Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Alasan Tak Munasabah Lelaki Jerut Dan Gantung Kucing Dipenjara 15 Bulan


Seorang lelaki yang videonya tular kerana menjerut dan menggantung leher seekor kucing sehingga mati, akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Loading… Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Tertuduh yang bekerja di sebuah gerai makan didakwa secara tidak munasabah telah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga blok A3 Jalan 4/27A Seksyen 2 Wangsa Maju, Setapak, di Kuala Lumpur pada kira-kira 1.30 tengah hari, 10 Jun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman berat mengambil kira tindakan tertuduh sangat kejam dan melampaui batas.
“Perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah satu jenayah kerana melakukan kezaliman dan menganiayai haiwan yang tidak berdaya. Alasan tertuduh menyatakan dia dicakar dan digigit adalah tidak munasabah.
“Jika dibandingkan tertuduh merupakan seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras, sepatutnya tertuduh tidak melakukan perbuatan tersebut terhadap haiwan itu,” katanya
Bagaimanapun, Al Azri yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia merupakan seorang anak yatim piatu.
“Saya tangkap dan gantung kucing itu sebab dia (kucing) gigit dan cakar tangan saya hingga berlubang. Saya anak yatim piatu dan kerja di gerai makan,” katanya dengan bersahaja di kandang tertuduh.
Berdasarkan fakta kes, kucing jantan bernama ‘Jebon’ milik seorang individu ditemukan mati terjerut di hadapan rumah seorang jiran.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran pengadu, mendapati tertuduh menjerut leher kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran hingga mati dan kemudiannya beredar. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/kucing-itu-cakar-gigit-tangan-saya-alasan-tak-munasabah-lelaki-jerut-dan-gantung-kucing-dipenjara-15-bulan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Hingga Berlubang Dipenjara 15 Bulan Lelaki Rayu Diringankan Hukuman

Kucing Itu Cakar Gigit Tangan Saya Hingga Berlubang Dipenjara 15 Bulan Lelaki Rayu Diringankan Hukuman

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 570 hits
Padah menjerut dan mengantung seekor kucing jantan sehingga mati Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mejatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap pekerja gerai makan Al Azri Norhisham 28 hari ini nbsp Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukum...
Lelaki Jerut Gantung Kucing Sampai Mati

Lelaki Jerut Gantung Kucing Sampai Mati

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 409 hits
Seekor kucing ditemui mati tergantung selepas dijerut oleh seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan Dalam kejadian yang berlaku kira kira jam 2 petang semalam di tangga blok pangsapuri Seksyen 2 Wangsa Maju Kuala Lumpur pemilik haiwan p...
Apa Alasan Kita Nak Buat Kerja Itu Anwar

Apa Alasan Kita Nak Buat Kerja Itu Anwar

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 385 hits
Oleh Azzman Abdul JamalTIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Port Dickson di ...
Perghhh Abang Botak Dipenjara 12 Bulan Dia Tunjuk Jari Kepada Saya

Perghhh Abang Botak Dipenjara 12 Bulan Dia Tunjuk Jari Kepada Saya

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 502 hits
Abang botak dipenjara 12 bulan Dia tunjuk jari kepada saya Danial dijatuhi hukuman penjara 12 bulan SEORANG pembantu stor yang digelar abang botak oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petal...
Lelaki Jebon Bunuh Kucing Dihukum Penjara 15 Bulan

Lelaki Jebon Bunuh Kucing Dihukum Penjara 15 Bulan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 308 hits
ISMA WEBPekerja gerai makan bersalah jerut gantung Jebon hingga mati Pekerja gerai makan Al Azri Norhisham hari ini dihukum penjara 15 bulan kerana menjerut dan menggantung sehingga mati seekor kucing di Wangsa Maju Kuala Lumpur 10 Jun lalu...
Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid Secara Atas Talian

Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 297 hits
Masjid Al Noor Christchurch diserang seorang lelaki bersenjata pada 15 lalu dan mengorbankan lebih 50 nyawa Foto ReutersWELLINGTON 18 Jun Seorang lelaki rakyat New Zealand yang mengaku mengedar semula video penstriman langsung serangan gana...
Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan Kini Mahkamah Benarkan Tangguh Hukuman Insyaallah Semuanya Allah Permudahkan

Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan Kini Mahkamah Benarkan Tangguh Hukuman Insyaallah Semuanya Allah Permudahkan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 548 hits
Selepas 35 hari dipenjara sejak 15 Mei lalu atas tuduhan dadah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sembilan yang dijalaninya ketika ini Memetik ...
Lelaki Kutuk Melayu Dipenjara 13 Bulan 9 Sebatan

Lelaki Kutuk Melayu Dipenjara 13 Bulan 9 Sebatan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 367 hits
Seorang lelaki yang menconteng tiang dengan mesej bersifat perkauman di kawasan Geylang Singapura dihukum penjara selama 13 bulan dan sembilan sebatan oleh mahkamah negara itu Portal berita Channel NewsAsia melaporkan Chen Jianbang 31 juga ...
Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid

Lelaki New Zealand Dipenjara 21 Bulan Kerana Kongsi Video Pembunuhan Di Masjid

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 281 hits
Lelaki New Zealand dipenjara 21 bulan kerana kongsi video pembunuhan di masjid nbsp Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbit
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf