Apa Itu Wasiat Wajibah Dan Cara Buat Tuntutan


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-83, pada 18-24 Oktober 2008 di Kelantan telah membincangkan hukum Perlaksanaan wasiat wajibah. 
Maksud Wasiat WajibahWasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu yang yatim yang di dinding oleh individu tertentu. 
Hukum Pelaksanaan Wasiat WajibahMuzakarah telah memutuskan bahawa, melaksanakan wasiat wajibah adalah harus dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya atau bapa dan ibunya mati secara serentak bersama-sama datuk atau neneknya maka anak tersebut layak untuk menerima wasiat wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau neneknya. 



Sekiranya bahagian ibu atau bapa ialah 1/3 atau kurang daripada 1/3 maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut.

Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 setelah mana mengikut syarat-syarat seperti berikut: 


1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.
2. Hendaklah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek, atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.
3. Cucu lelaki atau perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardhu atau ta'sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah. 
4. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa, atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuk. 
5. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan sekiranya mereka masih hidup, maka cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan, maka hendaklah disempurnakan bahagiantersebut.
6. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain. 
7. Pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariah dan hutang piutang.
8. Pembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.


Keterangan Lanjut Pelaksanaan Wasiat Wajibah1.      Majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa hukum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3.
2.      Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Menurut Ibn Hazm, penurunan ayat pusaka yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan peruntukan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Dalam hal ini Ibn Hazm menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas kematian seseorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut menurut kadar yang berpatutan tanpa menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan.
3.      Wasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta bagaimana pelaksanaannya kerana Wasiat Wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadap datuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anak-anak (cucu) yang masih hidup.
4.      Dalam system pembahagian pusaka Islam, cucu tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu saudara. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama sekali sekiranya mereka masih kecil. Lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan kehidupan.
5.      Dalam melaksanakan Wasiat Wajibah, harus mengambil pandangan Ibn Hazm az-Zahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi yatim piatu.


Konsep Wasiat Wajibah

Di Malaysia, perkara berkaitan wasiat wajibah merupakan suatu yang kurang diketahui oleh sebahagian besar masyarakat. Hal ini kerana, kebiasaannya cucu-cucu yang kematian ibu bapanya sebelum kematian datuk atau neneknya adalah terhalang daripada menerima harta pusaka oleh kerana datuk atau nenek masih mempunyai anak lelaki lain yang masih hidup ketika kematiannya.
Setakat ini, hanya empat (4) negeri sahaja yang memperuntukkan secara khusus berhubung dengan wasiat wajibah di dalam enakmen masing-masing iaitu;

Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Kelantan) 2009


Di mana Permohonan Wasiat Wajibah boleh dibuat?

Permohonan wasiat wajibah adalah melalui Mahkamah Tinggi Syariah Negeri masing-masing.


Sumber Rujukan1. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/12521
2. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30319?language=my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/07/wasiat-wajibah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Kreatif Membuat Bubur Tim Bayi Yang Variatif

5 Cara Kreatif Membuat Bubur Tim Bayi Yang Variatif

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 187 hits
Masa MPASI merupakan fase penting dalam perkembangan bayi Salah satu makanan yang umum diperkenalkan pada tahap ini adalah bubur tim Bubur tim bayi adalah makanan yang telah dihaluskan dan dimasak dengan campuran berbagai bahan makanan untu...
Hari Ke 5 Pkpd Seremban Cara Aku Bantu Full Time Vlogger Dan Youtuber

Hari Ke 5 Pkpd Seremban Cara Aku Bantu Full Time Vlogger Dan Youtuber

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 124 hits
Buat kelas online dari rumah sepanjang PKPD kali ni betul betul mencabar Dari pagi membawa ke tengah malam menghadap telefon dan komputer Kerjanya 4 5 jam je layan youtube tu yang lebih Banyak benda aku belajar sendiri dari youtube Untuk me...
Outlet Wyeth Loyalty Program Cara Mudah Menabung Untuk Membeli Susu Bayi

Outlet Wyeth Loyalty Program Cara Mudah Menabung Untuk Membeli Susu Bayi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 171 hits
Ketika memasuki masa kehamilan orang tua biasanya sudah memikirkan segala sesuatunya untuk si calon bayi Tak hanya peralatan bayi seperti stroller dan perlengkapan mandi kesiapan finansial pun turut dipersiapkan Salah satunya adalah mempers...
Cara Mudah Cek Harga Dancow Fortigro 800gr Online

Cara Mudah Cek Harga Dancow Fortigro 800gr Online

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 320 hits
Susu formula menjadi salah satu kebutuhan utama bagi bayi dan balita dalam tahap pertumbuhan dan perkembangan mereka Namun dengan begitu banyaknya merek susu formula yang tersedia di pasaran mencari dan membandingkan harga dapat menjadi tug...
Cara Tukar Kad Maybank Secara Online Kad Dipos Ke Rumah

Cara Tukar Kad Maybank Secara Online Kad Dipos Ke Rumah

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 263 hits
Salam semua sejak sis jadi pengguna ini kali pertama nak tukar kad Maybank secara online Sebelum ni pergi tukar kat bank Punya la ramai orang bersesak kat bank Nasib baik ada tulis kat blog masa tu tahun 2016 Mula mula terfikir nak pergi ba...
Tips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit Tangan

Tips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit Tangan

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 373 hits
Tips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit TanganTips Cara Hilangkan Kurangkan Gatal Psoriasis Kulit Tangan Tergaru garu kulit tangan sampai berdarah Bila tengok keadaan psoriasis husband macam tu bermula la episod ajak dia sama sa...
Geran Agropreneur Muda Jenis Bantuan Syarat Syarat Cara Memohon

Geran Agropreneur Muda Jenis Bantuan Syarat Syarat Cara Memohon

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 369 hits
Geran Agropreneur Muda Jenis Bantuan Syarat Syarat Cara Memohon Sukacita diberitahu bahawa peluang Program Geran Agropreneur Muda sedang dibuka untuk golongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahun Program ini adalah sebahagian daripada pel...
Cara Foto Dengan Keterangan Lokasi Dan Titik Koordinat

Cara Foto Dengan Keterangan Lokasi Dan Titik Koordinat

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 156 hits
Blog Orang IT Apakah Anda pernah mendengar istilah geotagging camera atau kamera GPS Ya aplikasi satu ini tengah booming beberapa tahun belakangan ini Alasannya karena geotagging kamera menjadi cara termudah untuk foto dengan keterangan lok...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos