Apa Persamaan Gusti Dan Politik


 

Saya masih ingat pertengahan 80-an dulu memang satu dunia dilanda demam gusti. Di mana-mana tidak semestinya di rumah tetapi di warung, dalam bas ekspres malah di mana saja asal ada orang awam berkumpul di situ akan dipasang video gusti. Kedai-kedai menyewa pita video VHS tumbuh banyak dan video-video gusti cukup laku disewa pelanggan.
Perkembangan sukan gusti ini pula cukup pantas. Sebuah kejohanan gusti besar seperti WrestleMania misalnya tidak sampai seminggu berlangsung di Amerika sudah sampai di Malaysia dan dapat ditonton melalui pita video yang boleh disewa di kedai. Di televisyen pun ada slot rancangan gusti, di akhbar tabloid mingguan juga pasti ada satu muka surat diperuntukkan khas untuk peminat gusti.
Majalah bulanan berkonsepkan gusti juga muncul di pasaran. Dari kanak-kanak hinggalah orang tua semuanya bercerita tentang gusti. Di warung minum secawan teh pun boleh duduk berjam-jam melayan gusti walaupun pemilik warung mengulang pasangnya berkali-kali.

Nama-nama penggusti cukup dihafal. Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Randy ‘Macho Man’ Savage, King Kong Bundy dan lain-lain melekat dalam kepala. Begitu juga beberapa gerakan dan teknik yang mereka lakukan seperti cekak banting (choke slam), cengkam unta (camel clutch) atau kunci kaki (figure four leglock) ditiru kanak-kanak seperti kami ketika bermain bersama kawan-kawan. Pak cik dan mak cik bersorak melihat aksi hebat penggusti manakala kami kanak-kanak buka gelanggang sendiri dan mencuba beberapa gaya.
Apa yang melucukan ialah kami kanak-kanak dan juga orang tua benar-benar percaya gusti itu betul, bukan sekadar sukan hiburan. Akan kedengaran pak cik berkomentar, “dia ni dulu kawan baik tapi sekarang bermusuhan,” apabila melibatkan dua seteru bertarung kerana sebelum itu kedua penggusti tersebut bersahabat. Kami semua cukup percaya kecederaan lutut Tito Santana akibat dihentak dengan kerusi adalah benar. Kami sedih apabila tulang rusuk Hulk Hogan patah dihempap King Kong Bundy walhal itu semua hanyalah sebuah susunan cerita untuk merancakkan sukan hiburan itu.
Kami pada waktu itu tidak tahu apa itu “kayfabe”. Kayfabe adalah istilah dalam gusti di mana segala cerita rekaan dipelihara betul-betul rahsianya seolah-olah ia adalah benar di dalam atau di luar gelanggang. Kayfabe bukan saja sebuah rekaan tentang kecederaan, ia termasuk juga rekaan apabila The Undertaker dikatakan adik-beradik dengan Kane (di mana sehingga hari ini masih ramai orang dewasa mempercayainya) padahal tidak ada pertalian darah pun.
Perseteruan kedua “adik-beradik” ini cukup mendebarkan. Kayfabe adalah rekaan apabila penggusti didaftarkan dengan ketinggian dan berat badan yang dilebih-lebihkan. Andre The Giant misalnya tidaklah ketinggiannya mencecah sehingga tujuh kaki empat inci, sebaliknya hanya hampir tujuh kaki sahaja. Abdullah The Butcher bukanlah berasal dari Sudan tetapi orang Amerika. Semua ini hanyalah penyedap cerita dan pelaris perniagaan yang kononnya persekutuan gusti ini bertaraf dunia kerana penggusti-penggustinya datang dari seluruh ceruk dunia.
Rancangan gusti ini direka “storyline”-nya dengan episod drama yang menarik. Seperti cereka wayang mesti ada persahabatan, pengkhianatan, perebutan, dendam dan pembalasan. Seperti politik juga, tauke pertubuhan gusti akan mengatur naik dan jatuh seseorang penggusti mengikut populariti mereka demi keuntungan perniagaan. Situasi politik dunia diambil kira bagi membuat penonton turut berasa dekat.
Contohnya ketika Perang Teluk berlaku awal 1990, World Wrestling Federation (Persekutuan Gusti Dunia atau WWF) mencipta karektor baharu bagi penggusti Iron Sheik dengan menggunakan nama Colonel Mustaffa bagi menggambarkan seperti sosok Saddam Hussein. Begitu juga penggusti Nikolai Volkoff sebelum memulakan perlawanan akan menyanyikan lagu kebangsaan Soviet Union untuk membuat sentimen penonton terbakar.
Ini sebagai petunjuk bahawa era Perang Dingin (Cold War) Amerika dan Rusia tidak pernah tamat. Penggusti juga dicorakkan watak mereka oleh pertubuhan gusti ini. Ada yang menyolekkan wajah untuk nampak lebih ganas seperti pahlawan perang. Ada yang menggelarkan dirinya gila termasuk memakai kostum seperti pengawal penjara, penggali kubur, ahli sihir, pegawai pemungut cukai dan lain-lain. Gimik. Ada yang membawa gunting besar, membawa ular, membawa anjing atau burung.
Macam-macam! Untuk penggusti yang diletakkan dalam kumpulan disukai peminat digelar “baby face” manakala penggusti yang dirancang untuk dibenci peminat dan gemar melanggar peraturan digelar “heel”.
Penggusti Stone Cold Steve Austin dianggap wira oleh penonton apabila wataknya dilihat sebagai pemberontak yang bergaduh dengan tauke WWF (kini ditukar kepada WWE – World Wrestling Entertainment) itu sendiri. Stone Cold adalah “anti-hero” lambang kaum pekerja yang melawan majikan penindas. Penonton bersorak apabila tauke WWE Vince McMahon dihentak oleh Stone Cold.
Seperti saya kata tadi, ini adalah kayfabe tetapi ramai yang percaya. Namun jika ada yang sejak dari awal memang dah tahu ia hanya rekaan tetap terhibur dan seronok melayannya.
Gusti mengajar saya memahami dunia politik. Dalam gusti tiada kawan yang kekal atau musuh selamanya. Hari ini mungkin mereka berkawan tetapi esok mereka bergaduh sampai melibas menggunakan kerusi besi. Bertarung sehingga diusung ke bilik persalinan dengan berlumuran darah. Tiba-tiba bulan depan mereka bersekutu kembali untuk melawan pencabar lain pula.
Begitulah gusti menjadi sekolah politik saya. Entah kenapa sewaktu meminati sukan gusti ini saya melihatnya dari sudut itu. Sudut sepak terajang politik. Sebab itu saya tidak hairan apabila seorang politikus hari ini berdegar-degar mencaci lawannya sebagai kaki rasuah atau penyamun siap menyanyi-nyanyi lagi alih-alih esok mereka berpeluk dan bersatu membentuk kem.
Begitu juga apabila saya melihat seorang politikus berpeluk dengan politikus lain, saya tahu tidak semestinya mereka benar-benar baik kerana di belakang tabir juak-juak mereka sedang merancang untuk saling menjatuhkan. Apa saja kelakuan mereka itu semua sandiwara, semua wayang.
Saya menyarankan anda yang meminati gusti tetapi belum pernah mendengar istilah kayfabe harus belajar dan mesti tahu apa maksudnya. Dalam sukan gusti ada kayfabe. Dalam politik ada sandiwara. Sama saja. Sandiwara itu tiada bezanya dengan kayfabe! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/apa-persamaan-gusti-dan-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Dedah Alasan Tak Bersara Politik Duduk Di Masjid Kejar Akhirat

Tun M Dedah Alasan Tak Bersara Politik Duduk Di Masjid Kejar Akhirat

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 230 hits
Ahmad Suhael Adnanahmad suhael bh com myPUTRAJAYA Bersara dan duduk di masjid tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun tidak lagi menjadi Ahli Dewan Rakyat selepas tewas di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Ra...
Panglima Tni Ajak Umat Kristiani Jaga Kesatuan Dan Persatuan Di Tahun Politik

Panglima Tni Ajak Umat Kristiani Jaga Kesatuan Dan Persatuan Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 209 hits
Panglima TNI Laksamana Yudho Margono meninjau Gereja Katedral bersama Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo Sabtu Di lokasi itu dia mengajak umat kristiani untuk dapat menjaga kesatuan dan persatuan jelang Pemilu 2024
Berhenti Politik Pengundi Dah Tolak Kamu Sng Beritahu Zuraida

Berhenti Politik Pengundi Dah Tolak Kamu Sng Beritahu Zuraida

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 174 hits
PETALING JAYA Presiden Parti Bangsa Malaysia Larry Sng mendesak Zuraida Kamaruddin dan sekutunya yang digantung parti itu supaya berhenti daripada politik dan muhasabah diri Sng berkata demikian sebagai respons kepada bekas Ahli Parlimen Am...
Jangan Sekat Islam Disebar Kerana Berbeza Fahaman Politik Muhyiddin

Jangan Sekat Islam Disebar Kerana Berbeza Fahaman Politik Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 173 hits
agendaily comPengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang baharu beberapa hari memerintah diharap tidak menyekat atau mengekang penyebaran dan pengajaran agama Islam di negara ini ...
Kuliah Di Tangguh Bukan Kerana Sekat Islam Tetapi Penceramah Orang Politik Yang Boleh Menggugat Keharmonian

Kuliah Di Tangguh Bukan Kerana Sekat Islam Tetapi Penceramah Orang Politik Yang Boleh Menggugat Keharmonian

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Kenyataan kononnya Kerajaan Pahang menyekat kuliah agama di negeri ini adalah keterlaluan dan tidak masuk dek akal Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli 51 ketika dihubungi hari ini Beliau mengulas isu k...
Penganalisa Politik Pulangkan Paku Buah Keras Wan Saiful

Penganalisa Politik Pulangkan Paku Buah Keras Wan Saiful

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 115 hits
K PRAGALATHPenganalisa politik Dr Awang Azman Awang Pawi menangkis serangan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya gagal menangani kos sara hidup ra...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord