Apa Itu Hand Sanitizer Yang Di Gunakan Untuk Membunuh Kuman Berbahaya


Kuman di sini merujuk kepada mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa (biasa yang jahat iaitu boleh menyebabkan penyakit).


Mari kita cuba ketahui, apa sebenarnya hand sanitizer ini dan apa fungsi serta bagaimana ia bertindak dalam membunuh kuman berbahaya yang terdapat disekeliling kita.

Apa itu 'hand sanitizer'?

Hand sanitizer adalah sejenis cecair, gel, buih yang secara amnya digunakan untuk mengurangkan kuman pada tangan. Pengunaannya menjadi popular sekitar tahun 1990an.

Terdapat dua jenis hand sanitizer iaitu yang berasaskan alkohol (alcohol-based) dan yang bukan berasaskan alkohol (non alcohol-based).

Apa bahan kimia aktif dalam 'hand sanitizer'?

1. Berasaskan Alkohol

Bahan kimia aktif dalam hand sanitiser berasaskan alkohol ialah campuran bahan-bahan kimia isopropanol (isopropyl alcohol), ethanol (ethyl alcohol), atau n-propanol.

Kandungan alkohol yang paling berkesan dalam membunuh kuman ialah 60-95%, seperti yang disarankan oleh Food and Drug Administration (FDA).

2. Bukan Berasaskan Alkohol

Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol pula mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan.

Kandungan bahan kimia benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja, kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.

Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer namun, masih lagi kontroversi sehingga FDA telah menarik penggunaannya, kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (hormon) badan.

Pun begitu, ianya (dalam dos yang lebih rendah 0.10–1.00%) banyak digunakan dalam lebih daripada 2,000 produk seharian kita termasuklah sabun mandi, shampo, deodorant, ubat gigi, cecair pencuci mulut dan sebagainya.

Ianya dikatakan boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar di mana dikuatiri berkumpul dalam air buangan seterusnya kembali dalam air minum kita.

Di sini saya senaraikan kebaikkan dan apa yang kita perlu tahu pasal hand sanitiser ini sebagai rujukan dalam membuat pertimbangan.

Apa yang baik tentang 'hand sanitiser':
Membunuh kuman dengan berkesan. Pun begitu pengguna harus memastikan kandungan alkohol adalah dalam julat 60-95% untuk memastikan keberkesanannya. Jika tidak, usaha hanya sia-sia.Mudah diakses tanpa mengira tempat terutamanya semasa ketiadaan air.Mudah diperolehi, murah, jangka hayat yang lama dan tahan lama.Dengan harga mampu milik dan mudah diperolehi, sesiapa pun boleh menggunakannya.Dengan pengunaan yang hanya sedikit dan jangka hayat yang lama (2-3 tahun) juga membuatkannya tahan lebih lama, tidak perlu dibeli berulangkali.
Apa yang kita perlu ambil tahu tentang 'hand sanitiser':
Sesetengah jenama tidak menepati kandungan minima (60%) yang disarankan oleh FDA. Maka ianya kurang berkesan.Hanya berkesan membunuh kuman. Ianya tidak mampu menanggalkan racun perosak (pesticides), kotoran, gris, minyak, warna, habuk yang melekat pada tangan. Jelas, kegunaannya tidak mampu menggantikan fungsi sabun dan air sepenuhnyaPenggunaan yang terlalu KERAP akan membunuh semua jenis kuman yang penting untuk sistem pertahanan semulajadi badan.Mudah meruap dan mudah terbakar, terutamanya yang mengandungi alkohol yang tinggi (lebih daripada 90%). Maka elakkan berdekatan dengan api, dan pastikan semasa pengunaan, ianya betul-betul telah kering pada tangan.Mengeringkan kulit. Namun jenis gel kurang mengeringkan kulit jika dibandingkan dengan sabun yang bersifat antimicrobial. Sesetengah produk ditambah dengan bahan kimia glycerol untuk mengurangkan kulit kering.Hand sanitiser hanya digalakkan sekiranya ketiadaan sabun dan air. Ini kerana hanya sabun dan air boleh membuang spora bakteria (seperti Clostridioides difficile), parasit (seperti Cryptosporidium) dan sesetengah virus (seperti norovirus).60-80% alkohol mampu membunuh hampir semua jenis bakteria termasuklah TB dan yang telah mempunyai kerintangan.90% alkohol pula boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis enveloped (seperti virus influenza) . Namun tidak berkesan pada virus rabies.
Benarkah hand sanitizer membunuh bakteria baik di kulit?

Benar. Selain daripada kuman (aka bakteria,virus yang jahat), hand sanitizer juga akan membunuh bersama populasi bakteria baik yang terdapat secara semulajadi pada lapisan kulit kita.

Bakteria-bakteria baik ini hidup secara simbiotik dengan membantu dalam menjaga kesihatan kulit kita, yang menghasilkan enzim untuk menguraikan sel kulit mati pada kulit dan aktiviti ini menghasilkan minyak yang membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu, bakteria-bakteria ini juga berfungsi sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman jahat tadi.

Pun begitu, kajian juga membuktikan kesan ini hanya seketika, memandangkan bakteria-bakteria ini berada pada semua bahagian kulit kita, maka mereka mudah kembali berpopulasi setelah dibasuh dengan air.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Sebenarnya Perbezaan Bakteria Dan Virus?Virus Bacteriofaj Pembunuh Bakteria Jahat Yang Mampu Menggantikan Antibiotik Moden
sumber: majalahsains



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/apa-itu-hand-sanitiser.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percobaan Roti Berjamur Tunjukkan Kuman Dan Virus Tak Bisa Mati Dengan Hand Sanitizer

Percobaan Roti Berjamur Tunjukkan Kuman Dan Virus Tak Bisa Mati Dengan Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 407 hits
Hand sanitizer jadi barang yang paling diburu sejak virus corona merebak Padahal produk pencuci tangan ini tidak terlalu aktif membunuh kuman dan virus Sejak ramai kasus virus corona hand sanitizer jadi primadona dadakan Banyak orang mengan...
Bahaya Penggunaan Hand Sanitizer Menurut Kajian

Bahaya Penggunaan Hand Sanitizer Menurut Kajian

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 473 hits
Ketika dunia dilanda wabak Covid 19 lebih ramai orang percaya penggunaan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun dan air namun tahukah anda banyak keburukan apabila menggunakan hand sanitizer kepada kesihatan Hand sanitiz...
Mencuci Tangan Dengan Sabun Selama 20 Saat Adalah Lebih Berkesan Bagi Mencegah Covid Berbanding Hand Sanitizer

Mencuci Tangan Dengan Sabun Selama 20 Saat Adalah Lebih Berkesan Bagi Mencegah Covid Berbanding Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 399 hits
Agensi CDC kerajaan Amerika Syarikat dan World Economic Forum memberitahu bahawa dari segi sains mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat adalah lebih berkesan bagi mencegah Covid berbanding hand sanitizer berasaskan alkohol yang dibeli d...
Corona Virus Ramai Yang Tertipu Dengan Hand Sanitizer Dan Face Mask

Corona Virus Ramai Yang Tertipu Dengan Hand Sanitizer Dan Face Mask

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 696 hits
Corona Virus Hand Sanitizer Dan Face Mask Tidak Dapat Menghalang Penyebaran Corona VirusKalau dilihat pada situasi penularan Virus Corona atau Covid 19 ni Hand Sanitizer dan Face Mask adalah 2 barang yang paling banyak dicari sehingga kehab...
Cegah Corona Pabrik Parfum Ini Diubah Menjadi Pabrik Hand Sanitizer

Cegah Corona Pabrik Parfum Ini Diubah Menjadi Pabrik Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 225 hits
Sebuah perusahaan mode mewah kelas dunia Louis Vuitton mengubah pabrik parfumnya menjadi pabrik hand sanitizer sedangkan untuk produksi parfum dan kosmetiknya akan ditunda dahulu
3 Cara Membuat Hand Sanitizer Sendiri Mudah Dan Aman

3 Cara Membuat Hand Sanitizer Sendiri Mudah Dan Aman

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 507 hits
Oleh sebab itu kalian bisa membuat hand sanitizer sendiri di rumah Hand sanitizer bisa membunuh kuman hingga 80 Kendati demikian mencuci tangan secara rutin tetap lebih dianjurkan karena lebih ampuh membunuh kuman Berikut 3 cara membuat han...
Cara Mudah Hasilkan Sendiri Hand Sanitizer Di Rumah

Cara Mudah Hasilkan Sendiri Hand Sanitizer Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 905 hits
Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya wabak Covid 19 semakin menunjukkan peningkatan di Malaysia Setakat artikel ini di tulis seramai 428 orang telah dijangkiti coronavirus menjadi...
Tips Pilih Hand Sanitizer Yang Betul Dan Sesuai

Tips Pilih Hand Sanitizer Yang Betul Dan Sesuai

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 994 hits
Tips Pilih Hand Sanitizer yang betul dan sesuai Cari Hand Sanitizer yang betul betul sesuai dan elok untuk membasmi segala kuman The post appeared first on
Awas Hand Sanitizer Timbang Kilo Claim Organik Di Jual Berleluasa

Awas Hand Sanitizer Timbang Kilo Claim Organik Di Jual Berleluasa

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 587 hits
Dengan penularan wabak covid 19 corona virus nampak ada golongan mula ambil kesempatan atas kesempitan manusia lain Yelah sekarang ni banyak tempat yang out of stock untuk produk hand sanitizer ni Mana mana pun cari susah dah nak jumpa raky...
Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak

Along Bakal Mati Syawal Ini

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Ambil Kuih Raya

Proton Saga Mc3 Facelift 2025 Adakah Ia Akan Membuat Kejutan Tahun Ini

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Bahan Bahan 2 Ekor Ayam

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar