Apa Itu Nas Kotak Penyimpanan Data Yang Lebih Selamat


NAS (Network Attached Storage) adalah sebuah kotak yang berfungsi untuk menyimpan data digital anda. Sekali pandang, ia tak tumpah seperti sebuah PC mini, lengkap dengan wayar plag untuk kuasa dan juga beberapa port yang biasa terdapat pada PC seperti LAN, USB dan juga mempunyai butang kuasa. Ia juga mempunyai RAM dan pemproses CPU sendiri.

Namun begitu, jika dilihat dengan lebih dekat, peranti NAS ada rekaan yang lain daripada kotak PC yang biasa. Ruang cakera keras mereka berada di luar dan membolehkan anda menukar dan membuka ruangan cakera tersebut dengan lebih mudah.
NAS semakin popular kebelakangan ini terutama sekali buat jurugambar, syarikat data dan juga individu yang menyimpan banyak data penting. Ini kerana, NAS menawarkan sistem penyimpanan data yang lebih selamat dan juga lebih murah berbanding dengan simpanan awan dengan bayaran langganan bulanan.
Dengan NAS, kebiasaannya ia hadir dengan konfigurasi 2 atau 4 ruangan untuk cakera keras. Dengan 4 cakera keras dalam satu sistem, anda boleh menggunakan kaedah simpanan Raid. Raid membolehkan anda menggunakan kesemua 4 cakera keras sebagai 1 cakera keras tunggal. Konfigurasi Raid0 contohnya, membolehkan sistem anda membaca 4 cakera keras anda sebagai satu cakera tunggal yang besar. Lebih menarik lagi, ada NAS yang menyokong sehingga 8 ruangan cakera keras HDD dengan 2 slot SSD NVMe untuk cache.

 
Ada banyak jenis Raid daripada Raid0 sehingga Raid10 dan setiap jenis Raid mempunyai kelebihan mereka sendiri sama ada daripada segi kelajuan ataupun keselamatan data. Raid5 contohnya, memastikan data anda kekal selamat walaupun 1 daripada 4 cakera keras HDD anda rosak.
Bayangkan anda menyimpan  banyak data dan gambar penting anda pada cakera luar ataupun pendrive. Tiada jaminan data anda akan selamat selamanya. Sekiranya cakera luar anda rosak, maka selamat tinggal data! Bagaimana pula jika pendrive anda hilang? Dengan NAS, walaupun satu daripada banyak cakera keras anda rosak, anda cuma perlu menukar cakera keras yang baru dengan saiz yang sama. Namun begitu, waplaupun anda tidak terus menukar cakera keras yang rosak dengan yang baru, data anda masih selamat dan dapat diakses.

NAS juga berfungsi dengan sistem operasi mereka sendiri sama seperti PC. Namun begitu, mereka tidak menggunakan sistem operasi Desktop yang biasa. Sebaliknya, mereka menggunakan sistem operasi mereka sendiri. Perkembangan sistem NAS yang pesat juga membolehkan pengguna biasa menggunakan NAS dengan sistem operasi yang lebih intuitif dan mudah, lengkap dengan gedung aplikasi mereka sendiri!

Dengan menggunakan NAS, anda juga boleh menyambung NAS anda ke internet. Ini membolehkan anda mengakses fail anda walau di mana anda berada. Jadi, tak perlu lagi risau tertinggal pendrive anda ketika mahu bertemu klien. Akses saja NAS anda di rumah dengan internet dan data anda boleh dimuat turun walau di mana saja anda berada. Ia seperti anda mempunyai simpanan awan peribadi.
Tidak perlu bimbang dengan ancaman jenayah di internet seperti penggodaman dan juga ransomware kerana NAS juga mempunyai sokongan  daripada pengeluar untuk  keselamatan. Sekiranya anda mengikuti segala saranan dan tetapan keselamatan daripada pengeluar, anda boleh menghindari ancaman siber pada unit NAS anda. Secara mudahnya, setiap NAS sudah terpasang dengan antivirus khas mereka sendiri dan sentiasa terhubung dengan kemaskini daripada pengeluar.
Jujurnya, sekiranya anda melihat harga NAS di pasaran ketika ini, mungkin anda akan terkejut melihat harganya boleh mencecah sehingga lebih daripada RM10 ribu ringgit! Namun begitu, dengan mengambil kira penjimatan jangka masa panjang dan juga keselamatan data, sememangnya ia adalah pilihan dan pelaburan yang lebih tepat.
The post Apa Itu NAS? Kotak Penyimpanan Data Yang Lebih Selamat appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/apa-itu-nas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perkenal Pakej Peranti Data Lebih Mesra Rakyat

Kerajaan Perkenal Pakej Peranti Data Lebih Mesra Rakyat

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 217 hits
SUARA MERDEKA Kementerian Komunikasi memperkenalkan pakej data dan peranti yang lebih mesra rakyat termasuk memperkenalkan Pakej peranti keluarga Malaysia yang dikenakan bayaran serendah RM40 sebulan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sr...
Apa Itu Dry Box Kotak Paling Penting Untuk Jurufoto

Apa Itu Dry Box Kotak Paling Penting Untuk Jurufoto

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 277 hits
Dry Box ataupun kotak kering adalah peralatan yang paling penting bagi mereka yang memiliki kamera Tidak kiralah sama ada jurufoto profesional ataupun hanya sekadar hobi kotak kering adalah peralatan yang wajib anda miliki Kamera adalah per...
Beli Emas Di Pg Mall Lebih Selamat Jom Sokong Barangan Malaysia

Beli Emas Di Pg Mall Lebih Selamat Jom Sokong Barangan Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 443 hits
Beli Emas Di PG Mall Lebih Selamat Jom Sokong Barangan Malaysia Assalammualaikum semua Sejak mula mengenali PG Mall jadi ketagih pula nak membeli belah Seronok cuci mata tengok semua promosi yang ditawarkan Kemudian mereka sangat aktif di m...
Lirik Lebih Dari Indah Gaza Ali

Lirik Lebih Dari Indah Gaza Ali

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 310 hits
mengapa kau slalu ragu dengan diriku yang nyata untukmu sadarkah kau ku slalu ada untukmu tanpa dirimu meminta pre chorus kita sejiwa kita senyawanamun mengapa kau
Benarkah Bertawakal Lebih Susah Berbanding Bersabar

Benarkah Bertawakal Lebih Susah Berbanding Bersabar

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 357 hits
BENARKAH BERTAWAKAL LEBIH SUSAH BERBANDING BERSABAR Assalammualaikum wbt Bertawakal dan bersabar Alhamdulillah Jumaat pertama di bulan September untuk kita semua Semoga semua berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt sentiasa Aamiin...
3 Ibu Tunggal Kesunyian Rugi Lebih Rm30 000 Diperdaya Parcel Scam

3 Ibu Tunggal Kesunyian Rugi Lebih Rm30 000 Diperdaya Parcel Scam

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 280 hits
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Mohd Mahidisham Ishak berkata bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas sebanyak 115 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian berjumlah RM1 6 juta berkenaan penipuan itu KUALA LUMPUR Ke...
Lebih Setahun Tinggal Dalam Kereta Akhirnya Lelaki Dapat Rumah

Lebih Setahun Tinggal Dalam Kereta Akhirnya Lelaki Dapat Rumah

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 195 hits
Lebih setahun tinggal dalam kereta akhirnya lelaki dapat rumah Tidur solat semua dalam kereta sahaja ustaz Demikian luahan seorang lelaki yang tinggal dalam sebuah kereta jenis Protom Iswara ketika disantuni pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew M...
Kembali Menulis Setelah Lebih 2 Bulan Berehat

Kembali Menulis Setelah Lebih 2 Bulan Berehat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 228 hits
Assalamualaikum Apa khabar semuanya Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik Moga Allah sembuhkan insan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan Lebih 2 bulan tidak menulis di blog ini Ke mana perginya Cik Rose Ada sahaja Alhamduli...
Anhar Al Dheek Dibebaskan Dengan Syarat Ikat Jamin Rm50 000 Lebih

Anhar Al Dheek Dibebaskan Dengan Syarat Ikat Jamin Rm50 000 Lebih

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum wbt Sebelum ini kecoh dimana mana media sosial tentang seorang ibu sarat mengandung di Palestine Anhar Al Dheek yang telah menjadi tahanan Israel Hak Asasi Kemanusian telah berhabis habisan menggunakan hashtag SaveAnhar Anha...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D N 65 S Chi N L C Ch I X S Hi U Qu Nh T T I Da88

L Tr T L G Kh M Ph C Ch Ch I T I Nh C I Da88

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp