Apa Nasib Pencarum Kwsp Gagal Bayar Pinjaman Soal Mtuc


bharian.com.my
Oleh Suzalina Halid
[email protected]
Mac 12, 2023 @ 9:37am
Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan nasib yang bakal menimpa peminjam dan simpanan persaraan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya gagal membayar pinjaman.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata ini kerana berdasarkan Akta KWSP 1991, tiada peruntukan yang membolehkan wang simpanan persaraan itu dicagarkan kecuali perintah pelucutan hak mahkamah.

Katanya, beliau tidak bersetuju sekiranya pindaan akta dibuat bagi membenarkan ia berlaku kerana adalah penting wang simpanan KWSP 'kebal' daripada kebankrapan.

Beliau turut melahirkan kegusaran risiko kedudukan kewangan keseluruhan pencarum bertambah buruk sekiranya bank mengenakan kadar faedah lebih tinggi daripada dividen KWSP.

"Berdasarkan akta KWSP, simpanan pencarum dilindungi daripada kebankrapan justeru apa yang akan berlaku jika peminjam gagal membayar pinjaman mereka dan adakah bank mahu memberi pinjaman dengan cagaran sedemikian.

"Bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP, jadi pencarum akan melihat kedudukan kewangan keseluruhan mereka bertambah buruk," katanya.

Beliau berkata, satu mekanisme yang lebih jelas perlu diteliti berikutan bank tidak boleh mengambil simpanan KWSP pencarum sebagai penyelesaian baki pinjaman sekiranya peminjam gagal membayar dan diisytiharkan muflis.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempertahankan langkah membenarkan ahli KWSP menggunakan caruman mereka sebagai cagaran pinjaman peribadi kerana langkah itu tidak bercanggah dengan Akta KWSP 1991.

Malah, Perdana Menteri dilaporkan berkata, perkara itu sudah dibincang dan diperhalusi bersama pihak KWSP sebelum kaedah itu diumumkan di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berkata inisiatif ini boleh menyebabkan pencarum berisiko kehilangan wang KWSP sekiranya gagal membayar pinjaman bank.

Atas dasar itu, katanya pencarum perlu mengkaji sama ada mereka mampu untuk melunaskan hutang terbabit kerana mereka berhadapan dengan risiko cagaran digunakan pihak bank untuk melangsaikan hutang yang tertunggak.

"Cadangan ini bagi saya lebih bersifat membuka ruang untuk ahli KWSP meminjam dengan pihak bank namun, prinsip meminjam masih lagi terpakai.

"Maksudnya, jika mahu meminjam, seseorang itu perlu mengkaji sama ada mereka mampu untuk melunaskan hutang berkenaan," katanya.

Ahli Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, pula berkata Akta KWSP perlu dipinda sebelum menjadikan wang persaraan itu sebagai cagaran untuk pinjaman bank.

Ini kerana Nik Ahmad Kamal berkata, tanpa pindaan itu pelaksanaan dasar baharu untuk membenarkan cagaran menggunakan KWSP adalah tidak sah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/apa-nasib-pencarum-kwsp-gagal-bayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganalisis Ekonomi Sokong Cagar Kwsp Untuk Pinjaman Bank

Penganalisis Ekonomi Sokong Cagar Kwsp Untuk Pinjaman Bank

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 165 hits
Langkah kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menggunakan wang caruman sebagai cagaran pinjaman peribadi dilihat wajar Penganalisis Ekonomi i CATS Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor dari University College Kuching k...
Bantuan Rm500 Kwsp Untuk Semua Pencarum

Bantuan Rm500 Kwsp Untuk Semua Pencarum

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 398 hits
Bantuan RM500 KWSP Untuk Semua Pencarum Kerajaan akan memberikan tambahan caruman sebanyak RM500 kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10 000 dalam akaun satu Jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk inisiatif ini ham...
Method Camni Menyusahkan Rakyat Menguntungkan Bank Rakyat Kecewa Pmx Cadang Pencarum Cagar Wang Kwsp Untuk Pinjam Bank

Method Camni Menyusahkan Rakyat Menguntungkan Bank Rakyat Kecewa Pmx Cadang Pencarum Cagar Wang Kwsp Untuk Pinjam Bank

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 166 hits
Kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank Perdana Menteri Datuk Seri Anwar I...
Terengganu Gagal Jana Hasil Terus Bergantung Royalti Petroleum

Terengganu Gagal Jana Hasil Terus Bergantung Royalti Petroleum

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 214 hits
Setelah 5 tahun diperintah Pas kerajaan negeri Terengganu terus gagal mengembangkan ekonomi negeri kepada penjanaan hasil hasil baharu Hal itu dipersoalkan oleh Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan PKR Kemaman Ahmad Nadhir Yob yang meli...
Tips Dan Cara Bayar Tagihan Listrik Pln Supaya Tidak Kena Denda

Tips Dan Cara Bayar Tagihan Listrik Pln Supaya Tidak Kena Denda

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 214 hits
Begini tips dan cara bayar listrik PLN supaya kamu tidak terkena denda Jangan sampai tagihan membengkak karena lupa terbayar ya
Siapa Perlu Bayar Cukai Ini Pendapatan Yang Layak Kena Cukai

Siapa Perlu Bayar Cukai Ini Pendapatan Yang Layak Kena Cukai

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 461 hits
SIAPA PERLU BAYAR CUKAI KENAPA KENA CUKAI BERAPA GAJI YANG KENA ISYTIHAR DENGAN LHDN Setiap tahun individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e filing atau mengisytiharkan cukai individu kepada LHDN Bagi yang ...
Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya

Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 402 hits
Cara Bayar Fidyah Serta 5 Golongan Yang Wajib Sempurnakannya Sebagai umat Islam kita perlulah ketahui cara bayar fidyah serta golongan yang wajib laksanakannya Fidyah merupakan denda ke atas umat Islam yang telah baligh akibat melanggar huk...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025