Apa Kata Mb Johor Di Persidangan Umno Bahagian Kota Tinggi


Antara intipati ucapan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor di Persidangan UMNO Bahagian Kota Tinggi yang siadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Lok Heng Timur. Mesyuarat dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbqlqn Perdana Menteri.

1. Kami di Johor percaya bahawa jalan ke hadapan untuk UMNO dalam apa saja keadaan ialah dengan berfikir, bersikap dan bertindak dengan penuh kematangan, berlapang dada dan berhikmah

2. Kita memerlukan kematangan berpolitik yang luar biasa. Yang mencerahkan. Kita memerlukan kematangan berfikir dan bertindak yang memaparkan sosok sebenar kita sebagai parti paling berpengaruh dan paling berjaya dan mempunyai pemikiran termaju. Kematangan dan pemikiran yang sesuai dan selaras dengan kematangan demokrasi Malaysia. 
3. Maka kerana itu, dalam kita menghadapi pelbagai isu seperti isu 1MDB, FELDA, peningkatan kos sara hidup dan pelbagai lagi, pertimbangan kita harus jelas dan matang

4. Harus menjangkaui sentimen politik kepartian. Tidak emosional. Tidak dangkal dan tidak anti-akal

5. Pertimbangan kita haruslah tidak sesekali merosakkan sistem yang ada. Sama ada sistem dalam parti, sistem kerajaan dan amalan bernegara yang secara umumnya telah lama kita bina

6. Kerana kita mesti ingat, sesungguhnya kerja membina masih banyak dan masih jauh. 
7. Hari ini kita maklum. UMNO sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Yang lama dan yang baharu. Yang dijangka dan yang tidak dijangka. 
8. Dan bila UMNO Johor menganjurkan bahawa semua ujian dan cabaran ini mesti ditanggani dengan kematangan, apa maksud kami? Sebenarnya, kami menganjurkan bahawa kita mesti berlapang dada dan meraikan perbezaan pandangan

9. Kita mesti menghargai keupayaan untuk menangani segala masalah kita dan negara ini dengan mengumpul segala pemikiran terbaik. Bukan hanya oleh satu pihak. Bukan hanya dengan satu cara. Bukan hanya melalui satu jalan

10. Kita sebagai sebuah institusi siasah Melayu, mesti terbuka dengan pelbagai pemikiran, pelbagai idea dan pelbagai pendekatan. 
Agar kesimpulan dan penyelesaian yang kita pilih dan ambil akan menguntungkan bangsa, dan tidak merugikan sesiapa

11. Sebab bagi UMNO Johor, kami sentiasa yakin bahawa pemimpin yang baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat. Yang tidak mendirikan pagar feudal dan heirarki dalam lapangan idea dan pemikiran

12. Sebaliknya, pemimpin yang menyediakan segala landasan yang luwes, bebas dan terbuka

13. Saya percaya, perkara ini lebih menggambarkan secara benar dan jujur budaya UMNO. Budaya keterbukaan dan kesediaan meraikan perbezaan

14. Lebih-lebih lagi, kalau kita imbas sejarah. Asas UMNO itu adalah memperjuangkan kebebasan bangsa dan kemerdekaan negara. Dan kita percaya kebebasan dan kemerdekaan itu turut mencakupi keupayaan untuk menjadi bangsa merdeka yang tidak anti akal, tidak anti kebebasan bersuara

15. Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu bukan budaya UMNO. Menganggung-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya UMNO

16. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita merdeka. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin Malaysia mampu keluar daripada pelbagai krisis tanpa perlu mengikut telunjuk orang luar. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita bisa terus maju dengan cara kita sendiri

17. Ahli UMNO mesti membebaskan diri daripada sogokan pandangan yang menjadikan kita budak-budak. Yang diajar untuk hanya menerima dan tidak mempersoalkan salah betulnya sesuatu perkara

18. Pada saya, sogokan dan paksaan menerima pandangan dan maklumat secara bulat-bulat ini adalah satu bentuk diktator minda dan tirani dalam amalan berfikir. 
19. Ia tidak akan menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan

20. Perubahan politik yang progresif dan kematangan demokrasi tidak boleh muncul jika UMNO tidak mempunyai ciri, amalan dan budaya ini

21. Yakni, ciri, budaya dan amalan membuka seluasnya ruang untuk pencerahan, ruang untuk menghargai pandangan berbeza, ruang untuk belajar dari yang terbaik. Ruang untuk bersedia menegur dan ditegur

22. Hanya jika UMNO bersedia untuk melakukan anjakan begini, maka UMNO melalui apa yang saya panggil ‘Dekad Pencerahan’. 
23. Dekad yang bukan sekadar memberikan dinamisme baharu kepada UMNO. Tetapi yang lebih penting membina kembali wibawa UMNO sebagai parti politik yang progresif dan mendukung pemikiran Islam berkemajuan. 
24. Saya hanya ada satu alasan bagi segala perkara yang saya ucapkan hari ini. Tentang mengapa kita harus menjadi parti yang bukan tajam lidahnya, tapi akalnya. Yang bukan panjang tangannya, tapi akalnya. Yang bukan padu dan lantang soraknya, tetapi hujahnya

25. Kerana saya percaya, kekuatan bangsa dan negara kita bukan pada hasil mahsul negara. Lama-kelamaan semua itu akan habis. Bukan pada menara berkembar yang tinggi atau jambatan yang terpanjang. Itu semua hanyalah mercu zahiriah

26. Tapi kekuatan sebenar parti dan bangsa kita adalah pada akal budi dan pemikiran kita, selaku bangsa yang merdeka. Yang merdeka pada zahirnya, pada jiwanya, pada akalnya

27. Dan UMNO inilah, medan terbaik kita mencapai semua itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dtenggara.blogspot.com/2015/08/apa-kata-mb-johor-di-persidangan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hormat Kehendak Akar Umbi Beberapa Bahagian Umno Melaka Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

Hormat Kehendak Akar Umbi Beberapa Bahagian Umno Melaka Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 319 hits
freemalaysiatoday com November 1 2021 7 19 PMKetua Umno Bahagian Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad mengumumkan beberapa Bahagian Umno di Melaka menolak sebarang kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Me...
Anak Yang Kita Kata Degil Boleh Jadi Dewasa Kelak Bermotivasi Tinggi Gigih Elak Melabel Anak

Anak Yang Kita Kata Degil Boleh Jadi Dewasa Kelak Bermotivasi Tinggi Gigih Elak Melabel Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 318 hits
Geram betul dengan anak yang suka buat hal tak nak dengar kata Cepat je kita labelkan anak itu degil di hadapan orang ramai Namun boleh jadi anak yang tak dengar kata anak yang degil itu sebenarnya anak hebat suatu hari nanti Boleh jadi ana...
Prn Melaka Diadakan Bukan Salah Umno Jadi Undilah Bn Kata Sulaiman

Prn Melaka Diadakan Bukan Salah Umno Jadi Undilah Bn Kata Sulaiman

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 221 hits
agendaily com16 11 2021Datuk Seri Idris Haron menuduh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengikut telunjuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka sementara Datuk Seri Sulaiman Md Ali tida...
Periok Umno Kata Belanga Bersatu Hitam

Periok Umno Kata Belanga Bersatu Hitam

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 183 hits
Namun seperti yang saya tegaskan juga sebagai sebuah parti politik kita harus membuat persiapan di peringkat akar umbi khususnya pembahagian kerusi penentuan calon dan jentera pilihan raya Perkara ini perlu diperkemaskan seberapa segera yan...
Ke Mana Akhirnya Ketetapan Pau2020 Apakah Kata Nafsu Pemimpin Lebih Tinggi Daripada Suara Akar Umbi

Ke Mana Akhirnya Ketetapan Pau2020 Apakah Kata Nafsu Pemimpin Lebih Tinggi Daripada Suara Akar Umbi

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 241 hits
Perkara terbesar yang menjadi pertaruhan malah mungkin dijadikan korban berikutan keputusan mesyuarat MT UMNO memberi mandat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk berunding dengan parti parti dalam kerajaan bagi mengelakkan perta...
Ucapan Ds Khaled Nordin Di Konvensyen Umno Johor 2016

Ucapan Ds Khaled Nordin Di Konvensyen Umno Johor 2016

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 161 hits
TEKS UCAPANYAB PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR SEMPENA PERASMIAN KONVENSYEN UMNO JOHOR 2016KHAMIS 10 NOVEMBER 2016HOLIDAY VILLA HOTEL JOHOR BHARUAssalamualaikum dan Salam Muafakat JohorTuan tuan dan Puan puanPertamanya saya berasa a...
Pas Sebenarnya Yang Ekstrem Kata Naib Presiden Umno

Pas Sebenarnya Yang Ekstrem Kata Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 276 hits
FAZLI RADZIWalaupun sekarang Pas berkicau seolah olah ia lebih sederhana dari yang sederhana tetapi rekod dan prestasi Pas jelas menunjukkan bahawa ia bukan parti sederhana tegas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menurutny...
Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 143 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Isla...
Persidangan Tahunan Umno Cawangan Lorong Masjid

Persidangan Tahunan Umno Cawangan Lorong Masjid

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
UMNO Cawangan Lorong Masjid DUN Tanjung Mas BahagianKota Bharu berjaya melaksnan Persidangan Tahunan 2021 sepertimana dikehendaki Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 10 November 2021 Persidangan diadakan mengikut SOP pencegahan Covid 19 yan...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi