Apa Itu Obsessive Compulsive Disorder





Apa itu OCD ? Admin sering tertanya - tanya apa itu ocd. Sebelum ni memang tak tahu, tapi bila ada beberapa rakan yang mengalami penyakit ini baru admin tahu ia adalah satu penyakit. Kasihan juga orang-orang yang mengalami ocd ni ye. Kadang-kala tengok tak boleh nak control. Kadang-kadang membuatkan orang sekeliling tak selesa. Tapi tak boleh salahkan penghidap penyakit ni juga. Di sini admin ada kongsikan artikel yang bagus mengenai OCD ni. Mungkin kita boleh bantu untuk lebih memahami mereka untuk mengurangkan simptom-simptomnya.
-Admin-
Kredit : eigenzoneBlogspot
"Obsessive-compulsive disorder (OCD) ialah sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang . Tanda-tanda kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada seringan-ringan perkara seperti membasuh tangan berulang-ulang. Selain itu, berlaku halangan meluas dalam menumpukan otak ketika menerima impuls daripada hubungan kelamin, amalan agama dan serangan luar. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan hubungan sosial dan membuang masa. Ia juga seringkali menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri penghidapnya. Selain kelakuan pesakit-pesakit OCD mungkin kadangkala nampak gila dan kurang siuman, penghidapnya juga kerapkali mempercayai bahawa pemikiran dan tindakan susulan sesuatu perkara yang dilakukan sebagai tidak wajar, dan mereka akan berasa lebih tertekan selepas menyedari perkara tersebut.

OCD adalah penyakit mental keempat paling kerap dilaporkan dan dikesan sekerap penyakit lelah dan kencing manis. Di Amerika Syarikat, satu daripada 50 orang dewasa menghidapi OCD. Frasa ‘obsessive-compulsive’ telah menjadi sebahagian daripada kosa kata Inggeris, dan biasanya digunakan secara tidak rasmi atau secara karikatur bagi menerangkan seorang yang berhati-hati, pencari kesempurnaan atau ‘perfectionist’, teliti dalam mencari punca sesuatu perkara, dan terikat dengan seseorang atau suatu perkara. Walaupun ciri-ciri ini biasa berlaku dalam OCD, mereka yang mengalaminya tidak semestinya menghidap OCD. Mereka mungkin menghidap ‘obsessive-compulsive personality disorder’ (OCPD), sejenis kecelaruan dalam juzuk autisme. 

Ketaksuban pemikiran dalam OCD boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
a) Was-wasb) Kebersihanc) Kewaspadaan (melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan-slowness)

Kebiasaannya penghidap juga akan menghadapi simptom-simptom seperti kemurungan, sedih, kurang selesa, cepat letih, penurunan berat badan, cepat marah dan tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan. Simptom OCD akan menjadi lebih teruk jika penghidapnya menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, sekiranya masalah yang dihadapi berjaya diatasi dengan baik, simptom-simptom ini akan berkurangan.

Risiko untuk menghidap penyakit ini bergantung kepada:
a) genetik keturunan- risiko tinggi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapinyab) personaliti si penghidap- seperti terlalu berhati-hati, cerewet, terlalu patuh pada peraturan.c) masalah organ dan saraf- kecederaan di bahagian tertentu otak. Masalah saraf seperti meningitis dan enkefalitis juga boleh menjadi punca.d) pengalaman lalu-kemalangan ngeri yang menimbulkan fobia dan seterusnya OCDe) konflik- masalah hidup seperti kerja, rumah tangga dan sebagainya.

Bagaimana tindakan berulang (compulsions) boleh terjadi dan berkembang?
Model pemikiran-sikap (English-cognitive-behavoral model) menyatakan bahawa sikap bertindak secara berulang-ulang dilakukan bagi menghilangkan pemikiran yang datang menimbulkan gangguan. Malangnya ia hanya memberikan kelegaan sementara kerana pemikiran tersebut akan datang sekali lagi. Setiap kali pemikiran yang mengganggu ini berlaku, ia secara songsang diperkuatkan oleh perasaan lega daripada gangguan tersebut, lalu menjelaskan bagaimana aktiviti luar biasa pesakit OCD bertambah dari masa ke semasa. Sebagai contoh, selepas memegang tombol pintu, seseorang pesakit akan memikirkan dia akan mendapat penyakit daripada kotoran pada tombol pintu. Dia kemudian berasa kurang senang, di mana dia hanya akan berasa lega setelah membasuh tangannya. Ia akan diikuti dengan pemikiran “ adakah aku telah membasuhnya dengan betul?” lalu menyebabkan pertambahan rasa kurang senang, lalu membasuh tangannya sekali lagi bagi menghilangkan rasa tersebut. Kitaran ini diulang-ulang jika pemikiran tentang rasa tercemar ini berlaku sekali lagi. Pemikiran seperti ini akan merebak kepada kebimbangan pencemaran pada objek lain, sebagai contoh kerusi. (dia mungkin juga akan memegang kerusi setelah memegang tombol pintu tersebut).

‘Pure-O’
OCD kadangkala berlaku tanpa tindakan berulang yang ketara. OCD jenis ini atau dikenali dengan nama ‘Pure-O’, berlaku dari 50 peratus hingga 60 peratus daripada kes OCD yang dilaporkan. Berbanding dengan melakukan tindakan berulang, seseorang dengan ‘Pure-O’ akan lebih berselindung, atau berasa terarah untuk mengelak daripada situasi-situasi yang boleh mendatangkan gangguan. Akibat daripada pengelakan ini, seseorang mungkin terpaksa bekerja keras untuk menyelesaikan peranan umum dan diri, walaupun mereka meletakkan nilai yang tinggi dalam peranan tersebut dan walaupun mereka telah menyelesaikannya dengan baik pada masa lepas. Dengan kata lain, penyakit OCD jenis ini timbul disebabkan pengelakan yang keterlaluan terhadap simptom-simptom OCD yang timbul. ‘Pure-O’ boleh menyebabkan bercambahnya sikap sambil lewa dalam pengurusan rumah tangga dan kerjaya. Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesannya ialah dengan bersederhana dalam menangani simptom-simptom OCD.

Penyebab biologi.
OCD dikatakan berpunca daripada ketidaknormalan paras serotonin dalam otak. Serotonin berperanan mengawal perasaan kurang senang atau perkara-perkara yang menimbulkan gangguan. Pesakit OCD menghadapi masalah di mana reseptor serotonin kurang dirangsang. Mereka diberikan ubat SSRi (English-selective serotonin reuptake inhibitor) untuk meningkatkan paras serotonin. 

Keputusan penyelidikan terbaru pula menyatakan bahawa mutasi juga boleh menyebabkan OCD. Penyelidikan yang dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (AS), menyatakan terdapat mutasi pada gen pengangkutan serotonin manusia yang menghidap OCD. Namun, penyelidikan lanjut dalam aspek-aspek yang lain masih dijalankan dan keputusannya masih dalam perbincangan.

Para saintis di Duke University Medical Centre di AS pula mengesyaki striatum, sejenis bahagian otak sebagai penyebab OCD. Striatum ialah bahagian otak yang merancang dan memulakan tindakan-tindakan yang bersesuaian. Mereka telah mengubah secara genetik striatum dalam otak tikus dan mendapati bahawa tikus tersebut membersihkan bulunya tiga kali lebih lama berbanding tikus normal yang lain, sehinggakan bulu-bulu di badan mereka tertanggal.


Dalam bukunya, Brain Lock, Jeffrey M. Schwartz mencadangkan bahawa OCD disebabkan oleh bahagian otak yang bertanggungjawab menterjemahkan niat yang kompleks kepada tindakan-tindakan asas. (sebagai contoh menterjemahkan “saya akan mengambil cawan ini” kepada “gerakkan lengan ke depan, putarkan tangan 15 darjah, dan sebagainya”) dan gagal menyampaikan mesej kimia bahawa tindakan itu telah selesai. Ia dipercayai sebagai perasaan ragu-ragu dan ketidaksempurnaan, di mana ia akan membawa seseorang kepada berusaha secara sedar untuk meleraikan tindakan mereka yang sebelumnya - sebuah proses yang menimbulkan gangguan dan rasa kurang senang pada manusia, walaupun tidak menghidap OCD.

Terdapat berbagai-bagai lagi punca OCD yang masih dalam penyelidikan para saintis dan masih belum dipastikan lagi akan kesahihan keputusannya.

Rawatan dan ubat-ubatan.
Dalam proses soal selidik, doktor akan mengambil kira latar belakang dan sejarah pesakit termasuklah:-• Tempoh berlakunya masalah tersebut• Punca sebenar tercetusnya masalah• Tempat simptom OCD sama ada lebih ketara di rumah atau di pejabat• Keseriusan simptom sekiranya penderita menghadapi masalah.• Peringkat keterukan yang dihadapi.


Sekiranya pesakit menghadapi konflik atau tragedi yang serius, jangkaan pemulihan mereka biasanya lebih baik berbanding individu yang tidak diketahui punca penyebabnya. Doktor perlu menentukan sama ada penyakit atau simptom OCD yang dialami pesakit bersifat tersendiri atau kesan penyakit mental yang lain. 

Biasanya doktor akan memberi ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional atau ketaksuban pesakit. Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas. 

Pendekatan psikologi yang merangkumi terapi cara berfikir dan terapi tingkahlaku:-
a. Terapi cara berfikir - pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.b. Terapi tingkah laku - terapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.


Bagaimanapun, sembuh atau tidak seseorang pesakit bergantung kepada:-
• Keseriusan masalah yang dihadapi• Kerjasama terhadap rawatan yang diberi• Sokongan individu yang hampir seperti ahli keluarga, rakan-rakan atau teman.• Tempoh mengidap penyakit tersebut.


Pesakit juga perlu dibantu mengatasi masalah yang mereka hadapi sama ada masalah kewangan, perkahwinan, hubungan sosial atau sebagainya.

OCD dalam konteks hidup beragama.
Dalam konteks umat Islam, penyakit OCD ini biasanya menyerang dalam amalan keagamaan atau ibadah. Jika penyakit ini berada pada tahap yang tidak genting, maka ia bukanlah OCD, sebaliknya penyakit was-was biasa yang berlaku dalam menjalani ibadah. Namun, jika penyakit was-was ini dilayan dan dibiarkan berterusan tanpa ada sebarang usaha bagi memulihkannya, ia boleh berubah tahap menjadi teruk dari masa ke semasa, dan akhirnya sampai ke tahap OCD. 

Was-was muncul kerana rasa taksub dalam mencari kesempurnaan dalam menunaikan sesuatu ibadat. Penyakit ini biasanya berlaku ketika hendak berniat. Seorang pesakit akan taksub atau obses mencari niat yang sempurna lafaznya. Oleh itu, sebarang kesilapan kecil dalam lafaz akan menimbulkan rasa kurang senang, lantas mendorong untuk mengulanginya sehinggalah rasa kurang senang itu dirasakan benar-benar hilang.

Rasa taksub mencari kesempurnaan ini didorong oleh perasaan takut kalau-kalau amalan yang dilakukan tidak diterima Tuhan. Dari satu sudut, perasaan ini mungkin menampakkan suatu petanda yang baik kerana menunjukkan bahawa seseorang itu bertakwa dan takut kepada Tuhan kalau-kalau amalannya tidak diterima. Namun dari satu sudut lain, perasaan ini nampaknya menimbulkan fitnah dalam beribadat. Ini kerana salah satu kriteria penerimaan ibadat adalah khusyuk. Jika kita asyik berwas-was sahaja, bagaimana mungkin kita akan khusyuk? Selain itu, berlaku pembaziran dalam menggunakan sumber air. Tuhan juga membenci pembaziran. Maka tidak wajarlah ketaqwaan kepada Tuhan dijadikan alasan untuk kita terus melayan rasa was-was ini.

Maka di sinilah Islam menggesa umatnya mengambil jalan pertengahan. Ini kerana terlalu jahil dalam beragama boleh membawa kepada kekufuran, manakala terlalu fanatik atau taksub dalam beragama pula boleh membawa kepada fitnah-fitnah yang boleh menyebabkan amalan kita langsung tidak diterima.


Di sini saya memetik kata-kata Ibn Qayyim tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat:

“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

Semoga mendapat ilmu berguna daripada pelayaran internet anda walaupun sedikit.

Wallahualam.


sumber: 
http://www.mentalhealth.org.my/index.cfm?menuid=25&parentid=9en.wikipedia.org/wiki/Obsessive–compulsive_disorderhttp://drmaza.com/home/?p=704"

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lamanqaseh.blogspot.com/2009/11/apa-itu-obsessive-compulsive-disorder.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 281 hits
Manusia yang paling keras siksanya di hari kiamat nanti yaitu orang orang yang menggambar Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata kepada Abul Hayyaj Al Asadi Maukah aku mengutus mu dengan apa yang Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam...
Apa Itu Tahun Lompat Video

Apa Itu Tahun Lompat Video

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 182 hits
Hari ini 29 Februari 2012 tarikh yang jarang jarang berlaku setiap tahun dan hanya berlaku setiap empat tahun Kenapa ini terjadi Tahun lompat atau nama lain dalam bahasa Inggeris iaitu leap year adalah intercalary atau bissextile year adala...
Bn Tidak Yakin Menang Sebab Itu Sedia Kerjasama Dakwa Amanah

Bn Tidak Yakin Menang Sebab Itu Sedia Kerjasama Dakwa Amanah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 181 hits
MALAYSIA DATELINEKenyataan Datuk Seri Muhammad Hassan bahawa Barisan Nasional sedia menerima parti lain jika menang disifatkan sebagai lambang ketidakyakinan Pengarah PRN Melaka itu untuk menang kata Ketua Wanita AMANAH Aiman Athirah Kenyat...
Buddha Itu Adalah Nabi Zulkifli

Buddha Itu Adalah Nabi Zulkifli

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 181 hits
WARNING Entry Ini agak panjang sedikit Anda diminta bukakan minda anda dan kita sama sama berfikir samada Gautama Buddha ini adalah Nabi atau tidak kerana beliau tidak pernah meminta dirinya untuk disembah Beliau hanya meminta orang berbuat...
Romantik Itu Sunnah Nabi

Romantik Itu Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 155 hits
Sebut saja romantik anak muda mula tertarik hati mungkin yang diketahui romantik sesama couple No No No ini romantik sesama pasangan suami isteri apa lagi jom ramai ramai kita pakat kahwin Isy Isy best oo kahwin kalau tak percaya cubalah ka...
Cinta Itu Malang

Cinta Itu Malang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 229 hits
cintasusah nak dielak senang kemalangan Kalau tak hati hati Boleh cedera DihatiKhuatir jugaAndai terjadi kematianMalang tak berbau bila jatuh cinta kalau berbau pasti sapa pon tak mahu tapi cinta pada yang Satu itu yang hakiki cinta saya se...
Apa Itu Bonekalife

Apa Itu Bonekalife

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 127 hits
AssalamualaikumWuz up korang Semoga semua sihat sihat lah ye Orait kali ni sekadar nak berkongsi entri ringkas dengan korang tentang laman blog member BL masa sekolah dulu Sebelum tu jom layan sat klip video dekat bawah ni Haa Amacam Boleh ...
Pahit Itu Kebahagiaan

Pahit Itu Kebahagiaan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 122 hits
Salam Alhamdulillah bertemu lagi dalam ruangan kecil ini sebenarnya aku takda idea pon nak menulis harini tengok la kot kot ada isi sambil aku tulis ni haha jadi setakat beberapa hari aku dah tak berinstagram ni aku rasa hidup aku lebih ama...
Bila Tiba Detik Itu

Bila Tiba Detik Itu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 159 hits
RINTIK RINTIK hujan mengundang kepiluan di hatiku tatkala melihat susuk tubuh rakan baikku yang penuh dengan wayar wayar di hidung dan badannya
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Safety S Off Kc Kawano S White Knuckle Bobber

Rakyat Tidak Lupa Bendera Putih

Rakyat Tengah Susah Ini Buktinya

Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless