Apa Itu Tathaiyur
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang? Hai Pembaca semua... Bonde ada terbaca mengenai Tathaiyur ini di group whatsapp mengenai Tathaiyur telah banyak dikongsikan berkali-kali di group whatsapp dan Bonde terpanggil nak baca dan kongsikan disini.
Bonde rasa Tathaiyur ni menarik dan ianya sentiasa dan selalu berlaku di semasa perbualan hari-hari Bonde.
Sekarang ini, apa kata kita tukar perkara tersebut andai kita telah tahu ianya adalah salah. Yang sudah lepas tu kira tak tahu... anggapkan sebagai khilaf semalam dan tak akan berulang lagi sekarang.
Apa Itu Tathaiyur?
Sebahagian orang mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik.
Contoh-contoh Tathaiyur:
1. Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
2. Rama-rama masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
3. Ambil gambar tiga orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
(hakikatnya semua orang akan mati)… Dan ni antara yang selalu diperkatakan. Dilarang sama sekali untuk bergambar tiga orang.
4. Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
5. Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
6. Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
7. Diberak burung kononnya ada rezeki.
8. Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
9. Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
10. Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
11. Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
12. Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.
Kenapa dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Doa Berlindung Dari Perbuatan Syirik
Doa Berlindung Dari Perbuatan Syirik
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]
Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya suatu dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)
Jangan lupa kongsikan pada yang lain berkaitan "At-Tahaiyyur" ni... Moga kita sama-sama tidak melakukan perkara yang salah, InsyaAllah.
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bondezaidalifah.com/2023/03/apa-itu-tathaiyur.html