberapa tips yang saya boleh kongsikan kepada anda jika anda ingin bercuti di Australia. Saya harap ada sedikit sebanyak membantu anda. Semoga perjalanan anda dilancarkan semua. Ingat! Jaga keselamatan di negara orang okay. Jumpa lagi. Selamat bercuti!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://najmi-faiq.blogspot.com/2019/10/JikaAustraliaDestinasiPelanconganAnda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Destinasi Pelancongan Restoran Tanjung Piai Resort Kukup

Johor Destinasi Pelancongan Restoran Tanjung Piai Resort Kukup

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 865 hits
Lokasi Tanjung Piai Resort Jalan Terus Tanjung Piai Serkat 82300 Kukup JohorHours 7 30am 12amPhone 07 696 0011 Menu Seafood sup tomyam aneka makanan dan minumanRestoran atas air pemandangan amat indah dan suasan sangat nyaman dengan tiupan ...
Muo Destinasi Pelancongan Desa Keroma Eco Resort Muar

Muo Destinasi Pelancongan Desa Keroma Eco Resort Muar

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 3056 hits
Muo Bandar Bersih dan Indah Desa Keroma Eco Resort Muar merupakan pusat pelancongan yang terbaik di daerah Muo dan antara yang terbaik di negeri Johor Lokasi Lot 5923 Parit Keroma Jalan Joned 84000 Muar Johor15 dari Bandar Muar Bandar Diraj...
Dataran Batu Putih Destinasi Baharu Pelancongan

Dataran Batu Putih Destinasi Baharu Pelancongan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 836 hits
MB melawat gerai membuat Manisan Nyior di Dataran Batu Putih MARANG 22 Oktober Dataran Batu Putih dijangka menjadi satu destinasi pelancongan baharu di daerah Marang dengan cadangan mewujudkan pasar terapung dan memusatkan jualan produk tem...
Tanjung Penyabong Destinasi Pelancongan Baru Daerah Mersing

Tanjung Penyabong Destinasi Pelancongan Baru Daerah Mersing

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1494 hits
Mukim Penyabong terletak di daerah Mersing lebih kurang 2 jam dari Kota Tinggi serta 30 minit perjalanan ke arah utara dari Bandar Mersing Sejarah PenyabongNama Penyabong datang daripada aktiviti lanun lanun yang menetap di kawasan in yang ...
Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman

Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 1422 hits
BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers Rasanya sudah lama saya tak berkongsi cerita di blog ini Jadual saya bulan Oktober agak padat hingga terasa cepat sungguh masa berlalu Semalam saya k...
Menjadi Ahli Jualan

Menjadi Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 273 hits
Sekarang kami akan ulas perihal Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai income tambahan maka ...
September 2019 Bps Catat Kinerja Ekspor Melemah Menjadi Usd 14 10 Miliar

September 2019 Bps Catat Kinerja Ekspor Melemah Menjadi Usd 14 10 Miliar

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 198 hits
BPS mencatat nilai ekspor Indonesia pada September 2019 mencapai USD 14 10 miliar Nilai tersebut turun 1 29 persen apabila dibandingkan dengan Agustus 2019 dan turun 5 74 persen dibanding September 2018 Ekspor migas menyumbang sebesar USD 0...
Cik B Menjadi Perhatian Netizen

Cik B Menjadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 453 hits
Pergh Biasanya kita tengok anak Datuk Seri Vida Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhamaad Amin tampil dengan pakaian yang biasa tetapi kali ni luar biasa gais sebab Cik B menjadi penghias muka depan majalah Remaja Yang luar biasa...
Saatnya Podcast Menjadi Media Alternatif Perhatikan Kiatnya Nih

Saatnya Podcast Menjadi Media Alternatif Perhatikan Kiatnya Nih

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 178 hits
Podcast sebagai medium alternatif ternyata punya posisi tersendiri ya di hati publik tertarik buat jadi podcaster dan penikmatnya
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket

Hobby Of Coins Collection Among The Younger Generations Nowadays