Jom Kenali Vaksin Pfizer Untuk Covid 19


Alhamdulillah, benda yang kita nanti-nantikan sudahpun tiba di Malaysia. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah pun dilancarkan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun menerima suntikan vaksin Covid-19 pada beberapa hari yang lalu. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini adalah inisiatif pihak kerajaan untuk memberi vaksin Covid-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertemakan "Lindung Diri Lindung Semua" itu dilaksanakan dalam tiga fasa bermula hari ini dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan (frontliners) melibatkan 500,000 orang semuanya

Pendekatan kerajaan melalui program imunisasi ini adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 nanti. 
Malaysia menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech melibatkan 312,390 dos pada Ahad melalui pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Johor dan Pulau Pinang. Apa itu Vaksin Covid-19 Pfizer? VAKSIN Covid-19 Pfizer-BioNtech. FOTO EPA
Pasti ramai tertanya-tanya akan keberkesanan dan kesan-kesan yang bakal diterima oleh mereka yang menerima vaksin Pfizer ini kan? Jadi jom kita tengok apa itu Vaksin Pfizer ni

Pfizer merupakan sebuah firma farmseutikal gergasi Amerika Syarikat, manakala BioNTech ialah firma bioteknologi Jerman. Kedua-duanya telah bekerjasama untuk menghasilkan vaksin Covid-19 yang menggunakan mRNA (Asid ribonukleik pengutus)

Pada November tahun 2020 yang lalu, mereka telah mengumumkan hasil dari calon vaksin mereka mempunyai 95 peratus keberkesanan dalam ujian Fasa III dan kemudian memberi hasil kajian di dalam New England Journal of Medicine. Jadi, secara rasminya vaksin itu dikenali sebagai 'BNT162b21

Bagaimana vaksin Pfizer ini berfungsi?

Asas kepada vaksin Pfizer-BioNTech, ialah mRNA. Secara ringkasnya, kebanyakan vaksin memperkenalkan sejenis virus ke dalam sistem bagi menjana antibodi tetapi vaksin ini mengandungi arahan genetik yang membuatkan tubuh memulakan tindak balas imunisasi tanpa perlu penglibatan virus berkenaan

Berbanding sesetengah dakwaan yang berlegar di internet, vaksin mRNA tidak mengubah suai DNA manusia. Tubuh manusia juga memiliki mRNA sendiri untuk proses selular tertentu. Secara semulajadinya, mRNA ini bersifat sementara, dan ia akan musnah setelah digunakan. Dalam vaksin ini pun sama seperti itu juga

Bagaimana vaksin ini digunakan? 
Dengan menyuntik satu dos di lengan bahagian atas, diikuti dengan dos kedua 21 hari kemudian. Vaksin Pfizer-BioNTech perlu disuntik dua kali, dengan suntikan kedua pada hari ke-21 selepas suntikan pertama. 
Cara Mendaftar Vaksin Covid-19
Berikut merupakan langkah-langkah yang korang boleh buat untuk daftar vaksin Covid-19


Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update.
Kemudian, klik menu yang tertera Vaksinasi Covid-19. Klik menu yang tertera seperti gambar di atas ini.Isikan maklumat peribadi anda seperti nama penuh dan no kad pengenalan. Setelah selesai, klik sahkan. Anda akan ditanya jika maklumat anda betul. Klik OK.Klik seterusnya bagi mengetahui sama ada anda berada dalam kategori fasa 1 penerima vaksin atau tidak.Untuk makluman semua, fasa 1 vaksinasi adalah untuk barisan hadapan (frontliner)

Jadual mengikut fasa adalah seperti di bawah
Fasa 1 (februari – April 2021) : Frontliner bahagian kesihatan dan bahagian pertahananFasa 2 (April- Ogos 2021): Frontliner dan juga golongan berisiko 60 tahun ke atas.Fasa 3 (May 2021 – Februari 2022): Golongan selebihnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2021/02/jom-kenali-vaksin-pfizer-untuk-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Pasangan Muslim Pencipta Vaksin Pfizer

Kenali Pasangan Muslim Pencipta Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 471 hits
Sejak vaksin dah tiba secara rasmi di Malaysia ni macam macam teori dari doktor segera di media sosial serta di kedai kopi Rasa lucu mendengar teori dan fakta yang tak tepat dari mereka Vaksin yang dibawa ke Malaysia iaitu Pfizer telah menj...
Kenali Pencipta Vaksin Pfizer Biontech Pasangan Suami Isteri Muslim Dari Turki

Kenali Pencipta Vaksin Pfizer Biontech Pasangan Suami Isteri Muslim Dari Turki

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 347 hits
Kenali pencipta vaksin Pfizer BioNTech pasangan suami isteri Muslim dari Turki Rezeki tak pernah salah alamat Vaksin Pfizer BioNTech adalah antara yang mendapat permintaan paling tinggi di dunia mendahului vaksin vaksin yang dihasilkan oleh...
Apa Itu Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

Apa Itu Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 402 hits
Kumpulan slot pertama vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan MH604 pada jam 10 00 pagi bertarikh 21 Februari 2021 ianya dikendalikan oleh MABkargo Sdn Bhd Apa Itu Vaksin ...
Fakta Vaksin Biontech Pfizer Covid 19 Sebenarnya Di Hasilkan Syarikat Muslim

Fakta Vaksin Biontech Pfizer Covid 19 Sebenarnya Di Hasilkan Syarikat Muslim

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 298 hits
Mungkin ramai daripada kita yang masih ragu ragu dengan pembuatan dan seterusnya pengambilan suntikan vaksin COVID 19 berdasarkan kepada komen komen di media sosial apabila kebanyakannya mempersoalkan bahan dan tujuan pembuatan vaksin Namun...
Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera perjalanan vaksin kumpulan pertama vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan MH604 pada jam 10 00 pagi hari ini dikendalikan oleh MABkarg...
Inovasi Suami Isteri Mereka Pun Orang Islam Kenali Pencipta Vaksin Pfizer Biontech Berasal Dari Turki Ini

Inovasi Suami Isteri Mereka Pun Orang Islam Kenali Pencipta Vaksin Pfizer Biontech Berasal Dari Turki Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 327 hits
Di sebalik kisah vaksin yang mendapat perhatian di seluruh dunia ketika ini mungkin ramai yang tidak mengetahui ia dihasilkan syarikat milik suami isteri Dr Ugur Sahin 55 dan isterinya Dr Ozlem Turci Umum sedia maklum kumpulan pertama vaksi...
Kerajaan Guna Picagari Low Dead Volume Elak Pembaziran Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

Kerajaan Guna Picagari Low Dead Volume Elak Pembaziran Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 413 hits
Malaysia akan menerima vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech esok dan untuk itu sebanyak 12 juta picagari jenis low dead volume dijangka digunakan bagi suntikan vaksin tersebut pada fasa pertama Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Mengapa pengg...
Polis Ns Pastikan Vaksin Covid 19 Sampai Dengan Selamat

Polis Ns Pastikan Vaksin Covid 19 Sampai Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh NOR AINNA HAMZAH MOHAMAD MAT YUSOPSEREMBAN Polis Negeri Sembilan bersedia memastikan kelancaran perjalanan vaksin Covid 19 sampai ke negeri ini dengan selamat esok Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata pihaknya ak...
Vaksin Takut Hadap Parlimen Covid Pun Takut Juga

Vaksin Takut Hadap Parlimen Covid Pun Takut Juga

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 209 hits
MOHD SAYUTI OMARAerogram Malam Ramai orang persoal kenapa parlimen digantung persidangan Majlis Raja Raja Melayu juga tertunda sedangkan murid sekolah dan kanak kanak Tadika bebas untuk ke sekolah masing masing Sekali imbas terasa perbezaan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding