Siapa Perlu Bayar Cukai Ini Pendapatan Yang Layak Kena Cukai


SIAPA PERLU BAYAR CUKAI? KENAPA KENA CUKAI? BERAPA GAJI YANG KENA ISYTIHAR DENGAN LHDN?
Setiap tahun, individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e-filing atau mengisytiharkan cukai individu kepada LHDN.
Bagi yang pertama kali bekerja, atau mereka yang pertama kali menguruskan cukai sendiri, mungkin anda tertanya-tanya adakah anda layak membayar dan mengisytihar cukai tersebut.
Di sini kami kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan cukai individu dan siapa sebenarnya yang perlu dikenakan cukai.
Apa Itu Cukai Pendapatan LHDN? Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:
a)    Laba / keuntungan daripada sesuatu perniagaan;
b)    Laba / keuntungan daripada penggajian;
c)     Dividen, faedah atau diskaun;
d)    Sewa, royalti atau premium;
e)    Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain; dan
f)     Laba / keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.
Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) menguatkuasakan hal-ehwal pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas orang dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
Siapa Perlu Bayar Cukai? Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.
Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.
Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.
Ambang Jumlah Pendapatan Individu Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2022 PENDAPATAN PENGGAJIAN
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :
JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111Berasingan1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,1112. Berkahwin + 1 Anak  3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444Bersama1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,0002. Berkahwin + 1 Anak50,0004,1673. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333 Nota:
* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000
** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak
*** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000
PENDAPATAN PERNIAGAAN
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).
——-
Perniagaan terdiri daripada:
Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
Perkongsian Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Individu-individu Dua syarikat Individu dan syarikat Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian Contoh Perniagaan :
Perniagaan Runcit Perniagaan Pasar Malam / Gerai Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital) Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah Perniagaan Jualan Langsung / Stokis Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger Pertanian dan Penternakan Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional Pemandu Teksi / e-hailing Maklumat Lanjut: https://www.hasil.gov.my/individu/pengenalan-cukai-pendapatan-individu
Baca juga:
Login e-PCB: Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan / Tuntutan Senarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing 2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/siapa-perlu-bayar-cukai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=siapa-perlu-bayar-cukai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Lee Byunghun Kwon Sangwoo Kim Taehee Turut Dituduh Elak Bayar Cukai

Selepas Lee Byunghun Kwon Sangwoo Kim Taehee Turut Dituduh Elak Bayar Cukai

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 157 hits
Baru baru ini ramai selebriti yang dinamakan sebagai antara pesalah yang mengalami salah laku berkaitan cukai ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Kim Tae hee dilaporkan telah menjalani audit tegas mengenai pendapatan pada 2022 Selepas itu dikatakan b...
Cukai Pendapatan Cara Kira Lhdn Refund Untuk Lebihan Bayaran

Cukai Pendapatan Cara Kira Lhdn Refund Untuk Lebihan Bayaran

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 288 hits
Cukai Pendapatan Cara Kira LHDN Refund Untuk Lebihan Bayaran BACA SINI Apa Maksud Lebihan Bayaran Tahun Taksiran 2022 Lebihan bayaran cukai bermaksud pembayar cukai sama ada individu atau badan korporat membayar cukai lebih daripada nilai c...
Ramai Pelakon Elak Bayar Cukai Pemilihan Song Jihyo Sebagai Pembayar Cukai Contoh Jadi Bualan

Ramai Pelakon Elak Bayar Cukai Pemilihan Song Jihyo Sebagai Pembayar Cukai Contoh Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 177 hits
Nampaknya kita ada wajah baru bagi sebagai pembayar cukai contoh di Korea ARTIKEL BERKAITAN Selepas Lee Seung gi dan Jo Bo ah Kim Soo hyun dan Song Ji hyo pula diangkat sebagai duta perhubungan awam bagi Perkhidmatan Cukai Kebangsaan Pada 3...
Cukuplah 1 Penggal Anak Muda Kita Dipaksa Bekerja Dengan Pendapatan Yang Tidak Berbaloi Walaupun Berpendidikan Tinggi

Cukuplah 1 Penggal Anak Muda Kita Dipaksa Bekerja Dengan Pendapatan Yang Tidak Berbaloi Walaupun Berpendidikan Tinggi

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 181 hits
TEKAD PEMUDA UMNO BN UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN NASIB DAN MASA DEPAN GENERASI BARU YANG BAKAL MEWARISI MASA DEPAN NEGARA Sayu hati melihat gambar ini Seorang ibu yang terpaksa membawa anak OKU nya ketika bekerja menghantar makanan Hakikat y...
Tak Hanya Pajak Sri Mulyani Bakal Pelototi Pejabat Bea Cukai Pamer Harta

Tak Hanya Pajak Sri Mulyani Bakal Pelototi Pejabat Bea Cukai Pamer Harta

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 131 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menaruh perhatian terhadap kelakuan pejabat di bawahnya yang doyan pamer harta di media sosial Pasalnya kini marak disoroti sejumlah pejabat pajak yang kedapatan memamerkan barang mewah miliknya sepert...
Pendapatan Pasif Dengan Copytrading

Pendapatan Pasif Dengan Copytrading

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 219 hits
Cara Jana Pendapatan Pasif Dengan CopytradingArtikel ini Paksu akan berkongsi mengenai cara jana pendapatan pasif dengan copytrading Ada orang panggil copy trade ataupun copytrade Tetapi hakikatnya adalah sama iaitu kita boleh jana pendapat...
Mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat Bagi Bantuan 2023 Amazing

Mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat Bagi Bantuan 2023 Amazing

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 302 hits
Mohon Inisiatif Pendapatan Rakyat Bagi Bantuan 2023 Inisiatif pendapatan rakyat atau lebih dikenali sebagai IPR adalah merupakan bantuan baru diperkenalkan oleh kerajaan untuk golongan B40 dan miskin tegar Untuk sedia maklum inisiatif ini d...
Insentif Cukai Amalan Biasa Lynas Tidak Dapat Layanan Istimewa Sejak Operasi

Insentif Cukai Amalan Biasa Lynas Tidak Dapat Layanan Istimewa Sejak Operasi

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 92 hits
KUALA LUMPUR Lynas Malaysia Sdn Bhd tidak menerima sebarang layanan atau faedah istimewa sejak beroperasi di negara ini Lynas dalam kenyataan memaklumkan faedah yang ditawarkan kepada syarikat itu apabila melabur di Malaysia sama dengan fae...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin