Buddha Itu Adalah Nabi Zulkifli


WARNING!!! Entry Ini agak panjang sedikit. Anda diminta bukakan minda anda dan kita sama-sama berfikir samada Gautama Buddha ini adalah Nabi atau tidak kerana beliau tidak pernah meminta dirinya untuk disembah. Beliau hanya meminta orang (pada zamannya) berbuat baik dan mentaati satu sama lainBenarkah Buddha adalah Nabi Zulkifli a.s? Apakah bukti Buddha adalah Nabi Zulkifli? Kalau kita semak dan pelajari riwayat hidup kedua2 tokoh ini... maka ada kemungkinan 90 % mereka adalah orang yang sama...1. Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yg dikenal sbg guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli, yg dlm Al-Quran disebut sbg Nabi yg mempunyai tingkat kesabaran yg tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri berarti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab utk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).2. Buddha Maitreya yg dikenal dlm agama Buddha sbg “Buddha yg akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.SIAPAKAH NABI ZULKIFLIZulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:"Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?"Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMAPada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.MAKSUD ISTILAH BUDDHADalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud 'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha bermaksud 'nabi yang terakhir' (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.Makna "Nabi" dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti "dari tempat yang tinggi"; kerana itu orang 'yang di tempat tinggi' dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai "Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung".RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMAKelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bezakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi kehairanan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan hinggakan tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pokok(Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMAMaka berbalik kepada maudhu' perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur'an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur'an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;"Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?"(At-Tin 95 : 1)Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?Tin (fig) = Pohon BodhiPohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an:"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya' 21: 85)."Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).KESIMPULAN“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha.Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.Yang menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.Bila Allah berfirman... "Wattiini wazaitun... watuurisinina wahazal baladil amin."
Allah menyebut perihal nabi2-Nya... Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai(Nabi Musa) dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat(Mekah)- NABI MUHAMMAD SAW... ia ikut urutan... hebatnya Qur'an...sebagai kalimat Tuhan.. susunan sejarah riwayat nabi-Nya...  Mari kita sama-sama fikirkan... HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.Lelabi : Jom kita siasat!! Post yang Labi-Labi janju tak post lagi sorry dalam BB lagi tak transfer lagi malas hahaha

Click Sini untuk tabung LabiLabi
SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jariplastik.blogspot.com/2012/02/buddha-itu-adalah-nabi-zulkifli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Mungkin Itu Adalah Petunjuk Daripada Allah Saya Adalah Jodohnya Saharul Ridzwan

Hiburan Mungkin Itu Adalah Petunjuk Daripada Allah Saya Adalah Jodohnya Saharul Ridzwan

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 444 hits
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalamannya menerusi aplikasi Tik Tok ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai detik perkenalan dan sewaktu mula mula dia mahu melamar Deena sebagai isterinya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSaharul ata...
Romantik Itu Sunnah Nabi

Romantik Itu Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 155 hits
Sebut saja romantik anak muda mula tertarik hati mungkin yang diketahui romantik sesama couple No No No ini romantik sesama pasangan suami isteri apa lagi jom ramai ramai kita pakat kahwin Isy Isy best oo kahwin kalau tak percaya cubalah ka...
Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

Bagaimana Sih Hukum Gambar Itu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 279 hits
Manusia yang paling keras siksanya di hari kiamat nanti yaitu orang orang yang menggambar Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata kepada Abul Hayyaj Al Asadi Maukah aku mengutus mu dengan apa yang Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam...
Ini Adalah 3 Bentuk Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Yang Tertinggi Apa Kata Jika Pencen Ahli Politik Dikaji Semua

Ini Adalah 3 Bentuk Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Yang Tertinggi Apa Kata Jika Pencen Ahli Politik Dikaji Semua

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 307 hits
JAMZURI ARDANI1 Bayar gaji kakitangan awam 2 Bayar hutang kerajaan 3 Bayar pencen pemimpin politik dan kakitangan awam Apakah ini bentuk pengurusan kewangan yang sustainable untuk jangka panjang Fikir fikirkan Saya nak tambah sikit pasal ba...
Pesan Prabowo Kepada Pasis Seskoau Tugas Pemimpin Adalah Berpikir

Pesan Prabowo Kepada Pasis Seskoau Tugas Pemimpin Adalah Berpikir

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 169 hits
Prabowo meminta agar para perwira TNI perlu terus belajar dan berlatih sehingga dapat menjaga kedaulatan dan wilayah Indonesia dengan sebaik baiknya
Prnmelaka Suspek Rasuah Adalah Dari Ppbm Lendu

Prnmelaka Suspek Rasuah Adalah Dari Ppbm Lendu

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 195 hits
Oleh Wahida Tuduhan rasuah sangat gemar dikaitkan dengan BN UMNO dan baru baru ini berita SPRM menahan reman bekas penyelaras DUN Lendu Masjid Tanah juga dengan sengaja dijadikan tajuk berita utama media kita Perkara pertama yang terus mena...
Ph Pertaruh 2 Katak Idris Nor Azman Dalam Cubaan Tarik Sokongan Pengundi Umno Berikut Adalah Senarai Calon Ph

Ph Pertaruh 2 Katak Idris Nor Azman Dalam Cubaan Tarik Sokongan Pengundi Umno Berikut Adalah Senarai Calon Ph

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 280 hits
November 6 2021 6 1Pakatan Harapan akan mempertaruhkan dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali Calon PH adalah PKRTan...
Alhamdulillah Suami Yang Memiliki 8 Sifat Ini Insyaallah Istrinya Adalah Orang Yang Paling Beruntung Di Dunia

Alhamdulillah Suami Yang Memiliki 8 Sifat Ini Insyaallah Istrinya Adalah Orang Yang Paling Beruntung Di Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 146 hits
Hadirnya seseorang suami yg baik serta jua istri yang baik jua menciptakan kehidupan rumah tangga sebagai suka beruntunglah bagi istri yang mempunyai suami beserta 8 sifat misalnya ini 1 Meminta pendapat berdasarkan sang istri jika suami se...
Tidak Pakai Pelitup Muka Ia Adalah Pilihan Saya Kata Karen Dior

Tidak Pakai Pelitup Muka Ia Adalah Pilihan Saya Kata Karen Dior

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 258 hits
Baru baru ini tular video seorang wanita warga asing digelar sebagai Karen membuat kecoh di hadapan butik sebuah pusat beli belah selepas dilarang memasukinya tersebut kerana tidak memakai pelitup muka Selepas isu tersebut dilihat agak reda...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran