Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman


BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Rasanya sudah lama saya tak berkongsi cerita di blog ini. Jadual saya bulan Oktober agak padat hingga terasa cepat sungguh masa berlalu.

Semalam saya ke Johor Bahru ada urusan yang perlu diselesaikan. Perjalanan menuju ke Johor Bahru dari Muar melalui lebuhraya manakala perjalanan pulang melalui susur keluar ke Ayer Hitam. Lama tak singgah pekan Ayer Hitam yang terkenal dengan syurga pasu seramik, teddy bear besar dan bunga hiasan. Perjalanan pulang dari pekan Ayer Hitam melalui jalan dalam untuk melihat pemandangan suasana kampung.

Nursery pokok bunga hiasan
Dalam perjalanan melepasi Yong Peng (saya tak pasti lokasi sebenar) saya singgah di sebuah nursery yang menjual pelbagai pokok bunga. Apa yang membuatkan saya terasa ingin memberhentikan kereta di sini disebabkan terdapat pelbagai warna pokok bonsai dari pokok bunga kertas (bougainvillea). Saya pernah kata, saya ni pantang tengok pokok bunga kertas, pokok roses dan orkid, mulalah teruja dan lupa diri. Adoi parah

Nursery pokok bunga
Sebelum ni saya suka kumpul pokok bunga rose dari pelbagai warna tetapi kini saya sudah beralih arah terpaksa derhaka dengan roses disebabkan terpandang keindahan pokok bunga kertas di Santorini, Greece. Dah laa cantik senang dijaga tak seperti pokok bunga rose yang manja, tak boleh kena panas terik

Santorini, Greece -  credit to GoogleSantorini, Greece -  credit to GoogleUntuk pengetahuan pembaca, dah lama saya mengidamkan pokok bonsai bunga kertas. Jadi semalam saya berjaya mencapai hasrat memiliki pokok bonsai bunga kertas pelbagai warna buat pertama kalinya. 
Nursery pokok bunga
Cantik sangat pokok-pokok bunga kertas tersusun di nursery tersebut.. Jangan tanya tentulah saya rambang mata. Lama juga buat pilihan sebelum berjaya rembat sepokok ni.

Pokok bonsai bunga kertas
Oleh kerana masa tak mengizinkan untuk saya terus membelek-belek setiap satu pokok, saya pilih pokok bonsai (pasu hitam) jenis ini. Gabungan warna merah dan pink. Harga pun murah iaitu RM70.00 sahaja

Pokok bunga kertas warna pink berdaun hijau putih 
Bukan itu sahaja, saya juga beli sepokok bunga kertas warna merah (harga RM4.50) disebabkan tertarik dengan daun pokok berbelang putih. Masih lagi terletak dalam poly bag, ada masa nanti saya akan tukar ke pasu lain yang sudah semestinya pasu berwarna putih supaya seragam

Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach
Ini pula pokok bunga kertas yang pernah saya cerita di post ini -> [DI SINI]. Untuk pengetahuan pembaca, pokok bunga kertas ini berumur lebih 10 tahun. 
Pokok bunga kertas gabungan warna oren dan peach
Pokok bunga kertas ini gabungan warna oren dan peach. Pokok ini dah mula mengeluarkan bunga setelah saya potong semua dahannya semasa pindah tempoh hari. Sejak kebelakangan ini pula cuaca hujan dan panas memang sesuai untuk menggalakkan bunga berkembang. Bila dahan semakin besar nanti saya akan bentuk supaya pokok sentiasa rendang

Begitulah cerita tentang pokok bunga kertas saya. Sebelum mengakhiri post ini saya kongsi pokok orkid saya yang akan mengeluarkan bunga tak lama lagi.

Pokok orkid
Pokok orkid saya tak banyak jadi saya sangkut sahaja pokok-pokok orkid itu di tepi pagar

Pokok orkid di tepi pagar
Okay, setakat ini saya perkongsian keterujaan saya membeli pokok bonsai bunga kertas. Orang yang suka dengan tanaman bunga sahaja memahami bagaimana perasaan itu, hehehehe. In shaa Allah saya akan repeat ke nursery itu lagi untuk buruan pokok bonsai bunga kertas seterusnya.. Mungkin cari gabungan warna putih dan light pink pula.. *wink...wink..wink..* >_<
By the way, thank you for reading. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..Byee..


Regards,

Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ladyinredplanner.blogspot.com/2019/10/pokok-bonsai-bunga-kertas-menjadi-idaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Potongan Bunga Utang Merpati Airlines Turun Menjadi Rp 6 Triliun

Kena Potongan Bunga Utang Merpati Airlines Turun Menjadi Rp 6 Triliun

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 243 hits
Direktur Utama PT Merpati Nusantara Airlines Asep Ekanugraha menyampaikan belitan utang yang saat ini ditanggung telah berkurang dari sekitar Rp 10 95 triliun menjadi Rp 6 triliun Sebab pihak pengadilan telah menghapuskan bunga utang sebesa...
Mau Tahu Resep Menjadi Ahli Jualan Ini Ulasannya

Mau Tahu Resep Menjadi Ahli Jualan Ini Ulasannya

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 348 hits
Pembahasan kita sekarang ialah Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya penghasilan tambahan maka...
Pengen Menjadi Ahli Jualan Terapkan Cara Berikut

Pengen Menjadi Ahli Jualan Terapkan Cara Berikut

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 295 hits
Pembahasan kita sekarang adalah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya pendapatan tambahan maka...
Pesan Prabowo Kepada Pimpinan Mpr Jangan Menjadi Oligarki

Pesan Prabowo Kepada Pimpinan Mpr Jangan Menjadi Oligarki

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 201 hits
Para pimpinan MPR menyambangi kediaman Ketua Umum Partai Gerindra Prabowo Subianto di Jalan Kertanegara VI Jakarta Selatan Jumat Rombongan yang dipimpin Ketua MPR Bambang Soesatyo atau Bamsoet itu tiba usai Magrib Prabowo berpesan kepada pa...
Siapa Ltte Dan Mengapa Ltte Ni Tiba Tiba Menjadi Berita Besar Di Malaysia

Siapa Ltte Dan Mengapa Ltte Ni Tiba Tiba Menjadi Berita Besar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 437 hits
Logo LTTE Foto WikipediaUntuk pengetahuan semua Pemberontak Tamil Eelam merupakan antara kumpulan pemberontak paling ganas di dunia dan fakta ini telah disahkan oleh agensi keselamatan yang terbesar dunia seperti Biro Siasatan Persekutuan d...
7 Rahsia Pengutip Sampah Menjadi Seorang Jutawan

7 Rahsia Pengutip Sampah Menjadi Seorang Jutawan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 465 hits
7 Rahsia pengutip sampah menjadi seorang jutawan Assalamualaikum dan salam sejahtera Sebelum ni ada ternampak video seorang lelaki ini yang Berjaya merubah dirinya daripada zero kepada hero Tapi belum sempat lagi nak tengok Hari ini alhamdu...
Roy King Jing Err Menjadi

Roy King Jing Err Menjadi

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 310 hits
BEREGU campuran remaja negara Yap Roy King Gan Jing Err berjaya memberi persembahan cemerlang hari ini apabila mencatat dua kemenangan berturut turut untuk mara ke pusingan keempat Kejohanan Remaja Dunia Namun Jing Err masih lagi belum bera...
Korban Meninggal Gempa Maluku Bertambah Menjadi 39 Orang

Korban Meninggal Gempa Maluku Bertambah Menjadi 39 Orang

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 188 hits
Sementara korban yang mengalami luka berat hingga ringan totalnya 1 578 orang
Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Sarapan Pagi Wesak Day

127 0 0 1 62893 The Importance Of Loopback Address Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Terpisah Lagu Terbaru Duet Antara Jessc Dan Jee

Rumah Hobbit Jom Kita Pi Tengok

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Rahasia Trading Profit Konsisten Menggunakan Metode Hc Rajapips

Menyusuri Surga Timur Indonesia Cerita Perjalanan Ke Labuan Bajo