Apa Kata Perhimpunan Agung Khas Bersatu 2 Mac Ini Pinda Sekali Syarat Kelayakan Cabar Presiden




Sudah sah Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini bagi meminda perlembagaannya.


Perlembagaan yang bakal dipinda itu ialah untuk mengetatkan lagi peraturan bagi menghalang ahli parti itu memberi sokongan kepada parti lawan sebagaimana dilakukan enam Ahli Parlimennya sebelum ini.


Dalam akta lompat parti, kedudukan seseorang sebagai Ahli Parlimen hanya akan tergugur jika beralih menyertai parti lain dan seterusnya perlu diadakan suatu pilihan raya kecil semula.


Tetapi, kedudukan sebagai Ahli Parlimen tidak tergugur jika hanya mengumumkan sokongan kepada pihak lain tanpa mengumumkan keluar parti.


Berikutan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu memberi sokongan terbuka kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim demi mendapatkan peruntukan untuk pembangunan bagi kawasan Parlimen masing-masing, Bersatu mendapati wujud keperluan meminda perlembagaannya dan untuk mengelakkan lebih ramai menderhaki kesetiaan demi memperolehi ganjaran.


Beberapa parti lain sebenarnya telah lebih dulu meminda perlembagaan masing-masing kerana menyedari wujud kelompangan dalam akta lompat parti yang sedang dikuatkuasakan.


Namun demikian, dalam Bersatu sekarang, bukan isu enam Ahli Parlimen yang mengalihkan sokongan itu saja yang menjadi topik hangat.


Turut menjadi perbualan ialah pemilihan parti yang dijangka pada Jun ini di mana syarat kelayakan untuk sesiapa bertanding jawatan tertinggi parti mestilah pernah memegang jawatan dalam MPT selama dua penggal.


Bersatu diluluskan pendaftarannya pada 2017 dan pemilihan pertama pada 2020 yang lalu.


Pemilihan pada Jun 2024 ini adalah pemilihan kali yang kedua bagi Bersatu.


Dalam hal berkaitan, meskipun Mahiaddin Md Yasin telah mengumumkan ingin mengekalkan jawatan Presiden Bersatu sepenggal lagi dan Hamzah Zainuddin yang dikehendaki ramai untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti bagi memberi wajah baru kepada parti turut menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu, tetapi di sebalik wujud desakan berterusan agar Ketua Pembangkang itu bertanding juga melawan Mahiaddin, hambatan di depannya ialah syarat kelayakan bertanding yang tidak memihak kepadanya.


Hamzah menyertai Bersatu pada 2019 dan dilantik sebagai Setiausaha Agung pada Mac 2020.


Ini bermakna, beliau belum cukup syarat dua penggal berada dalam MPT atau Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan secara automatik tiada kelayakan untuk bertanding melawan Mahiaddin.


Pun begitu, sebagai tanda sokongan yang diperolehinya untuk menerajui Bersatu, pejabat beliau yang disebut sebagai “White House”, selain sentiasa dikunjungi ramai ahli dan pimpinan parti setiap hari, di situ turut menjadi medan perbualan untuk menyokong dan memastikannya menjadi Presiden Bersatu menggantikan Mahiaddin.


Mereka secara umumnya menyatakan Bersatu tidak mungkin memperolehi keputusan lebih baik dalam PRU16 akan datang jika parti terus diterajui Mahiaddin, lantaran imejnya sebagai Perdana Menteri yang gagal sebelum ini masih kuat melekat di hati majoriti rakyat.


Hanya dengan berubah pucuk pimpinan dan Hamzah dirasakan paling sesuai, barulah diyakini ada sinar baru boleh muncul di hujung terowong.


Maka, senang cerita, terlanjur Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini, selain untuk meminda perlembagaan bagi mengetatkan peraturan berkaitan lompat parti, apa kata dipinda sekali syarat kelayakan bertanding jawatan Presiden itu?


Syarat itu bukan saja dilihat tidak demokratik dalam konteks Bersatu sebagai parti yang baru kali kedua mengadakan pemilihan, tetapi juga merupakan halangan yang nyata untuk “move on” bersama harapan yang mungkin lebih baik mampu diperolehi pada PRU16 akan datang.


Selain itu, dengan menghapuskan syarat kelayakan dua penggal berada dalam MPT itu juga dengan sendirinya meletakkan Mahiaddin sebagai pemimpin sejati – tidak macam jawatan Presiden UMNO – yang menang hanya kerana dilindungi oleh sesuatu peraturan atau ketetapan.


Jadilah pemimpin yang berani dilawan dan sedia dicabar pada bila-bila masa, bahkan secara moralnya, menang bertanding melalui perlawanan jauh lebih bernilai berbanding menang secara tidak bertanding kerana orang lain dikenakan sekatan.


Lagi pula, takkan Mahiaddin nak menang sebagai Presiden melalui “cara betina” begitu?


Soal sama ada Hamzah benar-benar akan bertanding atau tidak, itu haruslah dijadikan persoalan kedua, yang penting ruang untuk bertanding itu biarlah sentiasa terbuka. ShahbudinHusin 19/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/19/apa-kata-perhimpunan-agung-khas-bersatu-2-mac-ini-pinda-sekali-syarat-kelayakan-cabar-presiden.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/apa-kata-perhimpunan-agung-khas-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Mybrain 2 0 2024 Elaun Esh Dan Syarat Kelayakan

Permohonan Mybrain 2 0 2024 Elaun Esh Dan Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 342 hits
Kerajaan Malaysia masih meneruskan program penajaan MyBrain 2 0 Baru baru ini kerajaan Malaysia telah mengatakan bahawa mereka akan mengembalikan program MyBrain kali ini dikenali dengan MyBrain 2 0 Program MyBrain 2 0 ini telah diperuntukk...
Jika Jadi Presiden Prabowo Bakal Rekrut Menteri Dengan Syarat Ini

Jika Jadi Presiden Prabowo Bakal Rekrut Menteri Dengan Syarat Ini

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 224 hits
Kalau kau tidak setuju enggak usah gabung di kabinet Prabowo Subianto kata Prabowo
Kem Dalam Bersatu Kerana Tak Yakin Dengan Muhyiddin Kata Penganalisis

Kem Dalam Bersatu Kerana Tak Yakin Dengan Muhyiddin Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 347 hits
Penganalisis berkata Muhyiddin Yassin hanya mendapat sokongan ahli MPT untuk mengekalkan jawatan sebagai presiden Bersatu PETALING JAYA Perasaan kurang senang dengan pimpinan mungkin boleh menyebabkan luka perpecahan dalam Bersatu semakin m...
Notis Reformasi100 Bersih Tak Cukup Syarat Kata Polis

Notis Reformasi100 Bersih Tak Cukup Syarat Kata Polis

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 178 hits
Ketua Polis KL Allaudeen Abdul Majid berkata notis pemakluman harus diberi bersama dokumen tertentu lima hari sebelum berhimpun PETALING JAYA Notis pemakluman berkenaan penganjuran himpunan Reformasi100 tidak memenuhi syarat yang ditetapkan...
Cara Mohon Bantuan Tambang Ipt Terengganu Dan Syarat Kelayakan Permohonan

Cara Mohon Bantuan Tambang Ipt Terengganu Dan Syarat Kelayakan Permohonan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 399 hits
Seperti sedia maklum Kerajaan Negeri Terengganu tawarkan bantuan tambang IPT Terengganu yang dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada golongan pelajar Melalui inisiatif yang diperkenalkan ini ia akan memudahkan urusan pergi dan b...
Malaysia Di Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027

Malaysia Di Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 462 hits
Skuad Harimau Malaya memastikan mereka berada di puncak Kumpulan D saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 susulan kekalahan Oman kepada Kyrgyzstan 1 0 Senarai 25 pemain pilihan Kim Pan Gon untuk perlawanan pertama dan kedua Kump...
Pesawat Terhempas Di Kapar Miliki Sijil Kelayakan Terbang Laporan Awal Siap Dalam 30 Hari

Pesawat Terhempas Di Kapar Miliki Sijil Kelayakan Terbang Laporan Awal Siap Dalam 30 Hari

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 259 hits
Sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda Kapar Selangor pada 13 Februari 2024 memiliki pensijilan kelayakan terbang yang sah di bawah European Union Aviation Safety Agency EA
Gempak Peguam Cabar Agong Tolak Darurat Muhyiddin Ketika Jadi Perdana

Gempak Peguam Cabar Agong Tolak Darurat Muhyiddin Ketika Jadi Perdana

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 316 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa kuasa Yang di Pertuan Agong dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah Hakim Datuk Wan Ahmad F...
You Can Still Face Action Wan Fayshal Tells Bersatu 6

You Can Still Face Action Wan Fayshal Tells Bersatu 6

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 185 hits
An amendment to Bersatu s constitution will make it easier to vacate the seats held by defectors says Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal PETALING JAYA Bersatu Youth chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has warned six rebel Bersatu MPs the...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Dah Lama Pendam Abby Abadi Dakwa Pernah Dipukul Norman Hakim Separuh Nyawa