Muhyiddin Bukan Semestinya Pm Semasa Darurat


Oleh BORHAN AHMADOctober 24, 2020
Ku Li dipanggil menghadap oleh Yang Dipertuan Agong, Azmin mencadangkan darurat dalam Kabinet.

Selepas Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersembahkan agar darurat diistiharkan di negara ini, kini Tuanku Yang Dipertuan Agong akan membincangkan dengan Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan

Bagi banyak pihak, Tuanku tidak terikat sekarang samada mahu melantik Muhyiddin atau tidak sebagai ketua pentadbir negara semasa tempoh darurat kerana baginda akan mementingkan negara bukan lagi individu
DR ZULQARNAIN LUKMAN
“Tuanku tidak semestinya melantik Muhyiddin sebagi ketua pentadbir. Baginda boleh melantik orang lain untuk menjadi perdana menteri semasa tempoh darurat ini,” kata Dr Zulqarnain Lukman, peguam yang mengetuai Biro Undang-undang AMANAH atau Kanun

Bagi Zulqarnain juga, semua orang sedar sekarang kegagalan Muhyiddin untuk membuat perundingan dengan pembangkang untuk mempastikan majoriti MP menyokong beliau

“Beliau gagal berkongsi kuasa. Dia mau bolot saja. Hasilnya semua marah termasuk Umno. Pas saja yang tak marah,” kata bekas pemimpin pemuda Pas itu

Media melaporkan, Yang Dipertuan Agong akan merujuk permohonan Kabinet Muhyiddin untuk mengistiharkan darurat selepas Baginda dipersembahkan mengenainya di Istana Pahang

Bagi orang kanan Datuk Seri Najib, tidak sesuai Baginda melantik Muhyiddin kerana sudah diketahui beliau tidak mempunyai sokongan majoriti atau ditolak anggota Dewan Rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya lalu

LOKMAN NOOR ADAM

Datuk Lokman Noor Adam dalam facebok beliau berkata, permohonan Muhyiddin dan Kabinetnya untuk diadakan darurat sudah diketahui kerana beliau tidak mahu belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan nanti ditolak

“Jadi jelas, Muhyiddin tahu dia tidak ada sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat,” kata beliau menerusi facebooknya

CALON-CALON PM SELAIN MUHYIDDIN
Bagi Dr Zulqarnain, jika bukan Muhyiddin, ada dua calon yang mungkin akan menjadi perhatian untuk dilantik sebagai ketua pentadbir negara ketika berada dalam tempoh darurat ini

“Pertama Azmin Ali. Saya rasa Azmin membaca sejarah ketika beliau mengusulkan dalam mesyuarat Kabinet agar negara dikenakan perintah darurat

“Ketika Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri dahulu mencadangkan darurat, Tun Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri dipilih sebagai ketua pentadbir negara semasa darurat bukan Tunku,” kata Zulqarnain yang mempunyai PhD dalam undang-undang

Jadi, katanya, beliau tidak terkejut Azmin merancang untuk memungkinkan beliau dilantik menjadi PM semasa kerajaan darurat

“Kalau di Selangor dia boleh buat, dia juga boleh buat di sini kerana beliau dianggap penjaga pintu istana,” katanya

Nama kedua yang mungkin menjadi pilihan Tuanku adalah Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang dipanggil Tuanku untuk menghadap Baginda selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap pada 13 Oktober lepas

“Saya rasa Tuanku akan mempertimbangkan Tengku Razaleigh. Pertama kerana beliau bukan tokoh dominan dalam Umno, kedua umurnya sudah 84 dan yang ketiga dia ada darah raja

“Dengan ciri-ciri ini, Ku Li akan bertindak bukan untuk kepentingan dirinya secara peribadi sebagaimana Muhyiddin yang akan dikatakan cuba untuk menjaga kepentingan dirinya

“Dengan umur 84 tahun, Ku Li bukan mentadbir atas cita-cita politiknya. Dia juga bukan berwatak suka berperang,” kata Zulqarnain

APA MAKNA DARURAT
Dalam masa yang sama, Zulqarnain menjelaskan makna darurat kepada rakyat negara ini

“Darurat bermakna pemusatan kuasa kepada pihak yang dilantik. Keputusan mereka tidak boleh dipertikai oleh mahkamah, orang politik juga tidak boleh bertindak melalui parlimen kerana parlimen digantung

“Jika didapati mana-mana pihak cuba mengganggu gugat kuasa mereka, undang-undang baru boleh dibuat tanpa perlu ke parlimen. Ia termasuklah menyekat suara-suara itu dengan menyekat media sosial misalnya, jika ia didapati mengganggu

“Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam mana-mana peraturan yang dibuat melalui perintah darurat,” kata beliau

Antara mangsa utama darurat dalam sejarah adalah tokoh wartawan Said Zahari yang ditahan bertahun-tahun di bawah perintah darurat

MANGSA UTAMA DARURAT
Kesan utama kepada darurat adalah ekonomi, kata Zulqarnain lagi

Ini kerana pelabur takut untuk melabur kerana ketidaktentuan kepada pelaburan mereka

“Jika kerajaan yang dilantik mendapati wang negara tidak cukup misalnya, GST boleh dikenakan balik tanpa perlu di bawa ke Parlimen. Ia boleh dilakukan semasa perintah darurat,” kata beliau
malaysiadateline.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/muhyiddin-bukan-semestinya-pm-semasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Muhyiddin Tersalah Baca Dengan Idea Darurat

Apakah Muhyiddin Tersalah Baca Dengan Idea Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 333 hits
Sejak Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengadap Yang di Pertuan Agong pada 23 Oktober 2020 pelbagai cendekiawan penganalisa politik wartawan pakar perundangan dan lain lain mengulas sama ada perdana menteri mempunyai kuasa untuk me...
Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Khas Kerajaan Darurat Dipertimbang Lapor Media

Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Khas Kerajaan Darurat Dipertimbang Lapor Media

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 284 hits
MALAYSIA DATELINEPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu isu semasa ketika portal berita pro Azmin Ali berkata isu kerajaan dar...
Muhyiddin Yang Darurat Bukannya Negara

Muhyiddin Yang Darurat Bukannya Negara

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 168 hits
October 23 2020 Presiden AMANAH Mohamad menyifatkan langkah darurat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan disebabkan COVID 19 sebaliknya Muhyiddin sendiri yang darurat Bagi saya yang benar benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin...
Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 249 hits
PETALING JAYA Para menteri semalam menasihatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jangan meletakkan jawatan beberapa jam selepas Istana Negara menolak cadangan mengisytiharkan darurat daripada Putrajaya kata beberapa sumber Presiden PPBM itu...
Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

Menteri Himpun Di Rumah Muhyiddin Selepas Agong Tolak Cadangan Darurat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Anggota Kabinet berhimpun di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ahad malam selepas Yang di Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat Lebih 10 kenderaan dilihat memasuki kediaman peribadi ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan

Quick To Act Against Citizens Slow To Act Against Politicians