Amanah Johor Tolak Cadangan Darurat


AMANAH JOHOR TOLAK CADANGAN DARURAT
JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menolak inisiatif kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mencadangkan darurat dilaksanakan di negara ini.
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, cadangan itu tidak wajar kerana berkemungkinan besar menjejaskan keyakinan pelabur asing dan memberi kesan kepada ekonomi.
Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Yaani itu berkata, cadangan berkenaan boleh menyebabkan rakyat bertambah terbeban dengan kesannya sedangkan pelbagai langkah lain boleh dilakukan untuk mengawal COVID-19 serta tidak kesan terhadap ekonomi.
“Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 mempunyai peruntukan mencukupi bagi menyediakan langkah pencegahan penyebaran Covid-19 termasuk kuasa untuk membuat peraturan, kawalan pergerakan orang ramai dan menggerakkan pasukan bersenjata.
Langkah berkenaan sudah dilaksanakan semasa gelombang pertama dan terbukti berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam Perdana Menteri dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang yang dikaitkan dengan perbincangan Putrajaya untuk mengisytiharkan darurat.
Beliau berkata, tiada sebarang pelanggaran undang-undang dilakukan rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti demontrasi jalanan atau huru hara yang memerlukan darurat dilaksanakan.
Justeru, Amanah menolak cadangan itu sekeras-kerasnya kerana apa yang dicadangkan lebih kepada cubaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan kedudukannya.
Aminolhuda berkata, Muhyiddin tidak harus mengheret negara dan rakyat ke dalam kancah darurat hanya kerana ‘survival‘ politiknya.
Cadangan itu dilihat mementingkan diri dan percaya rakyat juga akan menolaknya kerana kesannya amat besar terutama dalam kehidupan harian.
“Tiada alasan kukuh untuk melakukan darurat di negara ini. Sekiranya berkenaan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan dan beliau bimbang belanjawan itu tidak diluluskan, itu bermakna beliau sendiri yakin yang dirinya telah hilang majoriti.
“Cara yang terbaik adalah beliau melepaskan jawatan dan bukan mengheret negara dan rakyat yang semakin tertekan daripada terjerumus dalam kancah darurat di negara yang aman ini,” katanya.
Menurutnya, Muhyiddin tidak sewajarnya menjadikan wabak itu sebagai satu alasan dan maklum balas rakyat berhubung cadangan tersebut dapat dilihat dalam media sosial.
“Semalam terus tular slogan ‘Muhyiddin Out’ di ‘twitter’ dan beberapa media sosial yang lain. Itu menandakan rakyat sedar kesannya terhadap ekonomi, sosial dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan kehidupan mereka,” katanya. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/10/amanah-johor-tolak-cadangan-darurat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Anggota Kabinet berhimpun di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ahad malam selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat Lebih 10 kenderaan dilihat memasuki kediaman peribadi ...
Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

Penolakan Agong Pada Cadangan Darurat Tamparan Buat Muhyiddin Kata Pkr Dap Amanah Dan Sebahagian Umno

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 503 hits
Beberapa anggota parlimen pembangkang menyokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak menerima permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat Tindakan itu turut mendapat ...
Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 347 hits
Jangan terlalu banyak menipu istana Sejak dari awal ambil kuasa melalui pengkhianatan jumlah yang dibawa kononnya menyokong dia jadi PM tebuk atap itu pun dipertikai Kali ini bila ternyata sokongan sudah semakin merundum rakyat menjerit min...
Umno Tolak Syor Rais Cadang Semula Darurat Kepada Agong

Umno Tolak Syor Rais Cadang Semula Darurat Kepada Agong

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 246 hits
Umno menolak syor Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim supaya kerajaan mencadangkan sekali lagi kepada Yang di Pertuan Agong untuk melaksanakan darurat Seorang anggota majlis tertinggi Umno yang enggan namanya disiarkan berkata usaha menda...
Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

Tolak Darurat Tolak Muhyiddin Tolak Azmin Amk Gombak

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 272 hits
Angkatan Muda Keadilan Gombak menempelak tindakan kerajaan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco utamanya Azmin Ali yang mempergunakan darurat untuk terus kekal berkuasa Ketua AMK Gombak Arie Yudisti...
Kalau Tun Pm Agong Tolak Darurat

Kalau Tun Pm Agong Tolak Darurat

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 380 hits
Ada yang tanya apa Tindakan jika PM nya Tun mohon isytihar darurat tetapi ditolak Agong Ada yang bertanya macam tu Soalan pun tak cukup akal Jawapan aku Tun bukan akal pendek untuk cadang darurat kepada agong kerana ada 1001 langkah lain ya...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 352 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Polis Johor Tak Tolak Kemungkinan Wujud Rangkaian Seludup Pendatang

Polis Johor Tak Tolak Kemungkinan Wujud Rangkaian Seludup Pendatang

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 252 hits
JOHOR BAHRU 9 Rabiulawal 1442H Isnin Polis Johor tidak menolak kemungkinan wujudnya rangkaian penyeludupan pendatang tanpa izin yang baharu berikutan masih terdapat cubaan untuk membolosi perairan negeri ini Ketua Polis Johor Datuk Ayob Kha...
Miliki Pusat Latihan Boling Sendiri Mtbc Tolak Cadangan Tersebut

Miliki Pusat Latihan Boling Sendiri Mtbc Tolak Cadangan Tersebut

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 243 hits
Ketika Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atlet skuad boling negara juga terkesan Ini kerana skuad boling tidak dibenarkan untuk meneruskan latihan mereka di Sunway Mega Lane yang merupakan venue latihan mereka Dan ini bukanlah ka...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming