Apa Itu Anxiety Bagaimana Ia Terjadi Dan Cara Mengawalnya
Anda tahu kerisauan, kegelisahan atau anxiety adalah salah satu masalah kesihatan mental. Dan anda tahu gejalanya adalah pemikiran yang terganggu. Namun tahukah anda, kerisauan boleh menyebabkan gejala fizikal?
Gejala seperti sembelit, berdebar, nafas yng laju.
Kebanyakannya tidak ramai tahu mereka mempunyai masalah anxiety sehingga berjumpa dengan doktor. Mereka menganggap gejala ini semuanya disebabkan masalah perubatan yang lain seperti masalah jantung, usus, dll.
Kami share beberapa gejala kerisauan yang berbentuk dizahirkan dalam bentuk fizikal. Jika anda ada gejala-gejala ini, mungkin boleh rujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.
Tips Mencegah Serangan Kerisauan (Anxiety Attack)
Ramai yang mudah mengalami serangan keresahan. Tidak ramai tahu cara mengatasinya. Dibiarkan lama-lama mungkin akan menyebabkan anda menjadi stress dan kemurungan. Kami senaraikan beberapa tips untuk mencegah serangan kerisauan.
Jika semakin teruk, dapatkan bantuan dan berjumpa dengan doktor tau.
----
Maklumat lain:
ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK
Apa yang dimaksudkan oleh Anxiety Disorder dan Panic Attack? (Perbezaan Anxiey dan Panik Attack)
1. Anxiety Disorder adalah suatu keadaan di mana pesakit secara tetap mudah berasa sedih, takut, risau, tidak tenang dan pelbagai perasaan negatif lain sehingga mengganggu rutin seharian pesakit dan menjejaskan hubungan pesakit dengan keluarga, teman dan rakan sekerja.
2. Panic Attack adalah satu tempoh keadaan tanpa diketahui puncanya, berlaku dengan tiba-tiba berlangsung selama sepuluh minit hingga sejam, pesakit mengalami pelbagai perasaan hingga pesakit tidak mampu bernafas, berasa akan mati.
3. Tidak semua pesakit sedar mereka mengalami Anxiety Disorder. Mereka menyangka kerisauan, kesedihan, ketakutan mereka adalah benar (real).
Sumber: Facebook Public Health Malaysia, Twitter @health_malaysia dan FB Dr. Zubaidi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arnamee.blogspot.com/2023/03/apa-itu-anxiety-bagaimana-ia-terjadi.html