Hari Ke 5 Pkpd Seremban Cara Aku Bantu Full Time Vlogger Dan Youtuber
Buat kelas online dari rumah sepanjang PKPD kali ni betul-betul mencabar. Dari pagi membawa ke tengah malam menghadap telefon dan komputer. Kerjanya 4-5 jam je, layan youtube tu yang lebih.
Banyak benda aku belajar sendiri dari youtube. Untuk memudahkan aku mengajar dan memenuhi tuntutan tugasan harian semasa WFH. Kalau nak dikira, mungkin sudah beratus tutorial aku hadam untuk mencari satu-satu penyelesaian.
Selain dari youtube, aku suka juga joint webinar yang dianjurkan oleh badan-badan profesional. Universiti pun banyak menganjurkan webinar percuma untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Jadi aku tak lepaskan peluang untuk ikuti program-program tersebut. Off course bos aku telah dimaklumkan sebelum aku joint.
Ramai youtuber dan vlogger full time yang mula aku ikuti. Channel mereka yang memberi manafaat aku subscribe. Kadang-kadang tertunggu content terbaru mereka setiap hari. Aku faham, mereka struggle mencari sesuap nasi.
Aku kagum dengan mereka. Tak jemu mereka buat content, demi memandaikan bangsa. Aku ikuti sorang Cikgu dari Maryland, US. Dia banyak buat video tutorial yang banyak membantu manusia dalam pengajaran online. Kalaulah semua ilmu dia tu berbayar, mungkin aku tak mampu nak bayar.
Ini adalah cara aku menghargai usaha vlogger dan youtuber yang memberi nilai tambah kepada ilmu aku.
Masa bukak youtube channel, aku takkan skip iklan yang keluar melainkan iklan benda haram. Aku harap dengan cara tu, dapat la bantu vlogger dan youtuber tu untuk survive di musim gawat. Kalau iklan tu agak menarik dan kena dengan jiwa aku, memang aku akan klik. Sekurang-kurangnya dapat la menyumbang 3-4 dollar kepada mereka.
Sesetengah orang tak suka tengok iklan. Aku pun dulu sama. Tapi bila memikirkan apa sumbangan aku kepada youtuber dan vlogger tu, aku rasa meluangkan masa 30 saat hingga seminit lebih tengok iklan tu tak jadi hal. Boleh la kan dari tak menyumbang langsung. Harap-harap ilmu yang aku dapat dari perkongsian mereka tu berkat la.
Oh ya. Sepanjang aku tengok video di youtube, aku perasan satu perkara. Rupanya headline youtube ni main peranan jugak supaya kita klik dan bukak video tu. Mungkin betul la apa yang youtuber ni share dalam ebook dia.
Okey, ni je la kisah aku nak cerita di hari ke 5 PKPD daerah Seremban. Kes hari ni lebih 11k. Kita masuk tajuk baru pulak. Kira 5 angka. Jaga diri, ikut SOP.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikguhairul.com/dari-hati/hari-ke-5-pkpd-seremban-cara-aku-bantu-full-time-vlogger-dan-youtuber/