Apa Itu Innity
Apa Itu Innity? (Inilah Maksud Innity Berserta Cara Apply Dan Kelebihannya) | Siapa sini ada akaun Innity? Sila angkat tangan! Kalau ada kalian antara yang bertuah kerana nak apply Innity ni bukan satu cara yang mudah. Sebelum daku kongsikan bagaimana cara untuk apply Innity, rasanya penting untuk daku beritahu dulu apakah sebenarnya Innity ni.
Apa Itu Innity? Ini Jawapannya
Apa Itu Innity? Apa Pula Iklan Innity? Ini Jawapannya
Untuk pengetahuan semua Innity adalah syarikat pengiklanan dan pemasaran internet sejak tahun 1999. Innity adalah syarikat pengiklanan yang meluaskan pasarannya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Malah negara China juga turut terlibat bersama pengiklanan INNITY.
Rangkaian Penonton Innity ialah platform pemasaran online terbesar di Asia Tenggara untuk pengiklan, agensi dan penerbit dalam talian yang mengkhususkan diri dalam membayar pengiklanan berdasarkan prestasi.
Tambah Income Blog Dengan Innity
Antara fokus utama yang di target adalah negara Asia termasuk juga Malaysia. Malah syarikat pengiklanan Innity Sdn. Bhd ini turut membuka pejabatnya sendiri yang bertempat di Petaling Jaya khusus untuk pasaran iklan Malaysia. Innity adalah satu syarikat pengiklanan yang sering berkerjasama dengan jenama-jenama besar.
Terus terang daku sendiri masih baru kenal dengan Innity. Almaklumlah daku ni masih baru dalam dunia blogging. Masih terkial-kial cara info itu dan cari info ini. Mujurlah ada Mr.Google yang selalu tolong beri info apabila diperlukan.
Antara Anugerah dan Kejayaan Innity
Company Iklan Boleh Beri Blogger Income Lebih
Kalau nak tahu juga, sejak dari mula berblog daku hanya mampu untuk bersama Nuffnang. Sebabnya daku dah cuba apply Adsense tapi sampai ke sudah Adsense Google Full Account tak berjaya disiapkan. Asyik loading kat review je sampai ke sudah! Mungkin daku ada buat silap kat mana-mana semasa mula-mula apply dulu kot. Yang pasti memang akaun penuh Adsense untukku tak berjaya dimiliki. Sob sob... sedih sangat!!
Hari ke hari daku bersama dengan Nuffnang dan alhamdulillah adalah juga hasilnya walaupun ciput. Di bawah ini adalah contoh hasil income yang berjaya ku peroleh daripada Nuffnang. Selalu terdetik kat hati, jika dah Nuffnang begini kalau Adsense agak-agak berapalah ya? Tapi apakan daya Adsense tak mampu nak bantu daku dapatkan akaun yang dihajati.
Antara Hasil Dari NUFFNANG
Dah setahun lebih ku usaha namun akaun Adsense masih juga menunjukkan nota sedang di review. Daku dah pernah juga hubungi pihak Adsense beberapa kali tanyakan sebab dan bagaimana cara nak atasi perkara ni. Tapi tak pernah ada jawapan balas dari Adsense. Tak apalah, dah namapun bukan rezeki buat apa nak paksa kan
Kerana itulah daku terus kekal bersama Nuffnang walau kawan-kawan blogger lain telah berhijrah seorang demi seorang untuk bersama Adsense. Jeles! Bohong kalau tak jeles tapi nak buat macamana. =D
Akaun ADSENSE Masih Review
Seringkali juga rakan-rakan blogger mesej bertanyakan itu dan ini tentang Adsense, sedih juga rasa hati masa tu tapi apa boleh. Soalan dari rakan blogger berkaitan Adsense apa yang ku tahu ku jawab sebabnya daku memang seorang yang suka cari info bila ada masa lapang
Antara Jenis Pendapatan Yang Pihak Innity Tawarkan
Dari Adsense yang tidak ada jawapan, daku mula cuba nasib dengan Innity. Apa bezanya Innity dengan Adsense dan juga Nuffnang? Penjelasan paling mudah untuk faham Innity adalah untuk golongan blog yang trafik kencang (blog abang abang senior) manakala Nuffnang ni terbuka untuk siapa saja walaupun baru buka blog hari ini (blog adik adik).
Sebenarnya daku buat perbezaan dengan ayat blog abang abang dan blog adik adik adalah disebabkan oleh syarat Innity yang sangat susah! Ye bukan mudah nak diterima sebagai salah seorang pengiklan untuk Innity. Memang ramai yang cakap income INNITY ni masyuk. Ramai juga yang beritahu income INNITY ni lebih banyak dari Adsense. Betul ke tidak manalah daku nak tahu sebabnya daku sendiri masih baru ingin cuba-cuba.
Tambah Income Blog Dengan Innity
Cuma jika di lihat pada jenis iklan yang ditawarkan memang nampak sangat menarik. Dengan menyertai Innity, kita ada peluang dibayar untuk iklan yang berjalan di tapak di dalam tapak iklan yang kita sediakan di blog dalam model CPM, CPA, CPC dan CPE.
CPM – Cost Per Thousand Impressions
Kos Per Ribu Impressions Untuk setiap 1000 kali iklan dihidangkan akan mendapat sejumlah wang. Sebagai contoh, RM 12 setiap CPM.
CPA – Cost Per Acquisition
Kos Perolehan akan dibayar untuk petunjuk yang dijana di tapak kita (Ujian percubaan produk, penyerahan kaji selidik, dan lain-lain)
CPC – Cost Per Click
dibayar apabila pengguna klik pada iklan.
CPE – Cost Per Engagement
model pengiklanan baru di mana pengiklan hanya membayar penglibatan yang dihasilkan oleh pelawat dari laman web. Penglibatan ditakrifkan apabila pengguna bertindak balas terhadap iklan Ciri-ciri ini termasuk advergames, video atau perkongsian sosial.
CPV – Cost Per View
Dibayar apabila pengguna mula memainkan video atau video auto-play sekurang-kurangnya sejumlah masa tertentu.
Inilah Antara Syaratnya Supaya Dapat Mohon Innity
Sekarang baca pula apa syarat untuk nak join INNITY ni. Jika kalian salah seorang yang sering mencari info berkaitan Innity mungkin kalian sudah tahu apa syarat yang diperlukan. Namun bagi yang baru ingin cuba-cuba untuk berdaftar, suka untuk daku katakan yang jangan sesekali berputus asa. Antara syarat yang dikenakan mengikut apa yang ku baca adalah :
1. Mempunyai 200,000 paparan halaman atau sekurang-kurangnya 40,000 pelawat unik setiap bulan.
Target website trafik
200,000 page views sebulan (+/- 6,666 pv sehari)40,000 unique visitors sebulan (+/- 1,333 uv sehari)
Target geographical visitors
Jika 20% - 90% pembaca trafik blog kalian datang dari US, Europe, Africa, maka ia kurang sesuai untuk apply Innity. Jika trafik blog 90% adalah dari negara Malaysia dan negara jiran seperti China, Korea dan lain-lain maka kalian sangat digalakkan untuk mohon Innity. Ini kerana Innity fokuskan untuk pasaran Asia.
2. Mesti berasaskan kandungan, bukan hanya senarai pautan atau iklan. Dalam erti kata lain bukannya blog yang di copy paste hanya kerana nak tarik trafik untuk buat duit.
3. Link artikel url termasuk pages dan sebagainya, semuanya hendaklah berfungsi sepenuhnya. Kiranya takde pages 'under costruction ke hapa.
4. Tidak boleh mengandungi kandungan dewasa atau pautan daripada, atau kepada mana-mana bahan dewasa. Dalam erti kata lain tidak mengandungi kandungan berunsur lucah, seks dan sebagainya.
5. Kandungan tidak boleh melanggar mana-mana harta, harta intelek atau hak cipta peribadi.
6. Kandungan blog mesti di update dengan story baru dengan kerap (jika boleh hampir setiap hari)
7. Trafik tidak boleh di jana dengan kaedah penipuan seperti penggunaan robot dan sebagainya.
Jika lepas syarat-syaratnya maka bolehlah cuba nasib memohon Innity >> MOHON SINI <<
Cara Untuk Isi Borang Permohonan Innity
1. Masukkkan info lengkap mengenai perihal diri sendiri
2. Masukkan segala info mengenai website / blog yang berkaitan
3. Submit
4. Permintaan akan dissemak dan seterusnya akan dapat email minta di hantar bukti tentang trafik blog berdasarkan info yang di ambil melalui Google Analytics. Jika kebetulan tiada akaun Google Analytics maka perlu mohon dulu dan berikan masa dalam 6 bulan sebelum mula memohon untuk daftar buka akaun dengan Innity semula.
Contoh Balasan Setelah Berjaya Diterima
Daku sendiri alhamdulillah berjaya juga menjadi salah seorang yang berpeluang untuk berkerjasama dengan Innity tapi terus terang ini semua sangat di luar jangkaan. Tak sangka boleh lepas. Nak kata trafik terlajak hebat tak jugak... ngam-ngam atas pagar kata orang.
Tambah Income Blog Dengan Innity
Boleh Gabungkan Iklan Innity dan Nuffnang
Ini yang buat daku suka sangat dengan Innity ni. Sebabnya pihak Innity telah siapkan satu cara untuk gabungkan beberapa code iklan dengan serentak. Sebagai contoh jika si empunya blog ada akaun Adsense maka boleh gabungkan dengan Innity. Begitu juga dengan kes ku yang ada akaun Nuffnang. At least tak perlulah daku terus kuburkan akaun Nuffnangku itu begitu saja.
Iklan Innity dan Nuffnang ini boleh digabungkan dengan cara yang sangat mudah. Macam biasa, mula-mula masukkan tapak kotak iklan Innity pada mana-mana bahagian yang disukai kemudian boleh masukkan pula code iklan untuk Nuffnang/Adsense. Hasilnya satu tapak iklan akan menyiarkan iklan daripada dua company yang berbeza secara bergilir pada tempat yang sama. Cara ini dikenali sebagai Alternate Ad Management.
Tambah Income Blog Dengan Innity
Itulah lebih kurang serba sedikit info mengenai Innity. Bagi sesiapa yang rasa trafik blog dah capai apa yang Innity tetapkan, bolehlah terus cuba apply. Mana tahu layak. Tak cuba tak tahu. Apa tunggu lagi tu? Jom buat income dengan blog masing-masing..... =D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sishawa.com/2019/06/tambah-income-blog-dengan-innity.html