Apa Dah Jadi Terhadap Pkr
  SIAPA LAGI YANG DIHARAPKAN MENJADI PIEM MALAYSIA ? INILAH POKOKNYA !LIKU-LIKU TERANCANG UNTUK MENJADI PIEM  MALAYSIA ? NO: 1 DAN NO:2 SAMA JE ! TUTUP JE LA PARTI TU.Saya di atas ranjang bersama menteri itu, kata Haziq   

       Lelaki yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang lagi lelaki  didakwa sebagai menteri kabinet membuat pengakuan bersumpah bahawa dia  memang terlibat dalam aksi tersebut.
Haziq Abdullah Abdul Aziz  yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin itu mendakwa  video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di  Sandakan.PAS gesa mahkamah syariah bertindak terhadap lelaki mengaku dalam 'video seks'News  |  Diterbitkan Hari ini 9:51 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 9:51 pagi          PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah segera bertindak ke atas individu  yang membuat pengakuan terlibat dalam rakaman video seks menyasarkan  seorang menteri kabinet, yang mula tersebar awal pagi semalam.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas pengakuan Setiausaha Sulit Kanan Shamsul Iskandar Md Akin, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkenaan perkara itu. 
"Sehubungan  dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan, maka PAS  menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas  pengakuan beliau," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Dalam  satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial awal pagi tadi,  Haziq bersumpah bahawa dia merupakan salah seorang yang dirakam dalam  video itu.
Dia mendakwa kejadian itu berlaku pada 11 Mei lalu i sebuah bilik hotel di Sandakan dan video itu dirakam tanpa kebenarannya. 
"Saya  Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah  individu bersama [...] dalam video yang telah viral semalam," katanya.
Baca: PAS, Umno kecam sebaran 'video intim menteri’Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menggea agar pemimpin dan anggota PAS tidak menyebarkan video tersebut.
"PAS menggesa ahli dan kepimpinannya agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum.
"Sebagai  seorang Muslim sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu,  agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya," katanya  menerusi hantaran Facebook hari ini.
Katanya, PAS perlu memberi  tumpuan kepada perkara yang memberi kebaikan kepada ummah, terutama di  saat "pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat" dan  bukannya menghabiskan masa dengan hal tersebut.
"Perkukuhkan  jentera parti, perkasakan ukhwah jamaah dan jaga hubungan dengan Allah  SWT, agar Allah SWT pelihara kita daripada fitnah media sosial yang  semakin tidak beradab," katanya lagi.
Klip video itu memaparkan  dua lelaki berada di katil dalam keadaan intim, melakukan beberapa aksi  seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai  menteri kabinet tersebut.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://abnnasution.blogspot.com/2019/06/apa-dah-jadi-terhadap-pkr.html