Apa Itu Hpv Cara Nak Bebas Dari Hpv


Sejak kebelakangan ini saya kerap terbaca pengalaman orang lain tentang HPV. Oleh kerana benda ni baru pada pendengaran saya, saya pun google tentang penyakit ini. Adakah ia berbahaya? Sama bahayanya dengan HIV dan sebagainya. Virus human papilloma (HPV) adalah sejenis virus yang berjangkit melalui aktiviti seksual. Ada lebih 200 jenis HPV berlainan dan 80 peratus daripada lelaki dan wanita akan dijangkiti sekurang-kurangnya satu jenis HPV genital pada masa tertentu dalam hidup mereka.

Apa itu HPV? Secara ringkas bermaksud ‘Human Papilloma Virus’. Virus ini boleh menyebabkan kanser servik.


Walaupun kebanyakan jenis HPV tidak membahayakan, beberapa jenis HPV yang diketahui boleh menyebabkan kanser tertentu seperti kanser serviks, anus dan orofarinks. Di seluruh dunia, kanser serviks adalah kanser keempat yang paling kerap dihidapi oleh wanita dan menyebabkan kira-kira 270,000 kematian pesakit wanita di seluruh dunia.

Macam mana pula tanda-tanda seseorang itu dihinggapi HPV? Jom kita semak tanda-tandanya.

Bagaimana HPV berjangkit? 
1. Jangkitan HPV paling kerap terjadi semasa melakukan hubungan kelamin, samaada melalui faraj, mulut atau dubur.
2. Seseorang yang telah dijangkiti berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda/gejala.
3. Seseorang masih boleh mempunyai jangkitan HPV walaupun setelah bertahun lamanya dijangkiti.
4. Kebanyakan orang tidak menyedari mereka telahpun menjangkiti pasangan mereka.
5. Terdapat kemungkinan dimana seseorang boleh dijangkiti lebih dari satu jenis subtype HPV.

Di negara maju, ada beberapa pendekatan pencegahan kanser berkaitan HPV dan satu daripadanya pemvaksinan HPV yang mencegah jangkitan ini dengan berkesan.

Pendekatan lain termasuk ujian HPV dan ujian saringan lumuran pap yang disasarkan kepada individu yang mungkin sudah terdedah kepada virus terbabit.

Di negara membangun pula, akses kepada kedua-dua pendekatan pencegahan ini amat terhad. Kanser berkaitan HPV kerap didiagnosis ketika keadaan penyakit berada pada peringkat lanjut. Ini menyebabkan proses rawatan tidak begitu efektif dan menjadikan kadar kematian akibat kanser serviks lebih tinggi.

Disebabkan akses terhad, kesan HPV dalam kalangan komuniti yang kurang berkemampuan didapati lebih membimbangkan.

Sebagai usaha untuk memastikan rakyat negara ini dilindungi daripada HPV, Malaysia antara negara terawal memberi pemvaksinan HPV kepada pelajar perempuan berusia 13 tahun.

Selain program imunisasi di peringkat sekolah kohort, wanita yang tidak terbabit dalam Program Immunisasi Kebangsaan masih mempunyai risiko menghidap penyakit ini. Meskipun ujian lumuran pap boleh didapati di kebanyakan klinik kesihatan, masih ramai wanita Malaysia tidak sedar kepentingan perlindungan dan akibatnya mereka tidak menjalani ujian berkenaan.

Lebih 40 peratus kes kanser didiagnosis apabila ia sampai ke peringkat lanjut. Ini menunjukkan pemvaksinan HPV daripada jangkitan HPV yang lebih luas dan ujian penyaringan serviks harus dipertingkatkan untuk mencegah kanser serviks dan penyakit lain yang berkaitan dengan HPV. 

Perunding Ginekologi Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Woo Yin Ling berkata, sebagai usaha jangka panjang membasmi kanser serviks di negara ini, satu projek perintis program saringan serviks dinamakan ‘Removing Obstacles to Cervical Screning’ (ROSE) dijalankan. Projek ROSE yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai institusi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) diketuai PPUM bertujuan memperkasakan wanita untuk mengambil langkah pertama melindungi diri daripada kanser serviks dengan menjalani ujian pemeriksaan serviks bagi mengenal pasti sama ada mereka dijangkiti HPV.

“Setiap hari, saya lihat kesan kanser serviks di peringkat lanjut amat teruk dialami wanita dan keluarga mereka. Kebanyakan kes boleh dicegah atau dirawat jika mereka mengambil langkah melakukan pemeriksaan awal. “Kombinasi pemvaksinan HPV dan saringan lumuran pap secara berkala sangat berkesan dalam mencegah kanser serviks. Namun, rakyat Malaysia perlu tahu kini kita mempunyai pelbagai cara mengurangkan risiko kanser serviks,” katanya pada majlis pelancaran sambutan Hari Kesedaran HPV Antarabangsa sempena acara larian Malaysia Women Marathon (MWM), baru-baru ini. 
Beliau yang juga Konsultan Kehormat di CRM berkata, kit ujian sendiri berbentuk putik kapas dan bekas silinder khas disediakan sebagai satu pilihan alternatif kepada pemeriksaan serviks yang selalunya dijalankan oleh pakar kesihatan. 

“Berdasarkan pelan dalam projek ini, wanita boleh mendapatkan kit ujian berkenaan menerusi jualan di kaunter sebelum melakukan ujian sendiri di rumah dengan mengambil sampel di vagina. “Sampel kemudian dibungkus dengan selamat sebelum dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya. Kaedah penghantaran sama ada menghantar sendiri, menggunakan perkhidmatan e-hailing atau pekerja penghantaran.

“Kami juga bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk menghantar keputusan ujian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Kaedah ini bagi memudahkan wanita dan mereka tidak perlu datang kembali ke makmal mengambil keputusan ujian, selain mengelakkan kemungkinan dokumen keputusan tercicir,” katanya.

Kesimpulannya, berhati-hatilah kepada anda di luar sana apabila menjalinkan hubungan yang kurang sihat. Apapun alasannya, kembali kepada fitrah asal kejadian kita yang suci murni tanpa dosa dan berharap untuk kembali kepadaNya dalam keadaan yang baik juga.

Sumber:
1. Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 April 2018, sumber Harian Metro
2. Apa itu HPV?

Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2019/03/apa-itu-hpv-cara-nak-bebas-dari-hpv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Melihat Status Whatsapp Tanpa Diketahui Bolehlah Bebas Stalk Lepas Ni

Cara Melihat Status Whatsapp Tanpa Diketahui Bolehlah Bebas Stalk Lepas Ni

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 934 hits
Cara Melihat Status WhatsApp Tanpa Diketahui Bolehlah Bebas Stalk Lepas Ni WhatsApp kini merupakan aplikasi pengirim mesej yang paling popular di seluruh dunia Kemudahan yang ditawarkan oleh WhatsApp untuk menghantar mesej menjadikan aplika...
Wanista Ajar Cara Nak Dapatkan Nombor Telefon Jejaka Idaman

Wanista Ajar Cara Nak Dapatkan Nombor Telefon Jejaka Idaman

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 351 hits
OMG Crush kamu ada di depan mata Sukanya melihat muka si dia tapi kamu malu dan diam seribu bahasa Takut digelar perigi cari timba kamu biarkan sahaja perasaan itu surut dengan sendirinya Ala kesian sangat Tapi perlu diingatkan sekarang zam...
5 Cara Nak Buang Malu Untuk Bercakap Dengan Perempuan

5 Cara Nak Buang Malu Untuk Bercakap Dengan Perempuan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 562 hits
5 CARA NAK BUANG MALU UNTUK BERCAKAP DENGAN PEREMPUANRamai lelaki ada masalah macam ni Korang rasa korang dah cukup handsome dah tapi ada satu masalah yang menggangu korang untuk bercakap dengan perempuan iaitu MALU Rileks Benda ni bukan ja...
Buntu Anak Cerewet Makan 6 Cara Ini Buat Anak Seronok Nak Makan Tanpa Perlu Di Paksa

Buntu Anak Cerewet Makan 6 Cara Ini Buat Anak Seronok Nak Makan Tanpa Perlu Di Paksa

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 476 hits
Tidak dinafikan masalah anak cerewet makan adalah masalah yang selalu dihadapi ibu bapa Buntu dibuatnya bila semua makanan dia tak suka Bukan mudah untuk mengendalikan anak anak yang cerewet makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja Pen...
Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya Simpan Pun Kena Betul

Cara Pilih Daun Pisang Dan Cara Nak Gunakannya Simpan Pun Kena Betul

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1529 hits
Daun pisang ni memang penting peranannya dalam sajian masakan dan kuih muih tradisi kita Makanan yang dibalut dengan daun pisau nampak hijau cantik serta wangi baunya Kuih abuk abuk tepung telita pulut inti manis kuih kochi lepat pulut pang...
Kaedah Tarik Pelanggan Dengan Cara Yang Paling Mudah Anda Nak Faham

Kaedah Tarik Pelanggan Dengan Cara Yang Paling Mudah Anda Nak Faham

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 399 hits
Pelanggan tidak suka di paksa Pelanggan tak suka diperbodohkan Sebenarnya apabila kita buat posting dimedia sosial pelanggan dah tau yang kita ni memang menjual dan sedang mempromosikan produk dan servis kita Habih tu pasai depa tak beli te...
Cara Buat Duit Dengan Affiliate Edisi Bongkar Abis Takde Nak Selindung Selindung Lagi Dah

Cara Buat Duit Dengan Affiliate Edisi Bongkar Abis Takde Nak Selindung Selindung Lagi Dah

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 336 hits
Sape lagi yang nak tahu segala rahsia teknik dan cara buat duit dengan affiliate sampai dapat jadi top affiliate Sila angkat ketiak Well boleh jadi hari ni adalah antara hari hari paling bertuah dalam hidup anda Sebabnya hari ni hari di man...
Itu Pun Nak Tunjuk Bila Mak Aktif Sosial Media Habis Dia Stalk Kau Hari Hari

Itu Pun Nak Tunjuk Bila Mak Aktif Sosial Media Habis Dia Stalk Kau Hari Hari

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 379 hits
Itu Pun Nak Tunjuk Bila Mak Aktif Sosial Media Habis Semua Insta Story Anak Dikecam Siapa je yang tak ada akaun sosial media pada masa kini Masa kini sosial media dikira medium yang paling penting dan utama untuk kita berkomunikasi antara s...
Ini 3 Cara Mudah Nak Bagi Bunga Rose Jepun Merimbun Kembang Satu Taman

Ini 3 Cara Mudah Nak Bagi Bunga Rose Jepun Merimbun Kembang Satu Taman

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 1321 hits
Bunga Rose Jepun cantik betul kalau dijadikan hiasan taman Letak dekat pagar atau gantung dekat tepi tepi tingkap rumah Waktu bunganya berkembang memang cantik memukau Bunga ni ada banyak jenis dan warna Boleh tanam satu jenis dalam satu pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord