Apa Jadi Jika Ydpa Tak Perkenan Cadangan Darurat Isham


Manzaidi Mohd Amin Isham Jalil. KUALA LUMPUR – Langkah yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membincangkan dahulu dengan Majlis Raja-Raja mengenai cadangan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindakan bijak dan tertib.
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, padanya terdapat beberapa sebab mengapa YDPA memilih untuk memperhalusi sedalamnya cadangan itu dan tidak sewenangnya memperkenannya.
Pertama, katanya, jika terdapat cara atau pilihan lain yang boleh dilakukan dahulu sebelum langkah pengisytiharan darurat dibuat, memandangkan ia sepatutnya menjadi pilihan terakhir.
“Contohnya, jika terdapat peruntukan undang-undang lain yang boleh digunapakai atau dikuatkuasa dengan lebih ketat untuk menangani dan mengekang ancaman wabak Covid-19 ini.
“Seperti Akta 342, Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang digunapakai kini membolehkan sesuatu kawasan jangkitan penyakit yang spesifik dikuarantin dan disita tanpa pengisytiharan darurat secara menyeluruh di seluruh negara.
“Mungkin tidak masuk akal jika kawasan yang bebas Covid-19 di negeri yang tidak kritikal pun terpaksa melalui perintah darurat kerana peningkatan kes itu di suatu daerah wabak di negeri lain yang kritikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Isham, jika negeri itu berjauhan dan perintah larangan merentas sempadan negeri boleh dikenakan semula tanpa darurat.
Oleh itu, katanya, pertimbangan perlu dibuat sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada dan kuasa yang tertakluk dalam Akta 342 atau akta lain adalah memadai untuk dikuatkuasa dengan lebih bersasar dan berkesan untuk menangani kenaikan jangkitan wabak Covid-19 baru-baru ini, sebelum darurat secara pukul rata di seluruh negara diisytihar.
“Kedua, ialah untuk mengelakkan peruntukan darurat dalam Perlembagaan disalahguna untuk kepentingan politik dan dalam sejarah dunia darurat akibat politik ini pernah berlaku, namun tidak sepatutnya.
“Sekiranya YDPA tidak memperkenankan cadangan darurat Perdana Menteri, maka Perlembagaan dan Parlimen tidak akan digantung serta sidang Parlimen yang dijadualkan pada awal November ini akan diteruskan.
“Walaupun terdapat permohonan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dalam sidang Parlimen ini, usul ini besar kemungkinan tidak akan dibentang atau diundi kerana prosedur Parlimen yang membolehkan usul-usul yang bukan melibatkan urusan kerajaan (seperti usul undi tidak percaya) diletak di keutamaan terkebelakang. Oleh itu, tidak akan sempat dibentang,” ujar beliau.
Namun, kata beliau, pada sidang Parlimen bulan itu akan ada pembentangan perbelanjaan kerajaan untuk Bajet 2021 yang memerlukan undian Ahli-ahli Parlimen untuk diluluskan.
“Sekiranya kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti dalam dewan untuk usul Bajet ini, maka ia jelas menunjukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti.
“Apabila ini berlaku, Muhyiddin tidak ada pilihan lain, selain meletakkan jawatan atau menasihati YDPA untuk membubarkan Parlimen.
“Dengan pembubaran Parlimen, YDPA boleh melantik Perdana Menteri sementara yang lain, selain Muhyiddin,” kata Isham.
Baginda juga, katanya, boleh melantik kembali Muhyiddin jika diperkenankan.
Beliau turut menjelaskan, jika wabak Covid-19 belum reda, tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihanraya selepas pembubaran Parlimen seperti termaktub dalam Perlembagaan boleh dilanjutkan dengan pengisytiharan darurat.
Dalam tempoh darurat ini kuasa adalah di tangan Perdana Menteri sementara yang baru itu, yang memegang kuasa diwakili secara statut atau prerogatif dari YDPA ketika tempoh darurat sehingga pilihanraya diadakan. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/apa-jadi-jika-ydpa-tak-perkenan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Politik Agong Belum Perkenan Suruh Pm Balik Dulu

Darurat Politik Agong Belum Perkenan Suruh Pm Balik Dulu

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 414 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah ShahYang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi terma...
Amanah Johor Tolak Cadangan Darurat

Amanah Johor Tolak Cadangan Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 192 hits
AMANAH JOHOR TOLAK CADANGAN DARURAT JOHOR BAHRU Parti Amanah Negara Johor menolak inisiatif kerajaan Perikatan Nasional yang mencadangkan darurat dilaksanakan di negara ini Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata cadangan itu tidak...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 475 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka Menyokong Cadangan Darurat Kepada Dymm Yang Di Pertuan Agong

Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka Menyokong Cadangan Darurat Kepada Dymm Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 314 hits
Proklamasi darurat adalah satu cara yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menghadapi ancaman Covid 19 kestabilan ekonomi dan kemelut politik Langkah ini adalah perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan nbsp UMMAH Melaka berpend...
Selepas Agong Tak Perkenan Darurat Rumah Muhyiddin Jadi Tumpuan

Selepas Agong Tak Perkenan Darurat Rumah Muhyiddin Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 315 hits
Rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara menjadi tumpuan beberapa pengunjung malam ini Perkembangan ini hadir beberapa jam setelah Muhyiddin gagal mendapatkan perkenan Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah...
Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Anggota Kabinet berhimpun di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ahad malam selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat Lebih 10 kenderaan dilihat memasuki kediaman peribadi ...
Proklamasi Darurat Wajibkah Ydpa Mengikut Nasihat Pm

Proklamasi Darurat Wajibkah Ydpa Mengikut Nasihat Pm

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 257 hits
PADA 23 10 2020 selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas ke Kuantan untuk menyembahkan keputusan mesyuarat itu kepada DYMM SPB Yang di Pertuan Agong Pada 24 10 2020 Istana Negara
Muhyiddin Bukan Semestinya Pm Semasa Darurat

Muhyiddin Bukan Semestinya Pm Semasa Darurat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 328 hits
Ku Li dipanggil menghadap oleh Yang Dipertuan Agong Azmin mencadangkan darurat dalam Kabinet Selepas Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersembahkan agar darurat diistiharkan di negara ini kini Tuanku Yang Dipertuan Agong a...
Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Just Pets Megastore Ioi Mall Damansara

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


1st Khamis On Batik

Family Camping Journey Owl Eagle Drening Campsite Separuh Wild Camping Campers Tegar Kena Datang Sekali

Tanda Tanda Korang Dah Gemuk Jangan Tertipu Lagi

Hassan Karim Hantaran Fb Najib Hina Mahkamah

Mohon Bantuan Kesan Nurkhairah Hawabillah

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian