Apa Bezanya Hak Asasi Manusia Acuan Malaysia Dan Myanmar


 Apa bezanya hak asasi manusia acuan Malaysia dan Myanmar?


Apa bezanya hak asasi manusia acuan Malaysia dan Myanmar?
Faisal Tehrani
Diterbitkan pada 6 Jul 2022 6:06PM 


SAYA ingin bertanya kepada Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baharu, Dr Rahmat Mohamad apakah hak asasi manusia acuan tempatan?


Sekiranya Israel, dalam menindas umat Palestin, menegaskan yang mereka melakukan diskriminasi kerana hak asasi manusia mereka adalah acuan tempatan (ala Zionis); atau jika Myanmar mengatakan mereka mengusir Rohingya kerana apa yang mereka lakukan itu adalah hak asasi manusia acuan tempatan (Buddha ala Wirathu); atau jika India menghujahkan mereka menzalimi sekian ramai orang di sana kerana amalan mereka adalah hak asasi manusia tempatan ala Modi; atau nanti jika China mengilas konon perbuatan mereka di Xinjiang itu wajar kerana hak asasi manusia mereka kerangkanya adalah kerangka yang mereka sendiri inginkan iaitu tempatan ala China; saya ingin bertanya kepada Wan Junaidi dan Dr Rahmat Mohamad adakah kita akan menerima poin hak asasi manusia acuan tempatan?


Suhakam sebagai badan hak asasi manusia di negara ini mandatnya adalah Universal Declaration of Human Rights. Semua negara menggunakan bentuk atau kerangka yang standard ini.


Selama beberapa dekad kumpulan relativis budaya telah dan akan terus menggunakan hujah, yang sama digunakan oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan minionnya di atas untuk membolehkan penganiayaan hak asasi manusia terus berjalan.




Mereka berselindung di sebalik, budaya ketimuran dan agama untuk terus melanggar hak asasi minoriti dan warga awam. Ia berlaku di Myanmar sebagai contoh. 


Anda fikir mengapa kaum Rohingya diusir dan dibunuh? Kerana Myanmar ada acuan hak asasi manusia mereka yang sendiri. Mereka memanggilnya ‘acuan Myanmar’. Itu sahaja.


Anda fikir mengapa penghuni Gaza dibunuh dan dibom sesuka hati? Kerana regim Zionis ada acuan hak asasi manusia mereka yang sendiri. Mungkin mereka memanggilnya ‘acuan Yahudi’.


Ya, jika tidak dibiarkan melarat, kita akan ada puluh, ratus, ribu malah juta set hak asasi manusia. Begitukah, Rahmat? Kamu mengajar perundangan apa di UiTM?


Pertamanya, Rahmat dan Wan Junaidi, hak asasi manusia dalam dua kata adalah ‘Maruah’ dan ‘Hormat’. Justeru, mereka yang mempertahankan hak asasi manusia adalah mereka yang berhasrat untuk mempertahankan maruah, dan menghormati diri dan orang lain. Ini termasuklah anda sendiri.


Keduanya, Rahmat dan Wan Junaidi, kerangka hak asasi manusia Barat yang digubal oleh United Nations pada tahun 1948 ingin mempertahankan nasib dan kedudukan “semua” manusia. Itu adalah persoalan pertamanya, iaitu hak asasi “semua”, ya “semua” manusia.


Justeru, kerangka ini menjadikan taraf manusia itu di kedudukan pertama. Sementara perihal agama, warna kulit, gender, atau kecenderungan seksual sebagai hal kedua.


Jika kita meletakkan Islam sebagai kedudukan pertama di Malaysia, mengatasi “manusia”, maka janganlah merungut jika Buddha diletakkan sebagai kedudukan pertama di Myanmar, mengatasi “manusia”. Kerana jelas, orang Rohingya tidak dianggap sebagai manusia pun di Myanmar.


Jika Rahmat dan Wan Juinaidi memahami ini, mereka akan dapat membezakan seorang manusia sebagai ‘person’ atau pelaku dengan ‘behaviour’ atau tingkah laku.


Ketiganya, Rahmat dan Wan Junaidi, hak asasi manusia bukanlah untuk mempromosi persamaan. Anda tidak harus tersilap tentang itu. Bahkan hak asasi manusia bertujuan untuk mengiktiraf dan melindungi tiap perbezaan antara kita semua.


Justeru Rahmat dan Wan Junaidi, hak asasi manusia adalah persamaan dalam bentuk layanan atau ‘uniformity in treatment or status’ oleh mereka yang berada dalam satu kedudukan yang boleh mempengaruhi atau memberi kesan kepada mereka yang lain.


Di negara demokrasi, kerajaan bertanggungjawab memberikan hak-hak ini kepada kaum minoriti. Jika tunjang ini pun gagal diberikan, maka Rahmat, yang ada bukanlah demokrasi tetapi fasisme.


Tahukah Wan Junaidi mengapakah hak kesetaraan perlu diperjuang, direbut, diperolehi, dituntut oleh mereka yang tidak bernasib baik daripada yang bernasib baik atau ‘the  right to equality often must be coerced from the advantaged by the disadvantaged’ ini ya?


Rahmat dan Wan Junaidi mesti berfikir dengan keras.


Pandangan Cultural Relativists seperti mereka dan minion Ismail Sabri mengenai hak asasi manusia secara am merupakan salah satu ganjalan yang menyulitkan keamanan di seluruh dunia ini tercapai.


Mereka menggunakan alasan agama. Dalam hal ini, Islam adalah agama yang mesti diberi perhatian khusus. Kumpulan Islamis, akan sering menghujahkan Islam mempunyai kerangka hak asasi manusia yang berbeza dan lebih istimewa.


Hujah ini tentunya sudah agak lapuk, Rahmat. Tidak, Wan Junaidi. Kalian ketinggalan.


Benar, sebagai satu alternatif kepada UDHR 1948, negara-negara Islam telah menggubal  Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam 1990. Deklarasi Cairo ini adalah rentetan dari Report of the Meeting of the Committee of Legal Experts yang diadakan di Tehran, Republik Islam Iran pada 26 sehingga 28 Disember 1989.


Dalam erti kata lain Rahmat, mesyuarat peringkat rendah OIC untuk Deklarasi Cairo tersebut bermula dan digerakkan oleh Iran, sebuah negara yang mazhab rasminya Syiah.


Adakah Wan Junaidi dan Suhakam kini bersedia menerima Syiah sebagai salah satu mazhab yang diiktiraf di negara ini, seperti mana yang dilakukan oleh OIC dalam Islamabad Declaration 2006 dan ditandatangani oleh Malaysia itu?


Inikah hak asasi manusia ala Malaysia yang dimaksudkan olehmu Rahmat? Apa beza acuan Malaysia dan acuan Israel jika begitu?


Kita turunkan sedikit tahapnya, apakah beza acuan Malaysia dan acuan Myanmar jika demikian?


Rahmat dan Wan Junaidi, berhak mengetahui bahawa ketika Universal Declaration of Human Rights dikemukakan pada tahun 1948, salah sebuah negara umat Islam yang sudah menyertai United Nations dan tidak membantah deklarasi tersebut adalah Arab Saudi.


Adakah Malaysia ingin menjadi lebih Islami berbanding Arab Saudi?


Selain Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam 1990, kelompok Cultural Relativists seperti Rahmat dan juak-juaknya turut cuba membentuk acuan hak asasi manusia tersendiri yang bersifat oriental (dengan mengambil kira Universal Declaration of Human Rights adalah mengikut acuan Barat).


Sebagai contoh, negara-negara Asean berusaha memiliki deklarasi hak asasi manusia yang tersendiri. Dalam tahun 2012, negara-negara Asean memilih untuk mempunyai dan menandatangani satu deklarasi yang dinamai Asean Declaration of Human Rights (selepas ini Asean Declaration). Malaysia tatkala itu diwakili oleh Najib Razak, yang sudah didapati bersalah oleh jenayah rasuah sebanyak dua pusingan.


Rahmat, United Nations telah mengkritik Asean Declaration tersebut sebagai mengandungi kekaburan dengan terma-terma seperti ‘legitimate restrictions’, ‘morality’, atau ‘public order’ dan ‘national security’ yang terbuka kepada pelbagai penafsiran menurut selera masing-masing.


Penafsiran menurut selera inilah yang berbahaya. Penafsiran menurut selera inilah yang akan dimanipulasi oleh regim pemerintah untuk  mengehad bahkan mencabul hak asasi manusia.


Itulah yang akan dilakukan oleh kalian apabila kononnya acuan Malaysia akan digunakan untuk mendukung hak asasi manusia?


Untuk makluman Rahmat dan minion Ismail Sabri, apa kerangka dan apa acuan hak asasi manusia sekalipun boleh digunakan, acuan Melayu, India, Cina, Kadazan, Bugis, Eropah, Islam, Buddha, Hindu, apa sahaja. Tiada siapa yang peduli; asalkan Rahmat, asalkan ‘maruah’ dan ‘hormat’ dapat ditegakkan.


Jika acuan Malaysia yang disarankan itu hanya untuk melindungi kaum elit, kapitalis dan yang berkepentingan maka mengapakah acuan Malaysia itu harus disokong dan diterima pakai oleh orang awam?


Beri jawapan yang konkrit, Wan Junaidi. Sekarang!


Jika Rahmat, dan ‘sekumpulan penyelidik’ ingin menggunakan ‘acuan timur’ dan ‘acuan agama’ hanya untuk menafi, membuli dan mengabaikan ‘maruah’ dan ‘hormat’ kaum minoriti, maka tujuan asas hak asasi manusia tidak akan dapat ditegakkan. Malah akan dicemuh dan ditolak mentah.


Acuan inilah yang digunakan oleh Myanmar untuk menafikan hak Rohingya. Kalian tidak mengasihani nasib Rohingya?


Beginilah Wan Junaidi, apa kata kita kembali semula ke kerangka hak asasi manusia 1948, Malaysia adalah anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bukan? Kami keliru, ya atau tidak? Adakah negara kita ini moderat atau tidak?


Menurut kerangka hak asasi manusia yang digubal di Barat pada tahun 1948 itu, hak asasi manusia terbina berasaskan tiga tunjang moral iaitu kebebasan, persamaan dan maruah manusia; ‘human rights are undeniably based upon an appeal to three moral ideals; freedom, equality and human dignity’ (Andrew Fagan, 2011: 3).


Oleh kerana definisi hak asasi manusia menurut kaca mata Barat itu memelihara dan mengiktiraf hak setiap individu iaitu kebebasan, persamaan dan maruahnya, maka ya, ia benar-benar diperlukan malah didambai oleh setiap individu yang waras.


Apakah yang ditawarkan oleh kerangka hak asasi manusia Malaysia ini, Rahmat? Mestikah rakyat menerima kepalsuan dengan pakej baru ini lagi?


Adakah ia sejenis lagi perhambaan supaya manusia dipasung kaum elitis, kapitalis dan mereka yang berkepentingan? – 6 Julai, 2022.


* Mohd Faizal Musa atau Faisal Tehrani bertugas sebagai felo di Institut Alam dan Tamadun Melayu (UKM), Felo Pelawat di ISEAS-Yusuf Ishak dan Bersekutu untuk sebuah projek di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard. Faisal menulis mengenai pelbagai perkara yang menjadi minat beliau.


https://www.themalaysianinsight.com/index.php/bahasa/s/390013




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/apa-bezanya-hak-asasi-manusia-acuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Perlu Bertindak Komen Tun M Malaysia Ada Hak Di Riau

Pm Perlu Bertindak Komen Tun M Malaysia Ada Hak Di Riau

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 246 hits
PM perlu bertindak komen Tun M Malaysia ada hak di RiauPosted By on June 27 2022Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang menyentuh mengenai hak Malaysia ke atas Kepulauan Riau baru baru ini telah mencetuskan ketidak tentera...
Bolehkah Pesuruhjaya Baharu Suhakam Lindungi Hak Asasi

Bolehkah Pesuruhjaya Baharu Suhakam Lindungi Hak Asasi

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 301 hits
Kerajaan telah mengumumkan pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM bagi sesi 2022 sehingga 2025 yang berkuat kuasa pada 22 Jun lepas Anggota baharu adalah seperti berikut 1 YBhg Prof Dato Dr Rahmat bin Mohamad 2 YBhg Prof Dato Noor Aziah binti Mohd ...
Tok Mat Saran Bn Sabah Usul Perjanjian Malaysia Baharu Tuntut Hak Negeri

Tok Mat Saran Bn Sabah Usul Perjanjian Malaysia Baharu Tuntut Hak Negeri

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 288 hits
Mohamad Hasan berkata aspirasi Perjanjian Malaysia Baharu mestilah mengiktiraf hak yang menjadi asas kepada Sabah termasuk Sarawak PENAMPANG Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya me...
Stop Questioning Malaysia You Ungrateful Scoundrel

Stop Questioning Malaysia You Ungrateful Scoundrel

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 194 hits
In my column last week I said that when non Malays raise any sensitive issue we are told to balik India or balik Cina I then received a maelstrom of comments both from critics and Malaysians who agreed with me With the critics I sometimes w...
Mohon Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40

Mohon Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 242 hits
Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 Untuk pengetah...
Are Malaysians The Problem With Malaysia

Are Malaysians The Problem With Malaysia

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 259 hits
Why do some Malaysians think Malaysia is doing so poorly as a country when the data and economic indicators tell a different story A CLOSE friend Kevin Christopher a prominent analyst with an investment firm in Kuala Lumpur recently posted ...
Biaya Hidup Kian Meningkat Malaysia Kobarkan Jihad Melawan Inflasi

Biaya Hidup Kian Meningkat Malaysia Kobarkan Jihad Melawan Inflasi

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 156 hits
Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yakoob kemarin mengatakan rapat kabinet sepakat akan membentuk Satuan Tugas Khusus Jihad Melawan Inflasi untuk membantu Keluarga Malaysia menghadapi tantangan meningkatnya biaya hidup
Malaysia Adalah Kapal Yang Sedang Karam Gaji Tak Setimpal Kerja

Malaysia Adalah Kapal Yang Sedang Karam Gaji Tak Setimpal Kerja

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 311 hits
Isu gaji tidak setimpal kerja bukan sahaja dihadapi oleh golongan biasa malah turut menjadi barah dalam kalangan pekerja profesional dan di Twitter topik itu sekali lagi hangat dibincangkan selepas seorang individu memuat naik satu kenyataa...
Langsung Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia I 1 Julai 2022

Langsung Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia I 1 Julai 2022

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 228 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan AWANInews MalaysiaBangkit SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c as...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba