Apa Itu Affiliate Marketing


Saya banyak bercerita mengenai topik affiliate marketing dalam blog ini.
 
Kemudian saya tersedar satu perkara. Walaupun saya telah menulis beberapa artikel dalam topik ini, mungkin artikel tersebut kelihatan tak mempunyai kesinambungan antara satu sama lain, menjadikan pembaca agak sukar untuk betul-betul memahami apa yang saya telah bincangkan.
 
Justeru, saya buat keputusan untuk tulis semula satu artikel baru yang membincangkan segala perihal yang anda perlu tahu mengenai program affiliate. Mudah-mudahan selepas ini, para pembaca akan lebih faham dan boleh mula cebutkan diri dalam program ini.
 
Sebagai permulaan, mungkin masih ada yang masih belum jelas, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan program affiliate?
Program affiliate atau affiliate marketing sebenarnya merujuk kepada satu kaedah untuk menjana pendapatan online sebagai seorang ejen pemasaran yang tugasnya adalah mempromosikan produk, servis atau jenama tertentu. Setiap kali seorang ejen affiliate berjaya hasilkan jualan, ejen itu akan menerima bayaran dalam bentuk komisen.

Jadi, apa yang membezakan antara seorang promoter dengan ejen affiliate?
Sebenarnya tak banyak bezanya. Kedua-duanya memerlukan seseorang itu menjalankan kerja-kerja pemasaran dan juga promosi. Cuma yang saya boleh katakan, sebagai ejen affiliate, kita lebih banyak bekerja menggunakan medium internet.
 
Dalam posting ini, saya akan kupas sebanyak yang boleh mengenai persoalan tentang buat duit dengan affiliate marketing. Artikel ini mungkin agak panjang, jadi kalau anda rasa susah nak follow dalam satu masa, boleh bookmark dulu dan datang semula kemudian ya.

 
Baiklah, tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita bincangkan dan fahamkan, apa sebenarnya affiliate marrketing ini.
 
Pihak yang terlibat dalam sesuatu Program Affiliate Ada beberapa pihak yang terlibat bagi menjayakan sesebuah program affiliate. Mereka yang saya maksudkan itu adalah
 
i. Pemilik produk atau penjual
Pemilik produk ini boleh jadi merupakan orang perseorangan ataupun merupakan sebuah syarikat yang besar. Sekiranya anda merupakan seorang usahawan dan mempunyai produk untuk dijual, anda boleh sahaja memulakan program affiliate anda sendiri.

Pada masa yang sama, syarikat besar juga ada banyak yang sudah mula menganjurkan program affiliate. Kita ambil contoh syarikat seperti Lazada, Zalora, dan banyak lagi. Mereka ini turut menganjurkan program affiliate dan membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan bersama mereka.
 
ii. Ejen affiliate
Ejen ini merujuk kepada individu yang minat untuk jadi tukang promosi bagi sesebuah syarikat, jenama ataupun produk. Sebagai seorang ejen affiliate, kita akan dibayar apabila usaha pemasaran yang kita lakukan itu berjaya membuahkan hasil dan berjaya menghasilkan jualan.
 
iii. Pelanggan
Rasanya tak salah kalau kita katakan bahawa pelanggan merupakan individu terpenting dalam ekosistem yang membenarkan sistem dan program affiliate berjalan. Hanya apabila adanya pelanggan yang membuat pembelian barulah ejen affiliate boleh menerima komisen dan pemilik produk membuat keuntungan atas jualan.
 
Kebiasaannya pelanggan ini tak tahu pun yang pembelian yang dia lakukan sebenarnya akan menyumbangkan komisen kepada ejen affiliate yang mempromosikan produk tersebut.
 
Pelanggan ini akan membayar harga yang sama untuk barangan yang dibeli diinternet. Sistem atau program affiliate ini tidak memberi sebarang impak kepada harga yang perlu dibayar oleh pelanggan itu tadi.
 
iv. Affiliate Network
Affiliate network ini merupakan sebuah entiti yang menghubungkan antara pasukan ejen affiliate dengan syarikat atau jenama.
 
Sesetengah syarikat tak mempunyai kepakaran dan kesanggupan untuk mengendalikan program affiliate mereka sendiri, walaupun mereka sedar potensi yang boleh mereka raih melalui sistem ini. Jadi, apa syarikat ini akan lakukan? Mereka akan membuat kerjasama dengan affiliate network, dan pihak affiliate network akan membantu menjalankan kempen promosi bagi pihak mereka.
 
Segala perkara teknikal yang melibatkan program affiliate akan diuruskan oleh pihak affiliate network. Bagi pemilik produk atau jenama, mereka hanya perlu fokus dalam memastikan tempahan yang dilakukan oleh pelanggan diuruskan dengan baik.
 
Point ini merupakan kelebihan kepada pemilik jenama.
 
Pada sisi yang lain, kita juga boleh sertai affiliate network sebagai seorang ejen affiliate berdaftar dan kita akan mendapat akses untuk mempromosikan pelbagai jenama, tanpa kita perlu bersusah payah mendaftar satu per satu dengan syarikat atau jenama yang berbeza.
 
Salah satu contoh affiliate network yang biasa saya kongsikan dalam blog ini ialah Involve Asia.

Apabila kita sertai Involve Asia sebagai ejen affiliate, kita juga akan dapat akses untuk mempromosikan banyak lagi jenama dan syarikat popular yang ada diluar sana. Ada sebahagian daripada syarikat ini tidak menjalankan program affiliate mereka sendiri. Kalau kita minat nak mempromosikan perniagaan dan produk mereka, kerana kita yakin dengan kualiti dan jenama mereka, kita perlu sertai affiliate program menerusi affiliate network.
 
Contoh lain affiliate network selain Involve asia ada
(1) Klikjer
(2) Access Trade
(3) IndoLeads
 
Kelebihan buat duit menerusi kaedah affiliate marketing Apa yang membuatkan program affiliate ini begitu popular dan patut dijadikan salah satu pilihan sekiranya anda berminat untuk hasilkan pendapatan di internet? Untuk mendapatkan jawapannya, kita perlu tahu apakah keistimewaan yang terdapat pada program affiliate.
 
Jom kita lihat antara kelebihan yang terdapat pada affiliate marketing.
 
i. Boleh bekerja dari rumah
Bagi sesetengah individu, konsep bekerja dari rumah ini mungkin agak baru bagi mereka. Itupun setelah negara kita mengalamai pandemik yang menyebabkan kita terpaksa bekerja dari rumah. Tapi dengan affiliate marketing, kita tak perlu tunggu ada pandemik untuk membolehkan kita bekerja dari rumah.

Sebenarnya bukan setakat kerja dari rumah malahan anda boleh bekerja dari mana-mana lokasi, asalkan anda mempunyai sambungan internet, ada laptop, komputer ataupun sebarang peranti yang boleh membantu anda untuk melakukan kerja-kerja pemasaran secara online.
 
ii. Buat duit di internet tanpa sebarang modal atau modal yang rendah
Bagi mereka yang mencari peluang untuk hasilkan pendapatan diinternet, yang tak memerlukan modal yang besar, ada dua model bisnes yang boleh dipertimbangkan. Sama ada buat bisnes menggunakan kaedah dropship, ataupun bisnes affiliate.
 
Ini bermakna, bagi mereka yang sebelum ini tak mempunyai pendapatan sendiri, misalnya golongan pelajar, suri rumah, orang yang baru berhenti kerja, orang yang masih belum dapat kerja, pesara dan sebagainya boleh dapat banyak manfaat dari program affiliate ini.
 
Pada waktu terluang, anda digalakkan untuk buat kerja pemasaran, dan In Shaa Allah tak mustahil untuk anda hasilkan RM100 – RM500 setiap bulan. Saya percaya, walaupun income yang bakal anda perolehi nanti mungkin tak sebanyak mana, ia masih lebih baik berbanding langsung tak ada, kan?
 
iii. Pendapatan pasif
Pendapatan yang terhasil melalui affiliate marketing juga boleh jadi pendapatan pasif, sekiranya memenuhi syarat dan kriteria berikut
(1) Anda membuat pemasaran menggunakan kaedah blogging dan artikel blog anda muncul di kedudukan pertama di halaman google. Teknik pemasaran ini dikenali sebagai teknik Search Engine Optimization atau SEO. Selagi mana artikel tersebut masih dibaca oleh pengguna internet, selagi itu anda ada peluang untuk hasilkan komisen dari program affiliate secara automatik.
Baca juga: Panduan ASAS Search Engine Optimization untuk blog
 
(2) Anda menjalankan pemasaran menggunakan video yang anda upload di Youtube. Selagi mana video anda ditonton, selagi itulah anda mempunyai peluang untuk hasilkan jualan secara automatik. Konsep dia lebih kurang sama seperti membuat pemasaran menggunakan blog. Cuma bezanya anda menghasilkan video dan bukannya menulis artikel.
 
(3) Ada program affiliate yang menawarkan struktur komisen seakan-akan program MLM. Anda boleh dapat komisen daripada hasil kerja pemasaran anda dan juga dari ejen dibawah anda. Selagi mana mereka buat kerja dan berjaya dapat jualan, anda juga akan dapat over riding commission.

Ada beberapa program affiliate yang menawarkan komisen seakan-akan bisnes MLM, antaranya yang boleh saya cadangkan ialah
Klikjer PG Mall Adhance Visondata Access Trade  
Untuk program seperti ini anda mempunyai pilihan sama ada nak fokus kepada membuat jualan peribadi, ataupun mendapatkan ejen untuk daftar melalui anda. Kedua-duanya membenarkan anda untuk menghasilkan pendapatan.
 
iv. Tak perlu berurusan dengan pelanggan
Dalam program affiliate, kita tak perlu berhadapan dengan pelanggan. Pelanggan akan berurusan 100% dengan pemilik produk. Peranan kita hanyalah memastikan bakal pelanggan menekan klik pada link affiliate kita sebelum mereka berurusniaga di laman web milik penjual.
 
Dengan ini, anda tak perlu berhadapan dengan pertanyaan pelanggan dan sebarang kerenah dari pelanggan. Fokus sahaja buat kerja pemasaran!
 
v. Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
Program affiliate ini adalah suatu program buat duit yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Ianya begitu fleksibel dan tak memerlukan masa yang terlalu lama untuk dilakukan. Dalam sehari, cukup sekadar anda memperuntukkan satu atau dua jam untuk lakukan kerja-kerja pemasaran.
 
Kalau anda sudah mempunyai kerja hakiki, boleh jadikan program affiliate ini sebagai kerja part time. Jika anda masih belum bekerja, boleh cuba sertai program affiliate dan dapatkan income melalui program ini, sementara masih belum ada kerja tetap. At least masa anda tak terbuang begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk hasilkan income.
 
vi. Risiko yang rendah
Untuk jadi seorang ejen affiliate, lazimnya tiada sebarang bayaran yuran dikenakan.
Anda juga tak perlu beli apa-apa produk sebagai stok.
 
Fokus anda sebagai ejen affiliate hanyalah dalam membuat kerja-kerja pemasaran. Untuk buat kerja pemasaran, anda boleh pilih sama ada nak gunakan kaedah pemasaran percuma atau menggunakan iklan berbayar seperti FBAds atau Google Adwords. Sebenarnya kalau anda fokus kepada pemasaran percuma pun sudah memadai.
 
Andai kata selepas anda join sesebuah program dan anda telah pun mula buat kerja-kerja pemasaran, ditakdirkan anda langsung tak berjaya hasilkan jualan. Apakah kerugian yang anda bakal tanggung?
 
Saya berpendapat anda rugi dari segi masa dan tenaga. Tapi pada masa yang sama, anda dapat belajar banyak perkara contohnya cara-cara melakukan pemasaran yang betul, teknik copywriting, dan sebagainya.
 
Bagaimana cara buat duit dengan affiliate marketing Setelah kita mengetahui apakah kelebihan yang ada pada program affiliate, seterusnya saya ingin menyentuh pula tentang cara atau langkah demi langkah bagaimana untuk buat duit dengan affiliate marketing.
 
Ini adalah penerangan secara umum sahaja, dan ianya tidaklah merujuk kepada mana-mana syarikat atau laman web secara spesifik.
 
Sebenarnya terdapat dua cara bagaimana nak buat duit menerusi affiliate marketing. Cara yang pertama adalah sebagai ejen affiliate manakala cara yang kedua adalah dengan menjadi seorang penjual dan anda menganjurkan program affiliate anda sendiri.
 
Biar saya terangkan dari aspek yang pertama terlebih dahulu, iaitu kita buat duit sebagai seorang ejen. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk buat duit sebagai ejen.
 
Buat duit sebagai seorang ejen Affiliate Saya mulakan dengan cara buat duit dari perspektif seorang ejen. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan.
 
i. Kenalpasti syarikat atau laman web yang menawarkan program affiliate
Sama ada anda sedar ataupun tidak, sebenarnya ada banyak syarikat dan laman web yang menawarkan program affiliate yang anda boleh sertai.
 
Kebiasaannya dekat laman web mereka akan ada halaman seperti program affiliate, affiliate program ataupun become an agent. Halaman ini sebenarnya merujuk kepada tawaran untuk kita jadi ejen. Boleh lihat contoh dibawah ini untuk laman web Lazada.

Kalau kita klik pada pautan tersebut, kita akan dibawa ke halaman yang akan menerangkan tentang bagaimana program affiliate yang mereka anjurkan.
 
Selama ini anda mungkin tak perasan, ataupun buat endah tak endah dengan halaman seperti itu. Justeru, saya harap melalui perkongsian disini, kali ini anda akan nampak bahawa ada banyak laman web yang sebenarnya turut membuka peluang kepada orang ramai untuk jana pendapatan.
 
Saya kongsikan beberapa lagi laman web yang menawarkan program affiliate yang anda boleh sertai
Klikjer PG Mall Adhance Visondata Access Trade JV Warrior Zalora Involve Asia Indo Leads Agoda  
Di internet terdapat mungkin beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu laman web yang menawarkan program affiliate untuk disertai. Ianya juga tak terhad kepada program affiliate yang ditawarkan oleh syarikat di Malaysia sahaja. Jika anda ingin bersaing diperingkat antarabangsa jugak tiada masalah.
 
Mungkin anda boleh sertai program affiliate Amazon dan mula jana komisen dalam matawang USD. Menarik, bukan?
 
ii. Buat pendaftaran
Kebiasaannya program affiliate adalah percuma untuk disertai. Namun ada juga keadaan tertentu yang mana pendaftaran hanya dibuka kepada mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
 
Sebagai contoh,
(1) Affiliate hanya dibuka untuk yang pernah jadi pelanggan sahaja.
(2) Hanya untuk pemilik website atau blog dengan jumlah trafik yang besar.
(3) Hanya untuk mereka yang memiliki follower yang ramai di media sosial.
 
Sekiranya anda tak menepati kriteria yang ditetapkan, tak perlu rasa sedih dan kecewa. Cuba perhatikan dulu, adakah syaratnya terlalu sukar untuk anda penuhi? Most likely, anda boleh capai syarat minimum tersebut. Mungkin anda perlukan sebulan atau dua bulan untuk bina laman web atau kumpul follower seperti yang dimahukan.
 
Ataupun sekiranya anda tetap tak mampu nak ikuti syarat yang ditetapkan, cari sahaja syarikat atau laman web lain yang menawarkan program affiliate.
 
Satu peluang tertutup, ada banyak lagi peluang menanti kita.
 
iii. Dapatkan link affiliate
Setiap program affiliate mempunyai cara yang berbeza untuk kita dapatkan link affiliate. Pada peringkat ini, anda perlu fahamkan bagaimana sistem affiliate tersebut berfungsi.
 
Saya bawa contoh kalau anda sertai program affiliate Klikjer.

Kalau dalam program ini, untuk kita dapatkan link affiliate, kita perlu klik pada bahagian email links.
 
Apa yang saya ingin sampaikan ialah, program yang berbeza mempunyai cara yang berbeza untuk kita dapatkan link affiliate unik milik kita. Jika anda tak familiar dengan sistem affiliate yang digunakan oleh penganjur program, sila dapatkan bantuan dari pihak admin.
 
iv. Buat kerja pemasaran
Baiklah, sekarang ini anda sudahpun tahu mana satu link affiliate milik anda. Langkah seterusnya adalah mulakan kerja-kerja pemasaran. Sama ada anda ingin bermula dengan membuat posting di media sosial, menulis artikel di blog, ataupun menghasilkan video di youtube, semuanya terpulang kepada keselesaan dan kepakaran anda.
 
Apa yang penting, buat sahaja! Selagi anda masih belum mula buat kerja pemasaran, selagi itu anda tak akan dapat sebarang hasil dari program ini.
 
Memandangkan saya lebih selesa membuat kerja-kerja pemasaran melalui blog dan website milik saya sendiri, jadi apa yang saya buat adalah saya hasilkan seberapa banyak artikel yang saya mampu tulis. Kadang-kadang tu saya tak rasa pun seperti saya sedang membuat kerja pemasaran, sebabnya saya lebih fokus untuk hasilkan suatu penulisan yang bermanfaat kepada kelompok pembaca yang saya sasarkan.
 
Sama ada saya akan dapat komisen ataupun tidak, ia jadi perkara nombor dua. Perkara utama bagi saya adalah untuk hasilkan posting atau artikel yang memberi manfaat.
 
Apabila mindset saya adalah untuk hasilkan konten yang berguna, secara automatik saya tak terasa terlalu stress kalau tak berjaya hasilkan jualan. Alhamdulillah, jualan tetap berlaku walaupun saya tak terlalu fokus untuk buat jualan.
 
v. Monitor trafik dan prestasi pemasaran
Pada bahagian ini ada beberapa statistik yang perlu kita perhatikan, iaitu
(1) Jumlah klik pada link affiliate kita
(2) Jumlah trafik pada laman blog kita
(3) Views pada video yang dihasilkan
(4) Interaksi yang berlaku pada posting yang kita hasilkan di media sosial, sama ada like, share dan komen
 
Kalau kita tak ambil berat pada statistik ini semua, susahlah kita nak tahu sama ada usaha pemasaran kita selama ini ada impak atau sebaliknya. Sebagai contoh, kalau kita fokus kepada pemasaran menggunakan blog. Kita perlu tahu, adakah blog kita tu ada yang baca dan berapa banyak trafik yang masuk ke blog kita.
 
Andai kata trafik pun terlalu sedikit, maka agak sukar untuk kita dapatkan jualan. Langkah seterusnya, kita perlu usahakan supaya trafik yang masuk ke blog kita meningkat.
 
Dari pengalaman saya, lazimnya untuk sesuatu produk itu terjual, kita perlu tahu, apakah conversion rate bagi produk yang kita promosikan. Data ini boleh ditanya kepada penganjur program.
 
Katakanlah, conversion rate adalah 2%. Maksudnya? Setiap 100 orang yang klik pada link affiliate kita, sekurang-kurangnya ada 2 orang akan jadi pembeli. Itu maksudnya.
 
Bagaimana kalau kita nak dapatkan 4 orang pembeli? Kita kena dapatkan at least 200 orang untuk klik pada link affiliate kita. Mudah bukan formulanya. Kita hanya perlu bermain dengan nombor sahaja.
 
Dengan mengetahui maklumat ini, kita boleh fokus nak dapatkan berapa banyak klik pada link affiliate kita. Sudah tentu, lebih banyak lebih bagus!
 
vi. Tunggu komisen dibayar sekiranya berjaya dapatkan jualan
Ini bahagian yang paling kita tunggu-tunggu. Apabila usaha pemasaran kita mula membuahkan hasil, dan mula ada komisen terjana. Pada peringkat ini kita akan rasa penat lelah kita membuat kerja-kerja pemasaran sangat berbaloi. Kita tunggu sahaja penganjur program untuk buat bayaran ke akaun bank kita.
 
Kita perlu pastikan yang sebelum ini kita telah pun berikan maklumat perbankan yang tepat kepada pengendali program affiliate. Ini untuk memudahkan mereka membuat pembayaran ke akaun bank kita.
 
Buat duit sebagai seorang pengendali Program Affiliate Sebagai alternatif, anda juga boleh buat duit sebagai seorang pengendali (atau penganjur) program affiliate. Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
 
i. Anda mempunyai produk untuk dijual
Pertama sekali, anda perlu mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual. Kalau anda mempunyai produk untuk dijual dan selama ini anda hanya membuat jualan melalui usaha sendiri sahaja, mungkin selepas ini boleh pertimbangkan untuk menganjurkan program affiliate dan ajak orang lain untuk jadi ejen.
 
ii. Anda mempunyai laman web jualan
Jualan produk anda mestilah berlaku melalui laman web jualan. Ini adalah syarat untuk program affiliate boleh dijalankan.
 
iii. Anda mempunyai sistem affiliate
Tak cukup semata-mata mempunyai laman web jualan. Laman web anda mestilah dilengkapi dengan sistem affiliate atau sistem yang boleh track jualan yang terhasil daripada usaha pemasaran yang dilakukan oleh para affiliate anda.
 
Pada peringkat ini, jika anda merasakan ianya terlalu teknikal, sila dapatkan bantuan programmer untuk bantu anda membina laman web yang dilengkapi dengan sistem affiliate.
 
Sebagai alternatif, anda juga boleh membina laman jualan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh pihak
(1) On Pay Solutions
(2) Order Sini
 
Kedua-dua laman web ini menyediakan perkhidmatan membina laman jualan yang lengkap dengan sistem affiliate dan sistem memproses pembayaran. Laman web jualan yang dibina menggunakan sistem yang mereka sediakan mampu untuk menerima bayaran dengan kad kredit dan kad debit. Ada banyak lagi keistimewaan yang terdapat pada sistem yang dibangunkan dan jika anda minat untuk mengetahui lebih lanjut, sila kehalaman mereka ya.

 
iv. Anda mengiklankan dan mewar-warkan tentang program affiliate anda
Kalau sebagai ejen affiliate, kita kena buat pemasaran untuk memastikan orang beli melalui link affiliate kita. Tapi kalau sebagai pengendali program, anda juga masih perlu buat kerja pemasaran, cuma kali ini fokus anda selain untuk dapatkan jualan, adalah untuk dapatkan seberapa ramai yang boleh ejen berdaftar dengan anda .
 
v. Urus tempahan apabila berlaku jualan
Satu kelebihan apabila anda sudah mempunyai bilangan affiliate yang ramai, anda sudah tak perlu terlalu fokus untuk buat kerja-kerja pemasaran. Pada ketika ini, jualan untuk produk anda disumbangkan oleh para affiiliate anda.
 
vi. Bayar komisen kepada affiliate yang berjaya buat jualan
Akhir sekali, jangan lupa untuk bayar komisen kepada para affiliate yang telah berjaya hasilkan jualan. Jika ada duit lebih, berilah bonus sebagai insentif tambahan kepada para affiliate anda.
 
Saya faham, bagi sesetengah pemilik produk, mereka ini tak ada masa nak pening-pening kepala nak fikir mengenai cara kerja program affiliate, lain-lain perkara teknikal dan nak urus kerenah ejen. Anda hanya ingin fokus buat bisnes dan uruskan tempahan yang masuk sahaja tanpa mahu bersusah payah nak belajar benda baru, contohnya nak kena belajar dan fahamkan sistem affiliate.
 
Jika anda juga termasuk dalam kategori usahawan seperti ini, sebenarnya ada opsyen untuk anda, iaitu dapatkan khidmat affiliate network. Cuba hubungi mereka dan bincang sekiranya ada peluang untuk jalinkan usahasama. Antara affiliate network yang mungkin sesuai untuk anda hubungi antaranya
(1) Klikjer
(2) JV Warrior
(3) Involve Asia
(4) Access Trade
 
Andai kata buat kerjasama dengan affiliate network bukan satu pilihan yang baik, mungkin saya boleh syorkan untuk anda menjual produk dan servis anda melalui laman web ecommerce seperti
(1) Lazada
(2) Shopee
(3) PG Mall
 
Ketiga-tiga laman web ini juga mempunyai ejen affiliate yang ramai, dan mana tahu dengan anda menjual melalui mereka, anda juga akan dapat kesan positif hasil daripada kerja pemasaran yang dilakukan oleh para affiliate mereka. Lagi satu, anda tak perlu bayar apa-apa komisen kepada para affiliate, sebaliknya pihak syarikat penyedia platform itu yang akan bayar komisen kepada para ejen.
 
Well.. itu sekadar idea. Jika anda rasa ok, cubalah!
 
Kelebihan menjalankan affiliate marketing kepada usahawan online Sebelum ini saya dah pun bincangkan tentang kelebihan affiliate marketing. Namun, kelebihan yang itu saya fokuskan kepada ejen affiliate. Kali ini saya nak sentuh sedikit kelebihan kepada penganjur atau pemilik produk.
 
i. Jimatkan kos pemasaran
Ejen affiliate akan membuat kerja pemasaran bagi pihak anda, mengikut kepakaran masing-masing. Kalau sebelum ini anda banyak bergantung dengan pemasaran berbayar seperti Google Adword dan juga FBAds, kini dengan adanya penglibatan ejen affiliate, anda boleh mula kurangkan bajet untuk iklan.
 
Jika anda bernasib baik dan berjaya merekrut ejen affiliate yang berpengalaman, anda boleh dapat banyak jualan tanpa menambahkan bajet untuk pengiklanan.
 
Seorang super affiliate mampu untuk memberikan anda beratus-ratus tempahan baru dalam masa yang singkat.
 
ii. Boleh rekrut seberapa ramai ejen tanpa risau kos
Tiada sebarang had untuk anda merekrut ejen affiliate. Jika anda hanya ada 10 – 50 orang ejen, mungkin anda tak berapa nampak kesannya. Tapi cuba anda bayangkan, kalau anda mempunyai 100, 500, 1,000 atau mungkin 1,000,000 orang ejen affiiliate!
 
Anda boleh rekrut seberapa banyak mana yang anda mampu. The best part is, anda tak perlu bayar mereka apa-apa upah atau gaji. Kalau nak bayar sekalipun, hanya perlu bayar mereka bila mereka buat jualan. Bayaran itu pun sebenarnya diambil daripada sebahagian keuntungan hasil jualan tersebut.
 
Kalau nak ambil 1,000 orang staf untuk buat kerja pemasaran, mungkin kosnya agak tinggi. Tapi, kalau anda mempunyai 1,000 orang ejen affiliate yang aktif, anda tak perlu risau tentang kos.
 
iii. Mengurangkan beban kerja
Usahawan online yang baru nak bermula, biasanya memang cenderung untuk buat semua kerja seorang diri. Dari segi pemasaran, menjawab pertanyaan pelanggan, penghantaran produk dan macam-macam lagi, semuanya kena buat sendiri. Tapi bila anda sudah mempunyai ejen affiliate anda sendiri, bab pemasaran boleh diserahkan kepada ejen.
 
“Jika affiliate marketing begitu bagus, kenapa tak semua syarikat atau perniagaan online menawarkan program affiliate?”
Ya, program affiliate ini sememangnya bagus dan mempunyai pelbagai keistimewaan. Namun, ia bukanlah satu konsep yang perfect. Bagi pemilik perniagaan, mereka lebih tahu apakah yang terbaik untuk bisnes mereka.
 
Bila bercerita mengenai strategi perniagaan, ada beberapa strategi pemasaran yang konsepnya mempunyai sedikit persamaan dengan affiliate marketing. Misalnya
(1) Sistem Agent dan stokis
(2) Sistem Dropship
(3) Sistem Multi Level Marketing (MLM) atau network marketing
 
Kenapa sesebuah perniagaan memilih untuk menggunakan sistem ejen dan stokis berbanding sistem affiliate marketing? Saya tak ada jawapan yang tepat. Hanya pemilik perniagaan itu sahaja yang tahu kenapa dia memilih sesuatu strategi pemasaran.
 
Namun kalau saya boleh teka, jika dibandingkan antara sistem stokis dengan sistem affiliate marketing, mereka memilih sistem stokis sebabnya
(1) Pemilik bisnes boleh dapat bayaran pendahuluan dari ejen
Untuk jadi ejen atau stokis, lazimnya kena buat pembelian terlebih dahulu dari pihak HQ. Pembelian pula ada sejumlah amaun minimum. Contohnya kena beli 1,000 unit produk untuk layak jadi stokis.
 
Ini bermakna, dalam satu masa atau dalam sehari, HQ boleh kaut untung dengan lebih pantas, hasil daripada pembelian yang dilakukan oleh individu yang minat jadi stokis atau ejen.
 
(2) Sesetengah individu lebih suka konsep stokis kerana kurang persaingan
Konsep stokis ini juga jadi pilihan sesetengah inidividu sebabnya dia boleh jadi satu-satunya pengedar atau penjual eksklusif sesuatu produk atau jenama di kawasan tertentu.
 
Maklumlah, bukan semua orang ada kemampuan untuk keluar modal yang besar untuk beli stok dan jadi stokis. Justeru, kaedah ini lebih menarik perhatian mereka yang ada modal besar. Bila dia jadi pengedar eksklusif, persaingan sesama ejen juga akan jadi agak kurang.
 
Perbincangan disini bukanlah nak membuat perbandingan mana yang lebih baik, sama ada sistem stokis, sistem affiliate atau sistem MLM yang lebih baik. Untuk itu mungkin saya akan tulis dilain waktu.
 
Syarat untuk dapat bayaran menerusi program affiliate Setiap program affiliate menetapkan syarat yang berbeza, bagi membayar para ejen affiliatenya. Kebiasaannya ada tiga syarat untuk melayakkan seseorang itu memperoleh bayaran.
 
i. Pay per sales
Ini merupakan syarat paling popular dalam mana-mana program affiliate. Kita sebagai ejen hanya akan menerima bayaran apabila kita telah berjaya menghasilkan jualan.
 
Jumlah komisen yang bakal kita perolehi adalah berbeza-beza mengikut produk dan juga laman web. Lazimnya kalau produk yang kita promosikan itu adalah produk digital, seperti ebook, software, rakaman audio, video latihan dan sebagainya, komisen yang bakal kita terima adalah tinggi dan boleh mencapai 50%.
 
Sebagai contoh program affiliate klikjer dan juga JV Warrior.
Sebaliknya kalau program affiliate yang dijalankan oleh laman web ecommerce, komisen yang kita bakal perolehi adalah sekitar 2% – 20% sahaja.
 
ii. Pay per leads
Dalam konsep pay per lead ini, kita tak perlu buat sebarang jualan untuk menerima bayaran. Prospek yang kita bawa perlu mengisi borang pendaftaran, muat turun software atau mencuba permainan tertentu.
 
Bayaran yang kita terima juga tidak begitu besar. Mungkin sekitar RM0. 20 ke RM1 untuk setiap pendaftaran.
 
iii. Pay per click
Setiap klik pada link affiliate kita bermakna kita telah membawa trafik atau prospek ke halaman jualan. Jika ada 100 klik, bermakna kita telah membawa 100 prospek yang berpotensi untuk jadi pelanggan.
 
Maka tak hairanlah apabila ada sesetengah pengendali program affiliate memberi ganjaran untuk setiap klik yang kita terima. Program yang mirip dengan konsep Pay Per Click yang saya boleh syorkan adalah program pengiklanan Google Adsense.
 
Anda bakal menerima bayaran bagi setiap klik iklan yang disiarkan dilaman web milik anda. Bayaran untuk pay per click tidak begitu besar, oleh itu kita perlukan jumlah klik yang sangat banyak jika mahukan pendapatan yang agak besar.
 
Secara peribadi, saya lebih suka konsep Pay Per Sales memandangkan ia menawarkan komisen yang lebih besar.
 
Platform yang sesuai digunakan bagi tujuan pemasaran Platform ini merujuk kepada alat yang bakal anda gunakan bagi tujuan membuat pemasaran. Kalau anda rasa kurang jelas lagi, sila teruskan pembacaan untuk saya terangkan kepada anda.
 
Sesetengah program affiliate akan menetapkan syarat tertentu sebelum mereka menerima anda untuk daftar sebagai ejen. Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai akaun media sosial, pihak penganjur akan menetapkan syarat seperti hanya akan menerima pendaftaran anda sekiranya anda mempunyai jumlah followers sekurang-kurangnya 5,000 orang di media sosial.
 
Ataupun jika anda ingin menggunakan blog bagi tujuan pemasaran, blog anda mestilah mempunyai jumlah kunjungan sekurang-kurangnya sebanyak 30,000 hits atau trafik dalam sebulan.
 
Jika anda ingin menggunakan Youtube, anda perlu ada sejumlah amaun subscriber sebelum layak diterima sebagai ejen. Inilah pentingnya untuk anda mengetahui tentang platform dan apa bentuk persiapan yang perlu anda ada sebelum boleh mulakan perjalanan anda sebagai seorang ejen affiliate.
 
Bagi sesetengah orang, mungkin mereka merasakan syarat seperti ini sangat menyusahkan.
(1) Perlu ada sekurang-kurangnya 5,000 orang followers di media sosial
(2) Perlu ada blog dengan trafik sekurang-kurangnya 30,000 kunjungan dalam sebulan
(3) Perlu ada 1,000 subscribers di Youtube
 
Tetapi pernahkah anda terfikir, apakah rasionalnya pihak pengendali program meletakkan syarat seumpama itu?
 
Kita cerita dari segi potensi untuk beroleh kejayaan dalam bidang pemasaran affiliate. Cuba kita buat perbandingan, antara individu yang mempunyai 5,000 orang followers dengan individu yang hanya ada 5 orang followers, siapakah yang mempunyai peluang yang lebih baik untuk buat jualan dan berjaya hasilkan komisen?
 
Sudah tentu jawapannya begitu jelas. Orang yang ada 5,000 followers itu tadi akan mempunyai peluang yang lebih baik dan cerah untuk berjaya.
 
Mari kita teruskan perbincangan dengan melihat beberapa platform yang boleh anda gunakan bagi tujuan pemasaran affiliate ya.
 
i. Social media
Memandangkan pada hari ini, hampir setiap orang mempunyai akaun media sosial, sama ada akaun Facebook, Twitter dan sebagainya, maka saya akan bermula dengan pemasaran di media sosial.

 
Bila membicarakan tentang pemasaran sosial media, khusus untuk affiliate marketing, ada beberapa yang sesuai, iaitu Facebook dan juga Twitter. Facebook dan Twitter membenarkan penggunanya berkongsi link affiliate dalam posting yang dihasilkan.
 
Sekiranya ada media sosial lain, yang boleh buat benda yang sama, maka anda juga boleh gunakan akaun media sosial tersebut.

Sesetengah individu memang lebih popular berbanding orang lain. Populariti ini sebenarnya boleh dicapai oleh setiap orang, asalkan anda sanggup untuk berusaha kearah itu.
 
Persoalannya ialah, anda ingin popular atas sebab apa? Bagaimana anda ingin dikenali di media sosial?
 
Menjadi popular tak bermakna anda akan disukai oleh semua orang. Anda akan menarik sebilangan pengguna media sosial lain untuk menjadi peminat atau pengikut anda, dan pada masa yang sama, akan ada juga sebilangan individu yang akan menjadi pembenci (haters) kepada anda.
 
Followers dan haters akan datang bersama dengan populariti.
 
Menjadi popular di media sosial mempunyai banyak kelebihannya. Setiap apa yang anda post akan mendapat perhatian dan orang akan lebih percaya kepada anda.
 
Setiap kata-kata anda akan dianggap sebagai betul. Segala nasihat, tips, pendapat dan pandangan yang anda lontarkan mampu mempengaruhi orang lain kerana ketika itu, anda dianggap sebagai salah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
 
Ketika ini, anda akan dianggap sebagai seorang influencer di media sosial.
 
Sesetengah orang akan mempertikaikan status influencer yang ada pada anda. Dipihak yang lain, akan ada yang memperlekehkan keupayaan anda, namun hakikatnya anda menjadi influencer bukanlah sebab anda meminta untuk diberikan gelaran tersebut, sebaliknya ia datang daripada kepercayaan yang diberikan oleh para pengikut setia anda.
 
Orang yang mempertikai dan memperlekehkan anda ini, selalunya adalah orang yang berada diluar circle of influence anda. Mereka tak faham apa yang anda sumbangkan kepada komuniti dan mereka adalah kelompok yang tak mendapat sebarang manfaat dari kerja-kerja yang anda lakukan.
 
Oleh sebab mereka ini adalah orang luar, justeru mereka anggap orang lain turut tak mendapat manfaat dari kerja-kerja yang anda lakukan.
 
Apa pun, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing. Kalau di media sosial tu, saya perhatikan ada individu yang sanggup bergaduh dengan orang lain, hanya sebab orang tersebut tak setuju dengan pendapat dia. Seolah-olah dia nak paksa orang lain untuk terima pandangan dia sahaja.
 
Tak apalah, itu topik lain. Saya pun ada tulis sebelum ini, dekat internet memang ada orang yang suka buat benda-benda yang bodoh. Salah satunya ialah bergaduh dengan individu yang dia sendiri tak kenal.
 
Apa pun, mesej yang saya cuba sampaikan ialah, apabila anda ingin menggunakan media sosial dalam pemasaran affiliate, fokus anda adalah untuk jadi seorang yang dihormati, ada kredibiliti dan diangkat sebagai seorang influencer.
 
Seorang inffluencer yang mempunyai ribuan malah jutaan pengikut di media sosial, mampu untuk menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan dari program affiliate.
 
ii. Blog / Website
Platform kedua yang patut anda berikan tumpuan adalah blog atau website. Sebelum saya ulas mengenai pemasaran menggunakan blog, saya rasa ada baiknya saya highlight beberapa perkara.
 
Pertama, jika anda mempunyai banyak kekangan yang membuatkan anda hanya mampu untuk fokus pemasaran di media sosial sahaja, maka tak perlu susah hati. Guna sahaja platform tersebut.
 
Kedua, jika anda mampu untuk buat pemasaran menggunakan media sosial dan blog serentak, maka gunakanlah. Jika tak mampu beri komitmen, maka pilih salah satu sahaja.
 
Saya sendiri lebih selesa untuk fokus pada blog sahaja.

Matlamat yang kita hendak capai apabila membuat pemasaran menggunakan blog adalah untuk hasilkan konten yang bermanfaat dan bersaing bagi mendapatkan kedudukan yang paling baik dari segi Search Engine Optimization (SEO).
 
SEO ini merujuk kepada teknik menghasilkan konten supaya konten yang dihasilkan itu nanti akan muncul di muka surat pertama halaman google Search bagi kata kunci tertentu yang telahpun kita sasarkan.
 
Tak jelas?
 
Konsep dia begini.
 
Katakanlah anda ingin mencari maklumat apakah yang dimaksudkan dengan affiliate marketing. Maka anda pun buka laman web google dan taip kata kunci seperti “maksud affiliate marketing” atau “apa tu affiliate marketing” lalu tekan butang search.

Hasil carian itu tadi akan membawa anda kepada beberapa laman web.
 
Lazimnya hasil carian akan kelihatan seperti paparan dibawah.

Persoalannya ialah, apakah faktor yang mempengaruhi kedudukan sesebuah laman web di muka surat pertama bagi sesebuah hasil pencarian di Google? Inilah yang dikatakan sebagai teknik SEO.
 
Jika anda mahir dengan teknik SEO, laman web atau blog anda pasti akan muncul dimuka surat pertama bagi hasil carian tersebut. Sebaliknya, jika anda kurang mahir, atau tak pernah dengar tentang SEO, mungkin blog anda tidak akan muncul langsung di muka surat pertama.
 
Apabila laman web atau laman blog anda berjaya muncul di mukasurat pertama bagi kata kunci tertentu, ini membolehkan blog anda mudah dijumpai dan akan ada banyak pelawat atau trafik masuk ke blog anda. Ini juga akan meningkatkan kebarangkalian untuk anda raih komisen affiliate yang lebih banyak.
 
Pada waktu blog anda sudah berjaya mendominasi halaman google, pada masa itu jualan dari program affiliate akan berlaku secara automatik dan memberikan anda pendapatan pasif. Tak nak ke?
 
iii. Youtube
Seterusnya kita beralih pula kepada medium Youtube.
 
Kalau anda lebih selesa bercakap dihadapan kamera, atau menghasilkan video, maka ini adalah alternatif yang baik untuk individu seperti anda. Macam saya sendiri, saya agak kekok bila bercakap dihadapan kamera, jadi saya berpendapat adalah lebih baik kalau saya fokus sahaja kepada bidang penulisan.

Pernah dengar istilah Youtuber?
 
Satu ketika dulu, ketika penggunaan blog begitu popular, muncul istilah blogger bagi individu yang aktif menghasilkan konten dimedium blog.
 
Kini apabila Youtube mula menjadi pilihan, dan mula popular, muncul pula istilah Youtuber.
 
Tak kisahlah apa pun gelarannya, yang penting kita boleh menggunakan platform tersebut bagi tujuan menghasilkan income di internet.
 
Untuk betul-betul berjaya sebagai Youtuber, ada beberapa perkara yang perlu anda berikan penekanan, iaitu
(1) Jumlah subscriber
(2) Jumlah tontonan untuk video yang anda hasilkan
(3) Penonton perlulah tekan klik pada link affiliate anda dan buat pembelian
 
iv. Email Marketing
Seterusnya adalah teknik pemasaran emel.
 
Ini merupakan satu teknik yang agak old school tapi masih tetap berkesan untuk membantu kita hasilkan income menerusi affiliate marketing. Dalam teknik email marketing, kita bukannya menghantar email secara rawak kepada orang yang tak dikenali.
 
Sebaliknya kita perlu kumpulkan senarai emel menggunakan cara yang sah.
 
Ada beberapa perkara yang anda perlu sediakan terlebih dahulu, iaitu
(1) Squeeze Page
Ini merujuk kepada halaman untuk pelawat melihat apakah tawaran yang anda berikan kepada mereka sebelum mereka setuju untuk berikan nama dan alamat email.

Kita ambil contoh Lazada. Mereka pernah tawarkan kod diskaun sebanyak RM30 kepada sesiapa yang memberikan alamat email kepada mereka. Seterusnya, bila dah ada alamat email, individu tadi akan menerima email promosi dari Lazada secara berkala.
 
(2) Hadiah atau tawaran
Ini adalah the reason why kenapa orang sanggup untuk berikan alamat emel mereka kepada anda. Sama ada anda nak berikan kupon diskaun, ebook, akses ke exclusive member area, rakaman video dan sebagainya. Lazimnya orang akan bagi hadiah dalam bentuk digital sebabnya ianya tak memerlukan kos tambahan untuk diberikan kepada orang ramai.
 
(3) Sistem Autoresponder
Sistem ini digunakan bagi tujuan menyimpan database pelanggan dan juga bagi tujuan menghantar emel secara pukal kepada subscriber anda.
 
Masih ada lagi ke orang yang nak gunakan teknik pemasaran emel untuk buat duit dengan affiliate marketing? Hmm… jawapannya sudah tentulah masih ada. Malahan, ada produk tertentu yang lebih sesuai kalau dipromosikan menggunakan kaedah pemasaran emel berbanding lain-lain kaedah yang ada diluar sana.
 
Jadi disini, anda perlu tahu, apakah produk yang anda nak promosikan dan apakah medium yang paling sesuai untuk mempromosikan produk tersebut. Ya, kita kena tahu kekuatan dan kelemahan sesuatu platform sebelum kita nak mula menggunakan platform tersebut bagi tujuan pemasaran.
 
v. Group whatsapp, telegram dan sebagainya
Ini merupakan platform pemasaran yang agak baru, apabila penggunaan messaging system mula berkembang. Ya, semua ini boleh digunakan bagi tujuan pemasaran, asalkan anda tidak melakukan aktiviti spam.
 
Walaubagaimanapun, sesetengah syarikat yang menganjurkan program affiliate, atau syarikat affiliate network tidak begitu mengiktiraf penggunaan platform seumpama ini. Group whatsapp dan group telegram sifatnya agak peribadi dan pihak syarikat agak sukar untuk monitor aktiviti pemasaran yang berlaku disana.
 
Jika ada affiliate yang melakukan pemasaran gaya spammer (bukan scammer), iaitu meletakkan link affiliate di merata tempat, ini boleh menjejaskan reputasi pihak syarikat yang dipromosikan. Tiada orang dalam dunia ini yang suka dengan aktiviti spamming.
 
Teknik pemasaran yang popular dan berkesan Untuk kita berjaya hasilkan income menerusi program affiliate, kita perlu hasilkan suatu kempen pemasaran yang berkesan dan memukau golongan sasaran kita.
 
Bagaimana untuk lakukannya? Caranya adalah dengan menghasilkan konten yang berguna dan relevan dengan target sasaran kita.
 
Jika anda mampu untuk hasilkan konten yang unik, kreatif dan memukau, maka peluang anda untuk berjaya dalam bidang ini sangatlah besar. Apabila saya menyentuh tentang menghasilkan konten, saya harap anda bersedia untuk hasilkan konten yang pelbagai. Bukanlah konten yang mirip kepada ayat iklan semata-mata.
 
Dibawah ini saya kongsikan beberapa bentuk konten yang mungkin anda boleh hasilkan, bagi tujuan mendapatkan jualan bagi sebarang produk yang anda promosikan.
 
Teknik review
Teknik review ini sangat sesuai digunakan apabila anda telah membeli atau telah menggunakan sesuatu produk yang anda promosikan. Dalam  menggunakan teknik review ini, fokus kita adalah untuk bercerita setiap perkara yang kita rasa atau alami setelah menjadi pengguna.
 
Sematkan dalam minda kita, bahawa kita nak bantu orang yang belum beli untuk buat keputusan sama ada produk yang kita beli itu bagus atau tidak.
 
Kalau bagus, berikan sebab kenapa ia bagus.
Kalau kurang bagus, nyatakan juga kenapa ia tak bagus, pada pandangan anda.
 
Orang yang belum pernah beli sesuatu produk, kadang-kadang dia pun tak tahu yang dia sebenarnya perlukan produk tersebut. Tapi kalau dia baca review dari anda, tak mustahil selepas itu baru dia nampak yang sebenarnya produk yang anda sedang review itu adalah produk yang bagus untuk dirinya.
 
Review perlu dilakukan dengan ikhlas. Ia bukan berniat untuk menjual, sebaliknya untuk membantu bakal pelanggan membuat keputusan yang betul.
 
Teknik penceritaan
Teknik penceritaan ini ada sedikit perbezaan dengan teknik review. Kita hasilkan sebuah kisah yang kadang-kadang langsung tak ada kaitan dengan produk yang kita promosikan. Cuma dalam penceritaan kita tu, kita selitkan sekali sedikit info tentang produk yang kita sedang promosikan.
 
Orang baca konten kita sebab berminat dengan cerita yang kita nak kongsikan, bukannya sebab produk yang kita sedang promosikan. Kalau anda mempunyai kisah yang menarik, cubalah kongsikan cerita tersebut. Kemudian jika ada dimana-mana bahagian yang mungkin sesuai, anda selitkan juga sedikit cerita mengenai produk yang anda mahu promosikan.
 
Mungkin anda nak bercerita pengalaman kena kejar dengan anjing. Tapi dalam cerita tersebut anda selitkan iklan seperti berikut… “nasib baik masa aku kena kejar dengan anjing tu, aku memang tengah pakai kasut sport Adidas… sedaplah nak lari laju!” 
 
Cerita yang kita nak sampaikan adalah pengalaman lucu semasa kena kejar dengan anjing. Dalam penceritaan pengalaman tu, kita selitkan link affiliate yang mempromosikan kasut Adidas. Faham, kan?
 
Teknik perbandingan
Teknik membuat perbandingan ni adalah satu teknik yang bagus untuk menarik perhatian bakal pelanggan untuk terus membaca konten kita, namun ia agak berisiko.
 
Jika kita membuat perbandingan yang langsung tak adil, ini akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak. Justeru, bila kita nak buat sesuatu perbandingan, cuba buat perbandingan seadil yang mungkin.
 
Bandingkan antara apple dengan apple. Bukannya membandingkan apple dengan buah oren.
 
Walaubagaimanapun kalau sesuatu perbandingan itu dibuat secara tak langsung, saya berpendapat ianya tak menjadi masalah.
 
Sebagai contoh, kalau kita menyebutkan secara jelas nama jenama atau nama syarikat, ia mungkin menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Misalnya kita bandingkan antara jenama Proton dengan Honda.
 
Sebaliknya, kalau yang kita bandingkan itu adalah pengalaman kita, maka dekat situ dia macam ada sedikit kelonggaran. Maklumlah, kita sedang membandingkan pengalaman kita, bukan membandingkan jenama secara langsung.
 
Teknik membuat recommendation
Teknik ini mudah sahaja. Biasanya sebelum kita nak membuat sebarang cadangan, pertama sekali kita mestilah kena tahu, kenapa kita nak mencadangkan sesuatu perkara?
 
Kebiasaannya kita membuat sesuatu cadangan adalah untuk membuat penambahbaikkan atau ingin menyelesaikan sesuatu masalah. Mari kita fokus kepada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 
Apakah masalah yang kita nak fokus? Kalau yang saya sendiri pernah buat, saya nak fokus kepada menyelesaikan masalah kutu kucing. Buat pemilik kucing, masalah kutu adalah salah satu masalah yang biasa akan dihadapi dan akan jadi makin melarat jika tak ditangani segera.

Justeru, saya pun hasilkan sebuah konten yang agak panjang, membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah tersebut. Setiap langkah-langkah yang saya nyatakan itu, semuanya adalah dalam bentuk cadangan produk yang boleh dibeli oleh pembaca.
 
Sekiranya mereka ini tekan klik pada link affiliate saya lalu membuat tempahan, dekat situ saya akan dapat komisen affiiliate.
 
Apa bukti boleh buat duit dengan affiliate marketing? Boleh jadi masih ada lagi yang kurang yakin dengan potensi pendapatan dari program affiliate. Terutama sekali kalau ini merupakan kali pertama anda dengar mengenai program ini.
 
Saya juga macam tu. Saya harap anda juga seperti saya. Saya harap anda bukannya jenis manusia yang terus terima bulat-bulat setiap informasi yang anda baca diinternet.
 
Setidak-tidaknya perlu ada rasa curiga dan inginkan bukti, sebelum terus percaya.
 
Saya kongsikan beberapa screenshot bukti bayaran yang saya pernah terima dari program affiliate. Tapi sebelum tu, saya ingin ingatkan kepada anda, pertama, pendapatan dari program affiliate ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.
 
Kebiasaannya kalau pada bulan tersebut kita berjaya hasilkan jualan yang agak banyak, maka komisen kita juga agak tinggi.
 
Kedua, income dari program affiliate ini ada naik dan turun. Kalau bulan ini anda dapat beribu ringgit, bulan depan belum tentu akan dapat nilai yang sama. Jadi kenalah selalu beringat bila dapat komisen tu, dan jangan seronok sangat habiskan.
 
Baiklah, ini adalah komisen dari program affiliate Lazada yang saya pernah terima.

Ini merupakan antara komisen tertinggi yang pernah saya perolehi. Biasanya saya dapat bawah RM500 setiap bulan, tapi Alhamdulillah masa ni dapat lebih. Atas daripada RM1,000 pun pernah dapat cuma lupa nak screenshot.
 
Screenshot kat bawah ni pula adalah dari program affiliate Klikjer.

Kalau anda join program affiliate ini, menerusi laman web ini, anda akan dapat lihat paparan yang sama di member area anda. Setakat ini, saya dah pun menerima bayaran sebanyak RM18 ribu menerusi program ini. Kira ok la.
 
Apa yang penting sebenarnya bukanlah berapa yang saya dah pernah dapat. Ataupun sama ada boleh buat duit atau tidak menerusi program affiliate ini.
 
Persoalan yang lebih penting sebenarnya adalah, mahukah anda buat duit dengan affiliate marketing? Atau adakah anda masih skeptikal dan tak percaya walaupun saya telah menerangkan tentang program ini dengan agak panjang lebar.
 
Kesimpulan Saya harap perkongsian saya yang tak seberapa ini berguna untuk anda. Saya juga berharap sekiranya apa yang saya ceritakan disini dapat membuka mata anda untuk melihat peluang yang besar yang ditawarkan dalam program affiliate.
 
Sekadar membaca perkongsian ini, tak akan memberi anda sebarang manfaat kecuali dapat memberikan anda pengetahuan yang baru. Saya pula bukanlah menulis coretan ini semata-mata sebab mahukan anda dapat pengetahuan.
 
Saya mahu anda bertindak dan gunakan pengetahuan baru ini untuk anda mula jana pendapatan.
 
Tak kisahlah, kalau percubaan pertama anda, anda hanya berjaya hasilkan RM1, RM5, RM10 atau berapa-berapa amaun sekalipun. Semua orang bermula dengan yang sedikit, lalu lama-kelamaan ia menjadi satu jumlah yang lebih besar.
 
Saya doakan semoga anda juga akan berjaya buat duit dengan Affiliate Marketing. In Shaa Allah.
 
 
The post Apa itu Affiliate Marketing? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/apa-itu-affiliate-marketing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Yang Saya Doakan Syukur Impian Daddy Fatima Nak Lihat Mommy Berhijab Tercapai

Itu Yang Saya Doakan Syukur Impian Daddy Fatima Nak Lihat Mommy Berhijab Tercapai

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 289 hits
Penghijrahan aktres Nur Fazura Sharifuddin yang kini telah berhijab sepenuhnya membuatkan suaminya Fattah Amin meluahkan rasa syukur dengan perubahan dari hati Fazura sendiri Tanpa paksaan Fattah Amin 31 akui sebagai suami dia sentiasa mend...
Sombong Dipandangan Tuhann Itu Lebih Berbahaya

Sombong Dipandangan Tuhann Itu Lebih Berbahaya

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 291 hits
SOMBONG DIPANDANGAN TUHAN ITU LEBIH BERBAHAYA Assalammualaikum wbt Salam Jumaat indah untuk semua sahabat Moga kita semua berada dalam keadaan nyang baik baik sahaja ya Sebarkan kebaikkan kerana Allah Saling menghormati dan sentiasa menghar...
Cuma Pulang Paku Buah Keras Islam Terancam Dan Tak Lebih Dari Itu Inikan Politik

Cuma Pulang Paku Buah Keras Islam Terancam Dan Tak Lebih Dari Itu Inikan Politik

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 215 hits
KENAPA NAK EKSPLOITASIKAN KEJADIAN Maaf saya kurang faham kenapa diviralkan tangkapan ke atas 49 warga asing yang langgar SOP kerana solat Aidiladha di Taman Pelangi Bukit Mertajam Selasa lepas Ramai yang viralkan gambar pelanggar SOP itu d...
Penjagaan Wajah Apa Itu Double Cleansing

Penjagaan Wajah Apa Itu Double Cleansing

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum w b t Double Cleansing atau pembersihan berganda Kebanyakkan ramai yang dah tahu apa itu Double Cleansing kan Yang mana memang menjaga kulit wajah diorang akan buat setiap hari Double Cleansing untuk penjagaan kulit wajah ya...
Video Itu Semua Fltnah Saya Nafikan Semua Tudvhan

Video Itu Semua Fltnah Saya Nafikan Semua Tudvhan

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 303 hits
Hari ini hangat diperkatan apabila misi kemanusiaannya di G4za dipertikai beberapa pihak Susulan itu sebentar tadi pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis bagi membersihkan namanya
Politik Itu Kotor Sudah Tidak Relevan

Politik Itu Kotor Sudah Tidak Relevan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 226 hits
Ia perlu satu nama baru Terutama ketika PAS sudah menjadi kerajaan
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco