Apa Itu Pskpp Dan Mengapa Ia Jadi Isu Polemik Dikalangan Guru


Isu PSKPP selalu menjadi ‘masalah’ yang diungkit oleh segelintir guru di seluruh negara. Sesekali timbul pertikaian dalam kalangan guru di sekolah atau group FB / Whatapps mengenai 'perbelanjaan kewangan' dan juga 'kutipan yuran tahunan' yang disumbangkan ahli PSKPPK secara tradisi sejak berpuluh tahun.

Saudara Lukman Moidin telah mengambil langkah dengan membantu JPN dan PPD di seluruh Malaysia bagi menjelaskan secara ringkas berkaitan perkara yang sepatutnya dijelaskan oleh pegawai JPN atau PPD bagi membetulkan persepsi negatif yang sering dilemparkan kepada PSKPP.
Apa itu PSKPP ?

PSKPP ialah Persatuan (bukan Pesta) Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran. Di peringkat kebangsaaan (KPM) pula disebut ialah MSKPPM.

YDP PSKPP ialah Pengarah Pendidikan Negeri dan di peringkat kebangsaan ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sebagai YDP MSKPPM (Majlis Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia)

PSKPP adalah badan sah berdaftar dengan ROS. PSKPP berdaftar ini pula wajib mengadakan mesyuarat agung tahunan. Kebiasaannya PSKPP akan mengadakan mesyuarat agung ketika pertandingan sukan diadakan di peringkat negeri masing-masing.
Skim Berkelompok

Selama lebih 10 tahun, beliau terlibat secara langsung dalam membantu PSKPPK menguruskan skim berkelompok bagi membantu kebajikan ahli PSKPPK. Untuk makluman, menurut Lukman, skim PSKPPK telah menyumbang hampir RM10 ribu bagi membantu aktiviti PSKPPK. Manakala hampir RM500K (setengah juta RM) telah dibayar kepada ahli PSKPPK yang ditimpa musibah penyakit kritikal atau kematian.

Mesyuarat Agung

Setiap kali mesyuarat agung beliau akan terlibat dan menyimpan semua bahan sebagai bukti. Daripada situasi berkenaan, beliau sedar bahawa ramai guru tidak terdedah dengan perjalanan pengurusan kewangan PSKPP. Buku laporan mesyuarat masih ada dalam simpanan beliau hingga sekarang.

Setiap kali hadir mesyuarat agung, ahli akan dibekalkan dengan BUKU LAPORAN MESYUARAT dan PENYATA KIRA-KIRA. Ianya diaudit secara dalaman dan lengkap untuk membuktikan tiada penyelewengan dalam kalangan pegawai JPN/PPD dan AJK PSKPP.
Sumbangan Guru

Sumbangan DERMA dan SEDEKAH kita sebanyak RM5 sebenarnya TERAMAT SEDIKIT berbanding kos perbelanjaan PSKPP dalam menguruskan aktiviti rakan-rakan kita yang berkorban tenaga, masa dan juga wang ringgit membantu PSKPP.

Malah salah seorang sahabat MPSAH beliau di Perak meninggal dunia ketika bermain bola tampar untuk membantu PSKPP Perak. Dengan DERMA RM5 setahun, Lukman menasihati para guru agar tidak perlu kecoh untuk mendapatkan penyata dan sebagainya. Lainlah jika bayaran yang dikenakan setiap bulan RM5 dan mahukan perincian dari PSKPP.

Isunya mengapa ramai guru tidak terdedah kepada makumat ini :

1. Mesyuarat PSKPP hanya melibatkan guru atau PGB yang terlibat sahaja pada atau semasa pesta sukan permainan bagi menjalankan mesyuarat agong. Nak panggil semua guru satu negeri manalah cukup budget.

2. Penyata dan laporan yang dibekalkan juga terhad bagi menjimatkan kos pengurusan dan biasanya disimpan oleh pihak PGB yang hadir atau peserta.

3. Sepatutnya setiap PPD menerima PENYATA KEWANGAN dan diedarkan ke sekolah. PGB mesti menampal penyata kewangan sebagai makluman kepada semua guru agar tidak timbul isu perbelanjaan dan tuduhan fitnah kononnya wang dibelanjakan oleh pihak tertentu bagi tujuan melancong dan sebagainya.

4. Semua isu ini timbul kerana masalah komunikasi dan penyaluran maklumat yang kurang cekap dari pihak JPN dan PPD.

5. Wang sumbangan guru dan kakitangan sebanyak RM5 sebenarnya tidak mencukupi bagi menampung kos makan-minum serta perbelanjaan lain kepada rakan-rakan yang terlibat dalam sukan permainan tersebut.

6. Berpuluh ribu terpaksa ditampung dari unit dana hasil dari jualan buku kepada pelajar sekolah untuk tujuan ini.

7. Beliau berpesan kepada dirinya sendiri setiap kali menyumbang RM5 ini sebagai satu NIAT SEDEKAH bagi rakan sekerja yang membantu PPD dan JPN. Dahlah ramai yang kaki bangku dan boroi, tak fit, apalah salahnya neri sokongan dengan hanya menyumbang RM5 sahaja setahun. Rakan yang berhujan panas bermain untuk daerah dan negeri pun bayar yuran dan malah keluar duit poket lagi. Kita pula hanya perlu menyokong dengan nilai RM5 setahun sahaja.

8. Sedekah menyuburkan rezeki dan usahlah pertikaikan lagi ke mana wang dibelanjakan. Kalau ada pengawai yang seleweng itu hal mereka dan nanti tibalah masa mereka kena menjawab. Kita nak kalut apa dengan RM5, kita tak miskin pun beb.
Pengajarannya :

➡Sepatutnya Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan DANA bagi aktiviti guru sama ada sukan, permainan dan juga sambutan Hari Guru. Kalau setiap JPN diberikan DANA KHAS, aku rasa isu yuran PSKPP ni akan selesai.

➡Di pihak kita, jangan kedekut untuk menyumbang yuran PSKPP selepas ini. Orang kedekut confirm rezeki sempit dan hidup pun tak akan senang. Aku dah tengok jenis tangkai jering ni. Kalau mereka tak berubah lantaklah. Yang penting anda yang baca harus sentiasa POSITIF bila MENDERMA kepada sesiapa sahaja.

➡Jika anda yakin berlaku penyelewengan, buat laporan terus kepada SPRM, kang senang cerita dari membawang tak tentu hala.

➡Jangan jadi penyebar fitnah tetapi jadilah penyebar maklumat yang sahih. Kongsilah maklumat ini kepada rakan sekolah kita yang selalu menuduh salahguna kewangan di dalam PSKPP agar mrk tahu fakta sebenar.

LUKMAN B. MOIDIN
Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia @ Pertubuhan BARAKAH Malaysia

Sumber: FB Barakah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/08/apa-itu-pskpp-dan-mengapa-ia-jadi-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tempat Duduk Najib Itu Lah Tempat Dia Tun Mahathir

Isu Tempat Duduk Najib Itu Lah Tempat Dia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 402 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berkenaan dakwaan Najib bahawa kerusinya ditukar berkata beliau tidak tahu menahu mengenai kedudukan kerusi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu pertabalan Yang di Pertu...
Saya Tak Rasa Gambar Itu Mengaibkan Nabila Razali Jelas Isu Baju Jarang Nampak Kulit

Saya Tak Rasa Gambar Itu Mengaibkan Nabila Razali Jelas Isu Baju Jarang Nampak Kulit

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 2390 hits
Selepas kecaman demi kecaman daripada netizen akhirnya penyanyi tampil menjawab isu pakaiannya yang dianggap kurang sopan oleh netizen baru baru ini BACA Menurut Nabila isu tersebut bukanlah perkara yang besa dan tidak mengaibkan dirinya ke...
Abraham Samad Soal Polemik Lhkpn Capim Kpk Itu Bentuk Tanggung Jawab Moril

Abraham Samad Soal Polemik Lhkpn Capim Kpk Itu Bentuk Tanggung Jawab Moril

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 183 hits
Patut dicurigai lanjut Samad bila ada kandidat yang enggan melaporkan LHKPN maka dapat dijadikan sebuah pertimbangan kepada tim pansel untuk menelusur profil mereka yang dikhawatirkan tidak sesuai dengan gaji dan pendapatan dimiliki
Isu Moral Pemimpin Menular Kepada Pelajar

Isu Moral Pemimpin Menular Kepada Pelajar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 219 hits
Keadaan disiplin pelajar semakin parah termasuk berkaitan mengadakan hubungan seks Berita penahanan tujuh pelajar lelaki berusia 13 hingga 16 tahun atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan yang juga rakan mereka adalah bukti parahnya ...
Isu Halal Kod E

Isu Halal Kod E

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 497 hits
Seperti sedia maklum akan isu hangat kini coklat dan b i tak dapat dipisahkan Kami di 3minit taknakla komen atau cuba nak mengambil kesempatan pos bukan2 demi naikkan rating blog hanyala sekadar berkongsi info terkini Pihak kementerian khur...
Berita Palsu Isu Van Jenazah Diguna Mayat Bukan Islam Pihak Jkn Beri Penjelasan

Berita Palsu Isu Van Jenazah Diguna Mayat Bukan Islam Pihak Jkn Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 367 hits
Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai penggunaan Van Jenazah mayat orang Islam Hospital Kuala Nerang Kedah Islam kepada bukan Islam Hal ini telah menimbul rasa kesal penduduk setempat yang dirasakan tidak sensitif Sehubungan den...
Hazama Jawab Isu Basah Dalam Klip Video

Hazama Jawab Isu Basah Dalam Klip Video

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 598 hits
Industri muzik telah melahirkan nama Hazama Pemilik nama penuh Hazama Ahmad Azmi ini mula diperkenalkan di persada muzik ketika berusia 20 tahun apabila dia tersenarai sebagai salah seorang calon awal untuk program realiti Akademi Fantasia ...
Trump Bertemu Senator Republikan Bincang Isu Pembelian S 400 Oleh Turki

Trump Bertemu Senator Republikan Bincang Isu Pembelian S 400 Oleh Turki

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 177 hits
Trump bertemu senator Republikan bincang isu pembelian S 400 oleh Turki Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 24 J
Rakyat Terus Terabai Lepas Satu Satu Isu Ph Timbul Pentadbiran Makin Celaru

Rakyat Terus Terabai Lepas Satu Satu Isu Ph Timbul Pentadbiran Makin Celaru

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 317 hits
Kerajaan hari ini di bawah teraju Pakatan Harapan dilihat berada dalam keadaan dan senario yang tidak stabil setelah satu persatu isu timbul menyebabkan soal kepentingan rakyat dan negara makin terabai apabila mereka bergelut dengan hal kua...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing